Followers

Monday, March 12, 2012

Kopiah Kuning??


Sewaktu minggu peperiksaan percubaan, terfkir aku utk menemani AISAR AHMAD ke KUALA KANGSAR sesudah hbs peperiksaan.. Kemudian aku juga terfkir utk ke RUMAD MAD buat julung2 kalinya.. Aku menyuarakan keinginn ini kepada sahabat terbaik ku itu.. Tidak ku sangka, hny selepas beberapa minit aku memberitahu dirinya, ibunya sudah pun mengetahui hal tersebut n bersedia menerima kehadiran aku ke KLUANG.. Haha, segan aku jdnya.. Terasa mcm menyusahkn pula.. Tetpi memikirkn yang aku tidak pernah bertandang ke teratak MAD, jadi aku ambil keputusan utk menemaninya pulang ke KLUANG..

Setibanya aku di KLUANG, bapa MAD, pakcik SHAHRULZAMAN dtg menjemput.. Setibanya aku di rumahnya, aku terasa seakan2 berjumpa dengan keluargaku sendri.. drpd MAK TOK, smpailah ke adik2nya, semua sgt menerima kehadiran aku sbg tetamu.. Mereka juga sgt peramah, mudah utk aku memulakan sbrg perbualan.. Awalnya menjd segan, melihat saudara2 mad semuanya ad di rumah, namun aku membiasakn diri, kerana aku berasa seolah2 aku pun dlm kalangan mereka disebbkan sifat mereka yg mudah menerima.. Aku mnjd selesa dlm klgn keluarga itu.. Tambahan pula, tidak putus2 aku dijamukan dengan mknn.. haha, hilang trus diet aku.. Sgt berterima kasih kepada MAKCIK yg telah bnyk menyusahkan diri.. Terasa menyusahkan apabila memasakkan nasi lemak seawal subuh.. Tiada apa yg mampu dibalas melainkan doa dan ucapan terima kasih yg tidak terhingga.. Malam pertama aku di rumah MAD, aku diajak ke MASJID JAMEK TAMAN KASIH kerana ad ceramah Maulud Nabi.. Sungguh menarik ceramah yg diberi oleh Ustaz Mahyuddin from UTM Skudai.. Kelakar dan sgt sempoi..


Keesokan paginya, aku dibawa bersiar di sebuah bukit (nth xtau pe nama bukit tuh) sebelah rumah MAD.. From top, dpt tgk hmpir the whole kluang.. sgt cntik lukisan Allah.. Gunung jauh yg diselubungi kabus bak terapung2 di atas air.. Cantik, dgn angin meniup pipi, lembut dan sayup.. Terasa sgt tenang apabila berada di atas bukit itu..


Sepanjang tempoh bersiar2 itu, aku mendekatkn diri dengan keluarga MAD, khususnya adik2nya.. Peramah sungguh mereka.. Aku berbual dgn mereka agr mereka tidak berasa segan dengan kehadiran aku.. Awalnya mgkn msih janggal buat mereka, tp lama2, mereka berasa selasa.. Adik mad yg plg kecik tu bleh lagi meminta aku memimpin tgnnya sewaktu trun tgga.. Haha, adik beradik semua serupa, hati baik, peramah orgnya.. Sesudah sarapan, ibu MAD memberitahu aku bahawa mereka ingin membwa aku sama pulang ke kampung.. Memandangkan aku pun tidak ke mana, maka aku menerima pelawaan tersbut.. Maka aku ke simpang renggam, kampung MAD sebelah ibu.. Pun besar keluarganya.. Terasa seronok kerana mereka trut boleh menerima kehadiran aku, seorang asing yg baru pertama kali menjejakkan kaki ke rumah mereka..


Malam kedua aku di Kluang, aku diajak oleh MAD utk berjalan2 di kwsn sekitar Kluang.. Kali ini, seorang lagi sahabat aku, AMAN trut serta.. kami ke rumah teman lama mad.. Maknya kwn mad sgt peramah orgnya.. Terkejut aku apabila makcik sudah pun mengenali aku sebelum aku sempat utk memperkenalkan diri.. Tertny2 juga, bagaimana makcik ni tahu siapakah gerangannya aku? Rupanya aku dikenali melalui blog aku dan juga facebook.. Bgus lah makcik ni, up to date with the modern technology.. After berbual buat seketika, AMAN membawa kami ke rumahnya di FELDA KAHANG BARAT.. Aku terasa sgt sronok kerana dibawa berjalan oleh mereka berdua.. Haha, cumenye xd rezeki lah nk msuk rumah Aman, jam wktu tu pun dh hmpir 12 mlm, terasa mengganggu plak ke rumah org wktu2 sebegitu. Kami singgah ke satu warong, berbual2 smbil menyaksikan MU vs WEST BROM dan ALL ENGLAND pny badminton championship.. seperti biasa, MEE GORENG singgah msuk perut.. :p



Keesokan harinya, aku dibawa pula ke Gunung Berlumut, utk mandi manda.. Bersungguh MAK TOK dan maknya MAD utk membawa aku ke sana.. Haha, lama sudah tidak aku mencelupkan badan ku ini ke dalam sungai.. Mana nk jumpa pun kat KL ni.. Sungai Klang? Haha.. Kuraplah jawabnye.. Setelah hmpir dua tiga jam aku di sana, maka waktu tidak mengizinkan aku utk trus berada di sana.. Waktu pulang ke KL sudah pun tiba, selepas zohor, MAD menghantar aku ke stesen bus.. Maka tamatlah percutian aku di Kluang.. :-)



Haha, saudara Muhammad Shahrulzaman.. Sahabat terbaikku, insyaALLAH ke jannah dengan izinNya, membwa bersama ukhuwah yg sudah terjalin.. Aku bersykur ke hdarat ilahi dikurniakan sahabat sebegini.. Walaupun laluannya penuh berliku, namun segala ujian yg Allah beri diharap mampu utk memantapkan lagi ukhuwah ini.. Aku semakin sedar bahawa bnyk kesilapan telah aku lakukan spnjg menjd sahabat kepda Muhammad, namun akn ku menggunakan cuti semnggu ini utk kembali muhasabah dan membetulkan mana2 yg perlu.. InsyaAllah.. Aku bertrima kasih kepada dirinya juga keluarganya kerana sudi menerima kunjungan aku dgn hati yg terbuka.. Tiada apa yg mampu aku balas melainkan ucapan terima kasih dan minta maaf jika ad salah n silap.. Walaupun sekejap, namun kunjungan aku ke rumah sahabat ini akan ku kenang hingga ke akhir hayat.. Tiada perkataan yg boleh aku gambarkan betapa gembira hati aku sepnjg aku berada di KLUANG juga betapa aku sygkan sahabat aku ini.. Sekali lagi, 10 jari disusun memohon maaf utk sebarang kesilapan, baik sewaktu aku di KLUANG, juga sepnjg ukhuwah ini terjalin.. Aku akn cuba yg terbaik dlm memastikan ukhuwah ini bercmbah baik menuju ke jalan yg diredhaiNya.. InsyaAllah.. MUHAMMAD, if u r reading this, tq so much for being such a good friend.. U r the best, remember that..

sekian sahaja garapan kali ini.. Semoga bersua kembali di waktu yg berbeza.. Salam coretan mesra.. :-)




Coretan Selepas Percubaan

12 March 2012.. Melaporkan diri sekali lagi di hadapan skrin 14 inci laptop ASUS K40IJ ku ini.. Terkenang semula kisah yang telah ku lalui sepanjang 5 hari ini.. Daripada khamis lepas sehinggalah harini.. Sekali lagi, memori indah terpahat dalam sanubari.. Sekalung penghargaan kepada mereka yang telah pun menceriakan hari2 sang pria ini.. Subhanallah, indahnya ukhuwah itu.. Jom kita selami apa yang telah aku lalui sejak awal2 bulan Mac ini..

Percubaan A-Level.. Awalnya nampak gampang, tetapi selepas sekian lama diri ini menghadapi peperiksaan tersebut, semakin berat kepala ini melihat soalan2 yang pelik2 yang berjaya merobek2 otak dan mata ku ini.. terkoyak sclera ku ini melihat soalan yang dihasilkan, lagi2 chemistry unit 5 yang berjaya membuatkan aku BLUR, sekali lagi nth dalam berapa puluh kali dah.. Hanya mampu berdoa agar diri ini dikurniakan smngt utk terus berjuang menghadapi peperiksaan A-Level yang bakal menjelang bulan Mei nanti.. Juga terus berdoa agar keputusan utk percubaan, juga utk A-Level nnt menyebelahi bukan sahaja aku, tetapi rakan2 seperjuangan yang lain.. InsyaAllah..

Tepat jam 10.40am, 8 Mac 2012, hatiku kembali tenang setelah pengawas peperiksaan mengutip kertas2 soalan drpd meja kami yang sedang berjuang.. Allah, tamat sudah percubaan, Alhamdulillah.. Lega hati ini setelah pengawas peperiksaan berkata, "you may dismiss".. Walaupun tidak pasti bagaimanakah gerangan markah yang akan diperoleh, pasrah dan redha sahajalah ye.. Itu yang paling mampu aku lakukan buat masa kini. Setelah tamat peperiksaan, aku segera pulang ke bilik utk mengambil racket, lantas menyahut seruan gymnasium yang memanggil2 merindui diri ini yang sering berkunjung bermain badminton bersama rakan2 yang lain.. Setiap titikan peluh yang jatuh membasahi gelanggang, terasa amat bermakna dan berjya mengukir perasaan puas hati setelah sekian lama "berpuasa" daripada bermain badminton.. Lega hati ini dapat mendengar bunyi bulu tangkis dipukul.. Juga lega hati ini dapat tergolek2 atas lantai bagi membalas pukulan kencang MUHAMMAD SHAHRULZAMAN yang sering kali gagal dibalas.. Itulah jaguh badminton kami.. Bolehlah juga dikatakan sebagai COACH kami yang lain.. Tidak lama kemudian, seorang sahabat yang digelar APEK menelefon.. Owh yea, dirinya sudah pun tamat A-LEVEL dan kembali ke INTEC pada hari tersebut utk mendptkan resultnya..

- JAP, TERASA PENAT BWAT AYAT SKEMA-

Aku pun tunggulah APEK jap depan ofis.. Xlama pastu, dia kuar dengan jeritan yg sgt kuat.. Subhanallah, dahsyat btol APEK ni, 15 point dengan straight A*.. Mantap, serious, sgt mantap.. Aku menjd sgt kagum dengan dirinya.. Seorang Melayu juga Islam yg membuktikan bahawa semua layak memperoleh keputusan sebgitu selagi ad usaha dan tawakal.. Alhamdulillah, tahniah kepada dirinya.. Selepas itu, APEK menemani aku ke JPJ, buat lesen FULL.. Haha, setelah 2 tahun, akhirnya tamat tempoh P aku.. Say TAHNIAH kat aku, haha.. Pasni klu ad yg nk blikan kete ke pe ke, bleh lah ek.. bgtau je, aku rela terima ngan hati yg terbuka..

Dengan berlesankan lesen PENUH, aku, APEK dan MAD ke SUNWAY bagi meraikan kejayaan APEK.. Credit to APEK yg membelanja kami BUFFET di CHICKEN HARTZ.. Then sekali lagi tq so much sbb blnja mkn ICE CREAM kat HAAGEN.. haha, heaven dpt mkn HAAGEN tu.. Lama dh xmasuk dlm perut.. Pas puas makan, blk CEMARA pack brg sume, maka bermulalah kisah percutian aku.. Here we go..


Khamis malam, aku pulang ke KL dengan kwn2 aku yg lain.. Setelah bersiap, aku ke HENTIAN DUTA utk berangkat ke PENGKALAN HULU, rumah FAWZUL AZRI, rakan sekelas aku.. Rumahnya sejuk seperti yang telah digambarkan.. Keesokan harinya, aku, FAWZUL, MAD dan AISAR ke Kuala Kangsar sperti yang telah dirancang.. Niat di hati utk menemani AISAR ke sekolah lamanya, MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (MCKK).. Sekolah ini sebenarnya pernah menjadi sekolah harapan ku, tetapi tidak kesampaian apabila STAR yang ditawarkan kepada aku.. Tidak mengapalah, dpt jln2 kat skolah ini pun ckup terasa puasnya.. Trima kasih kepada AISAR kerana mempelawa aku bg menemani dirinya ke skolah itu.. Aku sgt menghargainya..

Inilah masjid yg menjd tempat persinggah utk solat Jumaat.. Nth apa nama masjidnya.. Setelah solat, kami berempat ke rumah kawan AISAR.. Kemudian kami ke IPOH sebelum aku dan MAD pulang ke KL.. Kisah seterusnya akan ku coretkan dlm post yg strusnya.. Sekian sahaja buat masa kini.. Salam permisi.. :-)

I

Sunday, March 4, 2012

Perbezaan Komen Ustaz Azhar Dan Ustaz Fathul


KOMEN USTAZ FATHUL AD DI BAWAH.. BANDINGKAN KENYATAAN MEREKA.. ANDA TENTUKAN, SIAPA BERCAKAP LEBIH RASIONAL, YANG MANA PULA LEBIH JUDGEMENTAL.. WALLAHUALAM

Hudud - Ustaz Fathul Bari Komen Tun M

Friday, March 2, 2012

MERAH HIJAU



Masih relevan lagi kah SANG MERAH? Itulah soalan yang sering diajukan kepada aku oleh mreka yang berarenakan SANG HIJAU.. Aku tahu tulisan kali ini bakal menimbulkan kontroversi, namun ku kumpulkan seluruh kekuatan aku utk menggarap luahan rasa yg aku rse perlu utk dismpaikan kepada pembaca agar isi hati ini difahami dan dikongsi bersama.. Bukan niat utk mencerca, apatah lagi menghina, namun tulisan kali ini hanyalah satu perkongsian pendpt seorang pelajar muda yang meminati bidang ini yang cuba utk mengutarakan cebisan idea buat tatapan semua..

Isu yang timbul apabila potilik negara dibacarakan.. Ad pihak yg berkata, politik dan agama tidak boleh disatukan, namun bagi aku, Islam merupakan ad-din, suatu cara hidup yg merangkumi setiap aspek kehidupan.. Melalui Al-Quran dan Sunnah, kita pimpin cara hidup kita agar syurga hasilnya kelak, insyaAllah.. Maka sebenarnya, politik dan agama tidak boleh dipisahkan kerana Rasulullah juga berpolitik pada zaman pentadbiran baginda.. Politik itu boleh, cumanya politik kotor itu yang prlu dielakkan.. Merujuk kepada isu yang sering diketengahkan.. Hudud.. Sebelum aku mula berbicara, sepuluh jari disusun jika ad terkasar atau tersilap kata, juga mohon utk diperbetulkan utk kebaikan bersama.. Mengenai perkara ini, asalnya apabila SANG HIJAU berbicara, aku menjd trtny2, mengapa SANG MERAH tidak mahu melaksanakan hukum Allah yg wajib dilaksanakan ini? Sukarkah bagi SANG MERAH utk menerima ketetapan yang telah ditentukanNya? Sungguh berani SANG MERAH dalam penolakan hukum ini, hukum yg jelas wajib dan tidak boleh disangkal lagi.. Kemudiannya, satu per satu petunjuk diberi olehNya.. Pertama, penjelasan USTAZ FATHUL BARI, berkenaan perkara yg perlu diselesaikan sblum hudud itu boleh dilaksanakan.. Dalam keadaan sekarang, dengan keadaan masyarakat Malaysia masih belum faham apakah hudud itu sbnrnya, maka SANG MERAH mahupun SANG HIJAU perlu memberi penjelasan secara total agar tiada penolakan atau pemberontakan yg akan berlaku tatkala hudud hendak dilaksanakan nnt.. Kemudiannya, lompong2 yg ad sekarang perlu ditutp, masalah sosial misalnya, zina, khalwat dan sebagainya harus ditangani dengan usaha yg maksimum.. Bukankah Islam mementingkan usaha daripada hasil? Jikalau terus melaksanakan hudud, tapi perkara2 seperti ini dibiarkan, apalah kebaikannya? Masyarakat Malaysia yg tidak faham pula akan terus menentang hukum ini.. Maka, di mana kebaikannya? Perlaksaan itu perlu, cumanya dlm proses perlaksaan itu, segala methodology perlu diamati satu per satu.. Perancangan itu amat penting.. Berkenaan hal ini, ada juga PEMIMPIN SANG MERAH yang bangkit mengatakan bahawa hukum hudud tiada dalam Al-QURAN.. Aslnya aku kurg faham.. Namun selepas brtnykan kepada yang lebih arif, ya, hukum hudud mmg tiada disebut dlm AL-QURAN secara khusus.. Tetapi Allah menceritakan secara umum.. Islam mementingan hukuman yang adil.. dan HUDUD itu amat sesuai dlm menangani masalah yang manusia sendiri tidak mampu hendak diselesaikan.. Namun syarat utk perlaksaan HUDUD itu sgt sukar, kurg syarat, maka lain hukumannya.. SAKSI YANG ADIL misalnya, utk zaman kini, manusia mana lagi yg boleh bertindak adil dlm menjatuhkan hukuman kepada manusia lain? Syarat ini sahaja sudah sukar, belum lagi syarat yang lain.. Maka HUDUD bukan sesuatu yg sng2 boleh dilaksanakan.. JELAS, hudud bukan lah isu yang dipermainkan, baik SANG MERAH, mahupun SANG HIJAU.. Juga kepada SANG HIJAU, jikalau benar hendak perjuangkan hudud, laksanakanlah di negeri sndiri terlbih dahulu. Kerajaan negeri berkuasa terhadap pentadbiran Islam di negeri sendiri sprti yg trmktub dlm perlmbgaan.. Bukankah dengan tindakan itu, boleh memberi teladan kepada pihak lain? Jikalau dengan alasan cmpur tangan SANG MERAH, maka SANG HIJAU terus menyerah dan saling menuding jari, maka pergunakan kesempatan yg ad utk trus berjuang, bukan hny menanam tebu di tepi bibir, bercakap seribu, tindakan entah siapa tahu..

MELAYU perjuangan SANG MERAH.. ISLAM perjuangan SANG HIJAU.. Aslnya aku pelik, mengapa sukar utk SANG MERAH menukar perjuangan mereka drpd hny MELAYU kepada ISLAM yg jelas lebih luas n lebih perlu diutamakan? Selepas difkir2kn semula, bukankan ini hny penggunaan bahasa yang boleh membuatkan kita terkeliru? Bukankah majoriti (dalam keadaan skrg) MELAYU = ISLAM? Maka jika SANG MERAH perjuangkan MELAYU, maka sama seperti mereka perjuangkan ISLAM.. Ad pula yg bertny, bagaimana pula bangsa lain yang ISLAM? Adnya KOMPONEN2 lain yg memperjuangkan nasib mereka yg duduk sebumbung dengan SANG MERAH, berpayungkan NERACA BIRU.. Maka apa yg perlu dirisaukan? INDIA MUSLIM sebagai contoh, mereka mempunyai KOMPONEN sendiri yang memperjuangkan mereka.. Dalam kata lain, SANG MERAH dan RAKAN2NYA, sama2 berjuang utk ISLAM bagi kaum msing2.. MASIH ISLAM itu diperjuangkan.. Utk SANG HIJAU pula, mereka perjuangkan ISLAM, namun rakan mereka ada yg tidak.. Pendpt saya, jikalau benar ISLAM itu yg diperjuangkan, kenapa tidak semua yg perjuangkan ISLAM itu disatukan? Persoalan yang mempunyai jawapan yg cukup jelas, kerana politik di Malaysia tidak meletakkan ISLAM sebagai keutamaan, itulah puncanya.. Maka bukan sahaja SANG MERAH yg ptt diperslhkan, tetapi SEMUA, termsuk SANG HIJAU dan diri kita sndiri turut perlu muhasabah dan renungi perjuangan msing2..

Semua pihak yang tidak sukakan SANG MERAH dan NERACA BIRU akn trus mencari alasan bagi menjtuhkan mereka.. Namun apabila ditny kepada penyokong2 politik ini, apa salah sbnrnya SANG MERAH dan NERACA BIRU smpaikan semua membenci mereka, jawapan yg diberi hny satu dua alasan, lgsg tidak memuaskan.. Katanya, SANG MERAH tidak mengamalkan ISLAM dan sbgnya.. Jikalau benar begitu, adakah SANG HIJAU sudah pun mengamalkan ISLAM secara total di negeri sendiri? Jikalau sudah, spttnya tiada lagi masalah2 sosial seperti zina dan sbgnya, namun mengapa kadar tertinggi mereka yg ditangkap ZINA/KHALWAT adalah di negeri yang berstatuskan HIJAU? Persoalan yang tiada penghujungnya kerana msing2 ingin mencari salah msing2.. Kemudiannya, yang boleh dilihat, SANG MERAH sering menjadi kritikan kpd SANG HIJAU dan rakan2nya wlu apa sahaja yang dilakukan SANG MERAH.. Putrajaya misalnya.. Dahulu semuanya kata satu pembziran, namun kini, itu yg menjd perebutan.. Fokusnya di sini bukan utk menghentam mana2 pihak, tetapi penegasan utk bersuara dalam nada yg lebih realistik.. Mengapa pmbgkg di AMERIKA SYARIKAT kelihatan berjaya? Kerana mereka hny membgkg tindakan kerajaan yg merugikan semua.. Maka dengan itu, tindakan pmbgkn sbnrnya mengharmonikan kepimpinan kerajaan.. Tapi di Malaysia, jelas setiap yg dilakukan adalah salah.. Malah pemberian bantuan kpd rakyat pun dipolitikkan.. Mana penyudahnya wahai manusia..?

Bnyk lagi isu yang boleh dibincangkan.. Namun masa tidak mengizin.. Setakat ini, itulah sahaja yg boleh aku bentangkan.. Bukan utk memberontak, tapi menginginkn keharmonian bagi kebaikan umat Islam itu sendiri.. Tidak lah sy membelakangi mereka yang bukan Islam, kerana mereka juga tanggungjwb kita yg memegang tugas sbg khalifah.. Jika diberi peluang, akan sy bawa suara kecil sy ini ke ruang yg lbh besar agar didengari dan trus menjd perhatian pihak2 berkuasa utk bertindak.. Sekian sahaja utk skrg, mohon utk terus menggarap.. :-)

Antara Lagu Favourite

Impian dan Kenyataan



I still remmber when i was in f4, my school's counselor did ask me and my frens to do a career test.. I did, n yea, not once but more than that.. I tried 4 times if im not mistaken, and the results were the same... Yea, ART, SOCIAL and INVESTIGATION were the top three.. Sejak dahulu lagi, sejak arwah datuk sebelah mak masih lagi hidup, pesan dan harapannya adalah utk melihat cucu sulungnya ini menjd seorang doktor satu hari nnt.. As i grow up, i cant see myself in that field.. Even some of my frens yg claim kate my face xd lgsg muka doctor.. Ad yg sggup bet lagi klu2 i will enter medical field.. Jujur kate, terlintas di hati utk menjd seorang doktor, tp hati lbh berat ke arah seni muzik atau pengucapan awam seperti political science dan yg sewaktu dgnnya.. Jadi hasil ujian kerjaya tersebut jelas menunjukkan apa yg sering dipersoalkan dalam hati.. Bidang mana sebenarnya perlu diceburi?

SENI MUZIK.. Seriously, i love to sing like HELL LOT! mse skolah rendah, xpnh plak rse nk nyanyi.. but as my age grows older, i started to fall in love with music.. Smpai lah mse f2, i started to sing in front of the public.. My 1st performance was for prefects dinner.. Ke laut, serious, lgsg xd confident nk nyanyi mse tuh.. But i never stop.. I pushed myself and tersngkut kat nasyid sekolah.. So i performed for the second time utk majlis anugerah cemerlang.. N yes, i got the solo spot.. huhu.. N me n my team went for competition.. Eventually, we lost, but unexpectedly, for vocal, we got 2 points behind the champion.. So, it was surprising actually.. N i continue singing, entering competition here and there.. N the favourite part was during f4.. I went to Melaka n was asked to sing.. Nailed it, sgt puas hati.. Pastu pergi perkhemahan kat Penang, they gave us a task.. create lyrics which are related to the nature.. Me n my group create 1, n i sang the song.. nailed it again.. Basically, i love to tell story through songs.. How u touch people feeling with all the lyrics that came out from ur lips, from ur soul.. N how u beautify the lyrics with melancholic melody.. Making ppl touch, cry and even smile when they hear u singing, is a very pleasant feeling.. Rase puas bila dpt smpaikan msg lagu dan melodi lagi smpai dpt sentuh hati pendgr.. Thats how big my passion is kepada music.. Lagi2 dpt perform dpn parents, dpn family, dpn cikgu2, n see them smiling when u sing, ya ALLAH, perasaan tu xtergambar di hati.. Ad sekali tuh, performed after dpt anugerah plg besar utk diri ini, anugerah tokoh pelajar.. mse tuh, parents dijemput, n i sang lagu SALAM TERAKHIR by SUDIRMAN.. Sorry bah n ma for making both of u cried that day, but tq so much sbb xpnh halang utk jinak2 dgn nyanyi, tq for all the supports! Performed utk majlis2 di sekolah, di INTEC, di UITM induk, jemputan mana2 org kat luar sne, n yg plg besar is, I performed at i-city shah alam once with MONA LYSSA band, wlupun xlama dlm band tuh, but still they gave me plenty of experience.. Tq so much, even klu x cebur dlm bidg ni pun, i will not leave bidg seni suara, as music really create my life, yg menenami aku sewaktu aku dlm keadaan yg memerlukan..

SOCIAL.. Basically, sy seorng pemidato dan seorg pembahas.. Pnh lah dlu seorang penyajak, tp dh xd sgt dh org pggil utk deklamasi sjak.. Last mse f5 utk sajak peringkat negeri.. Sagu hati je pun, hehe, kemuncak is mse f1, ketiga peringkat negeri.. Sajak sejak sekolah rendah ag, n semua sejak dicipta oleh bonda ku sendiri.. hehe.. Bangga giler bila hujg sajak tuh dpt sebut "SAJAK NUKILAN, BONDA, NORHAYATI ABD KADIR".. semuanya sbb bondaku yg sorg ini.. Bertindak selaku GURU BM, ayahandaku SAZALI MOHD SALLEH pula membetulkan mana2 yg ptt.. maka terhasillah a masterpiece utk anakanda ini.. hehe.. Then jinak dlm pidato pula.. Naib johan negeri, itu lah puncak dlm bidg ini.. Try jugak msuk syarahan agama, tp xpnh2 hafal text, kecian ustazah2 kat skolah, yg asyik duk push je aku yg kene ketuk dlu ni.. hehe.. Lastly, bahas.. My fav part.. I started to enter bahas during the second year of secondary school.. Pencapaian, alhamdulillah 10 kali pembahas terbaik pusingan, plg puas, pembahas terbaik keseluruhan mse f5.. tp kalah mse final.. xpelah, skolah yg mng tu pun every year msuk kebangsaan, xd lah berhrp sgt, tp dgn jarak mrkh 18 je, kami kalah bermaruah.. :-) mse f4 plak, try jugak debate english.. Msuk smpai semi final, kalah dekat convent bukit nanas, itu pun sgt best.. Pnglmn xleh dilupakan.. They were superb, speaking english as if the language is in their blood n saliva.. n dorg cute jugak.. haha.. Dgn sume bidang pengucapan awam ni, aku mula terfkir utk berjinak2 dlm dunia politik.. Aku sgt meminati politics, n will update myself everytime ad issue yg timbul.. Politik dunia juga politik negara, sumenya amat aku minati.. kepimpinan tu perlu dlm bidg ini, maka aku latih diri aku dlm aspek kepimpinan sejak sekolah rndah, n aku pun mmg gemar utk memimpin.. Pengalaman sebagai ketua pengawas bnyk mengajar, lagi2 apabila didedahkan dgn cara pengurusan disiplin skolah2 lain, especially INTERNATIONAL SCHOOL OF KL.. Pernah lah jgk terfkir nk amek law, social science ke, xpun international relationship, tp fkir prospek kerjaya, mgkn bukn skrg, tp insyaAllah, satu hari nnt..

Dengan semua minat2 aku ni, xd sape pnh sgka yg aku akn cebur bidang medic sperti skrg ini.. Tp aku fkir, ketiga2 bidg ini tiada percggahan, dlm kate maths nya, no intersection point, malah semuanya parallel to one another.. Aku meminati muzik, aku meminati pengucapan awam, tidak bermakna aku harus melepaskan medic aku.. Plus, aku tau medic adalag hrpn keluargaku selama ini, aku rse aku mampu insyaAllah, cumenya sentiasa menghrp agar Allah terus mengurniakan kekuatan dlm menghdpi ujian dlm bidg ini..Plannya, akn ku hbskan bidg ini dan menjd seorang doktor insyaAllah.. Kemudiannya, selepas stabil hidup ini, akn aku mula ceburi bidg politik, menjd duta (berangan jap, hehe) dan sebagainya.. Utk bidg muzik, wlupun bukanlah utk jd penyanyi, tp buat penghibur hati tatkala duka tu bleh la.. Menyanyi utk keluarga, utk yg dekat di hati, tu xpelah.. hehe.. but still, aku bleh je nyanyi kn? hehe.. Kowt2 lah bleh nk menyebarkan erti islam sbnr supaya org tahu apa itu islam melalui nyanyian, apa slhnya kn? Nk bljr piano lah satu hri nnt, sgt2 teringin bljr alat muzik itu.. Skrg ni musim peperiksaan.. Percubaan sdg berlangsung.. 2 bulan lagi, A-LEVEL bkal menyinggah.. Mohon doa dri semua pembaca agar dikurniakan rezeki dan peluang utk trus bertakhta dlm bidg ini, juga insyaAllah berjaya utk berangkat ke india bg meneruskan percngn yg tersusun.. Moga Allah membenrkn niat di hati, juga berhrp agar sentiasa di landasannya, agar sentiasa mengingati apa sbnrnya tujuan aku dicipta di dunia ini.. itu je kowt utk kali ini, nk mandi jap, hehe, doakan kejayaan aku dan rakan2 ku yg lain ye, smoga islam trus bertakhta di bumi Allah ini, insyaAllah.. k, Assalamualaikum :-)