Satu bulan lagi bakal berlalu.. Sedar atau pun tidak, kita sudah pun menghampiri pertengahan tahun 2012.. Cepat sungguh masa berlalu.. Semkin lama, smkin kita meniti usia yang sentiasa meningkat, smkin kita menghampiri penghujung hayat utk berhijrah ke sebuah lagi dunia yg kekal abadi.. Bagaimana iman? Wallahualam.. Turun naik iman tu lumrah manusia, namun sentiasa menghrpkn diri utk melakukn modus operandi bagi mendekatkan diri kepadaNya.. InsyaAllah..
Bulan Mei.. Sebuah bulan yang
penuh kenangan suka dan duka.. Memulakan kisah kali ini dengan kejadian yg
berlaku pada 1 Mei 2012.. Hari jadi aku yang ke-20.. Terharu dengan sahabat yg
bernama Aiman Firdaus yang menjd perancang utama sambutan hari jadi aku kali
ini.. Sehari sebelum hari jadi aku, dia mengajak aku ke Secret Recipe.. Katenye
bukan selalu boleh blnja aku, n so aku terima pelawaannya, dengan hati yg
sebak, terharu dengan tingkah laku sahabatku itu.. Sewaktu perjalanan pulang,
tanpa aku sedari, aku disimbah sebaldi air drpd tingkat atas.. Nasib
menyebelahi aku apabila simbahan itu tidak 100% membasahi badan ini.. Bagi
menyelematkan diri, aku bersembunyi di bilik Izzul Ikhwan dan lain2.. Asalnya
aku sgkakn mereka akn menyelematkan aku drpd ‘armageddon’ ini, tetapi
sebaliknya berlaku apabila Izzul memecahkan tembelang dengan memberitahu
sahabat2 lain bahawa aku sedang bersembunyi di biliknya.. Apabila terdengar
ketukan pintu diiringi jeritan dr luar yg meminta pintu utk dibuka, aku segera
bersembunyi di dalam tandas.. Tanpa aku sedari, sahabatku seorang lagi,
Zulfikar merempuh pintu tandas tersebut lalu mengangkat aku drpd tingkat 3 trun
ke bawah.. setibanya aku di bwah, hmpir 20 org sedang menanti, dengan msing2
memegang sebiji telur yg telah pun disimpan selama 2 semester lamanya.. Aku
bergelut lalu cuba berlari sedaya upaya menjauhkan diri drpd mereka.. Namun 20
VS 1 bukan lah satu perlawanan yang adil.. Aku tewas dengan lontaran telur2
busuk itu, dengan berpaket2 tepung ditaburkan ke ats tubuhku yang lemah.. Bukan
itu sahaja, campuran kicap+cili sos+minyak+gula+serbuk kopi dan teh dan pelbagai
lagi ramuan disimbahkan kepada aku.. Seperti cucur udang keadaan aku pada malam
itu.. Terkenang gaya AISAR AHMAD melakukan lemparan tepat ke arah badan aku,
saling xtumpah sperti Peter Cech melontar bola kea rah David Luiz.. Luka kaki
aku kerana terkena serpihan kaca sewktu cuba melarikan diri.. penutup malam itu
adalah kemuncak segala2nya.. Terima kasih kepada saudara Hafizi Abd Razak kerana
menyimbah budu+limau tepat pada mataku, membuatkan mataku merah umpama bndera
UMNO di PWTC.. Walaupun terseksa jiwa dan raga, namun jujur, trima kasih buat
semua kerana menceriakan malam tersebut.. Sakit memang sakit, tetapi sgt aku
hargai segala susah payah kalian dalam menjayakan birthday aku kali ini..
DINNER di NANDO’s juga menyerikan lagi hari paling bermkna aku itu.. Trima
kasih Apek kerana sudi belanja.. Juga kepada NASHRIQ ISMAIL (master planner bersama), terima kasih kerana msih
menjd perancang, pemberi hadiah dan pembelanja tegar buat diri ini.. sgt
menghargai segalanya.. Kenangan ini tidak akan aku lupakan sampai ke akhirnya,
insyaAllah..
12 Mei 2012.. Aku menyertai
pertandingan 11th Chinese Bridge Chinese Proficiency Competition for
Foreign College Students peringkat kebangsaan.. Pertandingan ini melibatkan
IPT2 dalam negara.. Asalnya sekadar mencuba nasib, lgsg tidak meletakkan hrpn
utk memenangi pertandingan tersebut.. Ditemani Aisar Ahmad juga Nashriq Ismail,
aku sekadar ingin memperoleh pengalaman drpd pertandingan ini yang berlangsung
di University Malaya kampus Kota, berhampiran PWTC.. Setiba di sana, terlihat
kelibat peserta2 lain yg kelihatan sungguh hebat dengan penampilan dan
pencapaian msing2.. Ad dalam kalangan mereka sudah pun tamat ijazah sarjana,
sedang aku msih lagi meniti zaman A-Level yang belum lagi menjangkau titik
noktah.. Peringkat pertama, aku dan para peserta lain diminta itu menyampaikan
pidato yang bertemakan “My Chinese Dream”.. Sedang aku di atas pentas, aku hny
bercerita mengenai pengalaman aku sepanjang mempelajari bahasa mandarin.. Untuk
peringkat kedua, kami diminta pula utk menjwb beberapa soalan berkenaan
pengetahuan mengenai negara China.. Peringkat terakhir pula adalah persembahan
berkonsep tradisi Cina.. Tidak tahu apa yg perlu dipersembahkan, aku mencuba
nasib dengan menyanyikan lagu Lee Hom, lagu yg sama yg pnh aku nyanyikan
sewaktu acara perasmian ICODE dlu.. Alhamdulillah, rezeki aku pada hari
tersebut, aku diumumkan sebgai pemenang prtdgn tersbut dan bakal mewakili
Malaysia Ke China bermula 28 jun ini sehingga 27 julai bagi menyertai pertandingan peringkat
antarabangsa.. Selaku duta kecil Malaysia, aku berhrp mampu membggakan nama
Malaysia, memahat nama selaku salah seorang wakil yang mampu menaikkan nama
Malaysia di mata dunia, insyaAllah.. Tiada apa yg ku hrpkn, hny doa drpd kalian
utk mengiringi perjuangan aku di sana kelak..
28 Mei 2012.. 10.40 malam dan aku
msih menaip kata-kata akhir coretan kali ini.. Sedang bercuti selama 19 hari
sebelum perjuangan A-level bermula semula.. Sudah 10 kertas berakhir, berbaki 6
lagi yg perlu ditempuhi.. Ini juga perjuangan besar yang perlu aku telusuri
tahun ini.. Harapan di hati adalah utk memperoleh 3A*, namun kata-kata org
putih, “the higher u aim, the heavier u fall”, aku bersifat realistic dengan
hny meletakkan sasaran sekurg2nya 3B agar mampu menjejakkan kaki ke bumi India
bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.. Perjuangan ini adalah
perjuangan bersama, betapa aku menghrpkn agar semua rakanku mampu sama melangkah
jauh ke negara tersebut.. Ayuh berdoalah kita agar usaha kita salami ini
berbuah menjadi kejayaan yang mekar menyinari perjuangan kita selaku hamba
Allah ini.. Akhir kata, terima kasih buat semua yg mendoakan, yg sama berjuang,
yg memberi sokongan dan dorongan selama ini.. Khusus buat kedua ibu bapa aku,
ENCIK SAZALI MOHD SALLEH juga PN NORHAYATI ABD KADIR yang tidak putus memberi
semngat dan kata-kata perangsang buat anak mereka ini yang masih mentah dalam
meniti dunia yang pnuh pancaroba ini..
Sekian sahaja buat kali.. Kalam ditutp dengan BISMILLAH dan Assalamualaikum..