Assalamualaikum.
Happy new year kepada semua pembaca. Bagaimana dengan azam 2012 yang lalu? Dah tercapai
belum? Kalau belum, ayuh kita gandakan usaha, pastikan azam-azam tersebut
terlaksana. Sebelum itu, sekadar renungan, semakin bertambah angka pada tahun,
semakin bertambah usia kita, semakin dekat kita kepada mati. Maka, sedang kita
mengejar azam yang telah kita tetapkan, jangan sesekali lupa kembali kepada
Allah. Perbanyakkan amalan dan sentiasa beramal seolah-olah kita akan mati
dalam waktu yang terdekat. Peringatan untuk penulis juga J
Semalam
penulis pergi menonton filem 5cm (Indonesia), sangat menarik untuk dijadikan
sebagai pengajaran. Sekiranya kita mempunyai impian, bayangkan impian itu hanya
5cm dari mata kita, sediakan kaki untuk lebih banyak bergerak, sediakan hati
untuk lebih banyak bekerja, sediakan mata untuk lebih banyak melihat, sediakan
leher untuk lebih banyak mendongak, dan sediakan mulut untuk lebih banyak
berdoa, nescaya tiada impian yang mustahil untuk dicapai.
Usrah
Maksud
usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga. Sebagai istilah, usrah bermaksud satu
program tetap yang dianjurkan oleh kumpulan yang bekerjasama untuk memahami dan
menghayati Islam. Usrah kini menjadi satu trend, bukan sahaja di peringkat universiti,
malah sudah mula bergerak dalam peringkat sekolah. Ini satu gerakan yang
menarik sekiranya definisi yang digariskan di atas diamalkan. SEKIRANYA
DEFINISI DIAMATI.
Namun
yang menjadi masalah kini, golongan yang menyertai usrah kebanyakannya
merasakan diri mereka sempurna, setiap yang dilakukan oleh mereka itu betul,
dan yang dilakukan oleh golongan yang tidak menyertai usrah itu salah. Ini
berdasarkan pemerhatian penulis sendiri yang turut sama menyertai usrah. Penulis
tidak menjatuhkan kesalahan kepada semua anggota usrah, tetapi kebanyakan
daripada mereka terlalu egois sehingga terlalu mudah menjatuhkan hukuman kepada
orang yang tidak sehaluan dengan mereka.
Alahai
sayangnya. Kepala berserban, berjubah putih, tudung labuh berseri-seri, tetapi
konsep dakwah yang cuba disampaikan tidak kena pada tempatnya. Janganlah kita
sangka kita betul dalam setiap perkara. Tiada manusia yang sempurna, sebaik
manapun seseorang itu, selagi namanya manusia, selagi itu dia pasti melakukan
dosa atau kesilapan. Jangan pula disangka orang yang tidak menyertai usrah itu
salah setiap tindakan mereka. Menjadi satu kesilapan lebih besar sekiranya kita
yang faham ini tidak membetulkan kesalahan mereka, sebaliknya menjatuhkan
hukuman, menyebabkan mereka semakin takut untuk mendekati Islam.
Bagaimana orang akan tertarik
dengan Islam?
Islam
itu mencakupi seluruh aspek kehidupan. Ibadah bukan sahaja melibatkan puasa dan
solat, malah makan, minum, tidur pun merupakan suatu ibadah sekiranya mengikut
garis panduang yang telah ditetapkan dalam agama. Senang cerita, semua amalan
harian kita adalah suatu ibadah. Walau bagaimanapun, masih terlalu ramai yang
memandang Islam melalui skop yang terlalu sempit. Rigid. Yang itu haram, yang
ini halal, yang itu berdosa. Benar, memang dalam Islam ada halal dan haram,
tetapi berapa ramai yang faham kenapa Islam tidak membenarkan sesetengah
perkara, berapa ramai yang faham kenapa arak itu haram, berapa ramai yang faham
kenapa puasa itu satu kewajiban. Dalam konteks masyarakat kini, orang hanya
fokus kepada boleh atau tidak melakukan sesuatu, tanpa usul periksa sebab kenapa
sesuatu perkara itu boleh atau tidak dilaksanakan dalam Islam. Kurang pemahaman
ini turut melibatkan orang yang menyertai usrah, sehingga semua yang orang lain
buat itu salah. Terlalu mudah menghukum.
After thousand of our
own mistakes, we never hate ourselves. But even a single mistake from others,
we hate them till death.
Kan lebih baik?
Analogi
Penulis
bawakan satu analogi. Seorang pemimpin sebuah organisasi sedang melaksanakan
sebuah program. Dalam program tersebut, terdapat beberapa unsur jahiliyyah
diterapkan tanpa disedari. Kita yang tahu dan sedar akan kesilapan itu,
seharusnya menegur pemimpin tersebut agar dia sedar akan kesilapan dia. Walau
bagaimanapun, yang berlaku kini, kita terus menjatuhkan hukuman, bercakap di
belakang membenci tindakannya. Kalau sebegini, sampai sudah orang yang
melakukan kesilapan itu tidak sedar akan kesilapan tersebut. Ha, salah siapa?
Kita yang tahu, tapi tidak tegur, atau salah dia yang tidak tahu malah tidak
ditegur?
Kalau
kita tidak suka akan perbuatan yang dilakukan seseorang, maka seeloknya kita
memikirkan cara supaya orang tersebut meninggalkan perbuatan yang dilakukan. Di
sini lah dakwah memainkan peranan. Cara approach harus sesuai dengan orang yang
perlu ditegur. Jangan bermain api dengan api. Niat tidak menghalalkan cara, dan
percayalah, bercakap belakang bukanlah caranya. Jangan sedang kita ingin
mencegah kemungkaran, kita pula ditimpa dosa dengan perbuatan mengumpat.
Alat
Usrah
ini sebenarnya sejenis alat atau medium tarbiyyah agar cita-cita individu
muslim yang ‘faham’ itu dapat dibentuk. Seterusnya, individu-individu muslim
ini dapat bergerak, menyampaikan dakwah agar cita-cita terakhir iaitu
ustadiyatul alam itu tercapai. Setiap insan bergelar muslim ada tanggungjawab
masing-masing, makan jangan kita mengetepikan sesiapa pun, walau seorang, dalam
usaha kita ke arah cita-cita kita itu. WAKE UP! Sertai usrah atau pun tidak,
setiap orang akan disoal di akhirat kelak. Yang menyertai usrah ini mempunyai
tanggungjawab yang lebih kerana mereka sudah memahami Islam dengan lebih dekat,
maka jika mereka tidak melaksanakan apa yang telah dipelajari, bebanan yang
ditanggung adalah lebih berat berbanding mereka yang tidak menyertai usrah.
Pokoknya,
jangan pernah rasa diri kita sempurna. Sentiasalah bersangka baik dengan setiap
manusia.
Tips
Di
sini penulis sediakan sedikit garapan yang penulis peroleh daripada penulisan
sahabat penulis, solihinmahadi.blogspot.com.
Tips
ini datangnya daripada Syeikh Abdul
Qadir al-Jilani.
Jika
engkau bertemu
dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan
dalam hatimu:
“Mungkin
kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”
Jika bertemu anak kecil,
maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Anak
ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat
kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”
Jika
bertemu orang
tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Dia
telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik
dariku”
Jika
bertemu dengan
seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang
ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak
akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan
ilmunya, tentu dia lebih baik dariku”
Jika
bertemu dengan
seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu):
“Orang
ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku
bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu
bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku”
Jika
bertemu dengan
orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu):
“Aku
tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk
Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan
berbuat buruk"
Tambahan
Saja
penulis nak tambah. Pesanan tambahan. Tak baik dengki-dengki ni. Relakanlah
kebaikan atau kelebihan yang ada pada orang lain. Allah itu maha adil, setiap
orang pasti ada kelebihan masing-masing, dan gunakanlah kelebihan-kelebihan ini
di jalannya. Dengki ini sifat syaitan. Jauh-jauhkan ye? Peringatan untuk
penulis juga.
Itu
sahaja entri kali ini. Assalamualaikum J
3 comments:
Assalamualaikum wan. Nice sharing. banyak yang diperkongsikan. Keep it up. :-)
Seronok ayt oh kau cerita pasal aku belakang2, nampaknya kisah hidup aku lebih menarik berbanding kau.
haha.. sentap? :-)
menarik2... betul wan, memang betul, kalau kita tak tegur pemimpin ni, sapa lagi nak tegur. tapi tegur cara berhikmah lah kan. hehe. bukan cakap belakang je. mengumpat tapi tiada tindakan. orang sekarang judgemental sangat. bila cakap je kenapa Malaysia tak menjadi sebuah negara Islam terus salahkan pemimpin. one thing, pemimpin tu pun manusia gak.
lepas tu ramai yang hukum dan salahkan pemimpin, tapi tak sedar ke diri sendiri tu pemimpin? kita ni sekadar ikut pemimpin je action tak buat? yang paling pelik aku rasa, dia menyalahkan pemimpin atas apa yang dibuat, ya, tidak dinafikan, tapi diri dia sendiri tu tak memimpin diri dengan baik. malah buat maksiat lagi. aduhai. memang makan diri sendiri.
kadang2 aku rasa lawak tengok orang yang cakap camtu. haha. tapi wan, dalam pada tu kita pun kena maafkan orang jugak. suddenly aku terfikir balik, my opinion la, kalau orang tu buat kesalahan tidakkah kita patut memberi jalan kemaafan dan peluang utk orang tu berubah jadi baik? orang tu tak semestinya jahat selamanya kan? yes, we know dia buat kesalahan dulu, tapi hanya Allah je yang tau kalau2 dia berubah. jadi, sekarang ni, aku tak dapat nak judge apa2. yang penting kita buat action and hoping that action can be achieved. cause, bak kata fizi, action speaks louder than words. dan orang yang membawa kebaikan tu kenalah banyak bersabar. :) a nice article though. keep up. heee.
Post a Comment