“Wan, kau pergi india ni sebab
nak visit Taj Mahal ke? Ke kau nak pergi Shimla, Mumbai, Delhi semua?”
“Eh, aku tak pergi pun tempat-tempat
tu. Aku pergi Manipal aje.”
“Ha, Manipal je? Ada apa je kat
sana?”
Soalan yang penulis terima
sebelum penulis berangkat ke India. Benar, ramai yang tertanya-tanya, kenapa
penulis ke Manipal, sedangkan ramai ke india untuk lihat tempat-tempat seperti
Taj Mahal dan Shimla.
“Many Malaysians come to india to visit the north part, yet you want to go Manipal?”
“Many Malaysians come to india to visit the north part, yet you want to go Manipal?”
Kata INSPECTOR SAB ketika
menunggu tren di Aluva Railway Station untuk ke Mangalore Central. Pada ketika
itu, hati penulis sangat berdebar-debar, terasa tidak sabar untuk menjejakkan
kaki ke Manipal. Bukan jalan-jalan menjadi tujuan utama, tetapi penulis tidak
sabar untuk bertemu mereka, sahabat-sahabat yang sudah lama tidak ketemu.
Sekitar jam 2 pagi pada 25 Julai,
kereta api tiba. Panjang. Terlalu panjang kalau nak dibandingkan dengan LRT di
Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa selama 10 jam untuk ke Mangalore
sebelum ditambah lagi dengan 2 jam untuk ke Manipal. Setibanya di Mangalore,
penulis mencari-cari kelibat mereka. Hati terasa sangat tak sabar.
Toleh kanan. Toleh kiri.
“Assalamualaikum!” Dari jauh
Aizul menyapa. Kiri dan kanannya Hakim, Fizi dan Aiman. Tanpa sempat menjawab,
penulis menulis ke arah mereka. Pelukan erat jelas menggambarkan betapa
rindunya hati penulis terhadap mereka. Walaupun baru setahun, baru beberapa
bulan, tetapi rindu ini, masyaAllah sangat hebat. Hampir menitis air mata tapi
penulis tabah menahan perasaan supaya tidak terbuai.
Terlalu banyak untuk penulis
gambarkan aktiviti penulis sepanjang di sana. Hari pertama di Manipal, penulis
berjumpa dengan seluruh sahabat se’batch’ ketika di INTEC dulu, kami iftar
bersama di rumah Affan yang rela menjadi tuan rumah. Kami solat bersama,
berbual bersama, jujur, penulis sangat rindukan saat tersebut. Setahun lebih
penulis tak merasakan perasaan tersebut, akhirnya di bumi Manipal, kemanisan
itu kembali terasa. Pada waktu malam, penulis bertemu pula dengan ex classmates
penulis ketika di INTEC dahulu. Nothing much to say, I could only able to smile
and thank Allah for this opportunity.
Sepanjang di Manipal, penulis
dilayan seperti raja. Iftar disediakan, tempat tinggal disediakan, sahur
disediakan, pengangkutan bergerak juga disediakan. Pokoknya, satu sen pun
penulis tak keluarkan sepanjang penulis di manipal, kecuali membeli belah. Yang
paling membuatkan penulis terharu adalah pemberian sagu hati, cenderamata
daripada beberapa orang sahabat sebelum penulis pulang kembali ke tanah air.
Sepatutnya penulis lah yang memberi sebagai tanda terima kasih atas layanan
mereka, tapi sebaliknya pula yang terjadi. Ya Allah, hanya Kau sahaja mampu
membalas segala jasa baik mereka.
Penulis tidak berniat untuk tulis
panjang. Cuma penulis nak kongsi perasaan gembira yang teramat penulis
sepanjang penulis berada di Manipal. Syukur, perasaan rindu penulis kepada
sahabat-sahabat ini akhirnya terlepas seketika untuk lawatan kali ini. Walaupun
hanya 5 hari, tetapi masa yang Allah kurniakan ini amatlah berharga buat
penulis. Sepanjang perjalanan pulang, penulis menitiskan air mata. Air mata
yang bercampur baur, gembira dan sedih. Gembira kerana diberi kesempatan sekali
lagi untuk bertemu sahabat-sahabat ini, sedih kerana tidak tahan untuk berpisah
sekali lagi.
Penulis amat sayangkan ukhwah
yang terjalin ini. Seorang sahabat penulis mengatakan, “ada orang kata couple
tu menyeronokkan, tetapi ukhwah fillah itu lebih membahagiakan”. Betul, penulis
sangat setuju dengan kenyataan tersebut. Manisnya ukhuwah itu sehingga setiap
titisan air mata itu menjadi amat berharga. Penulis sayangkan ukhwah ini, dan
amat berharap ukhwah ini mampu menjadi saksi dan hujah kuat buat kami untuk
bersama berpimpin tangan ke jannah Allah satu hari nanti, insyaAllah.
Sahabat Manipal yang membaca,
maafkan andainya ada terkasar bahasa, tersalah bicara sepanjang perkenalan
kita. Sekiranya tidak ada rezeki untuk kita bertemu lagi di dunia ini, penulis
berdoa agar diberi kesempatan untuk kita bersama di akhirat kelak. Hanya Allah
sahaja yang tahu betapa penulis sayangkan antum sekalian. Quote daripada salah
seorang sahabat, penulis bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk hidup
dan dijodohkan bersahabat dengan kalian. Akhir kata, selamat untuk exam kalian,
semoga mara ke tahun kedua, dan semoga berjaya di dunia dan di akhirat kelak.
Biar mengalir air mata ini agar
mampu menjadi saksi kekuatan dan keikhlasan ukhwah ini semata-mata kerana Allah
SWT.
Assalamualaikum WRT