"Buat apa aku berkawan dengan dia, tak pernah sedar pun kewujudan aku, tak nak aku terhegeh-hegeh dekat dia," ujar si A.
"Sedih ada, marah pun ada, punyalah aku pedulikan dia, tapi time aku, dia buat tak tahu je," ujar sang B.
Penulis pasti, ramai daripada kita yang mengalami perkara yang sama. Siapa kata cinta dengan kekasih je yang bertepuk sebelah tangan? Rasanya dengan kawan-kawan, para sahabat keadaan yang sama pasti berlaku, malah lebih parah. Cuma kita lebih perasan cinta sebelah tangan sesama kekasih, kerana itu lebih dititikberatkan. Lumrah manusia.
Pernah atau tidak kita merasakan kehadiran kita dalam hidup sahabat kita hanya sekadar singgahan? Pernah atau tidak kita merasakan yang kita dah cuba paling baik dalam persahabatan kita, tapi tidak diendahkan? Pernah atau tidak, kita merasakan seolah-olah diri kita diabai? Pernah atau tidak kita merasakan kehadiran diri kita tidak sepenting yang lain, seolah-olah kita tidak diperlukan?
Pasti pernah. Kalau tidak, anda sangat beruntung. Bersyukurlah kepada Allah. Bagi yang pernah, juga harus bersyukur kerana sesungguhnya Allah sedang menguji kita. Menguji keihklasan kita, sejauh mana kita bersungguh dalam persahabatan kita. Jika benar kita ikhlas, bersahabat kerana Allah, nescaya kita akan dicemburui oleh para penghuni langit di kemudian hari. Segolongan manusia yang berkasih sayang kerana Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan, muka-muka mereka ada cahaya dan mereka berada di atas cahaya. Hebat tak hebat?
Belajarlah memberi lebih daripada menerima. Penulis tahu, pasti rasa sakit dalam diri apabila usaha kita dalam persahabatan seolah-olah dipandang enteng, tidak laku di mata sahabat yang kita harapkan, namun belajarlah ikhlas dalam persahabatan. Kita tidak mudah mengubah persepsi manusia, maka janganlah berharap pada manusia setinggi harapan kita kepada Allah. Allah tidak akan padamkan harapan hamba yang sabar dengan ujianNya.
Sekadar peringatan buat semua. Biarlah usaha mereka tidak sekuat kita, yang penting, niat kita sebenar-benarnya kerana Allah. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment