Assalamualaikum.
Bersua sekali lagi bersama para
pembaca. Selepas dah ‘jaga janda’, penulis rasa penulis hendak menulis sesuatu
dari kaca mata penulis sendiri. Suatu luahan rasa yang sudah lama penulis
simpan, namun akhirnya penulis rasa perlunya penulis utarakan demi kepentingan
agama Islam sendiri. Semua sedia maklum, 60% daripada rakyat Malaysia terdiri
daripada orang Melayu. Menurut perlembagaan fasal 16 (2), semua Melayu itu
haruslah beragama Islam. Mana-mana bangsa Melayu yang tidak beragama Islam bukan
sahaja dikira murtad, malah melanggar perlembagaan negara. Hukuman berdasarkan
undang-undang boleh sahaja dikenakan kepada Melayu yang keluar Islam walaupun
hukum hudud masih BELUM dilaksanakan di Malaysia.
Perpecahan
Penulis sudahpun menyatakan di atas
bahawa 60% penduduk Malaysia adalah berbangsa Melayu. Jika menurut perlembagaan
pula, boleh dikatakan 60% juga beragama Islam. Mungkin terdapat segelintir yang
murtad, maka peratusan itu kemungkinan lebih rendah, namun rendahnya peratusan
itu tidaklah sehingga Islam jatuh sebagai minority. Masih lagi majority.
Selebihnya, yang bukan beragama Islam. Namun, walaupun Islam lebih ramai, 60%
ini tidaklah bersatu seperti yang 40% itu. Tidak keterlaluan kalau penulis
kata, 60% itu berpecah menjadi dua puak, timbang tara 30% dan 30%. Kenapa
berpecah? 1 faktor yang cukup besar, IDEOLOGI POLITIK.
Hakikat
Maka sekarang penduduk Malaysia
terpecah kepada tiga. 40% bukan Islam, 30% Islam U, dan lagi 30% Islam P. Malah
berpecah lagi umat Islam kepada peratusan kecil Islam K. 3 pecahan. Walaupun
Islam secara amnya majority di Malaysia, tetapi jika diteliti, dengan
perpecahan yang berlaku, kita adalah minority dan logiknya, majoritylah yang
akan memegang tampuk kuasa. If not now, 1 day, soon, ianya akan berlaku. Islam
sudah MINORITI di MALAYSIA. Itulah hakikatnya. Why? Bermati-matian saudara kita
melawan tentera Israel di GAZA, kita pula bermati-matian bertikam lidah mencaci
sesama sendiri mengikut ideology masing-masing. Apa ni??!!
Usrah
Jenuh penulis memikirkan kenapa perkara
sebegini boleh terjadi. Kalau hendak bertanyakan pendapat pun, penulis tidak
akan mendapatkan jawapan sebenar. Yang P duk salahkan yang U, yang U duk
salahkan yang P. Akhirnya, segala persoalan tidak terjawab. Penulis cuma nak
utarakan apa yang penulis rasakan. Sepanjang penulis bergelar mahasiswa,
pelbagai gerakan atau usrah yang telah penulis saksikan. Pelbagai jemaah,
pelbagai mazhab. Masing-masing dengan cara penyampaian yang tersendiri. Asalnya
penulis hanya bertindak sebagai pemerhati, tetapi pada satu hari, penulis
diajak untuk turut serta dengan satu kelompok usrah. Memandangkan ilmu agama
penulis tidaklah tinggi mana, maka penulis bersetuju tanpa memikirkan jemaah
apa yang bakal penulis naungi. Setelah lama kelamaan penulis dalam usrah,
banyak istilah yang telah diguna pakai. Ukhwah, keluarga, bulatan gembira,
pokoknya, semua menggambarkan simpulan atau ikatan sesama ahli. UKHWAH, itu
yang utama dalam usrah penulis.
Sebab dan Alasan
Penulis terus memerhati. UKHWAH yang
menjadi tema utama dalam kebanyak usrah tidaklah sebenar-benarnya dipraktikkan.
Dalam satu kelompok, mereka dipecah-pecahkan lagi. Selepas mengenal hati budi,
ditukar-tukarkan pula mengikut kelompok yang sesuai, atau dalam kata lain,
sepemahaman. Apabila ditanya, ahli disusun mengikut fikrah kata mereka. Kalau
benar sebab utamanya untuk ISLAM, kenapa harus ditukar-tukar mengikut
pemahaman? Analogi, penulis atau negara Malaysia amnya mengikut mazhab Syafie.
Namun jika ke tanah suci, cara solat di sana berbeza kerana berbeza mazhab. Tiada
masalah untuk kita mengikuti cara solat di tanah suci, kerana secara dasarnya,
solat itu menyerahkan diri kepada Allah. Berbalik kepada usrah, kenapa perlu
disusun mengikut ideologi masing-masing kalau benar usrah diadakan untuk
menegakkan Islam? Sepatutnya, semuanya adalah sama, kalau niat utama kerana
Islam dan bukan sebab lain. UKHWAH yang dicanangkan sebenarnya hanya akan
mendatangkan perpecahan sesama ahli usrah sekiranya kelompok usrah itu
dibeza-bezakan. Apatah lagi kalau penyampaian dalam usrah itu berbeza-beza.
Worse kalau ada yang membezakan usrah mengikut parti politik. Ni usrah U, tu
usrah P. Pembentukan individu sendiri sudah salah caranya, bagaimana hendak
membentuk sebuah kerajaan ISLAM?
Apa Nak Jadi
Wallahualam. Kecewa melihat perkara
yang tidak berkesudahan ini. Terpekik terlolong memperjuangkan Islam, menyahut
bantuan untuk saudara seIslam di Gaza, tetapi di Malaysia, hanya kerana berbeza
ideologi politik, hilang dasar Islam. Laungan “Allahuakbar” berubah menjadi
cacian, maki hamun. Tak percaya? Lihat sahaja komen-komen di Youtube. Penulis
nak quote pun tak berani. Malu dengan bangsa sendiri, yang membawa nama Islam. Islam
itu biarlah menyeluruh. Bukan solat waktu dijaga, puasa sunat setiap minggu,
bangun Tahajud hampur setiap malam, tapi hubungan dengan manusia lain
diabaikan. YOHOO, hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia, dua-dua kena
jaga. Around 70% kandungan hadis dan Al-Quran adalah berkenaan hubungan dengan
manusia. So, jaga lah baik-baik. Allah maha pengampun, manusia? Belum tentu.
“Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di
mana-mana pun mereka berada (tanpa kemuliaan dan keamanan) kecuali (mereka
berada) dengan tali (agama) daripada Allah dan tali (perdamaian) dengan
manusia”.
(Ali ‘Imran : 112)
Akhir Kata
Nak usrah, silakan, benda baik,
tujuan baik, in shaa Allah, hasilnya baik. Tetapi kalau tujuannya tersasar,
renung semula. Niatkan kerana agama Allah, nescaya kita akan peroleh ketenangan
jiwa. Kumpul bekalan ke akhirat, sebab kita tidak akan tahu, bagaimana keadaan
mati kita. Yang berjanggut, berserban, jangan disangka akan ke syurga, yang
selekeh, yang bajunya compang camping, jangan disangka tempatnya di neraka. Itu
semua kuasa Allah. Manusia tiada hak untuk mengadili. Wallahualam. Sekadar
pendapat.
Assalamualaikum
3 comments:
Menarik.
Setuju.
satu perkara yang perlu direfleksikan dengan lebih dalam.
Ukhwahfillah,Persaudaraan kerna Allah,jika kita amati maksudnya secara dalam,maka sepatutnya tiada pandangan serong sama ada kepada berlainan fikrah mahupun saudara2 kita yang belum disentuh dengan fikrah Islam sebenar.
Alhamdulillah.
Jangan mudah menghukum sesama manusia...well done Jan
Jangan mudah menghukum sesama manusia...well done Jan
Post a Comment