Followers

Follow by Email

Saturday, October 19, 2013

Kenapa Saya Sokong UMNO?

           

Ramai yang soal, kenapa saya terus menyokong UMNO? Soalan yang sama daripada saya untuk mereka, kenapa juga mereka menyokong PR? Beza saya dan mereka, mereka lebih pantas mengutarakan soalan, sedangkan soalan saya masih kekal dalam benak.




            Melalui artikel ini, saya akan menjelaskan soalan tersebut dengan dua cara. Pertama, saya akan menceritakan kenapa UMNO masih kekal menjadi pilihan saya. Kedua, saya akan menjelaskan kenapa saya menolak PR. Dengan cara ini, pembaca dapat menilai kedua-dua sudut dan melakukan timbang tara. Walau bagaimanapun, sebelum saya memulakan penulisan saya, ingin saya tekankan bahawa coretan ini bersifat PENDAPAT PERIBADI, dan terpulang buat pembaca untuk menilai. Pembaca boleh menyokong, dan boleh menidakkan, jelas, tidak semua manusia suka makan nasi, tapi rata-rata manusia makan disebabkan lapar.

            Kedua-dua belah pihak keluarga saya merupakan aktivis di dalam UMNO, baik belah bapa mahupun belah ibu. Saya sudah terlibat di dalam parti politik ini sejak saya lahir lagi. Bukan bermaksud sejurus selepas menghirup udara bumi, saya terus bersorak HIDUP UMNO, tetapi orang putih kata, it runs in my blood. Arwah nenek saya merupakan orang kuat WANITA UMNO negeri Melaka, dan ketika nenek saya meninggal 2 tahun yang lepas, bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama beberapa exco datang menziarah termasuk terlibat dengan bacaan Yassin untuk disedekahkan kepada arwah. Ini salah satu contoh penglibatan keluarga saya. Kini, sebahagian pakcik dan makcik saya meneruskan perjuangan tersebut. Again, it runs in my blood.

            Walau bagaimanapun, alasan itu bukanlah alasan kukuh untuk saya terus menyokong UMNO. Perkara pokok yang menjadi sebab kenapa saya terus memilih UMNO adalah perjuangan mereka terhadap bangsa, agama dan negara. People might say, “UMNO tolak hudud”, “UMNO bina kilang arak”, “UMNO tolak Islam” and so on, tetapi dalam perlembagaan UMNO Fasal 3.3, UMNO menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama. Fasal ini yang menjadi sebab saya berpegang pada UMNO. Permasalahannya adalah, orang dalam UMNO yang tidak melaksanakan Islam sepenuhnya. Kenapa salahkan papan sedangkan manusia yang tidah tahu menari? Saya persalahkan orang dalam UMNO, tetapi tidak UMNO sebagai parti. Asas dan tujuan UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

            Katakanlah selepas saya terlibat dalam politik, dan saya mempunyai peluang untuk bersuara dalam parti, maka saya mampu untuk megubah keadaan semasa kerana perlembagaan parti yang memihak kepada saya. Orang akan kembali kata, “Ah, sia-sia je kau nak berjuang dalam UMNO, kau tak kan dapat naik punya kalau tak amalkan politik wang,”, maka buktikan kepada saya kesemua PERDANA MENTERI kita menjadi PERDANA MENTERI kerana rasuah.

            Kedua. Sebelum terbentuknya Malaysia, tanah ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Kepunyaan orang Melayu. Meskipun wujud dakwaan Melayu bukan penduduk asal tanah ini, tetapi antara yang awal memijakkan kaki ke tanah ini adalah orang Melayu, dan Melayu kini merupakan majoriti penduduk di Malaysia. Bukan untuk menolak hak kaum lain khususnya kaum utama iaitu Cina dan India, tetapi Melayu tetap mempunyai hak keistimewaan terhadap tanah ini, seperti mana menurut Perkara 153 Perlembagaan Malaysia, memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Menurut fasal 3.2 Perlembagaan UMNO pula, UMNO mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, maka secara automatik, UMNO turut menjaga kepentingan hak Melayu.

            Kenapa hak Melayu perlu dipertahankan? Analogi yang cukup mudah. Kita ada sebuah rumah milik, kepunyaan sendiri. Satu hari, seorang rakan datang ke rumah kita untuk menumpang dan kita benarkan. Hari berganti hari, rakan kita yang asalnya hanya ingin menumpang meminta makanan, minuman daripada kita. Kita benarkan untuk meraikan tetamu. Tidak lama kemudian, mereka meminta pula baju, kasut kita untuk disarung. Kita benarkan kerana status sebagai seorang rakan. Namun satu hari, mereka meminta untuk dinikahkan dengan isteri atau suami kita. Adakah wajar kita benarkan? Walau serapat mana rakan tersebut, selama mana rakan tersebut menetap, walaupun telah berpindah, kita tetap ada hak terhadap rumah dan segala isinya. Begitulah Melayu dan Malaysia.

            Dari sudut pandang ekonomi, walau ada turun dan naik, UMNO atau kerajaan Barisan Nasional sudah mainkan peranan penting menjadikan Malaysia negara yang berdaya saing. The World Economic Forum (WEF) has ranked Malaysia as the 24th most competitive nation among 148 countries in its Global Competitiveness Report (GCR) 2013-2014. Malaysia is also ranked 9th out of 41 countries in the Asia–Pacific region for economic freedom score, and its overall score is above the world and regional averages. Despite the challenging global economic environment, the Malaysian economy has recorded growth rates averaging about 4.5 percent per year over the past five years.

            Seterusnya yang akan dibahas adalah kenapa saya menolak PR?

            Saya terus kepada salah satu anggota dalam PR iaitu DAP.  Seperti yang telah saya ceritakan dalam penulisan saya sebelum ini, DAP mengamalkan prinsip “Malaysian Malaysia” yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Mereka menidakkan hal ini tetapi lihat saja percanggahan perlembagaan mereka dan perlembagaan negara. Prinsip ‘Malaysian Malaysia’ yang masih menjadi pegangan DAP menyatakan pelbagai kaum di Malaysia mempunyai hak yang sama rata dalam semua segi, politik, ekonomi mahupun sosial. Ini selaras dengan sistem merit di mana tidak ada layanan istimewa dan bantuan kepada mana-mana kaum. Perlembagaan Malaysia pula menyatakan kedudukan keistimewaan orang Melayu akan terjaga, maka secara tak langsung, DAP menidakkan Perlembagaan Malaysia melalui prinsip mereka.

            Tanpa bantuan sepenuhnya daripada pihak kerajaan, kaum Cina masih berada di depan kaum-kaum yang lain, maka jika DAP melalui PR berkuasa, hak melayu digugurkan, bukankah mereka akan semakin ke depan dan meninggalkan kaum-kaum lain sehingga bakal meningkatkan lagi jurang ekonomi antara etnik di Malaysia?

Sama rata tidak semestinya adil. Bukankah DAP dari Pakatan Rakyat memperjuangkan keadilan? Maka tunjuk dan buktikan perjuangan anda sekiranya benar anda mencari keadilan.

Merujuk kepada perjanjian lama, antara hak orang Melayu adalah seperti jawatan dalam kerajaan, bantuan ekonomi dan peruntukan biasiswa. Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu. Kuota Melayu juga perlu lebih besar berbanding kaum lain dalam peruntukan biasiswa atau bantuan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Setiap tahun JPA menawarkan sekitar 2,000 biasiswa. Dahulu 90 peratus daripada biasiswa itu diberi kepada pelajar bumiputera, tetapi nisbah itu di bawah skim baru biasiswa JPA yang masih mengekalkan jumlah biasiswa sedia ada kini diturunkan kepada 50 peratus bumiputera, 45 peratus bukan bumiputera dan lima peratus kaum-kaum lain. Pada 8 Julai 2008, Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata langkah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memperuntukkan kuota biasiswa bumiputera kepada pelajar bukan bumiputera boleh membantutkan usaha membangunkan masyarakat bumiputera dan memperluaskan lagi jurang ekonomi antara kaum di negara ini.

Jelas, Melayu memberi hak mereka kepada kaum lain. Namun apabila Melayu meminta sedikit toleransi daripada kaum lain, seperti pemansuhan SJK (Sekolah Jenis Kebangsaan), hasrat tersebut ditentang habis-habisan. Akhirnya, Melayu terus akur. Sedikit demi sedikit hak Melayu diambil, secara tidak sedar, namun masih lagi ada Melayu yang tidak sedar. Jangan sudah sampai tahap Melayu di Malaysia sama nasib seperti Melayu di Singapura, baru ada yang melatah.

Kaum Cina memang hebat dan mereka mampu dalam segenap bidang. Masih belum tiba waktunya ‘tongkat’ Melayu diambil sehingga akan meluaskan lagi jurang antara kaum di Malaysia. Yang kaya terus kaya, yang miskin tetap miskin.

            Ada pula yang akan berkata, “DAP buat macam mana pun, kan ada PKR dan PAS, tak kan berjayalah kalau betol DAP ada hasrat tersendiri.” Daripada 89 kerusi yang PR menangi pada PRU yang lalu, 38 kerusi adalah milik DAP, 30 kerusi milik PKR dan 21 kerusi milik PAS. Maka, daripada statistik ini, yang paling lemah adalah PAS yang akhirnya menjadikan mereka sebagai minoriti dalam parti. Tidak seperti BN, daripada 133 kerusi yang dimenangi, 88 kerusi adalah milik UMNO sebagai parti tunggal. UMNO can make the final say, tapi can PAS make the final say? Can PKR make the final say? Betol, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ketua pembangkang, tetapi kalau mereka ke Putrajaya, mampu atau tidak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi ketua kerajaan? Sedang prinsip sudah melanggar perlembagaan, belum lagi tindakan lain yang mampu mereka lakukan. Perlembagaan boleh digubal. Itu pasti.

            Seterusnya saya pergi pula kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).  Antara perkara utama yang saya tidak setuju adalah tindakan PKR melibatkan American-based National Democratic Institute (NDI) seperti dalam BERSIH. Ini telah dibuktikan melalui laman web NDI sendiri www.ndi.org. Campur tangan kuasa luar lebih-lebih lagi Amerika Syarikat seolah-olah memberi laluan kepada kuasa tersebut untuk terlibat dalam sistem pentadbiran negara secara tidak langsung. Mereka menolak TPPA antara sebab perjanjian tersebut melibatkan AS, tetapi tindakan mereka ini tidak mencerminkan pendirian mereka.

            Seterusnya pendirian PKR, khususnya DSAI dalam isu kalimah Allah. PKR bersikap liberal dalam isu ini. Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa pihak yang mahu melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian tidak faham sejarah. Bahasa Arab dan kalimah Allah sudah lama digunakan oleh orang-orang Nasrani sebelum Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan, hujah beliau. Bagaimanapun dalam PAS ada pendapat yang berbelah bahagi. Majlis syura ulama tidak mengizinkan kalimah Allah digunakan dalam penerbitan Kristian. Tindakan DSAI ini membenarkan anggota DAP berani menerjemah sendiri potongan ayat Quran sehingga mereka memenangkan pendapat mereka, seperti mana tindakan Chua Jui Meng dalam twitternya baru-baru ini.

            Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa tiada alasan tuntas untuk menunjukkan kalimah Allah ini adalah antara isu teras dalam kepercayaan agama orang Kristian. Maka tiada sebab untuk mengizinkan ia digunakan oleh penganut Kristian di negara ini. DSAI perlu hormat keputusan undang-undang dan tidak mencetuskan provokasi sehingga rakyat bangkit mencipta spekulasi “MAHKAMAH MILIK KERAJAAN BN”.
            Saya tertanya kenapa DSAI menolak perbincangan atau forum dengan Ustaz Fathul Bari.

            PAS.

Cantik perjuangan mereka. Berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Ahli pula ramai dari golongan celik ilmu agama. Tidak kurang juga golongan professional yang berada di dalam parti ini. Sayangnya, mereka lemah dalam PR. Mempunyai anggota parlimen yang paling sedikit berbanding DAP dan PKR. Apa yang mampu mereka lakukan sekiranya PKR dan DAP tidak sehaluan dengan perjuangan mereka? Sekali lagi, mereka tidak boleh buat “final say”. Isu kalimah Allah. Majlis syura ulama tidak izinkan, tetapi Presiden benarkan. Apa sebenarnya pendirian mereka? Apabila ditanya, jawapan yang sama “Owh, orang atas tahu apa yang mereka lakukan.” Namun, selepas sekian lama, pendirian masih samar-samar.

Seorang aktivis politik, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri dahulu pernah membantu orang Melayu dan Islam di Kelantan yang ditadbir Pas. Menurutnya, bantuan antara RM200 dan RM300 juta setahun itu diberi Dr. Mahatir sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hal ini tidak pernah dijelaskan kepada umum, dan tidak juga diceritakan ke mana pergi wang ringgit sebanyak itu. Tun juga telah membantu kerajaan negeri Kelantan sewaktu Kelantan gagal dalam projek mega pada awal tahun 1990 melibatkan pembangunan air di negeri tersebut. Bantuan secara ansur sebanyak RM600 juta telah diberi tetapi hal ini terus dirahsiakan. Tun mendapat tentangan daripada ahli UMNO sendiri tetapi tindakan Tun yang rasional menjelaskan bahawa beliau bukan PM untuk BN sahaja, tetapi untuk setiap rakyat di Malaysia.

Untuk isu ini, saya mohon penjelasan dari pihak PAS, yang di atas mahupun penyokong mereka sendiri.

Ini hanya serba sedikit kenapa saya tetap pada UMNO. Too many reasons to give, but as long as my blood is red, there goes UMNO in my heart.




Wednesday, September 18, 2013

Just A Short One

We are supposed to be "one".

Monday, July 29, 2013

Nota Dari Manipal




“Wan, kau pergi india ni sebab nak visit Taj Mahal ke? Ke kau nak pergi Shimla, Mumbai, Delhi semua?”

“Eh, aku tak pergi pun tempat-tempat tu. Aku pergi Manipal aje.”

“Ha, Manipal je? Ada apa je kat sana?”

Soalan yang penulis terima sebelum penulis berangkat ke India. Benar, ramai yang tertanya-tanya, kenapa penulis ke Manipal, sedangkan ramai ke india untuk lihat tempat-tempat seperti Taj Mahal dan Shimla.

“Many Malaysians come to india to visit the north part, yet you want to go Manipal?”

Kata INSPECTOR SAB ketika menunggu tren di Aluva Railway Station untuk ke Mangalore Central. Pada ketika itu, hati penulis sangat berdebar-debar, terasa tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke Manipal. Bukan jalan-jalan menjadi tujuan utama, tetapi penulis tidak sabar untuk bertemu mereka, sahabat-sahabat yang sudah lama tidak ketemu.

Sekitar jam 2 pagi pada 25 Julai, kereta api tiba. Panjang. Terlalu panjang kalau nak dibandingkan dengan LRT di Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa selama 10 jam untuk ke Mangalore sebelum ditambah lagi dengan 2 jam untuk ke Manipal. Setibanya di Mangalore, penulis mencari-cari kelibat mereka. Hati terasa sangat tak sabar.

Toleh kanan. Toleh kiri.

“Assalamualaikum!” Dari jauh Aizul menyapa. Kiri dan kanannya Hakim, Fizi dan Aiman. Tanpa sempat menjawab, penulis menulis ke arah mereka. Pelukan erat jelas menggambarkan betapa rindunya hati penulis terhadap mereka. Walaupun baru setahun, baru beberapa bulan, tetapi rindu ini, masyaAllah sangat hebat. Hampir menitis air mata tapi penulis tabah menahan perasaan supaya tidak terbuai.

Terlalu banyak untuk penulis gambarkan aktiviti penulis sepanjang di sana. Hari pertama di Manipal, penulis berjumpa dengan seluruh sahabat se’batch’ ketika di INTEC dulu, kami iftar bersama di rumah Affan yang rela menjadi tuan rumah. Kami solat bersama, berbual bersama, jujur, penulis sangat rindukan saat tersebut. Setahun lebih penulis tak merasakan perasaan tersebut, akhirnya di bumi Manipal, kemanisan itu kembali terasa. Pada waktu malam, penulis bertemu pula dengan ex classmates penulis ketika di INTEC dahulu. Nothing much to say, I could only able to smile and thank Allah for this opportunity.

Sepanjang di Manipal, penulis dilayan seperti raja. Iftar disediakan, tempat tinggal disediakan, sahur disediakan, pengangkutan bergerak juga disediakan. Pokoknya, satu sen pun penulis tak keluarkan sepanjang penulis di manipal, kecuali membeli belah. Yang paling membuatkan penulis terharu adalah pemberian sagu hati, cenderamata daripada beberapa orang sahabat sebelum penulis pulang kembali ke tanah air. Sepatutnya penulis lah yang memberi sebagai tanda terima kasih atas layanan mereka, tapi sebaliknya pula yang terjadi. Ya Allah, hanya Kau sahaja mampu membalas segala jasa baik mereka.

Penulis tidak berniat untuk tulis panjang. Cuma penulis nak kongsi perasaan gembira yang teramat penulis sepanjang penulis berada di Manipal. Syukur, perasaan rindu penulis kepada sahabat-sahabat ini akhirnya terlepas seketika untuk lawatan kali ini. Walaupun hanya 5 hari, tetapi masa yang Allah kurniakan ini amatlah berharga buat penulis. Sepanjang perjalanan pulang, penulis menitiskan air mata. Air mata yang bercampur baur, gembira dan sedih. Gembira kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk bertemu sahabat-sahabat ini, sedih kerana tidak tahan untuk berpisah sekali lagi.

Penulis amat sayangkan ukhwah yang terjalin ini. Seorang sahabat penulis mengatakan, “ada orang kata couple tu menyeronokkan, tetapi ukhwah fillah itu lebih membahagiakan”. Betul, penulis sangat setuju dengan kenyataan tersebut. Manisnya ukhuwah itu sehingga setiap titisan air mata itu menjadi amat berharga. Penulis sayangkan ukhwah ini, dan amat berharap ukhwah ini mampu menjadi saksi dan hujah kuat buat kami untuk bersama berpimpin tangan ke jannah Allah satu hari nanti, insyaAllah.

Sahabat Manipal yang membaca, maafkan andainya ada terkasar bahasa, tersalah bicara sepanjang perkenalan kita. Sekiranya tidak ada rezeki untuk kita bertemu lagi di dunia ini, penulis berdoa agar diberi kesempatan untuk kita bersama di akhirat kelak. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa penulis sayangkan antum sekalian. Quote daripada salah seorang sahabat, penulis bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk hidup dan dijodohkan bersahabat dengan kalian. Akhir kata, selamat untuk exam kalian, semoga mara ke tahun kedua, dan semoga berjaya di dunia dan di akhirat kelak.

Biar mengalir air mata ini agar mampu menjadi saksi kekuatan dan keikhlasan ukhwah ini semata-mata kerana Allah SWT.

Assalamualaikum WRT

Thursday, June 6, 2013

PRU-13: SPR Menipu atau Difitnah?

Assalamualaikum WRT.

Setelah begitu lama menyepi, penulis rasa sudah tiba masanya tangan ini kembali memulakan rentak menyusun bait-bait kata untuk menghidupkan kembali blog ini daripada terus berdiam. Apa khabar sekalian pembaca? Sihat? Bagaimana iman? Semoga bercambah hendaknya.

5 Mei 2013. Sebuah kisah baru tertulis dalam sejarah negara kita Malaysia di mana PRU-13, the mother of all elections telah pun diadakan. Barisan Nasional (BN) terus memerintah negara kita dengan memenangi 133 kerusi, berbanding Pakatan Rakyat (PR) dengan 89 kerusi parlimen. Daripada peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) pula, PRU-13 kali ini menyaksikan negeri Kedah kembali ke tangan BN, manakala Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor terus menjadi kawasan pemerintahan PR. Secara ringkas, begitulah keputusan pilihan raya tahun ini.

Walau bagaimanapun, kehangatan PRU-13 tidak terus menghilang. Saban hari kita disajikan dengan kisah-kisah yang menceritakan penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang mengelola PRU-13. PR juga telah mengeluarkan petisyen sebagai bantahan terhadap keputusan PRU bagi beberapa kawasan yang terlibat.

Persoalan kini, pihak manakah yang benar? Adakah tuduhan terhadap SPR itu benar atau sebagai strategi politik pihak PR bagi memanipulasi kenyataan sehingga dapat menanam sifat syak rakyat Malaysia terhadap kewibawaan SPR?

Penulis mengambil keputusan untuk memperbanyak bacaan dari pelbagai media, termasuk sesi dialog bersama ‘orang dalam’ dan akhirnya, dari meja penulis, yang penulis dapat rumuskan adalah SPR TIDAK HARUS DIPERSALAHKAN.

Kenapa? Ayuh kita kupas satu per satu isu yang dibangkitkan.


ISU KEMASUKAN WARGA BANGLADESH

Daripada kenyataan Datuk Seri Anwar melalui laman web suarapakatanrakyat, dikatakan sejumlah lebih 40,000 orang pengundi hanta wujud dalam pilihanraya umum yang lepas. Dakwaan terhebat beliau apabila dikatakan pihak MAS (Malaysian Airlines) terlibat dalam membawa masuk warga Bangladesh ke Malaysia untuk membuang undi buat parti BN.

Dapat kita saksikan juga bagaimana terdapat beberapa warganegara Malaysia sendiri disalah anggap sebagai warga Bangladesh sehingga dibelasah teruk agen PR sewaktu PRU-13 yang lalu. Begitu bersungguh mereka untuk melawan pengundi hantu ini. TAHNIAH buat mereka.

Tetapi tidak lama kemudian, keluar kenyataan ini.

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh hari ini menyifatkan dakwaan rakyatnya mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Malaysia 5 Mei lalu sebagai tidak masuk akal. 
Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia, AKM Atiqur Rahman berkata, pejabatnya tidak mengetahui mengenai dakwaan tersebut.
"Propaganda mengenai rakyat Bangladesh mengundi dalam PRU13 hanyalah rekaan semata-mata oleh beberapa kumpulan yang mempunyai kepentingan tertentu," katanya kepada pemberita.
Menurutnya adalah tidak masuk akal bahawa seramai 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk ke Malaysia seminggu sebelum pilihan raya berlangsung untuk mengundi.
Beranggapan ia sebagai 'manipulasi politik', Atiqur berkata, rakyat Bangladesh menjadi pengundi hantu bukan sahaja meletakkan rakyatnya dalam risiko, tetapi turut memberi imej negatif terhadap negara itu.
(Sumber: http://my.news.yahoo.com/kedutaan-nafikan-wujudnya-40-000-pengundi-hantu-bangladesh-084305504.html)

Malah sehingga hari ini, tiada bukti kukuh diserahkan kepada pihak polis bagi menguatkan kenyataan PR ini. Sudah sebulan PRU-13 berlalu, tak kan tiada bukti lagi kalau benar lebih 40000 warga asing membuang undi?

Semuanya adalah drama sebabak semata-mata.



P.S: Election workers adalah daripada kalangan rakyat sendiri. Adakah rakyat yang menipu dalam PRU13 yang lalu?


ISU DAKWAT KEKAL

Beberapa tahun yang lalu, SPR telah pun mencadangkan agar sistem biometric diguna pakai bermula PRU-13 dan selanjutnya. (Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_Sistembiometriklangkahterbaikhapuskeraguanpembangkang/Article). 

Namun semua sedia maklum, PR menolok sistem ini dan bertegas agar SPR menggunakan kaedah dakwat kekal. Antara alasan yang dikemukan adalah penggunaan sistem biometrik ini tidak akan dapat mengatasi permasalahan pengundi hantu dan senang dimanipulasikan kerana sistem ini memerlukan pakar untuk melaksanakannya.

Namun apabila timbul isu dakwat kekal tidaklah begitu kekal, jari dituding ke arah SPR semula. Persoalan penulis, untuk menghasilkan dakwat kekal juga memerlukan kepakaran untuk dilaksanakan, selain itu, seperti dakwaan PR kini, dakwat kekal mudah dimanipulasi. Maka, kenapa pada awal tidak menolak kaedah ini?

Bukan itu sahaja, kalau benar sistem biometric ini tidak begitu berkesan, kenapa keluar masuk pintu negara (lapangan terbang) menggunakan sistem ini namun tidak mempunyai sebarang bantahan daripada pembangkang? Kenapa apabila melibatkan pilihan raya baru sistem ini ditolak?



ISU BLACKOUT

Penulis dapati pada 6 Mei 2013, ramai pengguna laman social seperti Facebook menggunakan layar hitam sebagai profile picture mereka, tanda bantahan keputusan PRU-13 yang khabarnya dimanipulasikan dengan isu blackout di sesetengah tempat pengiraan undi. Penulis terus mencari kesahihan terhadap berita ini.

Pertama, penulis menunggu serahan bukti PR kepada polis atau pihak mahkamah berkenaan hal ini. Namun sehingga hari ini, tiada. Yang ada, cuma laporan polis yang dibuat oleh beberapa orang rakyat pada sesetengah kawasan. "Jadi SPR perlu siasat mengenai laporan polis yang dibuat, walaupun satu tapi ini cukup membuktikannya," kata Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat PKR. Kata Rafizi, cuma satu laporan dibuat dan sudah cukup membuktikan segala-galanya. 1 laporan di 1 balai polis. Tetapi PR menyatakan bahawa blackout ini terjadi di merata-rata tempat, peliknya, mana laporan-laporan lain?

PIHAK TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) MENAFIKAN TIADA SEBARANG GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK KETIKA KERTAS UNDI SEDANG DIKIRA. (sumber: http://www.sinarharian.com.my/politik/isu-blackout-pkr-tampil-bukti-1.164397)

Penulis musykil juga. Kenapa? Menurut pegawai-pegawai SPR, juga sukarelawan yang terlibat, sewaktu pengiraan undi dijalankan, seharusnya diadakan di hadapan agen PR dan agen BN. Jika ada yang tidak berpuas hati, undi akan dikira semula dengan cara mengangkat dan menayang kertas undi di hadapan kedua-dua pihak. 1, jika betul blackout berlaku sehingga tidak kelihatan apa yang terjadi, bagaimana PR boleh membuat konklusi kertas undi utk BN bertambah? Kalau betul ada, bukti perlu diserahkan tetapi sehingga ini tiada bukti kukuh untuk hal ini. 2, jika betul blackout terjadi sehingga keadaan menjadi gelap gelita, bagaimana pihak yang membawa peti undi “extra” ini boleh menjalankan kerja mereka sehingga semuanya berjalan dengan baik? Dalam bahasa mudah, kalau orang lain tak nampak apa, tak kan mereka ni boleh nampak?


AKHIR KALAM


Penulis akhiri penulisan kali ini dengan seribu satu persoalan buat pembaca. Pembaca boleh membuat konklusi sendiri, sama ada SPR bersalah atau semua ini hanya fitnah semata-mata? Penulis hanya berharap, segala hujah yang dikeluarkan, biarlah bersama bukti agar ianya menjadi relevan. Kalau cakap sahaja, ibarat makan nasi tanpa lauk, mana nak sedap.

InsyaAllah, penulis akan cuba menangkis satu per satu fitnah yang tertimbul selepas ini.

Assalamualaikum. :-)

Saturday, March 30, 2013

OWH MY SMART PHONE!


“Chong, jom lepak jom, aku rasa dah lama kita tak jumpa, ada banyak benda nak diborakkan ni,”

“Boleh je, pukul berapa tu man?”

“Dalam masa sejam, aku tunggu kau kat Coffee Bean KLCC, amacam? Ok?”

“Beres man…”

-Di Coffee Bean KLCC-

“Wah, lawa phone baru kau man, baru beli ke?”

“Haha, mana ada lawa. Biasa-biasa je. Abang aku baru naik pangkat, ada rezeki sikit, dia belikanlah aku Samsung S4 baru ni,”

Wow, pakai S4 kau, kelas gilerrrr…

Menjadi norma masyarakat kini, semakin ramai yang menggunakan smart phone. Kalau dahulu, Nokia Butterfly pun sudah menjadi kebanggaan, kini masing-masing berlumba untuk memiliki teknologi yang terus berkembang. Kenapa smart phone? Biasalah, dengan Android, IOS dan sebagainya, semuanya hanya pada jari. Facebook, Twitter semakin tidak lekang dari setiap pemilik smart phone. Dunia kini semakin dekat dengan adanya smart phone. Walaupun penulis berada jauh dari keluarga dan rakan-rakan yang lain, tidak langsung menjadi masalah selepas adanya smart phone, Whatsapp, Skype sentiasa mendekatkan penulis dengan orang yang tersayang.

Sayang seribu kali sayang, masalah baru pula yang timbul.

“Man, kau kata nak borak, tapi aku tengok kau asyik dengan phone kau je?”

“Jap ek Chong, ni ha, ada kawan aku update status twitter, dah lama aku tak jumpa dia, jap aku tweet dia balik, jap ek,”

-10 minit kemudian-

“Kau buat apa lagi tu man?”

“Owh tak, dah lama aku tak datang KLCC ni, so aku tangkap gambar tadi, ingat nak upload jap kat instagram, jangan lupa like tau,”

-10 minit kemudian-

“Tak kan tak habis upload lagi man?”

“Dah habis dah Chong, tak, aku nak update blog aku jap, aku kan ketua satu organization ni, kalau tak update nanti, orang bising,”



See, this is what we face now. People say, with all these technologies, they will bring us closer to those who stay very far away from us. Yea, that’s absolutely true, no doubt with that. But does it bring us closer to our family and friends right beside us?


Kita terlalu khusyuk dengan mainan teknologi ini sehingga kadang-kala kita terlupa akan sahabat kita yang berhampiran. Seolah-olah that gadget of yours is much more important than them.

Kalau tengah hang out, you are the master planner, and during your day out with your friends, sahabat-sahabat lain sibuk ajak borak and you keep playing whatever is inside your phone, as if game dalam phone tu akan expired kalau tak main.

Ok, ok, bayangkan macam ni. You have not meet your best friend for months or years, yet when you meet up each other, he or she keeps playing with his or her phone until he or she abandoned, ignored you as if you were not there. How will you feel?

Disrespect. Penghormatan diberi lebih kepada our gadget instead of the beloved one.

Bahagikan masa. Don’t let your phone or tab or note or whatever you might have, menjauhkan jarak anda bersama mereka yang sudah dekat. When you are with them, eating time, watching movie, hanging out, try to not to spend your time too much on your phone, keep your phone away, trust me, you will have time to spare on your phone later, before tidur ke, waktu alone ke, so tak lah rasa lonely sangat kan?

I’ve posted this before, but it seems now is a better time for me to post it again for everyone to watch. Just take the positive part of it. You can make the difference. RESPECT PEOPLE. If you really love your family, your friends around you, keep your gadget away when you are with them. Trust me, kalau sebegini, yang jauh seperti di Ireland, yang dekat macam yang serumah, akan semakin dekat. Your facebook, your twitter, your blogspot, wordpress, instagram, bla bla bla, will wait, PERCAYALAH, they won’t run away.



Ok, Assalamualaikum. Selamat mengambil iktibar (termasuk penulis sendiri). :-)

Monday, March 18, 2013

Kisah Mereka (Part 2)


Mata aku terus memerhati. Melihat gelagat dua sahabat ini. Kadang kala hati menjadi iri dengan kehebatan mereka. Kehebatan yang lahir dari kesadaran mereka. Berusaha untuk kembali dengan keimanan yang tinggi, mengisi jiwa dengan bekalan untuk dibawa ke dunia sana.

Hubungan mereka dengan Allah, di mata aku, cukup hebat.

Abu mengimamkan aku pada malam itu.

“Abu, kalau solat nanti, baca laju sikit tau, dah tak larat dah ni,” kata aku yang sering aku lafazkan sebelum solat. Namun malam itu berbeza. Mendengar bacaannya tiba-tiba mengusik jiwa. Hati aku seolah-olah berbisik kepada aku, “Luangkanlah masa untuk Allah, kita mahu Allah sentiasa mendampingi kita, tapi kenapa kita sering tergesa-gesa tatkala meminta kepadaNya?”

Tidak banyak berkata-kata, aku lebih banyak mendiamkan diri pada malam itu. Merenung, sejauh mana keikhlasan aku, kesungguhan aku beribadah kepadaNya. Namun seperti biasa, hanya seketika. Aku sering lupa, sering alpa.

Jam 12 malam.

Aku tersedar diri aku sedang terbang, melintasi sebuah kawasan di bumi Allah. Aku tidak lagi berpijak di bumiNya. Kata-kata aku tidak kedengaran orang di sekeliling. Jenuh aku berteriak, tetapi teriakan aku tidak berbalas.

Hati aku berdegup kencang, mata aku melilau. Alhamdulillah, mainan tidur rupanya. Namun, hati terlalu takut untuk terus lelap, lalu aku menghampiri Ali yang tidur berdekatan lalu mengejutnya. Mungkin Ali terlalu penat, maka aku merebahkan tubuh aku di sebelahnya. Hati kembali tenang. Tiba-tiba, Ali meletakkan tangannya di atas kepala aku, membuatkan aku rasa “selamat”.

Uhibbuka Fillah……

Malam berganti. Waktu menunjukkan sepertiga malam. Aku masih belum mampu melelapkan mata. Sedang aku cuba melabuhkan sekujur tubuh ini, betapa mata ini begitu ingin dilelapkan, nafasku tersangkut-sangkut. Aku bangun, dan cuba berbaring semula, tetapi keadaan masih sama. Sekali lagi, aku cuba mengejut mereka, tetapi hati tidak kesampaian. Melihat Ali dan Abu, tidur bersebelahan dengan nyenyak membuat aku rasa serba salah untuk menggangu.

Aku menghubungi sahabat aku di India. Walaupun jauh, mungkin dia bisa membantu, dengan kata-kata. “Kejut dieorang, kau semput ni, bahaya, jangan main-main,” tegur Firdaus. Aku tersenyum. Memori kembali meresap ke dalam minda. Terkenang saat di kolej dulu. Dulu dia ada, sekarang jarak memisahkan, tetapi pesanan yang sama tetap aku terima. Terima kasih sahabat. J

Aku masih tidak bisa tidur. Aku merenung Abu dan Ali dari tempat tidur ku. Melihat mereka tidur bersebelahan. Hati menginginkan salah seorang daripada mereka untuk bangun dari tidur, tetapi keakraban mereka walaupun sewaktu tidur, membuat aku hanya mampu memerhati. Nafas ini masih tersangkut-sangkut. Ya Allah, mungkin Kau cuba menyampaikan sesuatu kepadaKu.

Hidup aku di negara orang membutuhkan kesabaran yang tinggi. Kekuatan, bukan sahaja fizikal, malah mental dan rohani amat aku tagihkan. Allah menyampaikan kekuatan daripadaNya melalui sahabat-sahabat aku.

Tetapi mereka ada kehidupan mereka sendiri, fikir aku. Jadi, aku tidak mahu membebankan mereka. Aku tidak mahu menyusahkan Ali dan Abu. Maka, aku terus mendiamkan diri......


-Bersambung-

Saturday, March 16, 2013

Kisah Mereka (Part 1)


Jam tiga.

Allahuakbar Allahuakbar~

Kuat suara Abang Luqman mendendangkan azan. Aku terus merenung ke luar jendela, merenung jauh hingga ke awan biru. Hati meronta-ronta, menjerit kemalasan. Fikir aku, “Aduh, baru hendak tidur, dah masuk waktu pula,”

Lailahaillallah~

Tubuh aku masih kekal di atas katil. Bunyi percikan air menghempas lantai kedengaran dari luar kamar. Sahabat-sahabatku begitu rajin menunaikan solat. Mereka jarang melambatkan waktu. Malah, ada yang tidak pernah lewat. Walaupun sekali.

Aku gagahkan juga hati ini untuk bangun, walau dengan perasaan malas yang kuat memaksa diri untuk terus berpeleseran di atas katil. Setiap langkah kaki ini seolah-olah menjadi berat, seperti ditarik oleh adik-adikku sewaktu di rumah. Rindu pula keadaan di Malaysia. Sedang kaki ini berjalan menuju ke anak tangga, setitik demi setitik air mulai mencurah ke bumi.

Hujan. Awan menangis lagi. Angin meniup seolah-olah memujuk. 

Aku melihat ke luar rumah, mata ke terus memandang ke langit. “Pintu lagi terbuka, doa senang makbul ni,” monolog ku sendirian.

Selesai salam, aku menolehkan kepala ku ke kanan dan kiri. Terkumat-kamit semuanya memohon doa kepada Yang Esa. Tiba-tiba, mataku tertangkap oleh seorang figura hebat yang selalu menjadi kebanggaan ku. Tangannya dirapatkan, matanya terpejam meminta sesuatu daripada Allah. Aku terus memerhati.

Tiba-tiba, air matanya menitis. “Eh, kenapa dia nangis ya?” Termanguku seketika. Aku merapatkan diri dengannya tetapi kehadiranku mungkin tidak disedari. Mata aku terus menatap titisan air yang terus keluar dari kelopak matanya. Aku menjadi tertanya-tanya. Bingung. “Mungkin dia ada masalah kut,” aku menjawab soalan yang aku ukirkan sendiri.

Kaki bersarungkan selipar jepun, berseluarkan seluar coklat. Aku pulang dan terus melepaskan diri aku ke atas katil semula. Lega rasanya. Penat yang ada seakan-akan hilang, masalah yang bergelumang di benak seperti lesap di awangan. Sahabat aku masuk dan turut merebahkan penggungnya bersebelahan denganku.

“Wan, kau nampak Ali kat masjid tadi?”

“Ha, nampak, kenapa dia? Menangis aku tengok tadi. Dia ada masalah ke?”

“Tak adalah. Tadi dengan aku, dia ok je. Kagum aku dengan dia. Begitu senang menangis depan Allah.”

Aku terdiam. Lidah seakan tidak mampu berkata-kata. Terfikir aku sejenak akan apa yang dikatakan oleh Abu sebentar tadi. Ali menangis depan Allah. Ali menangis, merayu kepada Allah. Dalam doa. Dalam ibadahnya kepada yang esa. Aku? Nak ke masjid pun malas. Apatah lagi melelehkan air mata di depanNya.
Hebat si Ali. Hebat juga di Abu. Kedua-duanya begitu berusaha mendekatkan diri dengan Maha Berkuasa. Seolah-olah, esok tiada lagi buat mereka. Aku kagum melihat mereka. Tatkala pulang selesai solat, Al-Quran tujuan pertama mereka. Aku? Kalau tidak handphone, computer. Bukan itu yang akan menjadi saksi aku nanti, tetapi kenapa aku tidak pernah sedar?

Ali. Bacaannya merdu, hafalannya lancar. Abu? Terus gigih mengkaji, tekun meneroka ilmu Islam. Kini, mata aku tetap merenung Ali yang baru sahaja pulang dari masjid. Karakternya di luar, seperti kami, seperti yang lain, orang kata, gila-gila ayam. Tetapi dengan Tuhan? Aku malu dengan mereka. Aku segan setiap kali perbualan kami berisikan dakwah, kerana aku tahu, aku tidak standing mereka. Aku bangga punya sahabat seperti mereka. Namun, kenapa tidak terdetik hati ini untuk menjadi seperti mereka?

-Bersambung-

Thursday, March 14, 2013

Short Message For Today

Ikhlas.

"Buat apa aku berkawan dengan dia, tak pernah sedar pun kewujudan aku, tak nak aku terhegeh-hegeh dekat dia," ujar si A.

"Sedih ada, marah pun ada, punyalah aku pedulikan dia, tapi time aku, dia buat tak tahu je," ujar sang B.

Penulis pasti, ramai daripada kita yang mengalami perkara yang sama. Siapa kata cinta dengan kekasih je yang bertepuk sebelah tangan? Rasanya dengan kawan-kawan, para sahabat keadaan yang sama pasti berlaku, malah lebih parah. Cuma kita lebih perasan cinta sebelah tangan sesama kekasih, kerana itu lebih dititikberatkan. Lumrah manusia.

Pernah atau tidak kita merasakan kehadiran kita dalam hidup sahabat kita hanya sekadar singgahan? Pernah atau tidak kita merasakan yang kita dah cuba paling baik dalam persahabatan kita, tapi tidak diendahkan? Pernah atau tidak, kita merasakan seolah-olah diri kita diabai? Pernah atau tidak kita merasakan kehadiran diri kita tidak sepenting yang lain, seolah-olah kita tidak diperlukan?

Pasti pernah. Kalau tidak, anda sangat beruntung. Bersyukurlah kepada Allah. Bagi yang pernah, juga harus bersyukur kerana sesungguhnya Allah sedang menguji kita. Menguji keihklasan kita, sejauh mana kita bersungguh dalam persahabatan kita. Jika benar kita ikhlas, bersahabat kerana Allah, nescaya kita akan dicemburui oleh para penghuni langit di kemudian hari. Segolongan manusia yang berkasih sayang kerana Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan, muka-muka mereka ada cahaya dan mereka berada di atas cahaya. Hebat tak hebat?

Belajarlah memberi lebih daripada menerima. Penulis tahu, pasti rasa sakit dalam diri apabila usaha kita dalam persahabatan seolah-olah dipandang enteng, tidak laku di mata sahabat yang kita harapkan, namun belajarlah ikhlas dalam persahabatan. Kita tidak mudah mengubah persepsi manusia, maka janganlah berharap pada manusia setinggi harapan kita kepada Allah. Allah tidak akan padamkan harapan hamba yang sabar dengan ujianNya.

Sekadar peringatan buat semua. Biarlah usaha mereka tidak sekuat kita, yang penting, niat kita sebenar-benarnya kerana Allah. Assalamualaikum.



















Friday, March 1, 2013

Kronologi Kehidupan



"Abang Shazwan, tadikan ada pelajar merokok kat tandas, bila kita orang tegur, dia maki kita orang balik.."

"Sekarang saya menjemput pengawas yang bertugas untuk bacaan doa.." Terkenang memori di sekolah. Sewaktu di sekolah, lebih-lebih lagi sekiranya kerja sekolah bertimbun, hati ini sering meronta-ronta, bilalah nak habis sekolah ni?

But sekarang, hati meronta-ronta ingin pulang ke zaman persekolahan. It was very sweet indeed isn't it?

Pengalaman yang diperoleh sewaktu sekolah menengah, lebih-lebih lagi sewaktu menyandang jawatan KP was really precious.

Life goes on. July 2009, penulis diterima ke INTEC, alhamdulillah di bawah tajaan JPA. Setiba di INTEC, penulis berasa sangat terkejut. Almaklumlah, penulis bukannya berasal dari asramah penuh, maka selama ini, penulis hanya bersama dalam kalangan warga KL.

Now, satu Malaysia, from bandar from desa, semuanya berkumpul di situ.

Minggle around with a bunch of geniuses really freaked me out. However, I met a lot of superbly great people. They are responsible of who I really am now. They helped me to get to know more about Islam. They accepted me for who I really am.

And I met these 10 wonderful people.

Who are they?

They are those people who are willing to correct you when you are wrong. They are those people who accept you for who you really are. They are those people who make you feel calm when you're nervous. They are those people who make you happy when you feel sad. In one word, they make your life meaningful.

We plan, but Allah decides. He knows the best for all of us. When a-level result was out, i was never expecting us to seperate this way. Some of us who were supposed to go to ireland, were changed to India. Some of us are now in Indonesia. Bersepah-sepah.

Teringat pada tanggal 16/8/2012 itu, bagaimana sekeping kertas keputusan mengubah perjalanan hidup masing-masing.

"Wan, jom kita duduk kat pondok, tenangkan diri, semua yang terjadi ini pasti ada hikmahnya wan.." kata-kata seorang sahabat yang datang memujuk. Air mata tak berhenti mengalir. Datang lagi seorang sahabat memeluk erat. Waktu itu waktu zohor. Keadaan di pusat islam INTEC amat suram hari itu. Hari cerah, tapi tidak langsung membantu hati yang terkejut, kecewa akan apa yang berlaku.

"Jangan pernah lupakan aku ye. Sahabat selamanya.." Pesanan terakhir sebelum penulis memulakan langkah baru ke Jakarta. Hati sebak, melihat dari bawah sahabat-sahabat yang lain melambai tanda perpisahan. Entah bila kita akan berjumpa, berkumpul semula. Walau bagaimanapun, hati ini gagah menahan sebak di dada.

Pertemuan itu permulaan untuk perpisahan. Kini penulis di Indonesia. Keadaan terlalu berbeza berbanding di INTEC. Yang pasti mereka sudah tiada. Jauh merentas lautan. "Good friends are always with you where ever you are, just like stars, very far away, but can always be seen" my mom keeps telling me this.

At least I still have Muhamad, Aman and Apai.

Plus, there are many new friends to make. Although it is still very new, ice is ready to break.

Now, umur penulis dah mencecah 21. Sudah mula suara-suara yang bertanya, dah ada yang punya ke?

Sahabat penulis ramai yang sudah memikirkan soal tunang. Kahwin. Kenduri. Walimatulurus. Penulis? Calon pun masih belum ada. Lagipun, banyak lagi kelemahan yang perlu penulis perbaiki.

Kahwin ini satu tanggungjawab. Ingat kata-kata seorang guru sewaktu di sekolah dulu, "Kahwin ni, nak menggedik-gedik waktu awal-awal sahaja. Nak kahwin jangan fikir part gedik tu je, tanggungjawab, amanah tu perlu dipikul sehabis baik. Kahwin, bukan sesuatu dalam jangka masa pendek, kita nak kekal hingga ke syurga"

Tanggungjawab. Amanah. Nak sara keluarga baru, penulis perlu persiapan terlebih dahulu. Persiapan diri dalam segenap sudut. Penulis mahu ianya kekal, bukan sekadar melepaskan batok di tangga.

Tak lama lagi, adalah sahabat penulis yang akan mendirikan rumah tangga. Yang pasti, keadaan pasti akan tidak sama. No more "weyh, jom mamak", no more " rindu badminton lah, jom jom", no more "jom sydney!".. Boleh, bukan tak boleh, but it wont be the same.

Penulis faham, until one stage, semua orang akan bermula memikirkan hal ini. Penulis faham. Makanya, penulis mendoakan yang terbaik buat mereka. Sekiranya sudah sampai jodoh mereka, penulis doakan kebahagiaan mereka kekal hingga ke jannah firdaus.

Penulis sendiri?

Wallahualam.. Penulis berserah kepada yang esa. Lihatlah kronologi, daripada seorang budak sekolah, sehinggalah kini. Walaupun baru sahaja 21, orang kata darah masih panas, tapi penulis harus sentiasa bersedia. Anytime, anywhere, nyawa boleh ditarik. Pergi buat selamanya.

Mengambil kesempatan ini, kepada sahabat yang membaca, penulis mendoakan yang terbaik buat semua. Kepada keluarga, thank you for always there for me. Jatuh bangun, berdiri duduknya penulis, mereka sentiasa di sisi, tidak putus-putus dengan sokongan.

Thank you guys. No matter where I am, insyaAllah i will always love all of you. Tanpa kalian, siapalah penulis. Begitulah coretan kali ini. Maaf kalau ada salah di mana-mana.

Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah, yang buruk itu juga daripada Allah dan disandarkan kepada saya. Assalamualaikum.

Thursday, February 28, 2013

Harga Minyak di Malaysia - Mahal atau Murah?


Penulis tertarik dengan manifesto Pakatan Harapan Rakyat menjelang PRU-13.


“Harga minyak turun”. Inilah perkara pertama yang mereka gariskan buat menarik hati rakyat untuk mengundi mereka. 

Penulis senyum seorang diri. Daripada dulu, manifesto ini menjadi favourite mereka. Sejak PRU-12 lagi. Nampaknya, mereka ini pantang menyerah.

Mahal sangatkah harga minyak di Malaysia? Penulis menjadi sangat tertanya-tanya.

"Wan, harga minyak dekat India dekat rm6 lebih, thats why dekat sana banyak guna minyak diesel.."

"Mak ai, mahalnya harga minyak di Indonesia. Seliter sampai rp9000 lebih, agak-agak dalam rm3 lebih kut!"

Minggu lalu penulis ke Singapura. Menjeling juga mata ini ke arah stesen minyak di sana. Seliter sekitar $2, lebih kurang rm5.00. Di Thailand, harga minyak pula rm4 lebih seliter. Filipina, rm5.54 seliter. Nampaknya, harga minyak di Malaysia sangat rendah. Tetapi, penulis tetap tidak berpuas hati, sebab nanti ada yang berkata, ini semua media arus perdana, sokong kerajaan. Maka, penulis terus mencari sumber.

Ada suara yang berkata, media tidak adil apabila membanding Malaysia dengan negara-negara yang bukan pengeluar minyak. Singapura, Filipina, pengeluaran minyak mereka tidak setinggi Malaysia. Mereka berkata, the fuel price could go lower as we are oil-producing country.

Ok, kali ini, jom kita bedah kes!


Malaysia merupakan pengeluar minyak ke-27 di dunia, menghasilkan 693,700 bbl minyak dalam sehari. Harga minyak $0.61 seliter untuk RON95. Argentina, pengeluar minyak ke-26 dunia, menghasilkan 796,300 bbl minyak dalam sehari, harga minyak $0.92 seliter untuk RON95. Mesir, pengeluar minyak ke-28 dunia, menghasilkan 680,500 bbl minyak dalam sehari. Harga minyak $0.975 seliter untuk RON95. Aik,  kenapa Malaysia lagi murah?

Arab Saudi menghasilkan 11,150,000 bbl minyak per hari. Kuwait menghasilkan 2,682,000 bbl minyak per hari. Qatar menghasilkan 1,631,000 bbl minyak per hari. Sedangkan Malaysia menghasilkan hanya 693,700 bbl minyak per hari. Ada pihak membandingkan harga minyak Malaysia dengan negara-negara ini, sudah tentulah mereka lebih murah, lihat sahaja jumlah minyak yang mereka keluarkan. Jadi, perbandingan siapa yang lebih tidak adil?

Kita bedah kes lagi untuk pengetahuan kepada semua. Indonesia dan India, harga minyak mereka jauh lebih mahal walaupun kedua-dua negara ini masing-masing menghasilkan 982,900 bbl minyak dan 897,300 bbl minyak per hari, lebih banyak daripada Malaysia.

United Kingdom, menghasilkan 1,099,000 bbl minyak per hari, lebih tinggi pengeluaran mereka berbanding Malaysia, namun harga minyak mereka $2.28 seliter untuk RON95.  Brazil, menghasilkan 2,633,000 bbl minyak per hari, harga minyak mereka $1.35 seliter untuk RON95. Sekali lagi, Malaysia menghasilkan 693,700 bbl minyak dalam sehari. Harga minyak $0.61 seliter untuk RON95. Murah tak murah?

Ok, dah pening ek? Last tau.

Canada, pengeluar minyak ke-6 terbesar dunia, menghasilkan 3,592,000 bbl  minyak sehari, harga minyak mereka $1.18 seliter untuk RON95. Aduhai, lagi mahal juga. Malaysia pengeluar minyak ke-27 dunia pun, harga minyak jauh lebih murah, lebih kurang 50% berbanding Canada.

“Jikalau kita mahu berubah dan berusaha menjadi lebih baik, kita mesti membandingkan dengan pelajar yang setara atau lebih pandai daripada kita.” – kata-kata yang dipetik daripada blog pro-pembangkang.

Penulis dah pun membandingkan negara yang lebih maju dan negara yang kurang maju.

Penulis lihat sendiri. Kawan penulis lihat sendiri. Kami saksi kepada harga minyak luar yang lebih mahal berbanding Malaysia termasuk negara pengeluar minyak sendiri.

Fakta bukan daripada media Malaysia. Harap maklum. :-)

Didiklah diri untuk bersyukur, hujan emas di negeri orang, hujan batu negeri sendiri. Peringatan buat penulis juga.

p/s: Malaysia spends US$14 billion subsidising gasoline, diesel and gas each year. Removing fuel subsidies has been on the global agenda. however, all SE Asian countries have high average subsidisation rate, except for Singapore with zero rate and Cambodia with negligible one. Three of them (Indonesia, Thailand and Malaysia) are in the world’s top 20 largest fuel subsidisers in dollar terms. Malaysia is the second-cheapest Asian nation for fuel (10th globally). This facts are taken from UK Foreign and Commonwealth Office. 

Assalamualaikum.

Wednesday, February 27, 2013

MEREKA


Berpisah sekali lagi.

Minggu depan, penulis pula yang akan meninggalkan semula Malaysia bagi meneruskan cita-cita penulis.

Things come and go. Penulis terasa sebak melihat dia berjalan menuju boarding gate. Hampir sahaja melayan perasaan, tapi gagahkan hati, memujuk diri “Ah, setahun bukan lama mana pun.”

Pertemuan adalah permulaan kepada perpisahan. Walau bagaimanapun, hakikat tersebut amat pahit untuk penulis telan. Walau sudah berkali-kali berpisah, tetap penulis akan merasa sebak. Lagi-lagi mereka. Siapa sebenarnya mereka ni?

INTEC (again)

Minggu kedua bercuti, penulis menziarahi INTEC. Banyak juga perubahan. Tersenyum penulis melihat telatah makcik kafe yang begitu seronok dengan kunjungan penulis dengan sahabat yang lain.

Makan percuma, dibelanja, as usual, terima kasih makcik.

Cemara, tempat di mana semuanya berlaku. Senyum, ketawa, gelak, menangis, kecewa, bangga, semua perasaan ada di sini. Penulis melihat bilik penulis yang lama dari jauh. Hanya mampu merenung sambil tersenyum, “indahnya zaman di INTEC”.

Memori. Kenangan. Itu semua takkan penulis lupakan sampai bila-bila.

Mereka


 “Man, nanti aku sampai airport, jemput aku boleh?”

“InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa, aku jemput kau”

“Nanti abang nash jemput wan. Plan dengan aiman jap.”

“Wan, aku tidur rumah kau sekali tau, aku ikut aiman dengan abang nash.”

Hati terasa sangat gembira melihat mereka di depan mata. Setelah terpisah sementara, bersua semula di KLIA. Walaupun tidak semua hadir ketika itu, tapi perasaan rindu sedikit sebanyak terubat. Terasa semua beban selama ini di Jakarta lenyap. Habis di situ juga.

Inilah maksud penulis dengan mereka. Dengan hanya kehadiran mereka, dunia seolah-olah menjadi ceria. Kekuatan, semangat yang Allah kurniakan melalui mereka membuatkan penulis sering tersenyum. Mereka memahami penulis, mereka menerima penulis seadanya. Begitu juga perasaan penulis terhadap mereka.

Air dicencang tidak akan putus. Salah faham sekali pun, akhirnya pasti bersatu semula. Itulah mereka yang penulis maksud. Mereka yang memberi kata semangat ketika penulis memerlukan, yang menegur apabila ada kesilapan. Mereka tidak menghukum. Mereka tidak menolak penulis. Mereka menerima penulis, dan kerana itu, mereka sentiasa di hati penulis.

Dan kerana itu, penulis sayang mereka. Tidak adil kalau ada yang suruh penulis lupakan mereka setelah kami berpisah mengejar cita-cita.

Mereka tiada pengganti.


Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya  ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).

Penghargaan

Appreciate your friend while you can, will ya?

Kita tidak akan tahu, maybe now, or maybe a few moment after this, they might have gone, forever and will never return.

By then, won’t you feel bad, never have the chance anymore to tell them how much they meant to you?

Won’t you feel bad never going to have the opportunity to say thank you for what they have done to you?

What’s wrong of saying “I love you” to your friend? If you are so eager to tell your girlfriend those three words, why not telling to your friend who have helped you out with so many problems you have faced?

Kenapa? Geli nak cakap? Malu?

Sahabat. Sewaktu kita berjauhan dengan keluarga, merekalah yang menemani kita. Apa-apa yang akan terjadi, merekalah yang bakal membantu kita.

I love you sahabat, tak susah pun nak cakap. Hidup pun tidak lama, berapa lama sangat kita boleh cakap macam tu dengan sahabat kita?

Alhamdulillah, thank you Allah for lending me these remarkable people in my life.

P/s: Walau kita berpisah sementara, doalah kita akan bersua semula, if not now, Jannah Allah adalah tempatnya. InsyaAllah.