Followers
Wednesday, September 18, 2013
Monday, July 29, 2013
Nota Dari Manipal

“Wan, kau pergi india ni sebab
nak visit Taj Mahal ke? Ke kau nak pergi Shimla, Mumbai, Delhi semua?”
“Eh, aku tak pergi pun tempat-tempat
tu. Aku pergi Manipal aje.”
“Ha, Manipal je? Ada apa je kat
sana?”
Soalan yang penulis terima
sebelum penulis berangkat ke India. Benar, ramai yang tertanya-tanya, kenapa
penulis ke Manipal, sedangkan ramai ke india untuk lihat tempat-tempat seperti
Taj Mahal dan Shimla.
“Many Malaysians come to india to visit the north part, yet you want to go Manipal?”
“Many Malaysians come to india to visit the north part, yet you want to go Manipal?”
Kata INSPECTOR SAB ketika
menunggu tren di Aluva Railway Station untuk ke Mangalore Central. Pada ketika
itu, hati penulis sangat berdebar-debar, terasa tidak sabar untuk menjejakkan
kaki ke Manipal. Bukan jalan-jalan menjadi tujuan utama, tetapi penulis tidak
sabar untuk bertemu mereka, sahabat-sahabat yang sudah lama tidak ketemu.
Sekitar jam 2 pagi pada 25 Julai,
kereta api tiba. Panjang. Terlalu panjang kalau nak dibandingkan dengan LRT di
Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa selama 10 jam untuk ke Mangalore
sebelum ditambah lagi dengan 2 jam untuk ke Manipal. Setibanya di Mangalore,
penulis mencari-cari kelibat mereka. Hati terasa sangat tak sabar.
Toleh kanan. Toleh kiri.
“Assalamualaikum!” Dari jauh
Aizul menyapa. Kiri dan kanannya Hakim, Fizi dan Aiman. Tanpa sempat menjawab,
penulis menulis ke arah mereka. Pelukan erat jelas menggambarkan betapa
rindunya hati penulis terhadap mereka. Walaupun baru setahun, baru beberapa
bulan, tetapi rindu ini, masyaAllah sangat hebat. Hampir menitis air mata tapi
penulis tabah menahan perasaan supaya tidak terbuai.
Terlalu banyak untuk penulis
gambarkan aktiviti penulis sepanjang di sana. Hari pertama di Manipal, penulis
berjumpa dengan seluruh sahabat se’batch’ ketika di INTEC dulu, kami iftar
bersama di rumah Affan yang rela menjadi tuan rumah. Kami solat bersama,
berbual bersama, jujur, penulis sangat rindukan saat tersebut. Setahun lebih
penulis tak merasakan perasaan tersebut, akhirnya di bumi Manipal, kemanisan
itu kembali terasa. Pada waktu malam, penulis bertemu pula dengan ex classmates
penulis ketika di INTEC dahulu. Nothing much to say, I could only able to smile
and thank Allah for this opportunity.
Sepanjang di Manipal, penulis
dilayan seperti raja. Iftar disediakan, tempat tinggal disediakan, sahur
disediakan, pengangkutan bergerak juga disediakan. Pokoknya, satu sen pun
penulis tak keluarkan sepanjang penulis di manipal, kecuali membeli belah. Yang
paling membuatkan penulis terharu adalah pemberian sagu hati, cenderamata
daripada beberapa orang sahabat sebelum penulis pulang kembali ke tanah air.
Sepatutnya penulis lah yang memberi sebagai tanda terima kasih atas layanan
mereka, tapi sebaliknya pula yang terjadi. Ya Allah, hanya Kau sahaja mampu
membalas segala jasa baik mereka.
Penulis tidak berniat untuk tulis
panjang. Cuma penulis nak kongsi perasaan gembira yang teramat penulis
sepanjang penulis berada di Manipal. Syukur, perasaan rindu penulis kepada
sahabat-sahabat ini akhirnya terlepas seketika untuk lawatan kali ini. Walaupun
hanya 5 hari, tetapi masa yang Allah kurniakan ini amatlah berharga buat
penulis. Sepanjang perjalanan pulang, penulis menitiskan air mata. Air mata
yang bercampur baur, gembira dan sedih. Gembira kerana diberi kesempatan sekali
lagi untuk bertemu sahabat-sahabat ini, sedih kerana tidak tahan untuk berpisah
sekali lagi.
Penulis amat sayangkan ukhwah
yang terjalin ini. Seorang sahabat penulis mengatakan, “ada orang kata couple
tu menyeronokkan, tetapi ukhwah fillah itu lebih membahagiakan”. Betul, penulis
sangat setuju dengan kenyataan tersebut. Manisnya ukhuwah itu sehingga setiap
titisan air mata itu menjadi amat berharga. Penulis sayangkan ukhwah ini, dan
amat berharap ukhwah ini mampu menjadi saksi dan hujah kuat buat kami untuk
bersama berpimpin tangan ke jannah Allah satu hari nanti, insyaAllah.
Sahabat Manipal yang membaca,
maafkan andainya ada terkasar bahasa, tersalah bicara sepanjang perkenalan
kita. Sekiranya tidak ada rezeki untuk kita bertemu lagi di dunia ini, penulis
berdoa agar diberi kesempatan untuk kita bersama di akhirat kelak. Hanya Allah
sahaja yang tahu betapa penulis sayangkan antum sekalian. Quote daripada salah
seorang sahabat, penulis bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk hidup
dan dijodohkan bersahabat dengan kalian. Akhir kata, selamat untuk exam kalian,
semoga mara ke tahun kedua, dan semoga berjaya di dunia dan di akhirat kelak.
Biar mengalir air mata ini agar
mampu menjadi saksi kekuatan dan keikhlasan ukhwah ini semata-mata kerana Allah
SWT.
Assalamualaikum WRT
Thursday, June 6, 2013
PRU-13: SPR Menipu atau Difitnah?
Assalamualaikum WRT.
Setelah begitu lama menyepi, penulis
rasa sudah tiba masanya tangan ini kembali memulakan rentak menyusun bait-bait
kata untuk menghidupkan kembali blog ini daripada terus berdiam. Apa khabar
sekalian pembaca? Sihat? Bagaimana iman? Semoga bercambah hendaknya.
5 Mei 2013. Sebuah kisah baru
tertulis dalam sejarah negara kita Malaysia di mana PRU-13, the mother of all elections telah pun
diadakan. Barisan Nasional (BN) terus memerintah negara kita dengan memenangi
133 kerusi, berbanding Pakatan Rakyat (PR) dengan 89 kerusi parlimen. Daripada
peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) pula, PRU-13 kali ini menyaksikan negeri
Kedah kembali ke tangan BN, manakala Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor terus
menjadi kawasan pemerintahan PR. Secara ringkas, begitulah keputusan pilihan
raya tahun ini.
Walau bagaimanapun, kehangatan PRU-13
tidak terus menghilang. Saban hari kita disajikan dengan kisah-kisah yang
menceritakan penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang mengelola
PRU-13. PR juga telah mengeluarkan petisyen sebagai bantahan terhadap keputusan
PRU bagi beberapa kawasan yang terlibat.
Persoalan kini, pihak manakah yang
benar? Adakah tuduhan terhadap SPR itu benar atau sebagai strategi politik
pihak PR bagi memanipulasi kenyataan sehingga dapat menanam sifat syak rakyat
Malaysia terhadap kewibawaan SPR?
Penulis mengambil keputusan untuk
memperbanyak bacaan dari pelbagai media, termasuk sesi dialog bersama ‘orang
dalam’ dan akhirnya, dari meja penulis, yang penulis dapat rumuskan adalah SPR
TIDAK HARUS DIPERSALAHKAN.
Kenapa? Ayuh kita kupas satu per satu
isu yang dibangkitkan.

ISU KEMASUKAN WARGA BANGLADESH
Daripada kenyataan Datuk Seri Anwar
melalui laman web suarapakatanrakyat, dikatakan sejumlah lebih 40,000 orang
pengundi hanta wujud dalam pilihanraya umum yang lepas. Dakwaan terhebat beliau
apabila dikatakan pihak MAS (Malaysian Airlines) terlibat dalam membawa masuk
warga Bangladesh ke Malaysia untuk membuang undi buat parti BN.
Dapat kita saksikan juga bagaimana terdapat beberapa warganegara Malaysia sendiri disalah anggap sebagai warga Bangladesh sehingga dibelasah teruk agen PR sewaktu PRU-13 yang lalu. Begitu bersungguh mereka untuk melawan pengundi hantu ini. TAHNIAH buat mereka.
Dapat kita saksikan juga bagaimana terdapat beberapa warganegara Malaysia sendiri disalah anggap sebagai warga Bangladesh sehingga dibelasah teruk agen PR sewaktu PRU-13 yang lalu. Begitu bersungguh mereka untuk melawan pengundi hantu ini. TAHNIAH buat mereka.
Tetapi tidak lama kemudian, keluar
kenyataan ini.
Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh hari ini menyifatkan dakwaan rakyatnya mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Malaysia 5 Mei lalu sebagai tidak masuk akal.
Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia, AKM Atiqur Rahman berkata, pejabatnya tidak mengetahui mengenai dakwaan tersebut.
"Propaganda mengenai rakyat Bangladesh mengundi dalam PRU13 hanyalah rekaan semata-mata oleh beberapa kumpulan yang mempunyai kepentingan tertentu," katanya kepada pemberita.
Menurutnya adalah tidak masuk akal bahawa seramai 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk ke Malaysia seminggu sebelum pilihan raya berlangsung untuk mengundi.
Beranggapan ia sebagai 'manipulasi politik', Atiqur berkata, rakyat Bangladesh menjadi pengundi hantu bukan sahaja meletakkan rakyatnya dalam risiko, tetapi turut memberi imej negatif terhadap negara itu.
(Sumber: http://my.news.yahoo.com/kedutaan-nafikan-wujudnya-40-000-pengundi-hantu-bangladesh-084305504.html)

Malah sehingga hari ini, tiada bukti
kukuh diserahkan kepada pihak polis bagi menguatkan kenyataan PR ini. Sudah
sebulan PRU-13 berlalu, tak kan tiada bukti lagi kalau benar lebih 40000 warga
asing membuang undi?
Semuanya adalah drama sebabak
semata-mata.


P.S: Election workers adalah daripada kalangan rakyat sendiri. Adakah rakyat yang menipu dalam PRU13 yang lalu?
ISU DAKWAT KEKAL
Beberapa tahun yang lalu, SPR telah
pun mencadangkan agar sistem biometric diguna pakai bermula PRU-13 dan
selanjutnya. (Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_Sistembiometriklangkahterbaikhapuskeraguanpembangkang/Article).
Namun semua sedia maklum, PR menolok sistem ini dan bertegas agar SPR
menggunakan kaedah dakwat kekal. Antara alasan yang dikemukan adalah penggunaan
sistem biometrik ini tidak akan dapat mengatasi permasalahan pengundi hantu dan
senang dimanipulasikan kerana sistem ini memerlukan pakar untuk melaksanakannya.
Namun apabila timbul isu dakwat kekal
tidaklah begitu kekal, jari dituding ke arah SPR semula. Persoalan penulis,
untuk menghasilkan dakwat kekal juga memerlukan kepakaran untuk dilaksanakan,
selain itu, seperti dakwaan PR kini, dakwat kekal mudah dimanipulasi. Maka,
kenapa pada awal tidak menolak kaedah ini?
Bukan itu sahaja, kalau benar sistem biometric
ini tidak begitu berkesan, kenapa keluar masuk pintu negara (lapangan terbang)
menggunakan sistem ini namun tidak mempunyai sebarang bantahan daripada
pembangkang? Kenapa apabila melibatkan pilihan raya baru sistem ini ditolak?

ISU BLACKOUT
Penulis dapati pada 6 Mei 2013, ramai
pengguna laman social seperti Facebook menggunakan layar hitam sebagai profile picture
mereka, tanda bantahan keputusan PRU-13 yang khabarnya dimanipulasikan dengan
isu blackout di sesetengah tempat pengiraan undi. Penulis terus mencari
kesahihan terhadap berita ini.
Pertama, penulis menunggu serahan
bukti PR kepada polis atau pihak mahkamah berkenaan hal ini. Namun sehingga
hari ini, tiada. Yang ada, cuma laporan polis yang dibuat oleh beberapa orang
rakyat pada sesetengah kawasan. "Jadi
SPR perlu siasat mengenai laporan polis yang dibuat, walaupun satu tapi ini
cukup membuktikannya," kata Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat
PKR. Kata Rafizi, cuma satu laporan dibuat dan sudah cukup membuktikan
segala-galanya. 1 laporan di 1 balai polis. Tetapi PR menyatakan bahawa
blackout ini terjadi di merata-rata tempat, peliknya, mana laporan-laporan
lain?
PIHAK TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)
MENAFIKAN TIADA SEBARANG GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK KETIKA KERTAS UNDI SEDANG
DIKIRA. (sumber: http://www.sinarharian.com.my/politik/isu-blackout-pkr-tampil-bukti-1.164397)
Penulis
musykil juga. Kenapa? Menurut pegawai-pegawai SPR, juga sukarelawan yang
terlibat, sewaktu pengiraan undi dijalankan, seharusnya diadakan di hadapan
agen PR dan agen BN. Jika ada yang tidak berpuas hati, undi akan dikira semula
dengan cara mengangkat dan menayang kertas undi di hadapan kedua-dua pihak. 1,
jika betul blackout berlaku sehingga tidak kelihatan apa yang terjadi,
bagaimana PR boleh membuat konklusi kertas undi utk BN bertambah? Kalau betul
ada, bukti perlu diserahkan tetapi sehingga ini tiada bukti kukuh untuk hal
ini. 2, jika betul blackout terjadi sehingga keadaan menjadi gelap gelita,
bagaimana pihak yang membawa peti undi “extra” ini boleh menjalankan kerja
mereka sehingga semuanya berjalan dengan baik? Dalam bahasa mudah, kalau orang
lain tak nampak apa, tak kan mereka ni boleh nampak?

AKHIR KALAM
Penulis akhiri penulisan kali ini
dengan seribu satu persoalan buat pembaca. Pembaca boleh membuat konklusi sendiri,
sama ada SPR bersalah atau semua ini hanya fitnah semata-mata? Penulis hanya
berharap, segala hujah yang dikeluarkan, biarlah bersama bukti agar ianya
menjadi relevan. Kalau cakap sahaja, ibarat makan nasi tanpa lauk, mana nak
sedap.
InsyaAllah, penulis akan cuba menangkis satu per satu fitnah yang tertimbul selepas ini.
Assalamualaikum. :-)
InsyaAllah, penulis akan cuba menangkis satu per satu fitnah yang tertimbul selepas ini.
Assalamualaikum. :-)
Saturday, March 30, 2013
OWH MY SMART PHONE!
“Chong,
jom lepak jom, aku rasa dah lama kita tak jumpa, ada banyak benda nak
diborakkan ni,”
“Boleh
je, pukul berapa tu man?”
“Dalam
masa sejam, aku tunggu kau kat Coffee Bean KLCC, amacam? Ok?”
“Beres
man…”
-Di Coffee Bean KLCC-
“Wah,
lawa phone baru kau man, baru beli ke?”
“Haha,
mana ada lawa. Biasa-biasa je. Abang aku baru naik pangkat, ada rezeki sikit,
dia belikanlah aku Samsung S4 baru ni,”
Wow,
pakai S4 kau, kelas gilerrrr…
Menjadi
norma masyarakat kini, semakin ramai yang menggunakan smart phone. Kalau
dahulu, Nokia Butterfly pun sudah menjadi kebanggaan, kini masing-masing
berlumba untuk memiliki teknologi yang terus berkembang. Kenapa smart phone?
Biasalah, dengan Android, IOS dan sebagainya, semuanya hanya pada jari.
Facebook, Twitter semakin tidak lekang dari setiap pemilik smart phone. Dunia
kini semakin dekat dengan adanya smart phone. Walaupun penulis berada jauh dari
keluarga dan rakan-rakan yang lain, tidak langsung menjadi masalah selepas
adanya smart phone, Whatsapp, Skype sentiasa mendekatkan penulis dengan orang
yang tersayang.
Sayang
seribu kali sayang, masalah baru pula yang timbul.
“Man,
kau kata nak borak, tapi aku tengok kau asyik dengan phone kau je?”
“Jap
ek Chong, ni ha, ada kawan aku update status twitter, dah lama aku tak jumpa
dia, jap aku tweet dia balik, jap ek,”
-10 minit kemudian-
“Kau
buat apa lagi tu man?”
“Owh
tak, dah lama aku tak datang KLCC ni, so aku tangkap gambar tadi, ingat nak
upload jap kat instagram, jangan lupa like tau,”
-10 minit kemudian-
“Tak
kan tak habis upload lagi man?”
“Dah
habis dah Chong, tak, aku nak update blog aku jap, aku kan ketua satu
organization ni, kalau tak update nanti, orang bising,”
See,
this is what we face now. People say, with all these technologies, they will
bring us closer to those who stay very far away from us. Yea, that’s absolutely
true, no doubt with that. But does it bring us closer to our family and friends
right beside us?
Kita
terlalu khusyuk dengan mainan teknologi ini sehingga kadang-kala kita terlupa
akan sahabat kita yang berhampiran. Seolah-olah that gadget of yours is much
more important than them.
Kalau
tengah hang out, you are the master planner, and during your day out with your
friends, sahabat-sahabat lain sibuk ajak borak and you keep playing whatever is
inside your phone, as if game dalam phone tu akan expired kalau tak main.
Ok,
ok, bayangkan macam ni. You have not meet your best friend for months or years,
yet when you meet up each other, he or she keeps playing with his or her phone
until he or she abandoned, ignored you as if you were not there. How will you
feel?
Disrespect.
Penghormatan diberi lebih kepada our gadget instead of the beloved one.
Bahagikan
masa. Don’t let your phone or tab or note or whatever you might have, menjauhkan
jarak anda bersama mereka yang sudah dekat. When you are with them, eating
time, watching movie, hanging out, try to not to spend your time too much on
your phone, keep your phone away, trust me, you will have time to spare on your
phone later, before tidur ke, waktu alone ke, so tak lah rasa lonely sangat
kan?
I’ve
posted this before, but it seems now is a better time for me to post it again
for everyone to watch. Just take the positive part of it. You can make the difference.
RESPECT PEOPLE. If you really love your family, your friends around you, keep your
gadget away when you are with them. Trust me, kalau sebegini, yang jauh seperti
di Ireland, yang dekat macam yang serumah, akan semakin dekat. Your facebook,
your twitter, your blogspot, wordpress, instagram, bla bla bla, will wait,
PERCAYALAH, they won’t run away.
Ok, Assalamualaikum. Selamat mengambil iktibar (termasuk penulis sendiri). :-)
Monday, March 18, 2013
Kisah Mereka (Part 2)
Mata
aku terus memerhati. Melihat gelagat dua sahabat ini. Kadang kala hati menjadi
iri dengan kehebatan mereka. Kehebatan yang lahir dari kesadaran mereka.
Berusaha untuk kembali dengan keimanan yang tinggi, mengisi jiwa dengan bekalan
untuk dibawa ke dunia sana.
Hubungan
mereka dengan Allah, di mata aku, cukup hebat.
Abu
mengimamkan aku pada malam itu.
“Abu,
kalau solat nanti, baca laju sikit tau, dah tak larat dah ni,” kata aku yang
sering aku lafazkan sebelum solat. Namun malam itu berbeza. Mendengar bacaannya
tiba-tiba mengusik jiwa. Hati aku seolah-olah berbisik kepada aku, “Luangkanlah
masa untuk Allah, kita mahu Allah sentiasa mendampingi kita, tapi kenapa kita
sering tergesa-gesa tatkala meminta kepadaNya?”
Tidak
banyak berkata-kata, aku lebih banyak mendiamkan diri pada malam itu. Merenung,
sejauh mana keikhlasan aku, kesungguhan aku beribadah kepadaNya. Namun seperti
biasa, hanya seketika. Aku sering lupa, sering alpa.
Jam
12 malam.
Aku
tersedar diri aku sedang terbang, melintasi sebuah kawasan di bumi Allah. Aku
tidak lagi berpijak di bumiNya. Kata-kata aku tidak kedengaran orang di
sekeliling. Jenuh aku berteriak, tetapi teriakan aku tidak berbalas.
Hati
aku berdegup kencang, mata aku melilau. Alhamdulillah, mainan tidur rupanya.
Namun, hati terlalu takut untuk terus lelap, lalu aku menghampiri Ali yang
tidur berdekatan lalu mengejutnya. Mungkin Ali terlalu penat, maka aku
merebahkan tubuh aku di sebelahnya. Hati kembali tenang. Tiba-tiba, Ali
meletakkan tangannya di atas kepala aku, membuatkan aku rasa “selamat”.
Uhibbuka
Fillah……
Malam
berganti. Waktu menunjukkan sepertiga malam. Aku masih belum mampu melelapkan
mata. Sedang aku cuba melabuhkan sekujur tubuh ini, betapa mata ini begitu
ingin dilelapkan, nafasku tersangkut-sangkut. Aku bangun, dan cuba berbaring
semula, tetapi keadaan masih sama. Sekali lagi, aku cuba mengejut mereka,
tetapi hati tidak kesampaian. Melihat Ali dan Abu, tidur bersebelahan dengan
nyenyak membuat aku rasa serba salah untuk menggangu.
Aku
menghubungi sahabat aku di India. Walaupun jauh, mungkin dia bisa membantu,
dengan kata-kata. “Kejut dieorang, kau semput ni, bahaya, jangan main-main,”
tegur Firdaus. Aku tersenyum. Memori kembali meresap ke dalam minda. Terkenang
saat di kolej dulu. Dulu dia ada, sekarang jarak memisahkan, tetapi pesanan
yang sama tetap aku terima. Terima kasih sahabat. J
Aku
masih tidak bisa tidur. Aku merenung Abu dan Ali dari tempat tidur ku. Melihat
mereka tidur bersebelahan. Hati menginginkan salah seorang daripada mereka
untuk bangun dari tidur, tetapi keakraban mereka walaupun sewaktu tidur,
membuat aku hanya mampu memerhati. Nafas ini masih tersangkut-sangkut. Ya
Allah, mungkin Kau cuba menyampaikan sesuatu kepadaKu.
Hidup
aku di negara orang membutuhkan kesabaran yang tinggi. Kekuatan, bukan sahaja
fizikal, malah mental dan rohani amat aku tagihkan. Allah menyampaikan kekuatan
daripadaNya melalui sahabat-sahabat aku.
Tetapi
mereka ada kehidupan mereka sendiri, fikir aku. Jadi, aku tidak mahu
membebankan mereka. Aku tidak mahu menyusahkan Ali dan Abu. Maka, aku terus
mendiamkan diri......
-Bersambung-
Saturday, March 16, 2013
Kisah Mereka (Part 1)
Jam tiga.
Allahuakbar Allahuakbar~
Kuat suara Abang Luqman mendendangkan
azan. Aku terus merenung ke luar jendela, merenung jauh hingga ke awan biru.
Hati meronta-ronta, menjerit kemalasan. Fikir aku, “Aduh, baru hendak tidur,
dah masuk waktu pula,”
Lailahaillallah~
Tubuh aku masih kekal di atas katil.
Bunyi percikan air menghempas lantai kedengaran dari luar kamar. Sahabat-sahabatku
begitu rajin menunaikan solat. Mereka jarang melambatkan waktu. Malah, ada yang
tidak pernah lewat. Walaupun sekali.
Aku gagahkan juga hati ini untuk
bangun, walau dengan perasaan malas yang kuat memaksa diri untuk terus
berpeleseran di atas katil. Setiap langkah kaki ini seolah-olah menjadi berat,
seperti ditarik oleh adik-adikku sewaktu di rumah. Rindu pula keadaan di
Malaysia. Sedang kaki ini berjalan menuju ke anak tangga, setitik demi setitik
air mulai mencurah ke bumi.
Hujan. Awan menangis lagi. Angin
meniup seolah-olah memujuk.
Aku melihat ke luar rumah, mata ke terus memandang
ke langit. “Pintu lagi terbuka, doa senang makbul ni,” monolog ku sendirian.
Selesai salam, aku menolehkan kepala
ku ke kanan dan kiri. Terkumat-kamit semuanya memohon doa kepada Yang Esa.
Tiba-tiba, mataku tertangkap oleh seorang figura hebat yang selalu menjadi
kebanggaan ku. Tangannya dirapatkan, matanya terpejam meminta sesuatu daripada
Allah. Aku terus memerhati.
Tiba-tiba, air matanya menitis. “Eh,
kenapa dia nangis ya?” Termanguku seketika. Aku merapatkan diri dengannya
tetapi kehadiranku mungkin tidak disedari. Mata aku terus menatap titisan air
yang terus keluar dari kelopak matanya. Aku menjadi tertanya-tanya. Bingung. “Mungkin
dia ada masalah kut,” aku menjawab soalan yang aku ukirkan sendiri.
Kaki bersarungkan selipar jepun, berseluarkan
seluar coklat. Aku pulang dan terus melepaskan diri aku ke atas katil semula.
Lega rasanya. Penat yang ada seakan-akan hilang, masalah yang bergelumang di
benak seperti lesap di awangan. Sahabat aku masuk dan turut merebahkan
penggungnya bersebelahan denganku.
“Wan, kau nampak Ali kat masjid tadi?”
“Ha, nampak, kenapa dia? Menangis aku
tengok tadi. Dia ada masalah ke?”
“Tak adalah. Tadi dengan aku, dia ok
je. Kagum aku dengan dia. Begitu senang menangis depan Allah.”
Aku terdiam. Lidah seakan tidak mampu
berkata-kata. Terfikir aku sejenak akan apa yang dikatakan oleh Abu sebentar
tadi. Ali menangis depan Allah. Ali menangis, merayu kepada Allah. Dalam doa.
Dalam ibadahnya kepada yang esa. Aku? Nak ke masjid pun malas. Apatah lagi
melelehkan air mata di depanNya.
Hebat si Ali. Hebat juga di Abu. Kedua-duanya
begitu berusaha mendekatkan diri dengan Maha Berkuasa. Seolah-olah, esok tiada
lagi buat mereka. Aku kagum melihat mereka. Tatkala pulang selesai solat,
Al-Quran tujuan pertama mereka. Aku? Kalau tidak handphone, computer. Bukan itu
yang akan menjadi saksi aku nanti, tetapi kenapa aku tidak pernah sedar?
Ali. Bacaannya merdu, hafalannya lancar.
Abu? Terus gigih mengkaji, tekun meneroka ilmu Islam. Kini, mata aku tetap
merenung Ali yang baru sahaja pulang dari masjid. Karakternya di luar, seperti
kami, seperti yang lain, orang kata, gila-gila ayam. Tetapi dengan Tuhan? Aku
malu dengan mereka. Aku segan setiap kali perbualan kami berisikan dakwah,
kerana aku tahu, aku tidak standing mereka. Aku bangga punya sahabat seperti
mereka. Namun, kenapa tidak terdetik hati ini untuk menjadi seperti mereka?
-Bersambung-
Thursday, March 14, 2013
Short Message For Today
Ikhlas.
"Buat apa aku berkawan dengan dia, tak pernah sedar pun kewujudan aku, tak nak aku terhegeh-hegeh dekat dia," ujar si A.
"Sedih ada, marah pun ada, punyalah aku pedulikan dia, tapi time aku, dia buat tak tahu je," ujar sang B.
Penulis pasti, ramai daripada kita yang mengalami perkara yang sama. Siapa kata cinta dengan kekasih je yang bertepuk sebelah tangan? Rasanya dengan kawan-kawan, para sahabat keadaan yang sama pasti berlaku, malah lebih parah. Cuma kita lebih perasan cinta sebelah tangan sesama kekasih, kerana itu lebih dititikberatkan. Lumrah manusia.
Pernah atau tidak kita merasakan kehadiran kita dalam hidup sahabat kita hanya sekadar singgahan? Pernah atau tidak kita merasakan yang kita dah cuba paling baik dalam persahabatan kita, tapi tidak diendahkan? Pernah atau tidak, kita merasakan seolah-olah diri kita diabai? Pernah atau tidak kita merasakan kehadiran diri kita tidak sepenting yang lain, seolah-olah kita tidak diperlukan?
Pasti pernah. Kalau tidak, anda sangat beruntung. Bersyukurlah kepada Allah. Bagi yang pernah, juga harus bersyukur kerana sesungguhnya Allah sedang menguji kita. Menguji keihklasan kita, sejauh mana kita bersungguh dalam persahabatan kita. Jika benar kita ikhlas, bersahabat kerana Allah, nescaya kita akan dicemburui oleh para penghuni langit di kemudian hari. Segolongan manusia yang berkasih sayang kerana Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan, muka-muka mereka ada cahaya dan mereka berada di atas cahaya. Hebat tak hebat?
Belajarlah memberi lebih daripada menerima. Penulis tahu, pasti rasa sakit dalam diri apabila usaha kita dalam persahabatan seolah-olah dipandang enteng, tidak laku di mata sahabat yang kita harapkan, namun belajarlah ikhlas dalam persahabatan. Kita tidak mudah mengubah persepsi manusia, maka janganlah berharap pada manusia setinggi harapan kita kepada Allah. Allah tidak akan padamkan harapan hamba yang sabar dengan ujianNya.
Sekadar peringatan buat semua. Biarlah usaha mereka tidak sekuat kita, yang penting, niat kita sebenar-benarnya kerana Allah. Assalamualaikum.
Subscribe to:
Posts (Atom)