Assalamualaikum
wrt. Apa khabar sekali lagi? Harapnya semua dalam keadaan baik, insyaAllah.
Sebelum bermula kalam kali ini, penulis mahu berkongsi satu ayat dalam al-Quran
yang begitu mendalam maknanya buat penulis.
Dan di antara manusia ada sebahagian yang berkata: “Kami beriman kepada
Allah,” tetapi apabila dia disakiti (kerana dia beriman) kepada Allah, dia
menganggap dugaan manusia itu sebagai seksaan Allah. Dan jika datang
pertolongan daripada Tuhanmu, nescaya mereka akan berkata: “Sesungguhnya Kami
bersama-sama kamu.” Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam dada
manusia?
(Al-‘Ankabut:10)
Setiap
manusia akan didatangi dugaan atau cabaran yang berbeza-beza selagi bergelar
hamba kepada Allah SWT. Bukankah semakin beriman seseorang itu, semakin tinggi
dugaan kepadanya? Jangan sesekali salahkan takdir atas apa yang telah terjadi,
ambillah pengajaran dan cuba perbaiki diri. Setiap yang Allah turunkan itu
pasti ada hikmahnya. If tidak hari ini, tidak esok, lambat laun kita akan tahu
apa sebabnya ujian itu diturunkan kepada kita. Pandanglah ujian itu dari sudut
pandang yang berbeza, nescaya kita akan lebih dekat kepadaNya. InsyaAllah.
(Jujur,
penulis terasa apabila membaca ayat ini. Penulis pun sedang sedaya upaya
mengubah persepsi penulis tentang ujian yang menimpa penulis.)
PINDAH
Sedar
atau tidak, sudah sebulan penulis berpijak di bumi Jakarta. Slowly, penulis
sudah berasa selesa dengan keadaan di sini. Semuanya berjalan dengan baik
sekali. Penulis telah pun berjumpa dan berkenalan dengan beberapa orang senior
yang penulis rasa sangat beruntung sekali mengenali diri mereka. Ukhuwah yang
terjalin begitu manis sekali. Abang-abang dan kakak-kakak lah yang telah banyak
membantu penulis sepanjang penulis berada di sini.
Setelah
berusaha beberapa kali mencari, akhirnya penulis telah menemui sebuah kontrakan
atau rumah sewa yang lumayan selesa di Jalan Menteng, Tanjung Duren, Jakarta
Barat. Kontrakan ini hanya 5 minit dari UKRIDA. Alhamdulillah, keadaan di rumah
ini selesa sekali. Rumah ini mempunyai tiga tingkat, dengan penghuninya
berjumlah 10 orang kesemuanya. Pada hari pertama penulis berpindah ke rumah
baru, KAK MISZ serta beberapa kakak senior selaku jiran baru penulis lah yang
telah bersusah payah menolong penulis menyediakan jamuan ringan untuk majlis
tahlil. Credit to Abang Luqman juga yang telah turut sama membantu. Terima
kasih kepada semua yang telah menolong, termasuk kepada mereka yang hadir. Bab
kata seorang abang senior ni, semoga rumah ini hidup dan dilindungi dengan
kalimah-kalimah Allah. InsyaAllah.
Anyway,
cuaca panas sangat. Aircond please! (dh beli dah, yey! :p)
SAHABAT BER10
Hah,
ini tujuan sebenar penulis menulis coretan kali ini. Sahabat bersepuluh. Apa
khabar mereka ya? HAFIZI, AIMAN, SOL, AISAR, SYAM, AIZUL. Yang lain seperti
APAI, AMAN dan MAD ada di Jakarta dengan penulis. Makcik penulis pernah
berkata, friends come and go, and only true friends stay. Wow, dalam tidak ayat tersebut? Jujur,
penulis sangat merindui mereka. As time pass by, keadaan berubah bit by bit.
Keadaan di JAKARTA tidaklah seperti di CEMARA dahulu. Nak feeling jap pagi-pagi
ini. Jom penulis bawa pembaca ke kenangan penulis bersama mereka yang sangat
penulis rindui.
1.
Badminton
Ini adalah antara kenangan yang paling penulis rindui.
Teringat zaman CEMARA dulu, melunjur laju WLB 1911 itu ke INTEC selepas asar
membawa penumpang yang mencecah angka 6 atau 7 yang kepingin sangat bermain
badminton. Hampir setiap hari kami ke INTEC. Dengan HAFIZI ABD RAZAK bersama
baju KOOGAnya, dengan AISAR AHMAD dengan baju BARCELONAnya, dengan AIMAN FIRDAUS
dengan baju HARIMAU MALAYAnya, juga yang lain. Allah, manis sungguh waktu-waktu
tersebut.
2.
RAFI/AWWAL/KENINGAU
Tiga tempat favourite sewaktu di Shah Alam. Berpusing-pusing,
bingung nak makan di mana. Akhir sekali, tiga tempat ini lah yang menjadi kunjungan.
Baru teringat, pakcik RAFI ada janji nak belanja CHICKEN CHOP, katanya raya,
penulis dah ada di JAKARTA dah pun. Ini yang nak tuntut ni. Anyway, bukan tiga
tempat ini yang dirindui, tetapi makan bersama mereka, itulah yang penulis
kenangkan.
3.
KOPI TEH
Oops, KOPI TEH! Hehe, AMAN lah taukenya. Setiap malam selepas
habis study untuk A-LEVEL, bertenggek lah kesemuanya di bilik 8512 (kalau tak
silap) untuk minum kopi atau teh atau singkatannya, KOTEH (sounds wrong, tapi
itulah singkatan yang telah dicipta oleh salah seorang daripada kami). Aman,
tukang buatnya, setia melayan client yang sungguh demand. Credit to AISAR yang
telah beberapa kali menyediakan stok biskut. Juga kepada yang lain. WAH, RINDU
SANGAT waktu ni.
4.
ALA-ALA ANJING
Single
HAFIZI. Sungguh famous dirinya dengan lagu tersebut. Hanya dirinya mampu
mengalun lagu ini dengan baik sekali. Tahniah HAFIZI. Hehe.
KENANGAN
Ada
banyak sebenarnya kenangan penulis bersama mereka, sehingga tidak tertulis
kesemuanya. Tetapi yang paling penulis rindui adalah waktu-waktu kami bersama.
Pillow talk misalnya. Sewaktu penulis ada masalah, ada lah yang menemani tu,
ada jugalah yang tukang mengingatkan penulis untuk always be strong. Merekalah
yang menggerakkan penulis. Ini penulis nak buat quote sendiri, tidak berdiri
seorang manusia itu tanpa tulang belakang. Dalam hal ini, merekalah tulang
belakang penulis. Penulis sudah perlu berdikari, menjadi lebih kuat kerana
‘tulang belakang’ penulis sudah tidak seperti dahulu lagi. Semuanya sudah
membawa haluan masing-masing untuk mengejar cita-cita yang telah lama
diidamkan. Kadang-kala di Jakarta, walaupun baru sebulan, penulis akan punya
masalah. Tidak seperti dahulu, penulis rasa penulis perlu simpan sendiri, nak
luahkan, tetapi tidak tahu bagaimana. InsyaAllah, penulis berharap ini akan
mematangkan penulis. Semoga satu hari nanti, selepas semuanya selesai, ber10
ini akan kembali bersua, insyaAllah, kalau tidak di dunia, di akhirat kelak
insyaAllah.
Jujur,
telah banyak yang penulis belajar daripada mereka.
“Wan,
kau jangan fikirkan sangat pasal apa yang berlaku, let go, ringankan fikiran
kau, banyak lagi yang perlu kau fikirkan. Kau jangan risaukan aku, aku akan ada
kat sini”
“Jaga
diri kau elok-elok kat tempat orang wan, sebab satu hari nanti, kita akan
kembali jumpa. Siapkan diri kau untuk masa tu”
“Terima
kasih wan, banyak yang kau dah ajar aku, yang kau dah ajar kiteorang pasal
friendship, how we should appreciate people.”
“Tak
pernah aku jumpa orang macam kau wan.”
“Kat
mana pun kau belajar, ingat, kiteorang tidak akan pergi mana, kalau tak kat
dunia, insyaAllah, doalah kita akan jumpa kat akhirat nanti ok?”
“JANGAN
LUPAKAN AKU WOI, SAHABAT SELAMANYA!”
Antara
kata mereka yang tidak akan penulis lupa. Biar bergenang air mata, penulis rasa
penulis sangat lega sebab air mata ini lah menjadi bukti betapa penulis
sayangkan ukhuwah yang telah terjalin. Moga Allah memberkati ukhuwah ini, Dia
jugalah yang telah member semua ini kepada penulis. Alhamdulillah.
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah, dan janganlah kamu
bercerai-berai..
(Ali-Imran: 103)
PUAN HAYATI dan ENCIK SAZALI
Ha
ada pesanan khas kepada insan yang telah membawa penulis ke dunia ini, bonda
dan ayahanda penulis. Doakan penulis di sini ya, jujur, tersangat rindu akan
keadaan di rumah. Cumanya, penulis tidak boleh tewas dengan perasaan ini,
penulis akan berjuang sehabis baik untuk kembali membanggakan ibu bapa penulis,
insyaAllah. Untuk melihat kedua ibu bapa penulis tersenyum melihat kejayaan
penulis, merupakan perkara yang paling penulis idamkan sekarang ini. Penulis
baik-baik sahaja di bumi Jakarta, janganlah mak dan babah risau sangat. Kalau
ada apa-apa, penulis akan sms. Ok?
Itu
sahaja penulisan kali ini. Semoga bersua kembali. InsyaAllah.
Assalamualaikum.
4 comments:
salam.. hehe.. be strong,, rumah dah lawa.. air cond dah ade.. insya Allah.. teruskan mood happy.. pasni kita reunion.. badminton balik.. hee
wow, rumah ade aircond tue...
:)
sayang mak, tersentuh hati seorang ibu membaca coretan awak..pernah tak awak dengar..apabila matinya seorang ibu maka seorang anak akan kehilangan sesuatu yang tidak terhingga..doa seorang ibu,sesuatu yang dimakbulkan..insyallah doa ma mengiringi awak setiap detik masa..Jan,pernah ma ckp pd awak..melihat orang lain berlari bersyukurlah awak tidak jatuh..insyallah awak akan sampai ke destinasi yang sama..Dugaan hanya diberikan pada yg tabah,dugaan hanya diberikan pada yang disayangi..setiap kali ada dugaan kita akan lebih mendekatinya..benarkan?Redha n muhasabah diri..insyallah esok akan lebih baik lagi..Ma rindukan Shazwan yang tidak pernah mengalah..ma tau dia masih ada...If u need a shoulder to cry on,an ear to whisper to...im alwyz around day n nite...take care jan,salam buat kawan kawan awak yg sekampung..take care
Post a Comment