Followers

Follow by Email

Tuesday, April 24, 2012

Kebenaran


Besarnya sumbangan seorang sahabat walau hanya berada di sisi, walau sekadar membatu tanpa bantu.. Cukup dengan kehadiran buat menemani perjuangan suci..

Sunday, April 22, 2012

Kisah Persahabatan

Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu yang berselisih dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat. (Hujurat: 10)

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu darinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk. (Ali-‘Imran: 103)

“Hari ini hari terakhir semester empat, selepas solat jumaat, apa kata kalau kita ke pusat boling?”

Mior mengajak rakan-rakannya yang lain tatkala azan Zohor berkumandang. Suhaimi, rakan baik Mior sekadar membalas ajakan tersebut dengan satu senyuman. Suhaimi tidak beberapa gemar utk bermain boling, apatah lagi pada keesokan hari dirinya akan menghadapi peperiksaan akhir Pengajian Islam. Dalam hatinya terfikir untuk mengisi waktu petang dengan mengulang kaji pelajaran berbanding ke tempat lain atau melakukan perkara lain.

Hujan membasahi bumi tatkala matahari menyepi. Mior merenung ke luar jendela dengan harapan agar hujan segera berhenti. Farid, seorang lagi rakan Mior bersuara, “kata tadi nak main boling, jom lah, waktu pun dah pkul 3 dh ni.” Mior terus membisu sambil menjeleng ke arah Farid, seolah2 memberi isyarat utk berhenti mengomel. “Kan hujan kat luar tu, tggu lah hujan berhenti dahulu,” sahut Suhaimi yang suaranya tidak beberapa jelas kedengaran dek ditenggelami hentakan air hujan yang mencurah-curah jatuh ke bumi Allah.

“Kau tidak mahu turut serta, Mi?” Tanya Farid yg mahukan Suhaimi menyertai mereka wlupun sedar bahawa Suhaimi jelas akn menolak pelawaan tersebut. “Tidak mengapalah Farid, aku nk ulang kaji agama sekejap ni, petang nanti pun dah berhajat nak ke pusat akuatik, dah lama mengidam nk berenang,” kata Suhaimi sambil ketawa kecil. Mior masih terus merenung ke luar, seakan-akan orang bercinta menantikan ketibaan kekasih yang sudah lama terpisah.

Waktu sudah pun pukul 5 petang. Matahari baru sahaja menyinar semula, melimpahkan cahaya pemberian Ilahi demi menceriakan hati-hati penghuni bumi yang lama menanti. Kekecewaan jelas terukir di raut wajah Mior yang tidak berkesempatan utk ke pusat boling. Sebagai rakan baik, bagi menggembirakan Mior, Suhaimi mengajaknya trut serta ke pusat akuatik. Tanpa sebarang bantahan, Mior trus bersetuju. Setibanya di pusat akuatik, tiada langsung wajah kekecewaan terukir pada wajah Mior. Hatinya melonjak-lonjak kegembiraan seperti kanak-kanak yang baru sahaja diberi alat permainan. Belum lagi sempat Suhaimi mengajaknya, Mior telah pun terjun ke dalam kolam renang dengan perasaan yang sungguh ceria.

“Eh, Mior, sudahlah, dah nak maghrib dah ni, lain kali kita sambung semula ya?” Ajak Suhaimi sambil memerhatikan jam dinding di sebelah kolam renang. Mior, walaupun keletihan, masih sempat berenang beberapa meter sebelum mengambil keputusan utk akur dengan ajakan rakan baiknya itu. Sesudah solat maghrib, Suhaimi mengajak Mior utk makan malam di sebuah gerai yang terkenal dengan masakannya yang enak serta harganya yang murah. Mior berstju, lantas laju menunggang motosikal menuju ke arah destinasi. Suhaimi bersama rakan-rakan yang lain pula menaiki kereta Wira milik Suhaimi sendiri, meluncur ke tempat yang dicadangkan.

“ABC satu, mee kungfu satu ya,” pesan Suhaimi yang tiba lebih awal ke gerai yang dimaksudkan. Sedang mereka bergurau senda, ketawa terbahak-bahak membingitkan suasana, Suhaimi menerima sebuah panggilan daripada nombor yang tidak diketahui.

“Assalamualaikum. Ye, ni siapa?”

“Waalaikumsalam, Mi, ni aku, Mior. Aku dengan Farid ni…”

“Ha, kenapa Mior? Ada apa2 yang terjadi ke? Ni nombor siapa ni?”

“Mi, aku accident lah. Teruk juga. Terlanggar sebuah motor lain dekat simpang tadi. Sekarang aku ada dekat tepi tasik. Bleh tolong jemput aku?”

Trus Suhaimi memecut laju menuju ke tempat yang Mior jelaskan. Hati Suhaimi berdegup laju, seolah-olah meminta dirinya utk cepat tiba ke tempat kemalangan. Dirinya sgt rsau akan Mior dan Farid kerana mereka sahabat karib yg amat menyayanyi antara satu sama lain. Setibanya di tempat kejadian, tanpa bnyk berkata, Suhaimi segara memapah Farid dan Mior ke dalam kereta, lalu segera ke hospital berkenaan. Pilu hati Suhaimi melihat keadaan rakannya yang cedera teruk akibat kemalangan tersebut. Air mata bergenang pada matanya, namun disorokkan agar tidak kelihatan.

Sebagai seorang sahabat, Suhaimi cuba utk melakukan yang terbaik buat Mior. Disapukan ubat pada luka, disuapkan makan, dimandikan serta diambilkan wuduk utk menunaikan kewajiban. Tidak pernah ada istilah putus asa atau niat meminta balasan, segala usaha Suhaimi adalah ikhlas buat memudahkan urusan sahabatnya yang cedera teruk. Sekali sekala, dirinya terasa tidak berguna, gagal dalm menjadi sahabat yang baik kerana tidak menjaga Mior dengan baik sehingga terlibat dalam kemalangan. Namun, Ahmad, teman sebilik Suhaimi kerap memberi semangat dan nasihat kepada Suhaimi agar tidak terlalu menyalahkan diri sendiri.

“Tidak mengapalah Mior, semuanya ada hikmah, insyaAllah,” pujuk Suhaimi menenangkan Mior yang mengerang kesakitan. Jelas terpampang di raut wajah Mior bahawa dirinya sedang marah. “Aku xnak sushkan ko Mi, xpyh lah buat semua ni, aku bleh bwat sndiri.” Kata Mior yang sekali sekala membuatkan Suhaimi berasa sedih kerana tidak berupaya melakukan apa-apa. Sygnya Suhaimi kepada sahabatnya itu, Allah sahaja yg tahu. Dalam keadaan sperti ini, Suhaimi merasakan dirinya kerdil, tidak mampu melakukan apa-apa dalam membantu Mior, malah merasakan dirinya menyusahkan Mior.

Semua perkara Suhaimi kerjakan, pasti Mior akan didahulukan. Namun Mior, seorang lelaki yang cekal tidak mahu menyusahkan Suhaimi, maka disruhnya Suhaimi berhenti menolongnya. Suhaimi yang tidak tahu apa yang patut dilakukan, hanya menurut apa yang Mior ungkapkan. Cuma sekali sekala, ada suara-suara yang menyatakan bahawa Suhaimi seorang sahabat yang tidak prihatin kerana tidak cuba membantu Mior sedaya upaya. Menitis air mata Suhaimi membasahi pipi kerana tidak tahu apa yang sewajarnya dilakukan.

Sedang Suhaimi berjalan pulang ke asrama, dirinya tiba-tiba terjatuh dek denyutan di kepala yang sangat menyakitkan. Dirinya dikejarkan ke hospital oleh orang awam yang kebetulan melihat kejadian tersbut. Setibanya di hospital, doktor mengesahkan bahawa Suhaimi menghidap penyakit kanser yang kronik. Tiada apa yang mampu dilakukan, melainkan tawakal dan trus berdoa kepada Allah. Suhaimi meminta keluarganya merahsiakan hal ini drpd Mior kerana tidak mahu menambah beban yang sedang Mior hadapi, sehinggalah pada hari itu.. Hari di mana Suhaimi menghembuskan nafas yang terakhir..

“Sahabat baikku, Mior. Aku memohon maaf kepada kau kerana gagal menjadi sahabat yang terbaik buat diri kau. Aku cuba sedaya yang mampu, namun kehadiran diriku kdg2 menyusahkan. Aku cuma mahu yang terbaik buat kau, Mior. Sewaktu engkau kemalangan, aku ad hulurkan sejumlah wang kepada keluarga kau agar mereka dapt gunakan seandainya diri kau bertambah parah. Aku sedar yang diri aku xkn bertahan lama. Maafkan aku kerana tidak berterus trg berkenaan penyakit ku ini. Siang malam aku doakan agar kau cepat sembuh. Aku sygkan kau, Mior. Maafkan aku jika gagal dalam ukhuwah ini. Izinkan pemergian aku. Mohon doakan aku pula agar ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Jika diizinkan, insyaAllah, bersua kita sekali lagi di dunia yang kekal selamanya. Mior, kau lah sahabat terbaik aku. Halalkan makan minum, buat yang terbaik utk peperiksaan akhir nanti. Kirim salam pada semua. Sentiasa ingat, walaupun aku sudah tiada, namun hati aku msih tetap utk kau ya sahabat. Engkaulah antara kurniaan ilahi yang terhebat buat aku. Bersykur aku diberikan sahabat seprti kau, Mior. Namun, pertemuan pasti ada perpisahan. Apakan daya, Allah lebih mengetahui. Truskan kecekalan kau Mior, truslah berjuang di jalan Allah. Assalamualaikum, wahai sahabat terbaikku..”

Mior yang asalnya cekal, menitiskan air mata selepas membaca nota yang diserahkan kepadanya oleh ibu Suhaimi. Walaupun kehadiran Suhaimi hanya tinggal kenangan, namun jiwanya masih trus kekal, mengharapkan sahabat terbaiknya itu berjaya dunia akhirat, kerana itulah sebaik-baik ukhwah. InsyaAllah.

Thursday, April 12, 2012

Cinta Dalam Diam


Pd minggu lepas, terpggil sy ke usrah STYLO ISLAM utk satu sesi pembentangan.. Aslnya terfkir utk berbicara soal hudud, namun ats prbncgn awl dgn beberapa sahabat rapat, isu hudud mgkn berat utk dibawa.. Makanya sy memilih tajuk yg lbh ringan, yg sdg kita alami, iaitu CINTA..


Cinta dlm Islam sering menjd persoalan kepada kita semua.. Boleh ke couple? atau mgkn ad yg membenarkn dgn cara "aku sygkn die kerana Allah".. Maka ingin sy tnykn, sejauh mana kita meletakkan Allah sbg yg utama dlm kita bercinta dgn kekasih kita?


Suke sy bercerita berkenaan kisah Saidina Ali serta Fatimah.. Dipendekkan, Saidina Ali punyai perasaan kepada Fatimah, namun lgsg xdiungkapkn.. Dtg Saidina Abu Bakar juga Saidina Umar utk meminang, namun ditolak Nabi Muhammad S.A.W.. Saidina Ali hairan, kerana dirinya berasa Abu Bakar dan Umar adalah manusia yg sgt hebat, apalah sgt nk dibndgkn dirinya yg jauh lbh muda.. Selepas disruh rakannya, maka Saidina Ali pula yg mencuba nasib.. Sungguh x dia sgka, pinangannya diterima.. Apabila bertny kpd baginda, baginda menjwb bahawa sudah smpai pesanan Allah kepada baginda utk trima pinangan Saidina Ali..


Maka di sini disimpulkn bahawa cinta yg dikurniakan Allah kepada Ali adalah sbg ujian, utk melihat sejauh mana die mampu utk menjaga perasaan yg diberi.. Lantas Allah membalas kejayaan Ali dgn meminta Nabi Muhammad utk terima pinangan Ali terhdp anak baginda, Fatimah..


Jikalau belum bersedia utk menikah, maka lbh baik kita mengamalkn cinta dalam diam.. Diam itu sbnrnye adalah bukti cinta, juga sbg tnda bg memuliakan si dia utk tidak mengajak menjalin hubungan yg terlarang.. Hati setiap manusia perlulah dijaga agar kesuciaan yg diberi tidak dirosakkan.. Cinta dalam diam memuliakan kesuciaan diri dan hati, menghindarkan diri daripada hal2 yang mampu merosakkan izzah dan iffah.. Sebenarnye, diam itu lah bukti setia, meyakini bahawa Allah lah penguasa ke ats segalanya, termsuk perasan cinta yg dikurniakan kpd kita.. Sperti kisah Fatimah dan Ali, asalnya dua2 memendam rasa, namun akhirnya dipertemukan juga.. Diam kita tersimpan harapan, kekuatan yg mgkn Allah akn jdkn kenyataan.. Dalam diam, sbnrnye kita akan terus berhrp kpd Allah, dan yakinlah bahawa Allah tidak akan pernah memutuskan hrpn hambaNya yg trus berhrp.. Walau bagaimanapun, kalau cinta itu tidak menjd kenyataan, biarkn lah ianya trus diam, dan yakinlah, melalui waktu, Allah akn hapuskan cinta dalam diam itu dengan memebri perasaan cinta yg lbh indah bersama org yg lebih tepat.. KALAU BENAR CINTA KERANA ALLAH, BIARKAN IA MENGALIR IKUT ALIRAN DAN KETENTUAN ILAHI...


Jika kita masih lemah atau dlm keadaan tersepit, berdoalah kerana doa itu snjata terhebat.. Kepada kaum Adam, sesiapa sahaja antara kita yg sudh sggup menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, kemaluan dan sbgnye.. Namun jika msih blum bersedia, berpuasalah selalu, kerana puasa itu bertindak sbg penahan..


Cinta dalam diam.. Jgn membenci perasaan itu kerana ianya kurniaan Tuhan.. Jaga kesuciaan cinta itu bagi meraih syurga kelak, insyaAllah.. Cintalah dr jauh, kerana kehadiran psgn kekasih itu tidak akan mampu jauhkan kita dr cubaan, hny mampu menggoyahkan iman.. Cintalah secara sederhana, memupuk cinta itu akan membuat kita bertmbh derita, mengundang kekecewaan buat mereka yg sntiasa menghrpkan balasan..


Memetik ayat 216, surat Al-Baqarah yg ad menyebut, mgkn perkara yg kita suka itu perkara yg bruk, berserahlah kepada Allah kerana Allah lebih mengetahui.. Juga yakin dgn janji Allah melalui surah An-Nuur, ayat ke 26, lelaki yg baik adalah buat perempuan yg baik.. atau sebaliknya.. InsyaAllah..


Sekian sahaja coretan kali ini.. Perkara yg baik itu, smpaikan lah kepada yg lain, agar msing2 membawa bekalan yg baik utk kegunaan akhirat yg kekal abadi.. InsyaAllah

Wednesday, April 11, 2012

Soal hati..

Aku kembali menyoal diriku, knp hati ini terasa kosong? Aku juga menjadi hairan, kerana seblum ini, setiap kali perasaan ini timbul, hati aku mudah terbawa2.. namun kini, hati aku msih tguh, seakan-akan tiada apa yg berlaku, wlupun aku tahu, suara hati memberitahu bahawa diri aku kosg seketika..

Aku cemburu melihat rakan-rakanku yg sentiasa cube menghampiri Allah yang esa.. Aku berasa sungguh kerdil kerana msih lagi jauh berbnding mereka yg sntiasa berusaha.. Wajarkah aku berasa cemburu?

Aku kagum melihat kehebatan rakan-rakanku dalam apa jua bidg yg mereka ceburi.. Ada antara mereka yg aku relakan kehebatan mereka.. Namun ad pula yg aku cemburui, sehingga membuatkan aku sntiasa mencari jalan utk setanding dgn mereka.. Adakah ini perasaan yg elok?

Aku persoalkan diri aku.. Siapakah aku sbnrnya? atau siapa pula aku di mata rakan-rakan ku? aku ingin tahu, di manakah posisi aku buat mereka? adakah hny rakan sementara, atau rakan sejati buat menemani perjuangan di jalan ilahi? Sudah cukup kuatkah aku? sudah layakkah aku? setanding kah aku dgn yg lain? atau sekadar jemputan sementara buat mereka?

aku teliti kisah para sahabat baginda Rasulullah S.A.W.. Tenang aku membaca kisah persahabatan antara mereka, persahabatan yg sewajarnya diteladani.. mampukah aku merasakan perkara yg sama? sejujurnya, aku mengharapkn kisah yg sama.. Namun, yg mampu aku lakukan hnylh trus menghrp, kerana aku pasti, Allah tidak akan memutuskan hrpn hambaNya yg terus berhrp..

Setiap yg hadir dlm hidup kita, kepunyaan Allah berkuasa.. Bila-bila masa, nikmat yg dikecapi akan ditarik.. Persoalan aku, adakah apa yg aku rasa selama ini, adalah nikmat yg selama ini aku nanti, atau hny cubaan dr ilahi? aku bgaikan rasa kehadiran ku ini tidak bermakna, kerana aku tidak dpt rasakan apa2, wlupun aku ingin mengecapi perasaan itu.. Ya Allah, tnjukkanlah aku kebenaran..

Kosg seketika.. Aku seru namaMu ya Allah.. Isikan lah ruang2 hati ini dgn jwpn yg aku tagih drMu.. Jikalau jwpn itu seperti apa yg aku hrpkn, maka syukur kepadaMu ya Allah.. Namun jika jwpn itu tidak lah sprti yg aku minta, aku sedar, bahawa itulah yg terbaik buat ku, kerana Engkau maha mengetahui.. Yg aku pinta, satu jwpn buat segala teka teki yg melanda.. Pernah atau masih wujudkah "istilah" itu buat aku? Wallahualam..

Sunday, April 8, 2012

Pesanan

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
- Shazwan Sazali 9 April 2012-

Sunday, April 1, 2012

Jepang

Perjuangan diteruskan ke bumi sakura.. Perkenalan yg pernah didahului dengan ucapan salam kini memasuki fasa perpisahan bagi meneruskan perjalanan masing2.. Tiada kata yang dpt mengungkap kesedihan yang terukir, namun terpksa akur kerana setiap pertemuan itu pasti ad perpisahan..

8 jam yang lalu, rakan-rakan KTJ INTEC berlepas ke jepun bagi menggapai cita-cita mereka menjd jurutera yg berjaya.. Membawa nama bangsa, agama dan negara, mereka cuba utk mengukir nama di persada dunia agar menjd insan yg mampu mengubah dunia ke arah yg lbh sejahtera.. Tatkala melambaikan tgn tanda perpisahan, fkiran melayang jauh mengenangkan memori yang telah terpahat dalam jiwa.. Bermula dengan iPROKHAS di Asahan, Melaka, tempat di mana semuanya bermula.. Disusuli pula dengan agenda atau jalan cerita dakwah bagi membawa nama Islam ke hati setiap insan yang ada.. AJTH, THE GIFT.. Juga kenangan-kenangan lain yg menyatukan ukhuwah yg sedia terjalin.. Cantik aturan ALLAH SWT.. Pertemuan yang mendtgkan pelbagai kebaikan, insyaAllah, moga mejadi benteng kekuatan di alam yang kekal abadi..

Tiada kata secantik bahasa.. Terima kasih buat semua yang telah menceriakan hari-hari yg berlalu.. Penulisan kali ini ditujukan khas buat rakan-rakan KTJ yang telah berkorban dalam perjuangan sahabat di jalanNya.. Kepada DIA, sepuluh jari memohon maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah bicara, tiada niat di hati untuk mengecilkan atau melukakan hati di sana.. Segala nasihat, kata-kata semangat akan terpahat dalam jiwa, moga menjadi insan yang lebih kuat menghadapi ujianNya.. Terkilan kerana coretan pertemuan hny sementara, namun berhrp agar coretan ini berterusan selagi Allah mengizinkan.. Syukran, Alhamdulillah kerana dikurniakan kekuatan melalui ANDA.. Tabahlah menghadapi ujian di sana, saya di sini mendoakan agar segala urusan dipermudahkan, insyaAllah..

Persahabatan yg terukir, bercambah menjadi bunga yang mekar, namun apabila musimnya tiba, bunga-bunga gugur ke bumi, tanda sujud kepada Allah yang mencipta.. Namun gugur tidak bermakna selamanya, kerana akan tiba pula masanya, bunga-bunga ini akan kembali menguntum, menghiasi dunia yang penuh fatamorgana.. Assalamualaikum wrt.. :'-)