Followers

Saturday, March 16, 2013

Kisah Mereka (Part 1)


Jam tiga.

Allahuakbar Allahuakbar~

Kuat suara Abang Luqman mendendangkan azan. Aku terus merenung ke luar jendela, merenung jauh hingga ke awan biru. Hati meronta-ronta, menjerit kemalasan. Fikir aku, “Aduh, baru hendak tidur, dah masuk waktu pula,”

Lailahaillallah~

Tubuh aku masih kekal di atas katil. Bunyi percikan air menghempas lantai kedengaran dari luar kamar. Sahabat-sahabatku begitu rajin menunaikan solat. Mereka jarang melambatkan waktu. Malah, ada yang tidak pernah lewat. Walaupun sekali.

Aku gagahkan juga hati ini untuk bangun, walau dengan perasaan malas yang kuat memaksa diri untuk terus berpeleseran di atas katil. Setiap langkah kaki ini seolah-olah menjadi berat, seperti ditarik oleh adik-adikku sewaktu di rumah. Rindu pula keadaan di Malaysia. Sedang kaki ini berjalan menuju ke anak tangga, setitik demi setitik air mulai mencurah ke bumi.

Hujan. Awan menangis lagi. Angin meniup seolah-olah memujuk. 

Aku melihat ke luar rumah, mata ke terus memandang ke langit. “Pintu lagi terbuka, doa senang makbul ni,” monolog ku sendirian.

Selesai salam, aku menolehkan kepala ku ke kanan dan kiri. Terkumat-kamit semuanya memohon doa kepada Yang Esa. Tiba-tiba, mataku tertangkap oleh seorang figura hebat yang selalu menjadi kebanggaan ku. Tangannya dirapatkan, matanya terpejam meminta sesuatu daripada Allah. Aku terus memerhati.

Tiba-tiba, air matanya menitis. “Eh, kenapa dia nangis ya?” Termanguku seketika. Aku merapatkan diri dengannya tetapi kehadiranku mungkin tidak disedari. Mata aku terus menatap titisan air yang terus keluar dari kelopak matanya. Aku menjadi tertanya-tanya. Bingung. “Mungkin dia ada masalah kut,” aku menjawab soalan yang aku ukirkan sendiri.

Kaki bersarungkan selipar jepun, berseluarkan seluar coklat. Aku pulang dan terus melepaskan diri aku ke atas katil semula. Lega rasanya. Penat yang ada seakan-akan hilang, masalah yang bergelumang di benak seperti lesap di awangan. Sahabat aku masuk dan turut merebahkan penggungnya bersebelahan denganku.

“Wan, kau nampak Ali kat masjid tadi?”

“Ha, nampak, kenapa dia? Menangis aku tengok tadi. Dia ada masalah ke?”

“Tak adalah. Tadi dengan aku, dia ok je. Kagum aku dengan dia. Begitu senang menangis depan Allah.”

Aku terdiam. Lidah seakan tidak mampu berkata-kata. Terfikir aku sejenak akan apa yang dikatakan oleh Abu sebentar tadi. Ali menangis depan Allah. Ali menangis, merayu kepada Allah. Dalam doa. Dalam ibadahnya kepada yang esa. Aku? Nak ke masjid pun malas. Apatah lagi melelehkan air mata di depanNya.
Hebat si Ali. Hebat juga di Abu. Kedua-duanya begitu berusaha mendekatkan diri dengan Maha Berkuasa. Seolah-olah, esok tiada lagi buat mereka. Aku kagum melihat mereka. Tatkala pulang selesai solat, Al-Quran tujuan pertama mereka. Aku? Kalau tidak handphone, computer. Bukan itu yang akan menjadi saksi aku nanti, tetapi kenapa aku tidak pernah sedar?

Ali. Bacaannya merdu, hafalannya lancar. Abu? Terus gigih mengkaji, tekun meneroka ilmu Islam. Kini, mata aku tetap merenung Ali yang baru sahaja pulang dari masjid. Karakternya di luar, seperti kami, seperti yang lain, orang kata, gila-gila ayam. Tetapi dengan Tuhan? Aku malu dengan mereka. Aku segan setiap kali perbualan kami berisikan dakwah, kerana aku tahu, aku tidak standing mereka. Aku bangga punya sahabat seperti mereka. Namun, kenapa tidak terdetik hati ini untuk menjadi seperti mereka?

-Bersambung-

2 comments:

nazzrin ismail said...

Assalamualaikum.
Menunggu entry yg seterusnya.. "kita diberi kelebihan dan juga kekurangan.. Kekurangan dari cari, kelebihan dibaiki"

afiqah humaira said...

Me too.. Waiting for the next post:)