Ramai yang soal, kenapa saya terus menyokong UMNO? Soalan yang sama daripada saya untuk mereka, kenapa juga mereka menyokong PR? Beza saya dan mereka, mereka lebih pantas mengutarakan soalan, sedangkan soalan saya masih kekal dalam benak.
Melalui artikel ini, saya akan menjelaskan soalan
tersebut dengan dua cara. Pertama, saya akan menceritakan kenapa UMNO masih
kekal menjadi pilihan saya. Kedua, saya akan menjelaskan kenapa saya menolak
PR. Dengan cara ini, pembaca dapat menilai kedua-dua sudut dan melakukan
timbang tara. Walau bagaimanapun, sebelum saya memulakan penulisan saya, ingin
saya tekankan bahawa coretan ini bersifat PENDAPAT PERIBADI, dan terpulang buat
pembaca untuk menilai. Pembaca boleh menyokong, dan boleh menidakkan, jelas, tidak semua manusia suka makan nasi, tapi rata-rata
manusia makan disebabkan lapar.
Kedua-dua belah pihak keluarga saya merupakan aktivis di
dalam UMNO, baik belah bapa mahupun belah ibu. Saya sudah terlibat di dalam
parti politik ini sejak saya lahir lagi. Bukan bermaksud sejurus selepas
menghirup udara bumi, saya terus bersorak HIDUP UMNO, tetapi orang putih kata, it runs in my blood. Arwah nenek saya
merupakan orang kuat WANITA UMNO negeri Melaka, dan ketika nenek saya meninggal
2 tahun yang lepas, bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam
bersama beberapa exco datang menziarah termasuk terlibat dengan bacaan Yassin
untuk disedekahkan kepada arwah. Ini salah satu contoh penglibatan keluarga
saya. Kini, sebahagian pakcik dan makcik saya meneruskan perjuangan tersebut. Again,
it runs in my blood.
Walau bagaimanapun, alasan itu bukanlah alasan kukuh
untuk saya terus menyokong UMNO. Perkara pokok yang menjadi sebab kenapa saya
terus memilih UMNO adalah perjuangan mereka terhadap bangsa, agama dan negara.
People might say, “UMNO tolak hudud”, “UMNO bina kilang arak”, “UMNO tolak
Islam” and so on, tetapi dalam perlembagaan UMNO Fasal 3.3, UMNO menegak,
mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati
prinsip kebangsaan beragama. Fasal ini yang menjadi sebab saya berpegang pada
UMNO. Permasalahannya adalah, orang dalam UMNO yang tidak melaksanakan Islam
sepenuhnya. Kenapa salahkan papan sedangkan manusia yang tidah tahu menari?
Saya persalahkan orang dalam UMNO, tetapi tidak UMNO sebagai parti. Asas dan
tujuan UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita
kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan
negara.
Katakanlah selepas saya terlibat dalam politik, dan saya
mempunyai peluang untuk bersuara dalam parti, maka saya mampu untuk megubah
keadaan semasa kerana perlembagaan parti yang memihak kepada saya. Orang akan
kembali kata, “Ah, sia-sia je kau nak berjuang dalam UMNO, kau tak kan dapat
naik punya kalau tak amalkan politik wang,”, maka buktikan kepada saya kesemua
PERDANA MENTERI kita menjadi PERDANA MENTERI kerana rasuah.
Kedua. Sebelum terbentuknya Malaysia, tanah ini dikenali
sebagai Tanah Melayu. Kepunyaan orang Melayu. Meskipun wujud dakwaan Melayu
bukan penduduk asal tanah ini, tetapi antara yang awal memijakkan kaki ke tanah
ini adalah orang Melayu, dan Melayu kini merupakan majoriti penduduk di
Malaysia. Bukan untuk menolak hak kaum lain khususnya kaum utama iaitu Cina dan
India, tetapi Melayu tetap mempunyai hak keistimewaan terhadap tanah ini,
seperti mana menurut Perkara 153 Perlembagaan Malaysia, memberikan
tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang
Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai
Bumiputera. Menurut fasal 3.2 Perlembagaan UMNO pula, UMNO mendukung dan
mempertahankan Perlembagaan Negara, maka secara automatik, UMNO turut menjaga
kepentingan hak Melayu.
Kenapa hak Melayu perlu dipertahankan? Analogi yang cukup
mudah. Kita ada sebuah rumah milik, kepunyaan sendiri. Satu hari, seorang rakan
datang ke rumah kita untuk menumpang dan kita benarkan. Hari berganti hari,
rakan kita yang asalnya hanya ingin menumpang meminta makanan, minuman daripada
kita. Kita benarkan untuk meraikan tetamu. Tidak lama kemudian, mereka meminta
pula baju, kasut kita untuk disarung. Kita benarkan kerana status sebagai
seorang rakan. Namun satu hari, mereka meminta untuk dinikahkan dengan isteri
atau suami kita. Adakah wajar kita benarkan? Walau serapat mana rakan tersebut,
selama mana rakan tersebut menetap, walaupun telah berpindah, kita tetap ada
hak terhadap rumah dan segala isinya. Begitulah Melayu dan Malaysia.
Dari sudut pandang ekonomi, walau ada turun dan naik,
UMNO atau kerajaan Barisan Nasional sudah mainkan peranan penting menjadikan
Malaysia negara yang berdaya saing. The World Economic Forum (WEF) has ranked
Malaysia as the 24th most competitive nation among 148 countries in its Global
Competitiveness Report (GCR) 2013-2014. Malaysia is also ranked 9th out of 41
countries in the Asia–Pacific region for economic freedom score, and its
overall score is above the world and regional averages. Despite the challenging
global economic environment, the Malaysian economy has recorded growth rates
averaging about 4.5 percent per year over the past five years.
Seterusnya yang akan dibahas adalah kenapa saya menolak
PR?
Saya terus kepada salah satu anggota dalam PR iaitu
DAP. Seperti yang telah saya ceritakan
dalam penulisan saya sebelum ini, DAP mengamalkan prinsip “Malaysian Malaysia”
yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Mereka menidakkan hal ini
tetapi lihat saja percanggahan perlembagaan mereka dan perlembagaan negara. Prinsip
‘Malaysian Malaysia’ yang masih menjadi pegangan DAP menyatakan pelbagai kaum
di Malaysia mempunyai hak yang sama rata dalam semua segi, politik, ekonomi
mahupun sosial. Ini selaras dengan sistem merit di mana tidak ada layanan
istimewa dan bantuan kepada mana-mana kaum. Perlembagaan Malaysia pula
menyatakan kedudukan keistimewaan orang Melayu akan terjaga, maka secara tak
langsung, DAP menidakkan Perlembagaan Malaysia melalui prinsip mereka.
Tanpa bantuan sepenuhnya daripada pihak kerajaan, kaum
Cina masih berada di depan kaum-kaum yang lain, maka jika DAP melalui PR
berkuasa, hak melayu digugurkan, bukankah mereka akan semakin ke depan dan
meninggalkan kaum-kaum lain sehingga bakal meningkatkan lagi jurang ekonomi
antara etnik di Malaysia?
Sama rata
tidak semestinya adil. Bukankah DAP dari Pakatan Rakyat memperjuangkan
keadilan? Maka tunjuk dan buktikan perjuangan anda sekiranya benar anda mencari
keadilan.
Merujuk
kepada perjanjian lama, antara hak orang Melayu adalah seperti jawatan dalam
kerajaan, bantuan ekonomi dan peruntukan biasiswa. Jawatan-jawatan kanan dalam
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang
tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu. Kuota Melayu juga perlu
lebih besar berbanding kaum lain dalam peruntukan biasiswa atau bantuan
melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
Setiap
tahun JPA menawarkan sekitar 2,000 biasiswa. Dahulu 90 peratus daripada
biasiswa itu diberi kepada pelajar bumiputera, tetapi nisbah itu di bawah skim
baru biasiswa JPA yang masih mengekalkan jumlah biasiswa sedia ada kini
diturunkan kepada 50 peratus bumiputera, 45 peratus bukan bumiputera dan lima
peratus kaum-kaum lain. Pada 8 Julai 2008, Pro-Canselor Universiti Teknologi
Mara (UiTM), Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata langkah Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) memperuntukkan kuota biasiswa bumiputera kepada pelajar bukan
bumiputera boleh membantutkan usaha membangunkan masyarakat bumiputera dan
memperluaskan lagi jurang ekonomi antara kaum di negara ini.
Jelas,
Melayu memberi hak mereka kepada kaum lain. Namun apabila Melayu meminta
sedikit toleransi daripada kaum lain, seperti pemansuhan SJK (Sekolah Jenis
Kebangsaan), hasrat tersebut ditentang habis-habisan. Akhirnya, Melayu terus
akur. Sedikit demi sedikit hak Melayu diambil, secara tidak sedar, namun masih
lagi ada Melayu yang tidak sedar. Jangan sudah sampai tahap Melayu di Malaysia
sama nasib seperti Melayu di Singapura, baru ada yang melatah.
Kaum Cina
memang hebat dan mereka mampu dalam segenap bidang. Masih belum tiba waktunya
‘tongkat’ Melayu diambil sehingga akan meluaskan lagi jurang antara kaum di
Malaysia. Yang kaya terus kaya, yang miskin tetap miskin.
Ada pula yang akan berkata, “DAP buat macam mana pun, kan
ada PKR dan PAS, tak kan berjayalah kalau betol DAP ada hasrat tersendiri.”
Daripada 89 kerusi yang PR menangi pada PRU yang lalu, 38 kerusi adalah milik
DAP, 30 kerusi milik PKR dan 21 kerusi milik PAS. Maka, daripada statistik ini,
yang paling lemah adalah PAS yang akhirnya menjadikan mereka sebagai minoriti
dalam parti. Tidak seperti BN, daripada 133 kerusi yang dimenangi, 88 kerusi
adalah milik UMNO sebagai parti tunggal. UMNO can make the final say, tapi can
PAS make the final say? Can PKR make the final say? Betol, Datuk Seri Anwar
Ibrahim adalah ketua pembangkang, tetapi kalau mereka ke Putrajaya, mampu atau
tidak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi ketua kerajaan? Sedang prinsip sudah
melanggar perlembagaan, belum lagi tindakan lain yang mampu mereka lakukan.
Perlembagaan boleh digubal. Itu pasti.
Seterusnya saya pergi pula kepada Parti Keadilan Rakyat
(PKR). Antara perkara utama yang saya
tidak setuju adalah tindakan PKR melibatkan American-based National Democratic
Institute (NDI) seperti dalam BERSIH. Ini telah dibuktikan melalui laman web
NDI sendiri www.ndi.org. Campur tangan kuasa
luar lebih-lebih lagi Amerika Syarikat seolah-olah memberi laluan kepada kuasa
tersebut untuk terlibat dalam sistem pentadbiran negara secara tidak langsung.
Mereka menolak TPPA antara sebab perjanjian tersebut melibatkan AS, tetapi
tindakan mereka ini tidak mencerminkan pendirian mereka.
Seterusnya pendirian PKR, khususnya DSAI dalam isu
kalimah Allah. PKR bersikap liberal dalam isu ini. Ketua Umumnya, Datuk Seri
Anwar Ibrahim berpandangan bahawa pihak yang mahu melarang penggunaan kalimah
Allah dalam penerbitan Kristian tidak faham sejarah. Bahasa Arab dan kalimah
Allah sudah lama digunakan oleh orang-orang Nasrani sebelum Nabi Muhammad
s.a.w. diutuskan, hujah beliau. Bagaimanapun dalam PAS ada pendapat yang
berbelah bahagi. Majlis syura ulama tidak mengizinkan kalimah Allah digunakan
dalam penerbitan Kristian. Tindakan DSAI ini membenarkan anggota DAP berani
menerjemah sendiri potongan ayat Quran sehingga mereka memenangkan pendapat
mereka, seperti mana tindakan Chua Jui Meng dalam twitternya baru-baru ini.
Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa tiada alasan
tuntas untuk menunjukkan kalimah Allah ini adalah antara isu teras dalam
kepercayaan agama orang Kristian. Maka tiada sebab untuk mengizinkan ia
digunakan oleh penganut Kristian di negara ini. DSAI perlu hormat keputusan
undang-undang dan tidak mencetuskan provokasi sehingga rakyat bangkit mencipta
spekulasi “MAHKAMAH MILIK KERAJAAN BN”.
Saya tertanya kenapa DSAI menolak perbincangan atau forum
dengan Ustaz Fathul Bari.
PAS.
Cantik
perjuangan mereka. Berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Ahli pula ramai dari
golongan celik ilmu agama. Tidak kurang juga golongan professional yang berada
di dalam parti ini. Sayangnya, mereka lemah dalam PR. Mempunyai anggota
parlimen yang paling sedikit berbanding DAP dan PKR. Apa yang mampu mereka
lakukan sekiranya PKR dan DAP tidak sehaluan dengan perjuangan mereka? Sekali
lagi, mereka tidak boleh buat “final say”. Isu kalimah Allah. Majlis syura
ulama tidak izinkan, tetapi Presiden benarkan. Apa sebenarnya pendirian mereka?
Apabila ditanya, jawapan yang sama “Owh, orang atas tahu apa yang mereka
lakukan.” Namun, selepas sekian lama, pendirian masih samar-samar.
Seorang aktivis politik,
Datuk Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi
Perdana Menteri dahulu pernah membantu orang Melayu dan Islam di Kelantan yang
ditadbir Pas. Menurutnya, bantuan antara RM200 dan RM300 juta
setahun itu diberi Dr. Mahatir sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat. Hal ini tidak pernah dijelaskan kepada umum, dan tidak juga
diceritakan ke mana pergi wang ringgit sebanyak itu. Tun juga telah membantu
kerajaan negeri Kelantan sewaktu Kelantan gagal dalam projek mega pada awal
tahun 1990 melibatkan pembangunan air di negeri tersebut. Bantuan secara ansur
sebanyak RM600 juta telah diberi tetapi hal ini terus dirahsiakan. Tun mendapat
tentangan daripada ahli UMNO sendiri tetapi tindakan Tun yang rasional
menjelaskan bahawa beliau bukan PM untuk BN sahaja, tetapi untuk setiap rakyat
di Malaysia.
Untuk isu ini, saya mohon penjelasan dari pihak PAS, yang di atas mahupun penyokong mereka sendiri.
Ini hanya serba sedikit
kenapa saya tetap pada UMNO. Too many reasons to give, but as long as my blood
is red, there goes UMNO in my heart.
No comments:
Post a Comment