Followers

Tuesday, January 1, 2013

Usrah ?!



Assalamualaikum. Happy new year kepada semua pembaca. Bagaimana dengan azam 2012 yang lalu? Dah tercapai belum? Kalau belum, ayuh kita gandakan usaha, pastikan azam-azam tersebut terlaksana. Sebelum itu, sekadar renungan, semakin bertambah angka pada tahun, semakin bertambah usia kita, semakin dekat kita kepada mati. Maka, sedang kita mengejar azam yang telah kita tetapkan, jangan sesekali lupa kembali kepada Allah. Perbanyakkan amalan dan sentiasa beramal seolah-olah kita akan mati dalam waktu yang terdekat. Peringatan untuk penulis juga J

Semalam penulis pergi menonton filem 5cm (Indonesia), sangat menarik untuk dijadikan sebagai pengajaran. Sekiranya kita mempunyai impian, bayangkan impian itu hanya 5cm dari mata kita, sediakan kaki untuk lebih banyak bergerak, sediakan hati untuk lebih banyak bekerja, sediakan mata untuk lebih banyak melihat, sediakan leher untuk lebih banyak mendongak, dan sediakan mulut untuk lebih banyak berdoa, nescaya tiada impian yang mustahil untuk dicapai.



Usrah


Maksud usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga. Sebagai istilah, usrah bermaksud satu program tetap yang dianjurkan oleh kumpulan yang bekerjasama untuk memahami dan menghayati Islam. Usrah kini menjadi satu trend, bukan sahaja di peringkat universiti, malah sudah mula bergerak dalam peringkat sekolah. Ini satu gerakan yang menarik sekiranya definisi yang digariskan di atas diamalkan. SEKIRANYA DEFINISI DIAMATI.

Namun yang menjadi masalah kini, golongan yang menyertai usrah kebanyakannya merasakan diri mereka sempurna, setiap yang dilakukan oleh mereka itu betul, dan yang dilakukan oleh golongan yang tidak menyertai usrah itu salah. Ini berdasarkan pemerhatian penulis sendiri yang turut sama menyertai usrah. Penulis tidak menjatuhkan kesalahan kepada semua anggota usrah, tetapi kebanyakan daripada mereka terlalu egois sehingga terlalu mudah menjatuhkan hukuman kepada orang yang tidak sehaluan dengan mereka.

Alahai sayangnya. Kepala berserban, berjubah putih, tudung labuh berseri-seri, tetapi konsep dakwah yang cuba disampaikan tidak kena pada tempatnya. Janganlah kita sangka kita betul dalam setiap perkara. Tiada manusia yang sempurna, sebaik manapun seseorang itu, selagi namanya manusia, selagi itu dia pasti melakukan dosa atau kesilapan. Jangan pula disangka orang yang tidak menyertai usrah itu salah setiap tindakan mereka. Menjadi satu kesilapan lebih besar sekiranya kita yang faham ini tidak membetulkan kesalahan mereka, sebaliknya menjatuhkan hukuman, menyebabkan mereka semakin takut untuk mendekati Islam.

Bagaimana orang akan tertarik dengan Islam?

Islam itu mencakupi seluruh aspek kehidupan. Ibadah bukan sahaja melibatkan puasa dan solat, malah makan, minum, tidur pun merupakan suatu ibadah sekiranya mengikut garis panduang yang telah ditetapkan dalam agama. Senang cerita, semua amalan harian kita adalah suatu ibadah. Walau bagaimanapun, masih terlalu ramai yang memandang Islam melalui skop yang terlalu sempit. Rigid. Yang itu haram, yang ini halal, yang itu berdosa. Benar, memang dalam Islam ada halal dan haram, tetapi berapa ramai yang faham kenapa Islam tidak membenarkan sesetengah perkara, berapa ramai yang faham kenapa arak itu haram, berapa ramai yang faham kenapa puasa itu satu kewajiban. Dalam konteks masyarakat kini, orang hanya fokus kepada boleh atau tidak melakukan sesuatu, tanpa usul periksa sebab kenapa sesuatu perkara itu boleh atau tidak dilaksanakan dalam Islam. Kurang pemahaman ini turut melibatkan orang yang menyertai usrah, sehingga semua yang orang lain buat itu salah. Terlalu mudah menghukum.


After thousand of our own mistakes, we never hate ourselves. But even a single mistake from others, we hate them till death.

Kan lebih baik?


Analogi

Penulis bawakan satu analogi. Seorang pemimpin sebuah organisasi sedang melaksanakan sebuah program. Dalam program tersebut, terdapat beberapa unsur jahiliyyah diterapkan tanpa disedari. Kita yang tahu dan sedar akan kesilapan itu, seharusnya menegur pemimpin tersebut agar dia sedar akan kesilapan dia. Walau bagaimanapun, yang berlaku kini, kita terus menjatuhkan hukuman, bercakap di belakang membenci tindakannya. Kalau sebegini, sampai sudah orang yang melakukan kesilapan itu tidak sedar akan kesilapan tersebut. Ha, salah siapa? Kita yang tahu, tapi tidak tegur, atau salah dia yang tidak tahu malah tidak ditegur?

SANGAT KECEWA.


Kalau kita tidak suka akan perbuatan yang dilakukan seseorang, maka seeloknya kita memikirkan cara supaya orang tersebut meninggalkan perbuatan yang dilakukan. Di sini lah dakwah memainkan peranan. Cara approach harus sesuai dengan orang yang perlu ditegur. Jangan bermain api dengan api. Niat tidak menghalalkan cara, dan percayalah, bercakap belakang bukanlah caranya. Jangan sedang kita ingin mencegah kemungkaran, kita pula ditimpa dosa dengan perbuatan mengumpat.


Alat

Usrah ini sebenarnya sejenis alat atau medium tarbiyyah agar cita-cita individu muslim yang ‘faham’ itu dapat dibentuk. Seterusnya, individu-individu muslim ini dapat bergerak, menyampaikan dakwah agar cita-cita terakhir iaitu ustadiyatul alam itu tercapai. Setiap insan bergelar muslim ada tanggungjawab masing-masing, makan jangan kita mengetepikan sesiapa pun, walau seorang, dalam usaha kita ke arah cita-cita kita itu. WAKE UP! Sertai usrah atau pun tidak, setiap orang akan disoal di akhirat kelak. Yang menyertai usrah ini mempunyai tanggungjawab yang lebih kerana mereka sudah memahami Islam dengan lebih dekat, maka jika mereka tidak melaksanakan apa yang telah dipelajari, bebanan yang ditanggung adalah lebih berat berbanding mereka yang tidak menyertai usrah.

Pokoknya, jangan pernah rasa diri kita sempurna. Sentiasalah bersangka baik dengan setiap manusia.

Tips

Di sini penulis sediakan sedikit garapan yang penulis peroleh daripada penulisan sahabat penulis, solihinmahadi.blogspot.com.

Tips ini datangnya daripada Syeikh Abdul Qadir al-Jilani.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu:
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu):
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu):
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk"

Tambahan

Saja penulis nak tambah. Pesanan tambahan. Tak baik dengki-dengki ni. Relakanlah kebaikan atau kelebihan yang ada pada orang lain. Allah itu maha adil, setiap orang pasti ada kelebihan masing-masing, dan gunakanlah kelebihan-kelebihan ini di jalannya. Dengki ini sifat syaitan. Jauh-jauhkan ye? Peringatan untuk penulis juga.


Itu sahaja entri kali ini. Assalamualaikum J

Thursday, December 27, 2012

Recap


2012 sudah hampir melabuhkan tirainya. Terasa baru semalam masuk INTEC, sekarang sudah pun ada di Indonesia. Too many things happened this year, pahit manis, all of them change my life. Owh yea, the world is still breathing, so sorry to those believers for spreading the rumours saying that this year will be the end of the world. Allah, He is the only one who knows when and how the dooms day would be. No one can predict, no one can conclude, just put in your heart that the end of the world is around the corner so that all of us will do our best in achieving our tasks of being here in the world. BERIBADAHLAH KEPADA ALLAH and LAKSANAKAN TUGAS KITA AS KHALIFAH! Tak kisah lah cantik mana pun someone, handsome mana pun someone, at the end, iman dan taqwa yang Allah ambil kira.

“Itulah Syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertaqwa.”
(Maryam: 63)

Itu intro sahaja, lets recap what happened this year!

The 1st 6 Months

2 months of holiday, penulis kembali ke INTEC untuk memulakan semester terakhir di pusat persediaan tersebut. Pada masa itu, penulis cuma berfikir bahawa this year is the year, A-Level. Selepas hampir 2 tahun di sana, akhirnya perjuangan sebagai pelajar INTEC hampir berakhir. Sangat cepat masa berlalu. Yang tak menariknya, dengar khabar Edexcel nak naikkan standard exam sebab dapat complain standard tak mencapai tahap sebenar. Yang menarik pula, result sem 3 teruk. Haha, tak lah menarik, cumanya ia menjadi pemangkin untuk penulis lebih berusaha untuk A-Level. Alhamdulillah, trial penulis dapat keputusan yang diinginkan. Fikir penulis ketika itu, this could be a good sign. Dalam hati sudah mula pasang niat nak ke india, tempat asal yang telah ditentukan penaja. Sewaktu A-Level yang sebenar, penulis diberitahu oleh guru penulis yang mengajar di sekolah dulu bahawa ada sebuah pertandingan bahasa cina bagi non-chinese students di UM.  Penulis ambil risiko, exam pun exam lah, who knows ada rezeki. Bertemankan AISAR AHMAD dan ABANG NASHRIQ, penulis gagahkan diri, berbaju melayu meluncur laju dengan WLB 1911 from shah alam ke UM seawal 7 pagi.

TQ AISAR SEBAB KORBANKAN MASA……

Alhamdulillah, rezeki penulis mewakili Malaysia ke China selepas menjuarai pertandingan tersebut. Gembira tak terhingga. Cuma pada waktu itu, hati penulis menjadi tidak sedap. Allah beri rezeki yang melimpah ruah kepada penulis. Maybe akan ada ujian yang menyusul?

The 2nd 6 Months

2 tahun sudah penulis di INTEC. Tamat lah pengajian penulis di INTEC, habislah juga A-Level, maka MERDEKA penulis sekali lagi selepas SPM tempoh hari. Kali ini, penulis berasa sangat sedih. Penulis sedar dengan tamatnya pengajian di INTEC, maka akan berjauhan lah penulis dengan sahabat-sahabat penulis yang selama ini menyokong penulis, memberi semangat kepada penulis. Pertemuan itu permulaan bagi perpisahan. Menangis penulis tatkala berpisah. Haha, sehingga kini, penulis masih teringatkan mereka. Owh yea, seminggu selepas A-Level, penulis berangkat ke China bagi menyertai pertandingan bahasa cina. Alhamdulillah, penulis melepaskan diri untuk top 30. Walau bagaimanapun, penulis hanya berjaya ke top 15, gagal untuk mara ke pusingan akhir, mungkin itu sahaja rezeki penulis. Namun, banyak yang telah penulis belajar. Pengalaman yang tidak boleh dibeli.

Bercuti di Bandung dan Jakarta bersama sahabat penulis adalah percutian yang sangat tidak boleh dilupakan. Sedang penulis gembira dengan semua yang penulis ada, result A-Level diumumkan. Keputusan yang penulis peroleh meletakkan penulis di Indonesia. Awalnya, Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya hati penulis, tetapi lama kelamaan, penulis mula belajar erti menerima. Mungkin semua ini ketentuan ilahi yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat penulis.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.”
(al-Baqarah:216)

And NOW, here I am, sitting in front of my laptop right in the middle of Jakarta. Not exactly in the middle, but somewhere around the area. Settled down, but only God knows how I miss Malaysia, how I miss all of my friends. My friends in Malaysia, in India, in Ireland, in USA or no matter where you guys are, you guys are the best. Still counting and waiting for the time for us to meet again. Even it wont be the same as before, but, our friendship will not change, ever. AIMAN FIRDAUS told me, Allah separates us so that we appreciate our friendship more, if we keep seeing each other, we might not feel the sweetness of meeting your friend after been apart for a while. Yea, it kinda make sense.

Cant wait for February to come. Going back to Malaysia!

Last Words


There are thousand of ups and downs this year. They change my life, but it wont change me in person. I just hope I could become better from everything which has happened, learning from my mistakes in the past and try to move on, become someone better. I might have a lot of weaknesses, but these weaknesses are responsible of how good I am going to be. InsyaAllah, may Allah ease our path.
Happy new year guys, may 2013 brings something good for every1. That’s all for now, for 2012. See you guys next year.

[LISTENING TO GLEE – SOME NIGHTS]


Monday, December 3, 2012

Penyakit


Assalamualaikum.

Bersua sekali lagi bersama para pembaca. Selepas dah ‘jaga janda’, penulis rasa penulis hendak menulis sesuatu dari kaca mata penulis sendiri. Suatu luahan rasa yang sudah lama penulis simpan, namun akhirnya penulis rasa perlunya penulis utarakan demi kepentingan agama Islam sendiri. Semua sedia maklum, 60% daripada rakyat Malaysia terdiri daripada orang Melayu. Menurut perlembagaan fasal 16 (2), semua Melayu itu haruslah beragama Islam. Mana-mana bangsa Melayu yang tidak beragama Islam bukan sahaja dikira murtad, malah melanggar perlembagaan negara. Hukuman berdasarkan undang-undang boleh sahaja dikenakan kepada Melayu yang keluar Islam walaupun hukum hudud masih BELUM dilaksanakan di Malaysia.

Perpecahan
Penulis sudahpun menyatakan di atas bahawa 60% penduduk Malaysia adalah berbangsa Melayu. Jika menurut perlembagaan pula, boleh dikatakan 60% juga beragama Islam. Mungkin terdapat segelintir yang murtad, maka peratusan itu kemungkinan lebih rendah, namun rendahnya peratusan itu tidaklah sehingga Islam jatuh sebagai minority. Masih lagi majority. Selebihnya, yang bukan beragama Islam. Namun, walaupun Islam lebih ramai, 60% ini tidaklah bersatu seperti yang 40% itu. Tidak keterlaluan kalau penulis kata, 60% itu berpecah menjadi dua puak, timbang tara 30% dan 30%. Kenapa berpecah? 1 faktor yang cukup besar, IDEOLOGI POLITIK.

Hakikat
Maka sekarang penduduk Malaysia terpecah kepada tiga. 40% bukan Islam, 30% Islam U, dan lagi 30% Islam P. Malah berpecah lagi umat Islam kepada peratusan kecil Islam K. 3 pecahan. Walaupun Islam secara amnya majority di Malaysia, tetapi jika diteliti, dengan perpecahan yang berlaku, kita adalah minority dan logiknya, majoritylah yang akan memegang tampuk kuasa. If not now, 1 day, soon, ianya akan berlaku. Islam sudah MINORITI di MALAYSIA. Itulah hakikatnya. Why? Bermati-matian saudara kita melawan tentera Israel di GAZA, kita pula bermati-matian bertikam lidah mencaci sesama sendiri mengikut ideology masing-masing. Apa ni??!!

Usrah
Jenuh penulis memikirkan kenapa perkara sebegini boleh terjadi. Kalau hendak bertanyakan pendapat pun, penulis tidak akan mendapatkan jawapan sebenar. Yang P duk salahkan yang U, yang U duk salahkan yang P. Akhirnya, segala persoalan tidak terjawab. Penulis cuma nak utarakan apa yang penulis rasakan. Sepanjang penulis bergelar mahasiswa, pelbagai gerakan atau usrah yang telah penulis saksikan. Pelbagai jemaah, pelbagai mazhab. Masing-masing dengan cara penyampaian yang tersendiri. Asalnya penulis hanya bertindak sebagai pemerhati, tetapi pada satu hari, penulis diajak untuk turut serta dengan satu kelompok usrah. Memandangkan ilmu agama penulis tidaklah tinggi mana, maka penulis bersetuju tanpa memikirkan jemaah apa yang bakal penulis naungi. Setelah lama kelamaan penulis dalam usrah, banyak istilah yang telah diguna pakai. Ukhwah, keluarga, bulatan gembira, pokoknya, semua menggambarkan simpulan atau ikatan sesama ahli. UKHWAH, itu yang utama dalam usrah penulis.

Sebab dan Alasan
Penulis terus memerhati. UKHWAH yang menjadi tema utama dalam kebanyak usrah tidaklah sebenar-benarnya dipraktikkan. Dalam satu kelompok, mereka dipecah-pecahkan lagi. Selepas mengenal hati budi, ditukar-tukarkan pula mengikut kelompok yang sesuai, atau dalam kata lain, sepemahaman. Apabila ditanya, ahli disusun mengikut fikrah kata mereka. Kalau benar sebab utamanya untuk ISLAM, kenapa harus ditukar-tukar mengikut pemahaman? Analogi, penulis atau negara Malaysia amnya mengikut mazhab Syafie. Namun jika ke tanah suci, cara solat di sana berbeza kerana berbeza mazhab. Tiada masalah untuk kita mengikuti cara solat di tanah suci, kerana secara dasarnya, solat itu menyerahkan diri kepada Allah. Berbalik kepada usrah, kenapa perlu disusun mengikut ideologi masing-masing kalau benar usrah diadakan untuk menegakkan Islam? Sepatutnya, semuanya adalah sama, kalau niat utama kerana Islam dan bukan sebab lain. UKHWAH yang dicanangkan sebenarnya hanya akan mendatangkan perpecahan sesama ahli usrah sekiranya kelompok usrah itu dibeza-bezakan. Apatah lagi kalau penyampaian dalam usrah itu berbeza-beza. Worse kalau ada yang membezakan usrah mengikut parti politik. Ni usrah U, tu usrah P. Pembentukan individu sendiri sudah salah caranya, bagaimana hendak membentuk sebuah kerajaan ISLAM?

Apa Nak Jadi
Wallahualam. Kecewa melihat perkara yang tidak berkesudahan ini. Terpekik terlolong memperjuangkan Islam, menyahut bantuan untuk saudara seIslam di Gaza, tetapi di Malaysia, hanya kerana berbeza ideologi politik, hilang dasar Islam. Laungan “Allahuakbar” berubah menjadi cacian, maki hamun. Tak percaya? Lihat sahaja komen-komen di Youtube. Penulis nak quote pun tak berani. Malu dengan bangsa sendiri, yang membawa nama Islam. Islam itu biarlah menyeluruh. Bukan solat waktu dijaga, puasa sunat setiap minggu, bangun Tahajud hampur setiap malam, tapi hubungan dengan manusia lain diabaikan. YOHOO, hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia, dua-dua kena jaga. Around 70% kandungan hadis dan Al-Quran adalah berkenaan hubungan dengan manusia. So, jaga lah baik-baik. Allah maha pengampun, manusia? Belum tentu.

 “Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana-mana pun mereka berada (tanpa kemuliaan dan keamanan) kecuali (mereka berada) dengan tali (agama) daripada Allah dan tali (perdamaian) dengan manusia”.
(Ali ‘Imran : 112)

Akhir Kata
Nak usrah, silakan, benda baik, tujuan baik, in shaa Allah, hasilnya baik. Tetapi kalau tujuannya tersasar, renung semula. Niatkan kerana agama Allah, nescaya kita akan peroleh ketenangan jiwa. Kumpul bekalan ke akhirat, sebab kita tidak akan tahu, bagaimana keadaan mati kita. Yang berjanggut, berserban, jangan disangka akan ke syurga, yang selekeh, yang bajunya compang camping, jangan disangka tempatnya di neraka. Itu semua kuasa Allah. Manusia tiada hak untuk mengadili. Wallahualam. Sekadar pendapat.
Assalamualaikum


Tuesday, November 13, 2012

JAGA JANDA


Assalamualaikum semua, penulis kembali setelah sekian lama menyepi. Tidaklah sekian mana pun, tapi hampir sebulan jugalah penulis tinggalkan ruangan blog ini. Sibuk dengan aktiviti di Jakarta. Ini pun baru sahaja selesai dengan WEST JAVA MALAYSIAN GAMES 2012. Jakarta tuan rumah, maka KUJ dan PKPMI-CJ (Kelab Umno Jakarta dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia – Cawangan Jakarta) antara yang sibuk mengelilingi kota Jakarta pada 10 dan 11 November yang lalu. Back to topic. Ok, penulisan kali ini berkenaan dengan KEUNIKAN yang mungkin tidak terdapat di tempat lain, tetapi ada di Jakarta. Sekali pandang akan buat kita tertanya-tanya, tetapi selepas dah faham, maka ada yang buat kita gelak, kadang kala terpaksa pula dengan POKERFACE. Apakah itu?

JAGA JANDA

Sebenarnya masa itu dalam perjalanan menuju pulang ke Jakarta dari Bandung. Melawat sahabat-sahabat yang sedang menuntut di UNPAD (Universitas Padjadjaran). Ketika dalam bas, orangnya terlalu ramai, walaupun bas itu adalah bas ekspres. Kalau di Malaysia, kita kena beli tiket dahulu, tapi kalau di sini, system itu tidak ada. Bas akan kutip sesiapa sahaja yang tahan bas itu walaupun berada di highway. Dahsyat tak dahsyat. Plus, selagi bas itu tidak penuh, selagi itu diisi macam sardine. Bayangkan, penulis terpaksa berdiri dari Bandung ke Jakarta yang perjalanannya mengambil masa 2 jam 30 minit. Sedang penulis berdiri menahan kaki yang tengah lenguh, tiba-tiba penulis terpandang sesuatu. Sebuah papan tanda kecil yang disangkutkan di belakang sebuah lori, perkataan “JAGA JANDA” terpapar di papan tersebut. Tertanya-tanya penulis, apakah sebenarnya JAGA JANDA itu? Selepas diamati, barulah penulis faham JAGA JANDA itu adalah JAGA JARAK ANDA. SEE! This is what other countries don’t have. Singkatan kata yang “over” sampai kadang-kadang susah nak diterima akal.

BUTEKI


“Seorang anak BALITA datang bertemu dokter di sebuah PUSKESMAS yang jauh di desa…” Jenuh penulis amati apakah maksud perkataan-perkataan tersebut tatkala berlangsungnya PBL di kampus. Selepas habis membaca kasus, penulis bertanya kepada dosen (lecturer) maksud perkataan-perkataan tersebut. Dosen tersenyum lalu menjawab, “BALITA itu BAWAH LIMA TAHUN, PUSKESMAS itu PUSAT KESEHATAN MASYARAKAT…” Haha, kalau nak diikutkan hati, nak penulis gelak dalam kelas itu, tapi takut orang kata kita tak hormat bahasa orang sini pula, jadinya penulis diamkan aja. Bukan itu sahaja, penulis terbaca perkataan-perkataan ini di dalam modul – BUMIL dan BUTEKI. Sekali lagi, sifat ingin tahu membuak-buak. BUTEKI? BUMIL? What the heck are these? Selepas bertanya dengan pelajar tempatan, barulah penulis faham. BUMIL itu IBU HAMIL, BUTEKI pula IBU yang MENETEKI. Tak faham? Haha. Perlahan-perlahan, baca lah berulang kali.  Tiba-tiba penulis teringat akan seorang sahabat penulis yang ada di RCSI, Ireland. Pernah kami ke Jakarta dahulu selepas tamat A-Level. Sedang kami sibuk menggelakkan istilah-istilah yang dipendekkan ini, kami terlintas di hadapan sebuah taman burung atau di sini dikenali sebagai DUNIA BURUNG. Tidak terlintas di fikiran, tetapi kalaulah diringkaskan perkataan DUNIA BURUNG ini, rasanya jadi apa ya? Haha.. Tekalah-tekalah!!

Hari tu penulis dengan kawan-kawan tidur di DUBES. Ha, cuba teka DUBES tu apa? Hehe..

MARIA ELENA

Antara Vlogger favourite penulis. Penulis sangat suka menonton semua video MARIA ELENA. Video yang kelakar, but full of messages. Kalau sesiapa yang view videos Maria from the positive sides, serious banyak yang boleh diambil sebagai pengajaran. Tengah penulis menelaah video-video Maria baru-baru ni, penulis terjumpa yang ini.



KAN? Penulis nak quote ayat dia. “To all of you who have haters, you have to realize why you have haters first, there is probably something wrong with you or probably they are just trolling. You don’t have to take it seriously, don’t take it personally, but you can learn something from them, because sometimes they have valid points, they do. We just have to break down all that ego and listen, and really grab what they are trying to say, because its true most of the time.”

WOOOOO! Applause to MARIA! Yea, it’s true. Sometimes, out of nowhere, there will be someone or a bunch of people who really can’t accept us just the way we are. Penulis kadang-kadang rimas, pelik, tertanya-tanya pun ada. Tapi lepas fikir-fikir, buatlah baik macam mana pun, akan ada orang yang tidak suka. Itulah manusia. Macam apa yang Maria kata, kalau ada yang kita boleh belajar daripada mereka, take the chance, put down the ego. Kalau apa yang dorang sembangkan tu melalut semata-mata, ignore, don’t waste our time dealing with those kind of people. They are slowing us down, they want to see us crumble! Wake up wake up, push them aside, and let the path in front of you leads you to whoever or whatever you wanna be. Just always remember, everything happen with reasons. Allah kata jadi, maka jadilah, and Allah knows whats best for us. (Yang kadang-kadang kita ingat baik untuk kita, tapi sebenarnya tidak, and begitu juga sebaliknya.)

I do have haters as well. Terima je kehadiran mereka, because mereka lah secara tidak langsung mengubah kita menjadi lebih baik.

Jangan ingat haters tu jenis yang jahat, yang suka bawa mulut je. Tengok kiri kanan, kadang-kadang yang baik pun ada niat lain. HUSNUZON! BETUL! Tapi put a firewall inside of you, so that if anything happens, you are well prepared. Don’t trust people so easily, trust urself more, trust in Allah, because He is the only one who will not let you down, EVER.

AKHIR KATA

Itu sahaja buat pembaca untuk kali ini. Renungkanlah, mana baik dan mana yang buruk. Kadang kala kita tidak sedar akan kesilapan kita, cuba lah insafi diri, rendahkanlah diri anda, janganlah terlalu ego, merasakan diri kita yang terbaik.

Sahabat penulis bercerita kepada penulis. Ada seseorang yang dijanjikan syurga bukan kerana amalannya, tetapi kerana Allah kasihankannya. Maka dia berkata, tidak cukupkan aku beribadah selama ini? Maka dijawab pertanyaannya, ibadahmu, walaupun sepanjang kehidupanmu, tidak akan cukup besar jika dibandingkan dengan nikmat mata yang Allah beri.

MATA yang KECIL itu pun, terlalu besar jika dibandingkan dengan ibadah kita sepanjang hidup. Besar tak besar pemberian Allah. Allah lah yang paling hebat. Kalau ibadah sepanjang hidup pun tak standing dengan nikmat sebiji MATA, apatah lagi ibadah nak tak nak yang kebanyakan kita amalkan? Ye idak?
ASSALAMUALAIKUM semua.. J

Friday, October 19, 2012

Yang Selalu Terlepas Pandang


Assalamualaikum Warahmatullah..

Salam pertemuan sekali lagi kepada para pembaca. Sudah hampir dua bulan penulis berada di bumi Jakarta, dan Alhamdulillah, semuanya sudah stabil di sini. Penulis sudah selesa dengan keadaan di rumah, juga keadaan di kampus. Penulis juga akan bersama-sama dengan ahli PKPMI (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia) yang lain dalam menjayakan Jakarta Bogor Mini Games. Selesa, tenang, namun something is missing.  Kemanisan ukhuwah yang penulis rasai dulu sangat sukar untuk punya pengganti. Semuanya indah ketika di Cemara dulu.

Faham

Ada orang mudah melafazkan kata, sukar melakukan tindakan. Ada orang senang mengungkap kata-kata janji, tetapi untuk melaksanakan, jauh sekali. Ada orang pandai bermain ayat, membuatkan sekeliling berasa terpujuk, namun ayat yang diungkap tidak disertakan dengan tindakan. Penulis kagum kalau ada orang yang kurang berkata-kata, tetapi lebih banyak bertindak. Action speaks louder than words. “Aku sayangkan ukhuwah ini”, “Percayalah kau kawan aku yang paling baik”, “Tak pernah aku jumpa kawan macam kau”, kata-kata yang sering kita dengar. Tetapi sejauh mana kita faham akan ungkapan kita ini? Apabila kawan sedang kesepian, adakah kita di sisinya? Apabila sahabat sedang kesedihan, sudikah kita menghulurkan bahu? Sukar kita untuk mencari sahabat yang memahami. Lebih ramai yang bersikap mementingkan diri sendiri, melakukan perkara yang disukai sahaja. Sebagai contoh, Ali gemar bermain futsal. Satu hari, Ali telah bercadang untuk bermain futsal namun sahabat baiknya sedang punya masalah. Adakah dirinya sanggup membatalkan niat untuk melakukan perbuatan yang disukainya itu? Sayang, ramai yang tidak memahami sahabat mereka. Lebih gemar melakukan apa yang disukai, dalam masa yang sama, mengabaikan kawan yang memerlukan. Kadang kala, ada sahabat yang punya masalah tetapi sukar untuk menceritakan. Kalau benar kita sahabatnya, fahamilah jiwa mereka. Selami diri mereka. Buanglah sikap pentingkan diri. Bukan semua orang seperti kita, kalau benar kita hendak bersahabat, harus pandai blend in, jangan mengharap untuk orang sentiasa mengikuti kita.

Janji

Kita sebagai muslim sedar akan tanggungjawab kita sebagai manusia. Beribadah kepada Allah selain bertindak sebagai khalifah. Penulis tertarik dengan khutbah jumaat siang tadi. Kata khatib, kandungan hadis dan Al-Quran, hampir 80% menceritakan hubungan sesama manusia. Betapa kita perlu juga menjaga hubungan dengan manusia selain daripada hubungan dengan Allah. Penulis nak sentuh berkenaan janji. Usah  berjanji kalau tidak mampu untuk tepati. Bagi sesetengah orang, walaupun janji tidak ditepati, mereka tidak kisah atau begitu peduli. Namun ada sesetengah orang pula, janji, kecil bagaimanapun, tetap janji dan jika tidak ditepati, mereka akan peduli. Kalau kita jenis yang tidak kisah sesuatu janji itu tidak ditepati, jangan kita samakan diri kita dengan orang lain. Berfikirlah sebegini, kalau dah janji, haruslah ditunaikan, melainkan keadaan memang tidak mengizinkan. Walaupun janji yang kecil. “Abu, nanti aku temankan kau pergi kedai.” Namun, selepas beberapa minit, “Abu, aku penatlah, tak jadi lah ek, kau pergi sendiri boleh?” Walaupun perkara kecil, janji tetap janji. Tunaikanlah, fikirlah akan perasaan orang lain.

Renungan

“Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”.
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Kata Ulama tidak beriman seseorang itu ialah tidak sempurna iman seseorang itu. Di dalam kitab hadith 40 an-Nawawi yang di syarah oleh Imam Mahyuddin Yahya bin Syarif an-Nawawi bahawa mengasihi saudara ini termasuklah yang kafir dan muslim. Kewajiban kita mengasihi saudara kita yang bukan muslim supaya mereka diberi hidayah oleh Allah untuk menerima dan memasuki agama Islam.

Kalau dengan bukan muslim pun, kita punya kewajiban yang perlu dijaga, apatah lagi yang muslim, apatah lagi yang telah kita suapkan dengan kata-kata janji, yang telah kita hulurkan harapan. Penulis rindukan sahabat penulis yang jauh daripada penulis. Penulis tidak pernah jumpa sahabat seperti mereka. Betol kata orang, apabila depan mata, kita tak nampak, apabila dah tiada, barulah kita terasa kehilangan. Bagi yang membaca, hargailah sahabat yang ada. Kalau ada sahabat di kiri dan kanan, tataplah mereka, fikirlah, sanggupkah kita mengecewakan mereka, sanggupkah kita melukakan mereka? Jika tidak, ambillah tahu pasal mereka, hargailah mereka sementara waktu masih ada.  Ada seorang sahabat penulis pernah berpesan, “sometimes, the person who you hope the least will be the one who bring you into their arms when you are in need”. Kalau ada sahabat yang tetiba macam diam, macam lain macam tu, pergilah tanyakan khabar. Janganlah buat tidak tahu seolah-olah mereka tidak wujud. EMPATI, hayati, mengerti dan fahami perasaan orang lain.

Sekian sahaja daripada penulis. Sekadar perkongsian buat mereka yang menyayangi sahabat mereka di luar sana, insyaAllah.

Assalamualaikum.



Sunday, October 14, 2012

Syukurlah


Assalamualaikum. 2 entri untuk malam ini. 1 entri berkenaan kehidupan penulis, 1 lagi berkenaan apa yang penulis peroleh minggu lalu yang penulis rasa harus penulis berkongsi dengan semua pembaca.
Sedikit sebanyak, penulisan ini telah membuat penulis tersentak seketika.

INSPEKSI DIRI

“Sungguh sangat beruntung seorang yang masuk Islam kemudian mendapatkan rezeki yang secukupnya dan Allah menganugerahkan kepadanya sifat qana’ah (merasa cukup dan puas) dengan rezeki yang Allah berikan kepadanya”
Hadis Riwayat Muslim

Apakah itu qana’ah? Qana’ah adalah perasaan redha dan berasa cukup dengan pembahagian rezeki yang telah Allah SWT berikan kepada kita. Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat ketujuh bermaksud, “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah pedih.”

Indahnya janji Allah. Sekiranya kita bersyukur, rezeki kita akan bertambah, namun sebaliknya, jika kita tidak bersyukur, nescaya kita akan memperoleh azabNya. Bersyukurlah kerana kita tidak akan mengalami sebarang kerugian. Walau bagaimanapun, ini bukan alasan untuk kita menjadi malas, sentiasa berasa puas dengan apa yang kita ada. Berusahalah ke arah kemajuan, kerana tanpa kemajuan, Islam akan ditindas. Tanpa kejayaan, umat Islam akan dipandang hina.

BAGAIMANA NAK TANAM?
Untuk memperoleh sifat qana’ah dalam diri, sentiasalah berdoa kepada Allah.







"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang salih".

Sentiasa juga beringat bahawa segala sesuatu itu adalah milik Allah termasuklah sifat qana’ah, kekayaan, kejayaan, kesihatan mahupun kecantikan. Selain itu, lihatlah kepada orang-orang yang lebih malang daripada kita, yang tidak bernasib baik seperti kita, yang jauh lebih susah keadaanya.
Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.”

PERINGATAN AKHIR

Elakkan membandingkan diri dengan mereka yang lebih atas daripada kita kerana itu akan melahirkan sifat iri dan menjadikan kita alpa, lupa akan nikmat-nikmat yang telah dikurniakan Allah kepada kita. Tanamlah sifat qana’ah dalam diri. Berusaha untuk ada, namun tidak gusar jika tiada. Sesungguhnya kekayaan yang sebenar adalah kekayaan dalam jiwa.