Followers

Monday, July 29, 2013

Nota Dari Manipal




“Wan, kau pergi india ni sebab nak visit Taj Mahal ke? Ke kau nak pergi Shimla, Mumbai, Delhi semua?”

“Eh, aku tak pergi pun tempat-tempat tu. Aku pergi Manipal aje.”

“Ha, Manipal je? Ada apa je kat sana?”

Soalan yang penulis terima sebelum penulis berangkat ke India. Benar, ramai yang tertanya-tanya, kenapa penulis ke Manipal, sedangkan ramai ke india untuk lihat tempat-tempat seperti Taj Mahal dan Shimla.

“Many Malaysians come to india to visit the north part, yet you want to go Manipal?”

Kata INSPECTOR SAB ketika menunggu tren di Aluva Railway Station untuk ke Mangalore Central. Pada ketika itu, hati penulis sangat berdebar-debar, terasa tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke Manipal. Bukan jalan-jalan menjadi tujuan utama, tetapi penulis tidak sabar untuk bertemu mereka, sahabat-sahabat yang sudah lama tidak ketemu.

Sekitar jam 2 pagi pada 25 Julai, kereta api tiba. Panjang. Terlalu panjang kalau nak dibandingkan dengan LRT di Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa selama 10 jam untuk ke Mangalore sebelum ditambah lagi dengan 2 jam untuk ke Manipal. Setibanya di Mangalore, penulis mencari-cari kelibat mereka. Hati terasa sangat tak sabar.

Toleh kanan. Toleh kiri.

“Assalamualaikum!” Dari jauh Aizul menyapa. Kiri dan kanannya Hakim, Fizi dan Aiman. Tanpa sempat menjawab, penulis menulis ke arah mereka. Pelukan erat jelas menggambarkan betapa rindunya hati penulis terhadap mereka. Walaupun baru setahun, baru beberapa bulan, tetapi rindu ini, masyaAllah sangat hebat. Hampir menitis air mata tapi penulis tabah menahan perasaan supaya tidak terbuai.

Terlalu banyak untuk penulis gambarkan aktiviti penulis sepanjang di sana. Hari pertama di Manipal, penulis berjumpa dengan seluruh sahabat se’batch’ ketika di INTEC dulu, kami iftar bersama di rumah Affan yang rela menjadi tuan rumah. Kami solat bersama, berbual bersama, jujur, penulis sangat rindukan saat tersebut. Setahun lebih penulis tak merasakan perasaan tersebut, akhirnya di bumi Manipal, kemanisan itu kembali terasa. Pada waktu malam, penulis bertemu pula dengan ex classmates penulis ketika di INTEC dahulu. Nothing much to say, I could only able to smile and thank Allah for this opportunity.

Sepanjang di Manipal, penulis dilayan seperti raja. Iftar disediakan, tempat tinggal disediakan, sahur disediakan, pengangkutan bergerak juga disediakan. Pokoknya, satu sen pun penulis tak keluarkan sepanjang penulis di manipal, kecuali membeli belah. Yang paling membuatkan penulis terharu adalah pemberian sagu hati, cenderamata daripada beberapa orang sahabat sebelum penulis pulang kembali ke tanah air. Sepatutnya penulis lah yang memberi sebagai tanda terima kasih atas layanan mereka, tapi sebaliknya pula yang terjadi. Ya Allah, hanya Kau sahaja mampu membalas segala jasa baik mereka.

Penulis tidak berniat untuk tulis panjang. Cuma penulis nak kongsi perasaan gembira yang teramat penulis sepanjang penulis berada di Manipal. Syukur, perasaan rindu penulis kepada sahabat-sahabat ini akhirnya terlepas seketika untuk lawatan kali ini. Walaupun hanya 5 hari, tetapi masa yang Allah kurniakan ini amatlah berharga buat penulis. Sepanjang perjalanan pulang, penulis menitiskan air mata. Air mata yang bercampur baur, gembira dan sedih. Gembira kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk bertemu sahabat-sahabat ini, sedih kerana tidak tahan untuk berpisah sekali lagi.

Penulis amat sayangkan ukhwah yang terjalin ini. Seorang sahabat penulis mengatakan, “ada orang kata couple tu menyeronokkan, tetapi ukhwah fillah itu lebih membahagiakan”. Betul, penulis sangat setuju dengan kenyataan tersebut. Manisnya ukhuwah itu sehingga setiap titisan air mata itu menjadi amat berharga. Penulis sayangkan ukhwah ini, dan amat berharap ukhwah ini mampu menjadi saksi dan hujah kuat buat kami untuk bersama berpimpin tangan ke jannah Allah satu hari nanti, insyaAllah.

Sahabat Manipal yang membaca, maafkan andainya ada terkasar bahasa, tersalah bicara sepanjang perkenalan kita. Sekiranya tidak ada rezeki untuk kita bertemu lagi di dunia ini, penulis berdoa agar diberi kesempatan untuk kita bersama di akhirat kelak. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa penulis sayangkan antum sekalian. Quote daripada salah seorang sahabat, penulis bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk hidup dan dijodohkan bersahabat dengan kalian. Akhir kata, selamat untuk exam kalian, semoga mara ke tahun kedua, dan semoga berjaya di dunia dan di akhirat kelak.

Biar mengalir air mata ini agar mampu menjadi saksi kekuatan dan keikhlasan ukhwah ini semata-mata kerana Allah SWT.

Assalamualaikum WRT

2 comments:

nazzrin ismail said...

Assalamualaikum. :)
Nice entry.. Cemburu membacanya, manisnya ukhwah yang ada dikalangan anda.. Semoga ukhwah kalian hingga ke Jannah..

nazzrin ismail said...
This comment has been removed by the author.