Assalamualaikum
semua, penulis kembali setelah sekian lama menyepi. Tidaklah sekian mana pun,
tapi hampir sebulan jugalah penulis tinggalkan ruangan blog ini. Sibuk dengan
aktiviti di Jakarta. Ini pun baru sahaja selesai dengan WEST JAVA MALAYSIAN
GAMES 2012. Jakarta tuan rumah, maka KUJ dan PKPMI-CJ (Kelab Umno Jakarta dan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia – Cawangan Jakarta) antara yang
sibuk mengelilingi kota Jakarta pada 10 dan 11 November yang lalu. Back to
topic. Ok, penulisan kali ini berkenaan dengan KEUNIKAN yang mungkin tidak
terdapat di tempat lain, tetapi ada di Jakarta. Sekali pandang akan buat kita
tertanya-tanya, tetapi selepas dah faham, maka ada yang buat kita gelak, kadang
kala terpaksa pula dengan POKERFACE. Apakah itu?
JAGA JANDA
Sebenarnya
masa itu dalam perjalanan menuju pulang ke Jakarta dari Bandung. Melawat
sahabat-sahabat yang sedang menuntut di UNPAD (Universitas Padjadjaran). Ketika
dalam bas, orangnya terlalu ramai, walaupun bas itu adalah bas ekspres. Kalau
di Malaysia, kita kena beli tiket dahulu, tapi kalau di sini, system itu tidak
ada. Bas akan kutip sesiapa sahaja yang tahan bas itu walaupun berada di
highway. Dahsyat tak dahsyat. Plus, selagi bas itu tidak penuh, selagi itu
diisi macam sardine. Bayangkan, penulis terpaksa berdiri dari Bandung ke
Jakarta yang perjalanannya mengambil masa 2 jam 30 minit. Sedang penulis
berdiri menahan kaki yang tengah lenguh, tiba-tiba penulis terpandang sesuatu.
Sebuah papan tanda kecil yang disangkutkan di belakang sebuah lori, perkataan “JAGA
JANDA” terpapar di papan tersebut. Tertanya-tanya penulis, apakah sebenarnya
JAGA JANDA itu? Selepas diamati, barulah penulis faham JAGA JANDA itu adalah
JAGA JARAK ANDA. SEE! This is what other countries don’t have. Singkatan kata
yang “over” sampai kadang-kadang susah nak diterima akal.
BUTEKI
“Seorang
anak BALITA datang bertemu dokter di sebuah PUSKESMAS yang jauh di desa…” Jenuh
penulis amati apakah maksud perkataan-perkataan tersebut tatkala berlangsungnya
PBL di kampus. Selepas habis membaca kasus, penulis bertanya kepada dosen
(lecturer) maksud perkataan-perkataan tersebut. Dosen tersenyum lalu menjawab, “BALITA
itu BAWAH LIMA TAHUN, PUSKESMAS itu PUSAT KESEHATAN MASYARAKAT…” Haha, kalau
nak diikutkan hati, nak penulis gelak dalam kelas itu, tapi takut orang kata
kita tak hormat bahasa orang sini pula, jadinya penulis diamkan aja. Bukan itu
sahaja, penulis terbaca perkataan-perkataan ini di dalam modul – BUMIL dan BUTEKI.
Sekali lagi, sifat ingin tahu membuak-buak. BUTEKI? BUMIL? What the heck are
these? Selepas bertanya dengan pelajar tempatan, barulah penulis faham. BUMIL
itu IBU HAMIL, BUTEKI pula IBU yang MENETEKI. Tak faham? Haha.
Perlahan-perlahan, baca lah berulang kali. Tiba-tiba penulis teringat akan seorang
sahabat penulis yang ada di RCSI, Ireland. Pernah kami ke Jakarta dahulu
selepas tamat A-Level. Sedang kami sibuk menggelakkan istilah-istilah yang
dipendekkan ini, kami terlintas di hadapan sebuah taman burung atau di sini
dikenali sebagai DUNIA BURUNG. Tidak terlintas di fikiran, tetapi kalaulah
diringkaskan perkataan DUNIA BURUNG ini, rasanya jadi apa ya? Haha..
Tekalah-tekalah!!
Hari
tu penulis dengan kawan-kawan tidur di DUBES. Ha, cuba teka DUBES tu apa?
Hehe..
MARIA ELENA
Antara
Vlogger favourite penulis. Penulis sangat suka menonton semua video MARIA
ELENA. Video yang kelakar, but full of messages. Kalau sesiapa yang view videos
Maria from the positive sides, serious banyak yang boleh diambil sebagai
pengajaran. Tengah penulis menelaah video-video Maria baru-baru ni, penulis
terjumpa yang ini.
WOOOOO!
Applause to MARIA! Yea, it’s true. Sometimes, out of nowhere, there will be
someone or a bunch of people who really can’t accept us just the way we are.
Penulis kadang-kadang rimas, pelik, tertanya-tanya pun ada. Tapi lepas fikir-fikir,
buatlah baik macam mana pun, akan ada orang yang tidak suka. Itulah manusia.
Macam apa yang Maria kata, kalau ada yang kita boleh belajar daripada mereka,
take the chance, put down the ego. Kalau apa yang dorang sembangkan tu melalut
semata-mata, ignore, don’t waste our time dealing with those kind of people.
They are slowing us down, they want to see us crumble! Wake up wake up, push
them aside, and let the path in front of you leads you to whoever or whatever
you wanna be. Just always remember, everything happen with reasons. Allah kata
jadi, maka jadilah, and Allah knows whats best for us. (Yang kadang-kadang kita
ingat baik untuk kita, tapi sebenarnya tidak, and begitu juga sebaliknya.)
I do
have haters as well. Terima je kehadiran mereka, because mereka lah secara
tidak langsung mengubah kita menjadi lebih baik.
Jangan
ingat haters tu jenis yang jahat, yang suka bawa mulut je. Tengok kiri kanan,
kadang-kadang yang baik pun ada niat lain. HUSNUZON! BETUL! Tapi put a firewall
inside of you, so that if anything happens, you are well prepared. Don’t trust
people so easily, trust urself more, trust in Allah, because He is the only one
who will not let you down, EVER.
AKHIR KATA
Itu
sahaja buat pembaca untuk kali ini. Renungkanlah, mana baik dan mana yang
buruk. Kadang kala kita tidak sedar akan kesilapan kita, cuba lah insafi diri,
rendahkanlah diri anda, janganlah terlalu ego, merasakan diri kita yang
terbaik.
Sahabat
penulis bercerita kepada penulis. Ada seseorang yang dijanjikan syurga bukan
kerana amalannya, tetapi kerana Allah kasihankannya. Maka dia berkata, tidak
cukupkan aku beribadah selama ini? Maka dijawab pertanyaannya, ibadahmu,
walaupun sepanjang kehidupanmu, tidak akan cukup besar jika dibandingkan dengan
nikmat mata yang Allah beri.
MATA
yang KECIL itu pun, terlalu besar jika dibandingkan dengan ibadah kita
sepanjang hidup. Besar tak besar pemberian Allah. Allah lah yang paling hebat.
Kalau ibadah sepanjang hidup pun tak standing dengan nikmat sebiji MATA, apatah
lagi ibadah nak tak nak yang kebanyakan kita amalkan? Ye idak?
ASSALAMUALAIKUM
semua.. J