Followers

Follow by Email

Tuesday, September 25, 2012

NASHRIQ ISMAIL


Sebenarnya lama dah terfikir untuk mengarang penulisan kali ini. Namun smpai bila nak bertangguh? Say NO NO to procrastination. Say NO NO to malas juga. Bak kata Tun Dr. Mahathir, dunia moden satu perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Yes, its true. If you wanna win, you have to fight, there is no chance for you to grab everything while sitting on the bench. Impossible lah kan? Ok, enough with craps. Let’s talk about the person that I want to highlight for this post, NASHRIQ ISMAIL.

Macam Mana Boleh Jumpa?

Penulis bersekolah menengah di SMK ZON R1 WANGSA MAJU sejak tingkatan 1 sampailah tingkatan 5. Offerlah STAR pun, melekat juga kat sekolah itu. Sayang sekolah ni. Hehe. Semasa form 1, mata penulis suka memandang sekeliling. Almaklumlah, kejutan budaya juga sebab dulu sekolah rendah, sekeliling kaum cina, sekolah cina kan. Apabila dah masuk SMK, sekolah melayu pulak. Macam-macam perangai ada. Yang makan atas meja ada, yang mundar-mandir keluar masuk bilik guru ada, yang asyik ke toilet ada, macam-macam karenah. Namun sekali, terlihat seorang pengawas pusat sumber baju coklat sibuk asyik duduk kat library tu. Dalam hati, mamat ni tak ada rumah ke? So sekali tu, sajalah pergi dengar taklimat pasal interview PSS, mamat ni yang bagi talk. OWH, KETUA PSS rupanya. Sebab time tu dia garang habis, batal terus niat jd PSS, terus jadi pengawas. (Hati memang nak jadi pengawas sebenarnya, hehe..)

Jumpa dah, kenal bila?

Pertandingan bahas peringkat sekolah. Semasa form 1, memang tak tahu apa sebenanrnya bahas tu. Yelah, sekolah rendah join bercerita, syarahan, mana ada bahas-bahas ini. Tapi hati tetap nk mencuba. Masa 1st round, serious meraban je. Orang kata rezeki, berjaya masuk 2nd round. Masa 2nd round, penulis tewas. Mata tertangkap sekali lagi dengan mamat ketua PSS ni. Lah, bahas jugak ke? Bila dia start bahas je, terus, WOW, mantap betol mamat ni bercakap. Tanya cikgu, barulah tahu rupa-rupanya mamat tu pembahas sekolah. No wonder lah kan. Dipendekkan cerita, dia dah f5 semasa penulis f1. Selalunya f5 dah tak boleh nak wakil untuk sekolah, so penulis ditarik jadi team bahas sekolah. Di sinilah kami mula kenal, mamat ni lah yang guide penulis sampai penulis tahu setiap peraturan dalam debat ni.

Penulis jadi pendebat sekolah sejak f2 sampailah f5. Setiap tahun, mesti mamat ni ada menemani. Tak pernah lah dia miss. Kalau dia miss pun sebab ada kuliah atau exam. Coach yang setia, siap temankan team penulis pergi library KL untuk cari bahan. Mantap tak coach penulis? Haha.. Banyak kejayaan penulis dalam bahas ini, kemuncaknya semasa f5, penulis jadi pembahas terbaik keseluruhan, dengan sekolah penulis jadi naib johan. Secara keseluruhan, penulis berjaya merangkul gelaran pembahas terbaik sbnyk 10 kali sejak f2. Jujur, mamat ni banyak membantu. Sokongan yang tak pernah putus-putus.

Tamat Persekolahan

Pejam celik mata, 5 tahun sudah berlalu di sekolah menengah. Habis je SPM, geng penulis ke pulau pinang untuk berjimba. Semestinya kami mengajak mamat ni sekali sebab dia pun geng kami jugak. Mana boleh tak ajak. Sepanjang perjalanan dalam kereta api, kami lah yang paling bising, sampai tak habis-habis ditegur pekerja tren tu. Serious, have fun sangat percutian di penang.

Selepas masing-masing mendapat tawaran ke U untuk sambung pengajian, kami semakin jarang berjumpa. Tetapi penulis dengan mamat ini selalu bersama, maklumlah rumah dekat. Kalau penulis tiada di rumah dan ada di kolej, dijenguknya mamat ini di kolej. Awalnya segan nak temui penulis, katanya tak biasa dengan kawan-kawan kolej penulis, namun lama kelamaan, sudahlah, segan ke mana, malu ke mana. Sampai prank birthday penulis pun dipakat bersama-sama kawan-kawan penulis di kolej.

Penulis senang melihat keakraban kawan-kawan penulis kesemuanya.

Sokongan

Macam penulis kata di atas, penulis sentiasa menerima sokongan daripada dia. Masuklah pertandingan apa pun, dia pasti ada. Dia menemani penulis ke UM bagi menyertai pertanding bahasa Cina peringkat U. Alhamdulillah, penulis peroleh Johan dan mewakili negara ke China. Sewaktu di airport, dia menyerahkan sesuatu kepada penulis. ALBUM GAMBAR! Yang di dalamnya terkumpul beberapa keping gambar penulis sewaktu kecil, gambar keluarga juga gambar kwan2 penulis yang menyampaikan ucapan GOODLUCK kepada penulis. Semuanya usaha sang mamat ini. Mahu tak terharu. Tapi saying, pendrive yang diberi kepada penulis hilang pula. Haha, sorry!

Sewaktu A-level punya result dikeluarkan, dia pun nangis sebab penulis nangis. Haha, tapi mamat ni hatinya memang mudah tersentuh, lagi-lagi kalau terlihat orang lain menangis. Sensentap sikit jiwanya. Hehe. Alhamdulillah, dia terus member penulis semangat kepada penulis yang ketika itu sangatlah kecewa dengan apa yang sudah terjadi.

Sebelum penulis ke Indonesia, dia ke KLIA juga, bersama kad ucapan dan hadiah buat penulis.

Pesanan Khas

Memang penulis sudah jauh dan tidak akan berada di Malaysia buat sementara waktu, namun penulis yakin mamat ini seorang yang setia dan tidak mudah lupa pada kawan-kawannya. Kalau nak tahu, penulis jarang jumpa orang yang sangat menghargai orang lain. Tetapi mamat ini terbukti salah seorang manusia jarang yang masih hidup di dunia ini. Kadang-kala penulis berasa bersalah kerana tidak mampu untuk jadi seperti dulu di mana kami selalu saja berbual. Tetapi penulis yakin, mamat ini faham akan situasi. Penulis mendoakan agar mamat ini juga akan mengecapi kejayaan seperti apa yang diharapkan. Penulis tahu akan impiannya, maka penulis doakan agar impian itu tercapai, insyaAllah..

Satu lagi pesanan. Cepat-cepat kahwin! Hehe..

Ini lah salah satu kurniaan hebat buat penulis daripada Allah. Semoga ikatan yang terjalin kekal sehingga ke akhirat kelak. InsyaAllah. Kepada ABG NASHRIQ ISMAIL, datanglah sini, bak kata ABG NASHRIQ juga, 2 jam je pun kan? :-)

Saturday, September 22, 2012

Sekilas Tragedi


Assalamualaikum..
Apa khabar sekalian pembaca? Sebulan lebih menyepi, akhirnya penulis kembali ke ruangan penulisan. JOM seperti biasa, tepuk dada tanya iman, mantap kah? Dah sediakah untuk pergi menyahut panggilan ilahi? Kalau belum ayuh kita segera menggerakkan diri kita untuk sentiasa beribadah kepadaNya dalam setiap yang kita lakukan. Berdoalah sentiasa kerana doa itu senjata kita yang terhebat..

Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".
(HR Hakim)

A-Level

Seawal jam 8 pagi on 16th of August 2012, penulis memecut laju ke arah Sri Petaling, menuju ke rumah sahabat penulis Ahmad Aiman Firdaus. Plannya, kami bercadang untuk ke INTEC bersama-sama bagi mendapatkan result A-Level kami. Owh yea, kami tidak berdua, tetapi bertemankan AISAR, HAFIZI, SULAIMAN, MAD dan AMAN. Dipendekkan cerita, walaupun kami bertolak awal, atas sebab-sebab tertentu yang melibatkan driver kami, kami hanya tiba di INTEC jam 1 tengah hari. Dipendekkan cerita lagi, I was the last among us yang ambil result. Paling tak boleh nak dipendekkan lagi, Indonesia is my destiny. Say bye2 to INDIA, INDONESIA, here I come..
Tipulah if penulis kata penulis xsedih. Waduh, seminggu penulis mencurahkan air mata. Credit to AMAN who spent a night with me just to calm me down. TQ SO MUCH AMAN, seriously, that night when the result was out, I really need someone beside me and he was there. Anyway, I was sad because I couldn’t go to the place stated on the offer letter when I received it back on 2010. Secondly, I was sad because I felt that I have led both of my mom and my dad to fell disappointed. Third, because I have to be apart from a few of my close friends who have I treated as my own family when we were in INTEC. Sad, angry, disappointed, but what to do, things have already happened. This is my destiny, there might be silver lining behind all of these, I shall just wait and see what Allah has planned for me.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.”
(al-Baqarah:216)

UKRIDA, Jakarta Barat

Here I am now. Universitas Kristen Krida Wacana or also known as UKRIDA. Located at Jalan Arjuna, Jakarta Barat, FAKULTAS KEDOKTERAN is where my journey of becoming a doctor begins. As soon as we arrived at BANDARA SOEKARNO-HATTA, a few of my seniors were already waiting at the airport. ABG AFIQ AND ABG HANIF, two of the seniors who were willing to sacrifice their holidays just to be with us, the juniors. Truly speaking, Malaysian seniors here in Jakarta are really nice. They helped us a lot during GAMALIEL or the orientation week in UKRIDA, and they even held another orientation called WOW 2012 just for the Malaysian juniors at the Malaysian Hall. GAMALIEL? ERGH! WOW? FUN HABIS! I should not really talk about what had happened during GAMALIEL, you guys can imagine what had happened right? Clue, it was an orientation week. (Pkir2 lah sendiri, kalau tulis and dapat tahu kang, jenuh penulis nak jawab nanti). Now I miss my Malaysia.

UKRIDA, again

Most of the lecturers are cool. Lectures? I am still in the 1st BLOCK or the beginning of the 1st SEMESTER, so really can’t comment on that for now. I can just say that I can’t wait for the real MEDICINE SUBJECTs to be started. Local students? Ahha, most of them are nice. Even though most of the time they were laughing at the way we speak their language. Kelakar sangat kot orang Malaysia cakap bahasa Indonesia. Kadang-kadang terasa ada dekat dalam sinetron. Tercari-cari mana sorok kameranya. Owh before I forgot, most of the local students are just 17 and 18, they just graduated from high school. Unlike us, they don’t have to go through FOUNDATION. Although age gap is only 2 years, but kematangan jauh berbeza. Oklah, satu cerita pasal mereka. Pantang tengok mic, semua berebut nak cakap even lecturer ada kat depan. Cakap pasal apa? Haha. Mostly melalut.

I miss English so much.

Friends, Seniors

Sekarang ini, penulis bersama dengan AMAN, sebilik di rumah PAK DONI, tuan rumah kepada rumah sewa ini. Selain penulis dengan AMAN, RADHI, FITRI YUSOF dan ZULHUSNI juga serumah. Mana yang lain? Bersepah-sepah, merata-rata alam. But Im moving out soon, I rent a house which cost me 12 JUTA RUPIAH for 2 years, and im going to stay with AMAN, MAD and APAI. Dulu kami ber10, tetapi as masing-masing dah pecah, di INDONESIA kami berempat. Ada lagi dua orang yang akan stay dengan kami di rumah baru itu nanti. Just nak cerita sedikit mengenai perasaan ini. Muka mungkin nampak keceriannya, tetapi hati masih lara akan dugaan yang Allah dah turunkan. Sangat membutuhkan waktu untuk pulih kembali seperti sedia kala. Hati juga amat merindui kenangan di CEMARA, bersama 6 yang lain. Juga mengenangkan rakan-rakan lain yang pernah sama ketawa, sama menangis. As sekarang sebilik dengan Aman, so nak cerita sedikit pasal dia. HE IS VERY KIND, I like the way he manage his time, always with his Quran, always with his muka jantan. He scolded me, he knocked my head, not because he wanted to, but he has to. I was not as strong as before, and still am, but he is there for me to rise me up. MUHAMMAD, another person who brings hope to my life. He is my classmate now. Without these 2 person, I don’t know how I can live in Jakarta. ABG HANIF, one of my seniors, like my own brother, he helps me in settling down, guides me on becoming a new JAKARTAian.. Thank you so much to all of you, termasuk yang tidak disebut, you guys are my strength here in Indonesia.

Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara
(Surah Al-Hujurat : Ayat 10)

La Tahzan

Kita hampir ke penghujung penulisan. Sedih, memang sedih, tetapi sampai bila? Penulis jujur masih memerlukan waktu untuk menerima keadaan, bukan kerana penulis tidak redha, tetapi penulis masih dalam keadaan terkejut dan terus menantikan hikmah atas segala yang terjadi. Waktu dan kekuatan. Itu yang penulis perlukan buat masa ini. Doa, insyaAllah seperti yang telah disebut, merupakan senjata terhebat buat kita semua. Baik buat penulis yang sedang bersedih, mahupun mereka yang sedang gembira.

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan".
(HR Tirmizi)

Itu sahaja untuk kali ini. Semoga bertemu kembali, insyaAllah.

P/s :
  1. 1.  Buat sahabat semua yang membaca, penulis rindukan kalian. Doakan penulis agar sentiasa tabah dan insyaALLAH samalah kita berjaya dengan cita-cita dunia dan akhirat. Jangan lupakan penulis ya.

  2. 2.       SAUDARA AISAR, good luck k?