Followers

Monday, December 3, 2012

Penyakit


Assalamualaikum.

Bersua sekali lagi bersama para pembaca. Selepas dah ‘jaga janda’, penulis rasa penulis hendak menulis sesuatu dari kaca mata penulis sendiri. Suatu luahan rasa yang sudah lama penulis simpan, namun akhirnya penulis rasa perlunya penulis utarakan demi kepentingan agama Islam sendiri. Semua sedia maklum, 60% daripada rakyat Malaysia terdiri daripada orang Melayu. Menurut perlembagaan fasal 16 (2), semua Melayu itu haruslah beragama Islam. Mana-mana bangsa Melayu yang tidak beragama Islam bukan sahaja dikira murtad, malah melanggar perlembagaan negara. Hukuman berdasarkan undang-undang boleh sahaja dikenakan kepada Melayu yang keluar Islam walaupun hukum hudud masih BELUM dilaksanakan di Malaysia.

Perpecahan
Penulis sudahpun menyatakan di atas bahawa 60% penduduk Malaysia adalah berbangsa Melayu. Jika menurut perlembagaan pula, boleh dikatakan 60% juga beragama Islam. Mungkin terdapat segelintir yang murtad, maka peratusan itu kemungkinan lebih rendah, namun rendahnya peratusan itu tidaklah sehingga Islam jatuh sebagai minority. Masih lagi majority. Selebihnya, yang bukan beragama Islam. Namun, walaupun Islam lebih ramai, 60% ini tidaklah bersatu seperti yang 40% itu. Tidak keterlaluan kalau penulis kata, 60% itu berpecah menjadi dua puak, timbang tara 30% dan 30%. Kenapa berpecah? 1 faktor yang cukup besar, IDEOLOGI POLITIK.

Hakikat
Maka sekarang penduduk Malaysia terpecah kepada tiga. 40% bukan Islam, 30% Islam U, dan lagi 30% Islam P. Malah berpecah lagi umat Islam kepada peratusan kecil Islam K. 3 pecahan. Walaupun Islam secara amnya majority di Malaysia, tetapi jika diteliti, dengan perpecahan yang berlaku, kita adalah minority dan logiknya, majoritylah yang akan memegang tampuk kuasa. If not now, 1 day, soon, ianya akan berlaku. Islam sudah MINORITI di MALAYSIA. Itulah hakikatnya. Why? Bermati-matian saudara kita melawan tentera Israel di GAZA, kita pula bermati-matian bertikam lidah mencaci sesama sendiri mengikut ideology masing-masing. Apa ni??!!

Usrah
Jenuh penulis memikirkan kenapa perkara sebegini boleh terjadi. Kalau hendak bertanyakan pendapat pun, penulis tidak akan mendapatkan jawapan sebenar. Yang P duk salahkan yang U, yang U duk salahkan yang P. Akhirnya, segala persoalan tidak terjawab. Penulis cuma nak utarakan apa yang penulis rasakan. Sepanjang penulis bergelar mahasiswa, pelbagai gerakan atau usrah yang telah penulis saksikan. Pelbagai jemaah, pelbagai mazhab. Masing-masing dengan cara penyampaian yang tersendiri. Asalnya penulis hanya bertindak sebagai pemerhati, tetapi pada satu hari, penulis diajak untuk turut serta dengan satu kelompok usrah. Memandangkan ilmu agama penulis tidaklah tinggi mana, maka penulis bersetuju tanpa memikirkan jemaah apa yang bakal penulis naungi. Setelah lama kelamaan penulis dalam usrah, banyak istilah yang telah diguna pakai. Ukhwah, keluarga, bulatan gembira, pokoknya, semua menggambarkan simpulan atau ikatan sesama ahli. UKHWAH, itu yang utama dalam usrah penulis.

Sebab dan Alasan
Penulis terus memerhati. UKHWAH yang menjadi tema utama dalam kebanyak usrah tidaklah sebenar-benarnya dipraktikkan. Dalam satu kelompok, mereka dipecah-pecahkan lagi. Selepas mengenal hati budi, ditukar-tukarkan pula mengikut kelompok yang sesuai, atau dalam kata lain, sepemahaman. Apabila ditanya, ahli disusun mengikut fikrah kata mereka. Kalau benar sebab utamanya untuk ISLAM, kenapa harus ditukar-tukar mengikut pemahaman? Analogi, penulis atau negara Malaysia amnya mengikut mazhab Syafie. Namun jika ke tanah suci, cara solat di sana berbeza kerana berbeza mazhab. Tiada masalah untuk kita mengikuti cara solat di tanah suci, kerana secara dasarnya, solat itu menyerahkan diri kepada Allah. Berbalik kepada usrah, kenapa perlu disusun mengikut ideologi masing-masing kalau benar usrah diadakan untuk menegakkan Islam? Sepatutnya, semuanya adalah sama, kalau niat utama kerana Islam dan bukan sebab lain. UKHWAH yang dicanangkan sebenarnya hanya akan mendatangkan perpecahan sesama ahli usrah sekiranya kelompok usrah itu dibeza-bezakan. Apatah lagi kalau penyampaian dalam usrah itu berbeza-beza. Worse kalau ada yang membezakan usrah mengikut parti politik. Ni usrah U, tu usrah P. Pembentukan individu sendiri sudah salah caranya, bagaimana hendak membentuk sebuah kerajaan ISLAM?

Apa Nak Jadi
Wallahualam. Kecewa melihat perkara yang tidak berkesudahan ini. Terpekik terlolong memperjuangkan Islam, menyahut bantuan untuk saudara seIslam di Gaza, tetapi di Malaysia, hanya kerana berbeza ideologi politik, hilang dasar Islam. Laungan “Allahuakbar” berubah menjadi cacian, maki hamun. Tak percaya? Lihat sahaja komen-komen di Youtube. Penulis nak quote pun tak berani. Malu dengan bangsa sendiri, yang membawa nama Islam. Islam itu biarlah menyeluruh. Bukan solat waktu dijaga, puasa sunat setiap minggu, bangun Tahajud hampur setiap malam, tapi hubungan dengan manusia lain diabaikan. YOHOO, hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia, dua-dua kena jaga. Around 70% kandungan hadis dan Al-Quran adalah berkenaan hubungan dengan manusia. So, jaga lah baik-baik. Allah maha pengampun, manusia? Belum tentu.

 “Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana-mana pun mereka berada (tanpa kemuliaan dan keamanan) kecuali (mereka berada) dengan tali (agama) daripada Allah dan tali (perdamaian) dengan manusia”.
(Ali ‘Imran : 112)

Akhir Kata
Nak usrah, silakan, benda baik, tujuan baik, in shaa Allah, hasilnya baik. Tetapi kalau tujuannya tersasar, renung semula. Niatkan kerana agama Allah, nescaya kita akan peroleh ketenangan jiwa. Kumpul bekalan ke akhirat, sebab kita tidak akan tahu, bagaimana keadaan mati kita. Yang berjanggut, berserban, jangan disangka akan ke syurga, yang selekeh, yang bajunya compang camping, jangan disangka tempatnya di neraka. Itu semua kuasa Allah. Manusia tiada hak untuk mengadili. Wallahualam. Sekadar pendapat.
Assalamualaikum


3 comments:

Muhammad PeacemakerIslam said...

Menarik.
Setuju.
satu perkara yang perlu direfleksikan dengan lebih dalam.
Ukhwahfillah,Persaudaraan kerna Allah,jika kita amati maksudnya secara dalam,maka sepatutnya tiada pandangan serong sama ada kepada berlainan fikrah mahupun saudara2 kita yang belum disentuh dengan fikrah Islam sebenar.

Alhamdulillah.

Mak ati said...

Jangan mudah menghukum sesama manusia...well done Jan

Mak ati said...

Jangan mudah menghukum sesama manusia...well done Jan