Followers

Follow by Email

Monday, May 28, 2012

Simpulan Mei 2012




Satu bulan lagi bakal berlalu.. Sedar atau pun tidak, kita sudah pun menghampiri pertengahan tahun 2012.. Cepat sungguh masa berlalu.. Semkin lama, smkin kita meniti usia yang sentiasa meningkat, smkin kita menghampiri penghujung hayat utk berhijrah ke sebuah lagi dunia yg kekal abadi.. Bagaimana iman? Wallahualam.. Turun naik iman tu lumrah manusia, namun sentiasa menghrpkn diri utk melakukn modus operandi bagi mendekatkan diri kepadaNya.. InsyaAllah..

Bulan Mei.. Sebuah bulan yang penuh kenangan suka dan duka.. Memulakan kisah kali ini dengan kejadian yg berlaku pada 1 Mei 2012.. Hari jadi aku yang ke-20.. Terharu dengan sahabat yg bernama Aiman Firdaus yang menjd perancang utama sambutan hari jadi aku kali ini.. Sehari sebelum hari jadi aku, dia mengajak aku ke Secret Recipe.. Katenye bukan selalu boleh blnja aku, n so aku terima pelawaannya, dengan hati yg sebak, terharu dengan tingkah laku sahabatku itu.. Sewaktu perjalanan pulang, tanpa aku sedari, aku disimbah sebaldi air drpd tingkat atas.. Nasib menyebelahi aku apabila simbahan itu tidak 100% membasahi badan ini.. Bagi menyelematkan diri, aku bersembunyi di bilik Izzul Ikhwan dan lain2.. Asalnya aku sgkakn mereka akn menyelematkan aku drpd ‘armageddon’ ini, tetapi sebaliknya berlaku apabila Izzul memecahkan tembelang dengan memberitahu sahabat2 lain bahawa aku sedang bersembunyi di biliknya.. Apabila terdengar ketukan pintu diiringi jeritan dr luar yg meminta pintu utk dibuka, aku segera bersembunyi di dalam tandas.. Tanpa aku sedari, sahabatku seorang lagi, Zulfikar merempuh pintu tandas tersebut lalu mengangkat aku drpd tingkat 3 trun ke bawah.. setibanya aku di bwah, hmpir 20 org sedang menanti, dengan msing2 memegang sebiji telur yg telah pun disimpan selama 2 semester lamanya.. Aku bergelut lalu cuba berlari sedaya upaya menjauhkan diri drpd mereka.. Namun 20 VS 1 bukan lah satu perlawanan yang adil.. Aku tewas dengan lontaran telur2 busuk itu, dengan berpaket2 tepung ditaburkan ke ats tubuhku yang lemah.. Bukan itu sahaja, campuran kicap+cili sos+minyak+gula+serbuk kopi dan teh dan pelbagai lagi ramuan disimbahkan kepada aku.. Seperti cucur udang keadaan aku pada malam itu.. Terkenang gaya AISAR AHMAD melakukan lemparan tepat ke arah badan aku, saling xtumpah sperti Peter Cech melontar bola kea rah David Luiz.. Luka kaki aku kerana terkena serpihan kaca sewktu cuba melarikan diri.. penutup malam itu adalah kemuncak segala2nya.. Terima kasih kepada saudara Hafizi Abd Razak kerana menyimbah budu+limau tepat pada mataku, membuatkan mataku merah umpama bndera UMNO di PWTC.. Walaupun terseksa jiwa dan raga, namun jujur, trima kasih buat semua kerana menceriakan malam tersebut.. Sakit memang sakit, tetapi sgt aku hargai segala susah payah kalian dalam menjayakan birthday aku kali ini.. DINNER di NANDO’s juga menyerikan lagi hari paling bermkna aku itu.. Trima kasih Apek kerana sudi belanja.. Juga kepada NASHRIQ ISMAIL (master planner bersama), terima kasih kerana msih menjd perancang, pemberi hadiah dan pembelanja tegar buat diri ini.. sgt menghargai segalanya.. Kenangan ini tidak akan aku lupakan sampai ke akhirnya, insyaAllah..



12 Mei 2012.. Aku menyertai pertandingan 11th Chinese Bridge Chinese Proficiency Competition for Foreign College Students peringkat kebangsaan.. Pertandingan ini melibatkan IPT2 dalam negara.. Asalnya sekadar mencuba nasib, lgsg tidak meletakkan hrpn utk memenangi pertandingan tersebut.. Ditemani Aisar Ahmad juga Nashriq Ismail, aku sekadar ingin memperoleh pengalaman drpd pertandingan ini yang berlangsung di University Malaya kampus Kota, berhampiran PWTC.. Setiba di sana, terlihat kelibat peserta2 lain yg kelihatan sungguh hebat dengan penampilan dan pencapaian msing2.. Ad dalam kalangan mereka sudah pun tamat ijazah sarjana, sedang aku msih lagi meniti zaman A-Level yang belum lagi menjangkau titik noktah.. Peringkat pertama, aku dan para peserta lain diminta itu menyampaikan pidato yang bertemakan “My Chinese Dream”.. Sedang aku di atas pentas, aku hny bercerita mengenai pengalaman aku sepanjang mempelajari bahasa mandarin.. Untuk peringkat kedua, kami diminta pula utk menjwb beberapa soalan berkenaan pengetahuan mengenai negara China.. Peringkat terakhir pula adalah persembahan berkonsep tradisi Cina.. Tidak tahu apa yg perlu dipersembahkan, aku mencuba nasib dengan menyanyikan lagu Lee Hom, lagu yg sama yg pnh aku nyanyikan sewaktu acara perasmian ICODE dlu.. Alhamdulillah, rezeki aku pada hari tersebut, aku diumumkan sebgai pemenang prtdgn tersbut dan bakal mewakili Malaysia Ke China bermula 28 jun ini sehingga 27 julai  bagi menyertai pertandingan peringkat antarabangsa.. Selaku duta kecil Malaysia, aku berhrp mampu membggakan nama Malaysia, memahat nama selaku salah seorang wakil yang mampu menaikkan nama Malaysia di mata dunia, insyaAllah.. Tiada apa yg ku hrpkn, hny doa drpd kalian utk mengiringi perjuangan aku di sana kelak..





28 Mei 2012.. 10.40 malam dan aku msih menaip kata-kata akhir coretan kali ini.. Sedang bercuti selama 19 hari sebelum perjuangan A-level bermula semula.. Sudah 10 kertas berakhir, berbaki 6 lagi yg perlu ditempuhi.. Ini juga perjuangan besar yang perlu aku telusuri tahun ini.. Harapan di hati adalah utk memperoleh 3A*, namun kata-kata org putih, “the higher u aim, the heavier u fall”, aku bersifat realistic dengan hny meletakkan sasaran sekurg2nya 3B agar mampu menjejakkan kaki ke bumi India bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.. Perjuangan ini adalah perjuangan bersama, betapa aku menghrpkn agar semua rakanku mampu sama melangkah jauh ke negara tersebut.. Ayuh berdoalah kita agar usaha kita salami ini berbuah menjadi kejayaan yang mekar menyinari perjuangan kita selaku hamba Allah ini.. Akhir kata, terima kasih buat semua yg mendoakan, yg sama berjuang, yg memberi sokongan dan dorongan selama ini.. Khusus buat kedua ibu bapa aku, ENCIK SAZALI MOHD SALLEH juga PN NORHAYATI ABD KADIR yang tidak putus memberi semngat dan kata-kata perangsang buat anak mereka ini yang masih mentah dalam meniti dunia yang pnuh pancaroba ini..



Sekian sahaja buat kali.. Kalam ditutp dengan BISMILLAH dan Assalamualaikum..

2 comments:

afiqah humaira said...

Assalamualaikum, wan:) hari ni berpeluang nk bukak blog hg,,:) troskan berjuang yer:) Allah dh ckp, kebaikan ape pun yg kmu lakukan di dunia ini, kebaikan itu adalah keberuntungan bgi kamu sendiri:) jd ape2 pun halangan, rentasilah ia dgn penuh kesabaran, lalui setiap detik yg sukar itu dgn hati yg lapang, insyaAllah kejayaan pasti mengiringi kamu:)Amin,, kadang2 dlm kte mengejar kejayaan, kte lupa utk menghargai setiap detik yg dilalui dlm perjalanan mencapai kejayaan tue,treasure all those days ahead shbt!!;)

afiqah humaira said...

Assalamualaikum, wan:) hari ni berpeluang nk bukak blog hg,,:) troskan berjuang yer:) Allah dh ckp, kebaikan ape pun yg kmu lakukan di dunia ini, kebaikan itu adalah keberuntungan bgi kamu sendiri:) jd ape2 pun halangan, rentasilah ia dgn penuh kesabaran, lalui setiap detik yg sukar itu dgn hati yg lapang, insyaAllah kejayaan pasti mengiringi kamu:)Amin,, kadang2 dlm kte mengejar kejayaan, kte lupa utk menghargai setiap detik yg dilalui dlm perjalanan mencapai kejayaan tue,treasure all those days ahead shbt!!;)