Sebenarnya lama dah terfikir untuk mengarang penulisan kali
ini. Namun smpai bila nak bertangguh? Say NO NO to procrastination. Say NO NO
to malas juga. Bak kata Tun Dr. Mahathir, dunia moden satu perlumbaan. Yang
malas akan ketinggalan. Yes, its true. If you wanna win, you have to fight,
there is no chance for you to grab everything while sitting on the bench.
Impossible lah kan? Ok, enough with craps. Let’s talk about the person that I want
to highlight for this post, NASHRIQ ISMAIL.
Macam Mana Boleh Jumpa?
Penulis
bersekolah menengah di SMK ZON R1 WANGSA MAJU sejak tingkatan 1 sampailah tingkatan
5. Offerlah STAR pun, melekat juga kat sekolah itu. Sayang sekolah ni. Hehe.
Semasa form 1, mata penulis suka memandang sekeliling. Almaklumlah, kejutan
budaya juga sebab dulu sekolah rendah, sekeliling kaum cina, sekolah cina kan.
Apabila dah masuk SMK, sekolah melayu pulak. Macam-macam perangai ada. Yang
makan atas meja ada, yang mundar-mandir keluar masuk bilik guru ada, yang asyik
ke toilet ada, macam-macam karenah. Namun sekali, terlihat seorang pengawas
pusat sumber baju coklat sibuk asyik duduk kat library tu. Dalam hati, mamat ni
tak ada rumah ke? So sekali tu, sajalah pergi dengar taklimat pasal interview
PSS, mamat ni yang bagi talk. OWH, KETUA PSS rupanya. Sebab time tu dia garang
habis, batal terus niat jd PSS, terus jadi pengawas. (Hati memang nak jadi
pengawas sebenarnya, hehe..)
Jumpa dah, kenal bila?
Pertandingan
bahas peringkat sekolah. Semasa form 1, memang tak tahu apa sebenanrnya bahas
tu. Yelah, sekolah rendah join bercerita, syarahan, mana ada bahas-bahas ini.
Tapi hati tetap nk mencuba. Masa 1st round, serious meraban je. Orang
kata rezeki, berjaya masuk 2nd round. Masa 2nd round,
penulis tewas. Mata tertangkap sekali lagi dengan mamat ketua PSS ni. Lah,
bahas jugak ke? Bila dia start bahas je, terus, WOW, mantap betol mamat ni
bercakap. Tanya cikgu, barulah tahu rupa-rupanya mamat tu pembahas sekolah. No
wonder lah kan. Dipendekkan cerita, dia dah f5 semasa penulis f1. Selalunya f5
dah tak boleh nak wakil untuk sekolah, so penulis ditarik jadi team bahas
sekolah. Di sinilah kami mula kenal, mamat ni lah yang guide penulis sampai
penulis tahu setiap peraturan dalam debat ni.
Penulis
jadi pendebat sekolah sejak f2 sampailah f5. Setiap tahun, mesti mamat ni ada
menemani. Tak pernah lah dia miss. Kalau dia miss pun sebab ada kuliah atau
exam. Coach yang setia, siap temankan team penulis pergi library KL untuk cari
bahan. Mantap tak coach penulis? Haha.. Banyak kejayaan penulis dalam bahas
ini, kemuncaknya semasa f5, penulis jadi pembahas terbaik keseluruhan, dengan
sekolah penulis jadi naib johan. Secara keseluruhan, penulis berjaya merangkul
gelaran pembahas terbaik sbnyk 10 kali sejak f2. Jujur, mamat ni banyak
membantu. Sokongan yang tak pernah putus-putus.
Tamat Persekolahan
Pejam
celik mata, 5 tahun sudah berlalu di sekolah menengah. Habis je SPM, geng
penulis ke pulau pinang untuk berjimba. Semestinya kami mengajak mamat ni
sekali sebab dia pun geng kami jugak. Mana boleh tak ajak. Sepanjang perjalanan
dalam kereta api, kami lah yang paling bising, sampai tak habis-habis ditegur
pekerja tren tu. Serious, have fun sangat percutian di penang.
Selepas
masing-masing mendapat tawaran ke U untuk sambung pengajian, kami semakin
jarang berjumpa. Tetapi penulis dengan mamat ini selalu bersama, maklumlah
rumah dekat. Kalau penulis tiada di rumah dan ada di kolej, dijenguknya mamat
ini di kolej. Awalnya segan nak temui penulis, katanya tak biasa dengan
kawan-kawan kolej penulis, namun lama kelamaan, sudahlah, segan ke mana, malu
ke mana. Sampai prank birthday penulis pun dipakat bersama-sama kawan-kawan
penulis di kolej.
Penulis
senang melihat keakraban kawan-kawan penulis kesemuanya.
Sokongan
Macam
penulis kata di atas, penulis sentiasa menerima sokongan daripada dia. Masuklah
pertandingan apa pun, dia pasti ada. Dia menemani penulis ke UM bagi menyertai
pertanding bahasa Cina peringkat U. Alhamdulillah, penulis peroleh Johan dan
mewakili negara ke China. Sewaktu di airport, dia menyerahkan sesuatu kepada
penulis. ALBUM GAMBAR! Yang di dalamnya terkumpul beberapa keping gambar
penulis sewaktu kecil, gambar keluarga juga gambar kwan2 penulis yang
menyampaikan ucapan GOODLUCK kepada penulis. Semuanya usaha sang mamat ini.
Mahu tak terharu. Tapi saying, pendrive yang diberi kepada penulis hilang pula.
Haha, sorry!
Sewaktu
A-level punya result dikeluarkan, dia pun nangis sebab penulis nangis. Haha,
tapi mamat ni hatinya memang mudah tersentuh, lagi-lagi kalau terlihat orang
lain menangis. Sensentap sikit jiwanya. Hehe. Alhamdulillah, dia terus member penulis
semangat kepada penulis yang ketika itu sangatlah kecewa dengan apa yang sudah
terjadi.
Sebelum
penulis ke Indonesia, dia ke KLIA juga, bersama kad ucapan dan hadiah buat
penulis.
Pesanan Khas
Memang
penulis sudah jauh dan tidak akan berada di Malaysia buat sementara waktu, namun
penulis yakin mamat ini seorang yang setia dan tidak mudah lupa pada
kawan-kawannya. Kalau nak tahu, penulis jarang jumpa orang yang sangat
menghargai orang lain. Tetapi mamat ini terbukti salah seorang manusia jarang
yang masih hidup di dunia ini. Kadang-kala penulis berasa bersalah kerana tidak
mampu untuk jadi seperti dulu di mana kami selalu saja berbual. Tetapi penulis
yakin, mamat ini faham akan situasi. Penulis mendoakan agar mamat ini juga akan
mengecapi kejayaan seperti apa yang diharapkan. Penulis tahu akan impiannya,
maka penulis doakan agar impian itu tercapai, insyaAllah..
Satu
lagi pesanan. Cepat-cepat kahwin! Hehe..
Ini
lah salah satu kurniaan hebat buat penulis daripada Allah. Semoga ikatan yang
terjalin kekal sehingga ke akhirat kelak. InsyaAllah. Kepada ABG NASHRIQ
ISMAIL, datanglah sini, bak kata ABG NASHRIQ juga, 2 jam je pun kan? :-)