Dalam hidup ini, kita bertemu dengan pelbagai
jenis manusia. Ulama’ telah mengklasifikasikan manusia kepada empat jenis iaitu:
1.
Orang yang
tahu, dan dia tahu bahawa dia tahu; Itulah orang yang berilmu – ikutilah mereka.
2.
Orang yang
tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu; Itulah orang yang lalai – berilah
mereka peringatan.
3.
Orang yang
tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu; Itulah orang yang jahil –
ajarlah mereka.
4. Orang yang tidak tahu, dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu; Itulah
orang yang degil - tinggalkan mereka.
Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada
mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah
dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya;
dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
(Al-Baqarah 2:121)
Untuk post kali ini,
penulis rasa tak perlulah penulis mengarang panjang. Penulis hanya nak menegur
diri sendiri juga mengingatkan mereka yang berada di luar sana agar tidak
selalu merasakan diri itu selalu betul. Manusia tiada yang sempurna, kalau
tidak tahu, maka akuilah bahawa memang kita tidak tahu lantas perbaharui diri.
Bagi mereka yang sudah tahu, berkongsilah. Ilmu yang bermanfaat itu insyaAllah
membawa pahala buat bekalan ke akhirat kelak insyaAllah.
Ramai dalam dunia ini
berasakan bahawa diri mereka lah yang terbaik, yang tahu segalanya. Peribahasa
pun ada mengatakan, ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk, USAH SOK
TAHU kata rakyat Indonesia. Percayalah, kalau rasa diri itu baik, di luar sana
ramai yang lebih baik. Kalau rasa diri itu malang pula, percayalah, lebih ramai
yang malang di luar sana. Sebagai manusia, pasti punya banyak kelemahan. Tiada
yang sempurna. Belajarlah menerima kelebihan orang lain, janganlah sering
merasakan kita terbaik dalam setiap perkara.
Satu lagi pesanan
penulis, jangan mudah mengambil kesempatan ke atas orang lain. Contoh, Ali
telah melakukan sesuatu tugasan dengan baik. Abu sebagai rakan setugas tidak
melakukan apa, tetapi menumpang nama seolah-olah dial ah yang melakukan
semuanya. Walaupun mungkin Ali ikhlas, namun sebagai seorang manusia yang harus
punya sikap manusiawi, fikirkanlah keringat yang telah Ali lakukan. Jikalau
kita sebagai Abu, sanggupkah kita mengambil kesempatan atas usaha orang lain?
Lembu punya susu, sapi yang dapat nama. Semoga Allah memberkati usaha mereka
yang seperti Ali.
Itu sahajalah pesanan penulis buat entri kali ini. Semoga menjadi iktibar buat kita semua. InsyaAllah. Assalamualaikum
1 comment:
Assalamualaikum :)
Entri yg sgt mendalam. :)
Post a Comment