Followers

Follow by Email

Wednesday, May 16, 2012

SEDAR LAH!!


Pernah x kita bangun drpd tidur lalu trus terfkir bahawa kita hidup ini bertjuan? Sudah tertulis dalam Al-Quran bahawa tidak Allah mencipta jin dan manusia melain utk beribadah kepadaNya. Setiap saat, setiap detik perlulah kita isi dengan perkara yg mendekatkan kita kepadaNya. Hubungan dengan Maha Pencipta perlulah dijaga. Sejak kecil kita diingatkan mengenai hal tersebut. Rmai yg menyedari dan berusaha untuk menjaga hubungan tersebut, tidak kurang juga yang tahu tetapi buat-buat xtahu. Ad lagi satu perkara yang rmai org tahu tetapi sentiasa diabaikan. Hubungan dengan manusia.

Bukan sahaja hubungan dengan Allah itu perlu dijaga, hubungan dengan manusia juga haruslah dipelihara sebaik mungkin. Kita buat salah kepada Allah lantas bertaubat, insyaAllah diampunkan kerana sifat Allah yang pemaaf. Bagaimana pula dengan manusia? Tidak semua manusia mempunyai sifat itu, kerana itu lah wujud istilah ‘dendam’. Tidak sangsi kita ini serba kekurangan, tetapi ringankanlah bibir itu dengan kata-kata meminta maaf kerana kita tidak tahu mungkin perbuatan kita boleh menyinggung perasaan orang lain.

Kita hidup di dunia ini bukan keseorangan. Lihat sahaja sekeliling, sentiasa ad orang lain yang menghuni bumi Allah ini walau di mana pun kita berada. Maka buang jauh-jauh perasaan pentingkan diri dan mula fkirkan perasaan org lain yang ad di sekeliling. Ad perkara yang kita suka, mungkin org lain tidak suka atau sebaliknya. Jadi fkir dahulu seblum lakukan apa-apa kerana setiap perbuatan kita diperhati. Contohnya, sudah menjadi kebiasaan kita bergurau senda dengan rakan-rakan kita di sekolah atau di kawasan perumahan kita. Namun, bergeraknya kita ke tempat lain, mungkin cara kita bergurau itu tidak dapat diterima oleh orang di tempat baru itu, maka perlulah kita menyesuaikan diri dengan keadaan setempat. Janganlah bertindak melulu ikut kepala sendiri, kerana apa, orang mungkin tidak suka!

Mungkin bagi kita, disepak, mengejek atau perbuatan yang sebagainya itu bukan lah perkara besar. Namun bagi org lain? Mana tahu perbuatan seperti itu boleh dianggap sebagai ‘offensive’? Selain itu, mungkin bagi kita, orang lain melakukan kesilapan tanpa meminta maaf merupakan perkara kecil, tapi bagi orang lain, siapa tahu? Kalau dah tahu perbuatan itu menyusahkan atau merugikan orang lain, walaupun bagi kita itu perkra kecil, cepat-cepatlah minta maaf kerana tidak semua org berfkiran seperti kita! Hidup di dunia ini bermsyarakat, jadi fkirlah sama utk org lain! Betul, kita perlu jadi diri sendiri, elakkan hidup sebgai hipokrit, tetapi betulkah jadi diri sendiri itu sesuatu yang baik? Kalau keadaan diri itu boleh diterima org lain, tidak mengapa, jadilah diri anda yang sbnrnye, tetapi kalau keadaan diri anda yg sbnrnye itu menyusahkan org lain, muhasabah lah diri.. Sebab itu wujudnya istilah ‘anjakan paradigma’!

Kadang kala geram dengan sikap segelintir pihak yang suka bertindak ikut kepala sendiri. Bila ditanya, akan dijawab, “owh, itu lah aku, aku sedang jadi diri sendiri”.. Ok, jadilah diri sendiri, tapi kalau menyebabkan org lain kecil hati? Ha, mcm mane? Fine, jadilah diri sendri, jgn smpai satu hari nnti, anda keseorangan dan xd tempat utk mengadu. Ad sebab kenapa org tgur, knp org memberi nasihat, kerana mereka prihatin, mereka perhatikan kita. Fkir dahulu, jgn asyik nk ikut kepala kita sendiri sahaja. Tak sushkan fkir sejenak, 10 minit sebelum tidur, apa yg kita dh bwat hari ini, apa yang org smpaikan kpd kita, agar hari esk menjadi lebih baik.. Kita hidup ni, ajal di tgn Allah, bila-bila Allah nk tarik, itu kehendak Dia.. Kalau bukan hari ini, mana tahu esk? Cepat-cepat lah sedar, ubahlah sedaya upaya, kerana Allah akan tolong mereka yang berusaha mengubah nasib sendiri..

Kita sentiasa diperhati. Kalau ad org tgur, mksdnye adalah silap kita di mana-mana. Truslah muhasabah, jgn lah buat ‘dunno’ je.. Nanti dh xd org tgur, baru tahu.. kn? PENEGASAN SEKALI LAGI, kita hidup bermasyarakat, tidak semua bnda yg ok bg kita, ok juga bagi org lain.. Fkirkan lah, ambilllah masa utk mengenali org lain di sekeliling, lagi2 kalau kita sedang merantau utk menuntut ilmu atau sebagainya. Kita dh jauh dengan keluarga, kalau kita sush, kwn2 juga yg akan menolong. Tapi kalau dh hati kwn2 kita, kita tak jaga, sibuk nk jaga hati sendiri je, ha, klu dh xd kwn nnt, fkirkanlah sape yg akn tlg kita bila kita sush? Sekarang mayb kita xrse apa, tapi bila keadaan ini btol2 terjadi, org yg kononnya kita syg, kita ambil berat, tetapi secara detailnya, kita xpnh nk cuba pun utk selami perasaan mereka, bila mereka dh xd utk kita, baru terasa sakitnya. Manusia ada tahap kesabaran, jgn smpai die over limit sudah lah ye.. TOLONGLAH, FKIR DAN HARGAI JUGA PERASAAN ORANG LAIN..

Bukan nk target sape2, sekadar peringatan buat semua.. Semoga semua, trmsuk saya boleh ambil iktibar.. sekian sahaja utk kali ini.. Minta maaf kalau ad tersalah di mana-mana.. Assalamualaikum J

1 comment:

nazzrin ismail said...

Thanks ats perkongsian ni. :)