Followers

Thursday, July 26, 2012

LIFE: AS WHAT QURAN SAYS





26 Julai 2012.. Aku dijemput ke bekas sekolah aku untuk mengadakan sebuah program khas buat pelajar tingkatan 5.. Selepas sekian lama merancang, akhirnya peluang ini dibuka oleh Allah SWT utk aku memulakan modus operandi bagi menyebarkan Islam selagi mampu.. Maka aku bercdg utk membawa tajuk Matlamat Hidup atau LIFE: AS WHAT QURAN SAYS. Namun tidak seperti sebelum2 ini, untuk perkongsian ilmu kali ini aku tidak keseorangan, malah ditemani oleh 3 sahabat baik yang hebat dengan potensi diri msing2 iaitu AIMAN FIRDAUS,ABDUL AFIQ (apek) dan juga HAFIZI RAZAK. Walaupun mungkin ad dlm kalangan mereka yg baru pertama kali trlibat dgn program sprti ini, tetapi masyaAllah, kagum aku dgn mereka kerana perilaku mereka seolah2 sudah pun terlibat dgn program sperti ini berpuluh2 kali.. Cuma terpaksa mengejut mereka pagi2 buta utk menghadiri program ini, tahniah kepada AIMAN kerana berjaya memecah rekod.. haha.. Molek kiranya aku berkongsi serba sedkit kepada para pembaca berkenaan perkara yang telah pun dikongsi bersama adik2 bekas sekolah aku siang tadi..

Tujuan hidup.. Banyak dalam kalangan kita yg tidak tahu apa sbnrnye motif kita berpijak di bumi Allah ini. Dek kerana daif dengan perkara ini, mereka seolah2 tiada hala tuju, diperlakukan seperti robot.. Ada pula yang menganggap dunia ini segala2nya, maka perlunya kita hidup sebaik mungkin mengikut nafsu msing2, mat salleh kata, LIVE LIFE TO THE FULLEST.. MasyaAllah, ramai dalam kalangan kita, termasuk yg muslim, tidak tahu apakah tujuan kita dicipta.. SURAH 51, ayat 56, Allah menyebut "Tidak aku mencipta jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.." Ayat yang pendek, tp cukup utk menjelaskan tujuan hidup kita yg pertama.. IBADAH KEPADA ALLAH.. Perkataan ibadah ini tidak hny merangkumi perkara-perkara seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya, tetapi ibadah ini melibatkan setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan.. Belajar, bekerja, semuanya perlu bertunjangkan atau berniatkan ALLAH SWT.. Ibadah khusus, ibadah umum, semuanya kerana Tuhan yang satu. Rukun Islam terbhagi kepada 5 - mengucap, solat, puasa, zakat dan haji bg yg mampu. Mengucap itu sudah pasti jika kita menunaikan solat 5 waktu sehari semalam.. Setiap 5 waktu ini, syahadah kita atau ikrar kita kepada Allah akan diperbaharui. Jika kita amati makna disebalik 2 kalimah syahadah ini, kita mengakui bahawa TIADA perkara lain atau tuhan lain yang berhak disembah kecuali ALLAH.. kita juga mengakui bahawa Allah mengutus NABI MUHAMMAD sebagai pesuruhNya, yang dipertnggungjwbkn utk menyebarkan ajaran ALLAH kepada sekalian manusia. Kemudian sesuai dgn bulan ramadhan, kami huraikan beberapa perkra berkenaan ibadah puasa yang selalu manusia leka dan lalai. Dua ibadah khusus ini diambil untuk disampaikan kerana ianya paling dekat dgn jiwa setiap individu muslim. Ibadah umum yang telah disampaikan pula adalah soal CINTA dan juga MENUNTUT ILMU. Memandangkan para pelajar adalah pelajar tingktn 5, 2 perkara ini dikira sebati dgn jiwa mereka atau dlm kata lain, jiwa remaja..

CINTA.. Tidak perlu sy huraikan lagi kerana telah pun sy ceritakan dalam post sy sblum ini melalui CINTA DALAM DIAM (sila rujuk post bulan April).. Menuntut ilmu.. Utk keberkatan dunia akhirat, ilmu itu wajib dituntut berniatkn Allah.. Hadis ada menyebut, menuntut ilmu itu wajib bagi sekalian muslim. Tidak kira ilmu jenis apa, selagi ianya tidak bertentangan dgn syarak dan berlandaskan Allah SWT, maka ianya wajib dituntut.. Ini bagi perkembgn umat Islam bukan sahaja untuk kejayaan di dunia malah di akhirat kelak.. Masih ingatkah pembaca, surah pertama yg ditrunkn kepada Nabi Muhammad SAW? Iqra! kata Allah SWT.. (BACALAH!) di sini ditekankan, menuntut ilmu itu begitu penting utk kesejahteraan kita yang bernama hamba Allah SWT..
Tujuan hidup kita yang kedua adalah khalifah di muka bumi, pemimpin.. Pemimpin kepada diri, kepada keluarga, kepada masyarakat dan sebagainya. Setinggi mana amalan kita, jikalau tujuan hidup kedua ini diabai, maka tidak lengkap hidup kita sbg seorang manusia. Di akhirat kelak, setiap manusia akn sling menyalahkn org lain bg menyelamatkan diri mereka, termsuk org yg plg kita sygi iaitu ahli keluarga kita. Jika kita tahu akan sesuatu tetapi tiada usaha utk menyebarkan, kita akan diheret oleh mereka yang tidak beramal dgn ilmu yang kita simpan drpd pengetahuan mereka. Sbg contoh, Ali sbg seorang abg tahu hukum tidak memakai tudg bg seorang perempuan yang sudh baligh itu adalah haram, namun adiknya yang sering tidak menghiraukan perkara ini langsung tidak pernah ditegur.. Setinggi mana amalan Ali, sewaktu di akhirat, adiknya pasti menyalahkannya lalu trut sama mengheretnya utk bersama2 menerima azab Allah SWT.. Maka, sebarkanlah.. Dakwah ini luas, sedang Nabi bukan sahaja berdakwah melalui pertuturan, malah baginda berdakwah melalui akhlak dan teladan. Ambillah contoh kisah seorang warga tua yang memeluk Islam dek terharu dgn perilaku Nabi Muhammad yang walaupun dicerca tetapi masih lagi bersabar dan mampu tersenyum. 
Segalanya bermula dgn tarbiyyah.. Sekiranya kita mengimpikan sebuah dunia Islam sperti suatu ketika dahulu tatkala tamadun Islam menguasai dunia (Ummaiyah dan Abbasiyah), maka perlunya kita bermula dgn diri sndri.. Individu muslim yang mantap peribadinya akan menghasilkan sebuah keluarga muslim yang diberkati.. Kemudian akan terlahirkan masyarakat Islam sebelum negara Islam itu mampu terlaksana. Sekiranya kita mengimpikan sebuah dunia Islam, namun individu muslim itu masih lagi tidak dibentuk, ianya sama seperti analogi membina sebuah rumah di atas bukit yang tidak kuat 'base'nya.. Lama kelamaan akan runtuh dek base yang lemah.. Perbaiki diri dari semasa ke semasa, dalam masa yang sama sebarkanlah Islam mengikut kemampuan masing2.. Hadis ada juga menyebut, sebarkanlah Islam walaupun diri masih lagi melakukan kemungkaran.. Jangan gunakan alasan "owh, aku blum cukup sempurna, blum masanya aku berdakwah".. Kalau hendak tggu diri menjadi sempurna, sehingga kiamatlah tiada manusia yang akan berdakwah kerana sedar atau tidak, tiada manusia yang sempurna.. 

Ini lah serba sedkit perkara yang telah dikongsikan kepada adik2 f5 SMK ZON R1 WANGSA MAJU.. Sungguh berasa seronok melihat respon positif drpd adik2 yang kelihatan begitu seronok dan bersemangat selepas tamat program tadi.. ini jelas kelihatan dgn soal2an yg diajukan kepada aku dan sahabt2 lain selepas hbs program juga di facebook. Mereka inginkn followup, malah ad yang menginginkn perubahan dlm diri mereka.. Subhanallah.. Semoga Allah memudahkan uruskn hambaNya.. Semoga akan telahir lebih rmai individu yang muslim berbanding Muslim semata2.. Fhm kn? Muslim merujuk kepada individu yang islamnya hny pada nama, namun muslim itu kata kerja, yang melibatkan umat islam yang menggerakkan islam mereka.. 

Sekalung penghargaan kepada saudara AIMAN (abg acai), APEK (abg apek) dan HAFIZI (abg ANE), haha, ats bantuan dan penglibatan mereka, juga STYLO ISLAM ats branding.. Jujur, program ini tidak akan seberjaya ini tnpa mereka yang melibatkan diri.. Terharu melihat mereka yang sudi bersama2 aku menyebarkan sdkit sbnyk agama Allah ini. InsyaAllah, akan ada lagi program seperti ini di sekolah2 lain dalam bulan ogos nanti.. Aku brhrp mereka masih lagi boleh melibatkan diri, di samping penglibatan rakan2 lain yang ada suarakan minat utk turut serta.. (JOM MAD, AISAR!) Juga terima kasih yang tidak terhingga kpd Puan Pengetua, Puan Halimahton, kpd Guru Kanan Kemanusiaan, Pn Ruhana, juga ustazah2 yang menyokong program ini dr awal sehingga penghujungnya.. Tanpa izin dan kebenaran serta skongn mereka, tidak berjalan program ini sperti yang dihrpkn.. Syukur kpd ALLAH SWT atas peluang yang telah diberikan.. InsyaALLAH, destinasi yang seterusnya adalah di SK JALAN AIR PANAS pada 10 ogos nanti, doakan aku dan juga rakan2 agar dipermudhkn, insyaALLAH.. Sekian, Assalamualaikum :-)


5 comments:

nazzrin ismail said...

Assalamualaikum.
Terima kasih wan, shared. Ringkas dan padat. :)

Solihin Mahadi said...

woah. hebat-hebat kawan aku ni. seronok nampak ! hehe

muhamad aman embok halid said...

nak join 10 hb nnt bole?hehe..

afiqah humaira said...

Beznye laaaa.. Jeles glaaa.. Lame sgt dh xbagi program cmnie:(( mabruk wan!!! Teruskan usaha:) aku sokong hg:)

afiqah humaira said...

Beznye laaaa.. Jeles glaaa.. Lame sgt dh xbagi program cmnie:(( mabruk wan!!! Teruskan usaha:) aku sokong hg:)