Followers

Sunday, July 15, 2012

11th Chinese Bridge - Chinese Proficiency Competition for Foreign College Student

Bismillah.. Assalamualaikum.. Akhirnya dikurniakan peluang sekali lagi oleh Allah SWT utk kembali menulis dlm ruangan ini.. Selepas sekian lama menyepi, dpt juga penulis menyambung semula coretan yg sudah lama ditinggalkan.. Sebenarnya, hmpir 3 minggu penulis ke China utk menyertai “MOUTAI CUP the 11th Chinese Bridge – Chinese Proficiency Competition for Foreign College Students” yang telah disertai oleh hmpir 120 org psrta dr seluruh dunia, kiranya penulis mewakili negara kita Malaysia lah.. Mengambil kesempatan ini, penulis ingin berkongsi pengalaman dan juga ilmu utk dismpaikan kepada semua pembaca, insyaAllah..

Perjalanan dr KLIA ke Beijing International Airport mengambil masa 6 jam lamanya.. Tidaklah begitu lama.. Setibanya penulis di Beijing, penulis dijemput oleh wakil HANBAN (wakil CONFUCIOUS INSTITUTE CHINA) selaku penganjur.. Tatkala di airport lagi penulis sudah mengenali rakan baru, peserta yg mewakili negaranya Spanyol.. Peramah orgnya, umur hmpr 30 tahun, kiranya pngkat abg lah kepada penulis yg bru sahaja 20 tahun.. Kami berbual dan berkongsi cerita mengenai negara msing2.. Sempatlah juga penulis bercerita mengenai perihal agama penulis iaitu agama Islam.. Kami berbual rancak sehinggalah tiba di hotel.. Ketibaan kami sgt meriah, diiringi dgn camera dan sbgnye.. Selepas brdftar, kami diarah ke bilik yg telah pun ditetapkan.. Setibanya di bilik, penulis mengenali pula seorang psrta dr US.. Umurnya 24 tahun, asl dr LA.. Aslnya penulis takut utk memberitahu dirinya bahwa penulis seorang muslim, memandgkn dia seorang wrga US yg kbnyakknnya anti-Islam.. tetapi penulis memberanikan diri utk memberitahu bagi memudhkn penulis utk menunaikan kewajiban di dalam bilik.. Allah memudahkan urusan penulis kerana rakan baru penulis itu tidak lgsg kish akan agama penulis, bahkan sering brtny kpd penulis perihal Islam.. Penulis selalu juga diajak berbual berkenaan agama Islam dan juga Kristian.. Kami bertukar pndgn dan juga bergelak ketawa tatkala bercerita mengenai hal lain.. Kami berkwn rpat spnjg di Beijing.. Dialah juga yg menemani penulis ke hulu ke hilir sewaktu membeli belah.. Jeffrey (张杰) namanya.. Agak janggal juga kerana wlupun berkulit putih atau berkulit hitam, semuanya berbual dalam bahasa Cina.. wlupun sesame bgsa.. Bleh dikatakan, BAHSA CINA menyatukan semua psrta..

Changsha.. Di sini lah tempat bermulanya prtndgn trsbut.. Beijing hny tmpt prsinggahn, utk pra psrta meilhat THE FORBIDDEN CITY, GREAT WALL of CHINA dan juga tmpt2 lain di Beijing.. Sungguh, sgt menarik tmpt2 trsbut.. AKHIRNYA dpt juga penulis menjejakkn kaki di GREAT WALL.. SGT MENAKJUBKAN, pnjgnya mmg beratus2 kilometer.. penat penulis mendaki, berjam2 lamanya pun tidak smpai ke titik penghujung.. huhu.. Dpt juga kesempatan penulis merasa ITIK PANGGANG, yg PASTI HALAL.. huhu.. Sush juga sbnrnye nk cari bnda yg halal di sini.. kdg2, penulis hny makan syur kerana khuatir dging yg disediakan tidak disembelih atau halal.. VEGE lah smntara wktu.. hehe.. Changsha 2 jam jauhnye dr Beijing kalau melalui kapal terbang.. setibanya di Changsha, kami dibawa ke hotel di FURONG HUATIAN HOTEL.. Boleh tahan lah hotelnya, di sini, penulis ditempatkan pula dgn psrta dr Vietnam.. Hebat mandarinnya.. Bnyk juga perkataan bru yg penulis bljr drpdnya.. Pertndgn yg menulis srtai ini bercorak rancangan reality, akan ad yg tersingkir pda setiap peringkat.. asalnya 120 peserta, kemdian 30, dikurgkn pula kepada 12 org, sblum 6 org yg akn braksi di final..

Peringkt pertama.. 120 org psrta diminta utk berpidato, bertemakn MY CHINESE DREAM.. pesrta juga diminta utk membuat prsmbhn menunjukkn bakat msing2 berkenaan budaya dan adat China.. Selain itu, psrta prlu menjwb soalan ala2 peperiksaan berkenaan bahasa Cina.. mrkh drpd ketiga2 pusingan ini akan ditmbh, maka hny 30 org psrta trbaik akan dipilih ke peringkat kedua.  Alhamdulillah, penulis berjaya membawa nama negara ke top30.. Penulis juga menggalas nama ISLAM sbg yg plg utama memndgnkn hny penulis satu2nya psrta MUSLIM ke top30.. Penulis tidak terus ke top30, tetapi perlu dahulu melakukan prsmbhn dmi mendpt undian penonton.. Menyanyikan lagu WEI YI milik Lee Hom, penulis berjya menambat hati penonton lantas terplih ke top30.. di sini, cabaran bermula.. Makanan, solat, pergaulan semua perlu dijaga sebaik2nya.. Di sini, penulis tidak jumpa satu pun surau, apatah lagi msjid.. Namun, solat msih lagi wajib.. Jdnye penulis menimba pnglmn dgn menunaikan solat di mana2 sahaja aslkn tmpt itu suci drpd najis.. Penulis menunaikan solat di blkg bgunan, di tempt persalinan, di blkg pentas, di dapur restoran n plbgai lagi tempat lain.. di mana sahaja kita berada, bumi ini msih bumi ALLAH, tetap kepunyaanNYA.. maka solat itu wajib, bukan sahaja hny di atas tikar sejadah atau di surau mahupun masjid.. itu cabaran prtama.. kemudian mknn pula.. hmpir sahaja penulis merasa mknn yg haram, maka penulis mngmbl lgkh brjga2 dgn hny memakan syur, kekcang spnjg penulis di sini..

Semasa di peringkat kedua, persaingan mnjd sgt sengit, dgn hny 30 pserta menggalas nama negara masing2.. Peringkat kedua, para psrta diminta utk menceritakan perihal negara msing2 dgn tema yg telah ditetapkan.. Seperti penulis, penulis perlu mnceritakan sebuah tempat menarik di Malaysia dlm hny 1 minit.. Penulis menggmbrkan keadaan di TERENGGANU kerana penulis rse keindahan pulau dan pntai di sana mampu menarik minat juri dan penonton di China.. Selain itu, cara penyampaian adalah dlm bentuk lakonan, di mana para psrta akan dipsgkan dgn beberapa org pelakon terknal China.. Peserta juga dilatih oleh guru lakonan yg dibawa khas dari Beijing ke Changsha.. Semasa prtdngn, penulis berjaya memperoleh 88.24 mata, namun ia tidak mencukupi utk membawa penulis ke top12.. Lebih mengecewakan adalah perbezaan mata dgn salah sorg peserta yg berjaya ke top12 yg hny dipisahkan dgn 0.01 mata.. Peserta dr Madagascar itu memperoleh 88.25.. Namun penulis redha kerana rezeki penulis smpai di sini sahaja..

Bagi penulis, mara ke top12 adalah satu bonus.. yg lebih penting adalah pengalaman n ilmu yg penulis peroleh di sini..  sebelum ini, penulis tidak pernah merasakan perasaan mnjd sorg yg diperhati rmai.. namun di china, oleh kerana pertndgn ini mendpt perhatian rmai juga publisiti yg sgt bsr, ke mana sahaja penulis pergi, org akan pandang.. Pertndgn ini juga meminta para psrta utk berlakon dan sbgnya di tempat awam.. Jd sewktu “shooting”, keadaan mnjd sgt melucukan apabila semua org memerhati.. ad juga yg dtg meminta tnda tgn dan juga bergambar bersama.. “How r u?” teringat penulis kepada seorang warga China yg bertny, lantas penulis membalas “Ni hao (saya baik)!”.. Terkejut org itu, lantas kami berbual rancak, bagaikn tiada pemisah bahasa antara kami.. Sekali lagi, Bahasa Cina menjadi penyatu..

Amat memenatkan.. Walau pun seronok, tidak dinafikan bahawa psrta mnjd sgt penat kerana latihan dan rptai yg mengambil masa berjam2 lamanya, kdg2 sehingga pkul 1 pagi bru pulang ke hotel..  Yg mnariknya, penulis berkenalan dgn rmai kenalan bru seantera dunia.. Owen, berasal dr England, seorang yg sgt cool, salah seorang pesrta top12.. Melissa, warga Australia, peramah orgnya, juga salah seorng top12.. Bakatnya sgt bsr, tatkala menyanyi, suaranya seakan2  MARIAH CAREY gitu.. hehe.. Murielle, warga Cameroon, dialah yg selalu ke hulu ke hilir dgn penulis.. Lap Ko, wrga Vietnam, sebilik dgn penulis sewaktu di FURONG HUATIAN Hotel.. SaSha, wrga Russia, baik hati org nye, sebilik dgn penulis di XINGSHA HUATIAN Hotel.. Benjamin, wrga Australia yg sgt kreatif, juga salah seorg top12.. LINA, wrga Jordan, Yara, wrga Mesir, Hassan, wrga Bangladesh, Waqas, wrga Pakistan, ini adalah peserta2 yg menjd tempat perbualan penulis berkenaan Islam.. Seronoj berbual dgn mereka.. Kdg2, penulis berasa bgga dgn Malaysia kerana sistem pendidikan Islam di Malaysia membuatkan penulis tahu lbh bnyk berkenaan Islam berbndg mereka di timur tengah.. Org slalu kata, sistem pendidikan Malaysia gagal, tp bagi penulis yg merasakan sndri, penulis menafikan perkara itu.. Bukan sistem pendidikan yg gagal, tetapi pelajar sndiri yg tidak mahu belajar.. Mereka terkejut melihat penulis mampu membaca quran walhal penulis tidak tahu berbahasa Arab.. Mereka terkejut penulis boleh melaungkan azan, kerana di negara mereka, tidak semua org boleh berbuat demikian.. Mereka meminta penulis menjd imam kepada mereka.. Penulis rse ini satu kepercyaan besar yg diberikan oleh mereka kpd penulis.. Pada awlnya, ada antara mereka yg tidak solat kerana sukar utk berbuat demikian di China.. Tetapi penulis mengajak mereka, mengingtkn mereka, kdg kala, kami juga berusrah.. Subhanallah, jalan dakwah yg Allah bukakn kepada penulis sgt luas.. Semoga Allah sntiasa memudahkan urusan hambaNya, InsyaAllah, Amin..

Penulis memperoleh biasiswa ke China utk 1 semester bagi melanjutkan pelajaran dalam Bahasa Mandarin.. Dalam masa sama, penulis juga terikat dgn biasiswa JPA.. penulis terfkir utk meneruskan pembelajran mandarin penulis kerana ini menjd salah satu pintu utk penulis trus berdkwah.. Penulis juga merasakan bahasa mandarin merupakan bahasa yg sgt kukuh di persada dunia, memndgkan China memegang tampuk kuasa ekonomi dunia.. Jadi, ia akan menjd satu bonus kepada penulis utk berkomunikasi dan bekerja pada masa akan dtg.. mgkn apabila cuti di India, penulis akan mggunakan masa itu utk ke Beijing bagi meneruskan pembelajaran.. Rmai peserta menguasai lbh drpd 4 bahasa, walhal penulis hny mampu bertutur dalam 3 bahasa.. Penulis berazam utk menguasai satu lagi bahasa menjelang tahun hadapan, insyaAllah..  Kalau tidak urdu, mgkn bahasa Arab, atau Perancis, kerana penulis dpt tahu, kebnykan negara Africa mggunakn bahasa perancis sbg bahasa pengantara..

Trlalu bnyk utk penulis ceritakan.. tetapi itu sahajalah yg penulis dpt simpulkn melalui tulisan kali ini.. Penulis brhrp persahabatan yg sudah terjalin antara penulis rakan2 negara lain dpt diteruskan melalui skype, facebook dan sbgnya. Ada juga dlm klgn mereka yg mengjk penulis ke tempat tggl mereka, insyaAllah satu hari nnt, ketika msa mengizinkan.. Penulis menulis garapan kali ini di Guangzhou.. Waktu skrg adalah 11.20 pagi.. Penulis sdg lagi menunggu pesawat MAS utk membawa penulis pulang ke Malaysia.. Sudah 3 minggu penulis berada di China.. Ini merupakan pengalaman yg tidak akan dpt penulis lupakan.. Penulis akan memantapkn lagi penguasaan bahasa mandarin penulis, lantas akn penulis kembali semula ke prtndgn ini 2, 3 tahun akan dtg bagi memperbaik ranking penulis pada prtndgn kali ini.. Dr Rachel, pengasas persatuan Mandarin Malaysia pernah memberitahu penulis, Malaysia sentiasa boleh, lbh hebat drpd negara Barat.. haha.. InsyaAllah.. Sekian sahaja utk kali ini.. bersua kita di lain hari.. Assalamualaikum.. J        

2 comments:

Kapten Awesome said...

menarik2... Alhamdulillah... bestnya dapat sampaikan dakwah macam tu kan... :) one day, harapnya aku ngan yg lain pun dapat buat camtu... heee... "Peserta dr Madagascar itu memperoleh 88.25.." teringat pulak ngan cerita madagascar... -.- tengoklah wan, serius lawak.. hahaha... ouhh, nanti upload gambar kat FB.. klu ada lah. nak tengok... :D

Shazwan Sazali said...

InsyaAllah.. nnt aku upload kat fb n blog ek.. :-)