Beberapa hari lagi maka tamatlah 2011.. sekejap saja masa berlalu.. selamat tinggal perlu dilafazkan kepada umur 19ku yg akan menjejak angka 20 pada tahun 2012 nnt.. tepuk dada, tertny, bagaimana iman di benak hati? makin mantap kah, atau semakin surut? sudah bersediakan utk pertemuan dgn ilahi? Wallahualam, cumenye hrpan berkembang mekar agar tahun yg bakal menjelang ini mampu membawa aku beberapa tapak ke hadapan dlm persediaan bertemu ajal yg bakal berkunjung tnpa kita sedari.. Sebelum itu, trpggil utk menulis akan satu sirah sahabat nabi.. Alkisahnya pada suatu hari, Saidina Ali terserempak dgn Saidina Abu Bakar. Kebiasaannya, bila berjumpa, mereka akan memberi salam dan bertegur sapa, walau bagaimana pun tidak pada hari itu kerana mereka tidak menegur antara satu sama lain. Keesokan harinya.....
"Wahai sahabatku Ali, kenapa semalam engkau tidak menegurku ketika bertemu?"
"Wahai Abu Bakar, aku tidak menegurmu kerana aku telah bermimpi sebuah istana yang amat indah di syurga. Aku bertanya untuk siapakah istana ini? Dan dijawab, istana ini untuk manusia yang menegur sahabatnya terlebih dahulu ketika bertemu. Aku mahu engkau memperolehinya wahai sahabatku."
"SubhanAllah wahai sahabatku Ali, sesungguhnya aku bermimpikan perkara yang sama dgnmu. Aku mahu engkau memperolehinya, kerana itu aku tidak menegurmu dahulu..."
Itulah secara ringkas keindahan persahabatan jika kerana Allah. Pernah sekali ketika sibuk dlm melayan "peminat2" facebook, hehe, terbaca pula akan satu petikan hadis.
Dari Abu Karimah iaitu al-Miqdad – di sebagian naskhah disebut al-Miqdam-bin Ma’dikariba r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
“Jikalau seseorang itu mencintai saudaranya, maka hendaklah memberitahukan pada saudaranya itu bahawa ia mencintainya.”
Setelah membaca hadis ini, sy teringt akan seorang hamba Allah yg baru aku kenali.. Persahabatan kami bru sahaja terjalin, org kate, msih lagi dlm proses kenal mengenali antara satu sama lain. Awalnya, kehadiran dirinya dalam hidup aku samar, atau dlm kata lain, aku fkir yg die mgkn another person yg akan singgah dlm sejarah hidup seorang SHAZWAN SAZALI. Dikenali dlm keadaan yg sungguh berlainan, itu pun selepas dikenalkan oleh seorang lagi sahabat sekelas aku. Mungkin telah tertulis dlm takdir hidup, beberapa hari selepas itu, kami bertemu secara kebetulan dan berbual buat kali pertama.. perkenalan biasa yg selalu aku alami tatkala bertemu dgn mana-mana org baru dlm hidup aku. Perkenalan tersebut berjalan sperti biase, aku kini tahu namanya dan juga serba sedikit latar belakang dirinya. Kemudian selepas itu, msing2 membwa haluan msing2.. jrg sekali kami bersua utk meneruskan persahabatan yg sudah ada pembuka kata.. kisah persahabtan ini seolah2 tergntung, sperti yg slalu terjadi..
Namun satu event di rumah aku mempertemukan kami semula.. ini kali ketiga aku melihat dirinya.. Tidak lah kami terus rancak berbual, tetapi kisah persahabatan td disusuli dgn koma dan kata tanya.. Siapa sebenarnya dirinya hamba Allah ini? Entah bagaimana, takdir disusun rapi oleh kuasa ALLAH SWT utk kami meneruskan persahabatan ini. Dirinya meminta utk bermalam di rumah aku, sbg tempat persinggahan seblum dirinya menghadiri rumah kwnnya yg tidak jauh dari rumah aku. Aku membenarkan. Maka malam itu menjadi saksi bagaimana kisah persahabatan ini berterusan.. Banyak juga kami bercerita malam itu.. Sedar xsedar, bnyk juga persamaan dirinya dgn diriku.. Kisah hidup remajanya tidak jauh beza dgn aku, malah lukisan dan corak keluarga kami juga bnyk persamaan.. Hatta, terfkir di hati, mgkn pengenalan tempoh hari sudah ditentukan utk aku bertemu dgn seorang sahabat yg mgkn boleh sama berjuang dgn aku dlm mencapai misi utama dunia, memperoleh hidayah, keberkatan dan mencapai al-jannah, insyaAllah.. tapi, semuanya masih terlalu awal dan kabur utk disimpulkan..
Tamat sudah satu penggal.. waktu beristirahat (cuti) berkunjung tiba.. kehadirannya ke rumah aku bwat kali kedua meneruskan kisah persahabatan yg sudh terjalin.. cuma kali ini, perasaan kekok itu semakin kurg dan aku makin selesa utk berbicara dgnnya.. Keluargaku sudah mengenali dirinya.. maka, keselesaan itu sudah tersedia timbul.. kami mengenali antara satu sama lain dgn lebih jelas dan rapat.. Allah, ramah sungguh dirinya ini, berbisik sesekali dlm hatiku.. Adik aku juga memberitahuku perkara yg sama.. Itu yg mnjdkn dirinya mudah dikenali dan didekati.. Disbbkn itu, begitu mudah utk aku menceritakan kpd sahabatku yg lain berkenaan dirinya.. Aku tidak malu utk bercerita, bahkan berbangga apabila berbicara soal dirinya.. Tertanya sekali lagi, masih adakah manusia sprti ini di dunia?
:-) tersenyum aku menulis garapan kali ini.. msih tidak sgka dpt bertemu insan ini sbnrnya.. Mengimbau semula kisah sebelum bermulanya perjuangan di INTEC utk semester ketiga.. Kami bersua utk satu tugasan di INTEC.. Coretan persahabatan berterusan.. Hati msih lagi sgka dia hny seorang lagi manusia yg akan hadir dlm hidupku.. Manusia biasa yg sering shaja berlalu pergi.. Aku pula msih trus mencri erti pershabatan sebenar.. mgkn sudah aku ketemu, tp berapa rmaikh bilangannya berbnding yg hny singgah dlm hidup ku tnpa coretan kish yg pnjg.. sekali lagi sprti yg ku kata, takdir penentu segalanya..
Selepas hbs tugasan yg diberi INTEC utk kami, maka bermulalah semester 3.. Sudah tidak ku sgka, kami bersua sekali lagi, dan kali ini akan lebih kerap ats sbb jarak dan ukhuwah yg semakin kuat.. awalnya, kesedihan menjelma kerana terpksa berpisah dgn rakan2 sebilik yg lama, perit rsenya perpisahan itu.. Namun, hari demi hari, minggu berganti minggu, bulan berselisih bulan, masyaALLAH, persahabatan yg terjalin antara aku dgn dia seakan2 membawa nafas baru.. Tanggapan lama yg ku sgkakan bahawa dirinya sama dgn insan lain jauh berbeza.. Ad sesuatu yg abstrak memberitahu aku bahawa dialah orgnya.. Insan yg selama ni aku tggu buat mengisi coretan kisah hidupku.. Insan yg sedia berjuang dgnku.. Insan yg rela berkorban utk persahabatan kerana Allah SWT.. Aku berharap bygn perasaan ini akan mengukuh, nama itu perlukan waktu, maka biarlah masa yg menjadi penentu..
Membawa analogi yg ckup mudah utk difahami.. dlm perjalanan menuju ke puncak bukit, perlulah utk kita mengeluarkan tenaga dan keringat bagi mengatasi segala halangan yg cuba menghalang jejak ini terus melangkah dan mendaki.. begitulah juga persahabatan ini.. kesabaran itu dirintih bagi mengatasi liku2 yg berlaku dlm persahabtan ini.. kdg kala aku rse diri aku tidak diperlukan sbagaimana aku memerlukan dirinya.. Aku juga merasakan diri ini kerdil di dalam hatinya berbnding org lain yg jauh lebih hebat berbanding diri aku.. aku juga rse, aku keseorangan dlm memperjuangkn persahabatan ini.. Namun semua itu menjd satu peringtn kpd aku bahawa Allah sdg menguji.. sejauh mana keikhlasan aku dlm pershabatan ini.. aku trus bersbr.. kdg kala cemburu, geram, marah menghantui diri, tetapi disorok atas dsr syg akan pershbtan ini.. jika perlu, aku lontarkn suara hati yg kecil ini.. kdg kala juga, aku rasa mungkin tggapan aku salah bahawa dia lah sahabat yg slama ini aku tunggu.. tetapi aku cuba bersgka baik.. dan sygku pada sahabat ini membuang jauh prasangka bruk itu.. hati aku juga terus berbisik bahawa dia lah sahabat yg aku tggu.. Oleh itu, aku trus menunggu dan bertahan, mengharapkan kebenaran suara hati..
Mungkin dirinya tidak seperti aku.. aku gemar meluahkan perasaan, menunjukkan ekspresi, tetapi tidak dirinya.. Apabila berbicara, baru aku tahu gerangan apa yg terjadi.. kdg kala srba salah kerana mudah bersgka buruk.. ini kelemahan yg sering diminta dirinya utk aku ubah.. insyaAllah, aku akan usaha.. aku tidak tahu sejauh mana pndangannya terhadap persahabatan ini, tetapi itu terpulang kepada dirinya.. Ckup bg aku utk merasakan kemanisan pershabatan ini.. benar, tidak berani aku utk mendustakan kata2 bahawa aku berharap syg aku terhadap sahabat ini berbalas, namun aku tidak boleh memaksa.. Aku tidak gemar memaksa.. Biarlah dirinya yg menentukan.. sekali lagi, aku akan trus menunggu kebenaran suara hati..
Dirinya? gembira mnjd khabarku tatkala berita darinya menjd hiasan genggaman.. dirinya? mgkn bgnya suma rakannya sama.. tiada bezanya.. Namun bagi ku, dia ada bezanya.. Dirinya? aku cuma perlukan dirinya utk lebih mudah bertrus trg n tidak berselindung.. Dirinya? tidak tahu knp dia orgnya, Allah shaja yang tahu..
Kisah pershabatan ini msih terlalu awal utk mempunyai penutup.. malah, aku xtidak inginkn penutup itu.. aku sanggup berkorban untuk dirinya ats izin Allah.. Cuma, aku tkowt kehilangan dirinya.. aku tidak mahu kehilangan dirinya.. aku tidak mahu kehilangan sahabat terbaik ku ini, bkn utk kali ini.. Biarlah pershabatan ini dilindungi ALLAH SWT hingga ke akhirat kelak.. Aku juga tidak segan utk mencritakn pershabatan ini ke sluruh dunia jika mampu, kerana aku berbangga mengenali dirinya, aku berbgga mempunyai sahabat seprtinya.. seorang yg membawa senyuman dlm hidup aku.. yg memberi aku kekuatan utk berjuang demi agama.. yg bisa aku ceritakan kepada generasi seterusnya.. yg boleh aku ingati selagi diberi kekuatan olehNYA.. Wahai sahabat jikalau anda membaca ini, aku tidak boleh berjanji apa2.. tetapi lafaz INSYAALLAH menjadi selingan utk aku menjadikan kisah persahabatn ini sesuatu yg indah, yg dihiasi manisan, yg dilindungi ALLAH SWT.. Perlu aku khabarkan, aku syg akn kamu wahai sahabat.. semoga ALLAH membenarkan suara hati aku, utk menjdkan kamu yg terbaik, utk menjadikan kamu sbg shabat yg selama ini aku tnggu.. sekali lagi, aku sygkan kamu, semoga kisah ini berterusan dgn lafaz Bismillah dan diiringi takbir ALLAHUAKBAR..
Hadis Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak beriman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya” (Hadis Riwayat Muslim)
Aku cintakan ALLAH, sygkan PESURUHNYA, kasihkan IBU BAPAku, lindungi KELUARGAku, dan pedulikan SAHABATku..
No comments:
Post a Comment