Followers

Friday, August 10, 2012

Kisah Seorang Sahabat


Indahnya pertemuan, pahitnya perpisahan.. Setiap pertemuan itu pasti disusuli dgn perpisahan.. Kdg2 kala terasa rugi apabila pertemuan aku bersama salah seorang sahabat aku ini tidak dinikmati dan digunakan sebaik mgkn.. Hny selepas menyedari perpisahan itu semakin menghampiri, baru terasa betapa berhrganya nikmat ukhuwah yang telah Allah kurniakan selama ini..

Penulisan kali ini terarah kepada seorang sahabat ini yang telah aku temui sejak tingkatan 4 lagi..  Pertemuan pada kali pertama tidak memberi aku sbrg implikasi bsr, malah pertemuan itu hny sekadar pertemuan biasa yang selalunya tiada jalan cerita. Namun kali ini, situasinya amat berbeza.. Berjumpa buat kali pertama sewaktu di Sekolah Sri Garden utk perjumpaan pengawas (Prefects Gathering) bagi sekolah2 seluruh WP Kuala Lumpur. Sehadirnya di sana, perlunya setiap sekolah utk menghntr seorang wakil bagi memberi ucapan alu-aluan. Semuanya berbahasa Inggeris (Bahasa Minang bak kata NASHRIQ ISMAIL), kecuali sahabat ini.. Lantas aku menjd tertarik dgn ucapannya kerana boleh kira dia sahaja yang mendaulatkan Bahasa Melayu pada hari tersebut. Mewakili sekolahnya SM Sains Selangor, kepetahan sahabat ini berucap menybbkn aku menganggap dirinya seorang ketua pengawas. Tidak bnyk yg kami bualkn pada hari itu, hny sekadar, “siapa nama?”, “sekolah mana?”, itu sahaja.. Tidak pernah terlantas kisah ini ada sambungannya..

Pada bulan April 2010, sesudah pengumuman kptsn SPM 2009, aku mendpt tawaran utk menghadiri program pendedahan kerjaya sbg seorng doktor di hospital KL.. Sungguh, begitu ramai pelajar yg menghadiri program itu.. Sedang aku menunggu di lobi utama utk agenda seterusnya, mataku tertangkap kepada seseorg yg begitu ‘familiar’.. setelah memandang 2, 3 kali, baru aku tringt bahawa ini lah sahabat yg aku ketemui di Sekolah Sri Garden sewaktu tingkatan 4 dahulu.. Hati aku masih was-was, bimbang tersalah org, lalu ku abaikan sahaja niat utk menegur.. Namun, seperti telah ditakdirkan, sewaktu aku menuju ke cafĂ©, kami berselisih, lantas menegur diri msing2, benar, mmg itu lah sahabat yg aku fkirkan awal2 dahulu.. Aku perasan sesuatu yg berbeza dgnnya sewaktu itu, badannya sedkit berisi berbanding 2008, ketika kami pertama kali ketemu. Fkirku jahat, sesudah spm, biasalah klu kecik jadi besar, org kata, lepas tension..  J

Itu kali kedua kami bersapa.. aku ingtkan pertemuan tersebut sudah bertitik noktah, namun sekali lagi takdir menentukn utk kami bersua kembali di kolej cendana, INTEC Shah Alam.. kecil betul dunia ini.. sewaktu aku ingin pulang ke rumah pada satu hari jumaat, aku terlihat dirinya sedang menunggu bus utk pulang juga ke KL.. Kali ini, aku menegurnya kerana sudah pasti itulah org yang aku ketemui di Sri Garden dan hospital sebelum ini.. ketika itu, dia bersama seorang lagi sahabat yg kini amat rapat denganku, NOORHAFIZI ABD RAZAK.. Kami sekadar berbual seketika, tidaklah ada tanda2 bahawa perbualan kami akan bersmbung rancak.. org kata, hny sekadar ala kadar sahaja.. sejak haritu, agak kerap juga aku bertemu sahabat ini, memandang dirinya ialah seorang wakil perwakilan kolej ketika di kolej cendana (kolej junior).. selain itu, dirinya juga ahli Majlis Tertinggi ORBIC (organisasi bahas INTEC).. maka sering kali kami berjumpa dalam mesyuarat.. malah, sering kali juga kami berganding bahu mengadakan beberapa program di INTEC.. namun, masih lagi tiada tanda persahabatan kami ada plot cerita..

Sesudah tamat semester kedua, aku mendftarkn diri utk menjd PM (pembantu mahasiswa) utk MDS (minggu destini siswa).. Sebelum berkhidmat, kami diwajibkn terlebih dahulu utk menghadirkan diri di sebuah program pemantapan di Lembah Azween.. Tidak dirancang, sewaktu menghadiri program itu, katil kami bersebelahan.. Malam2 kami di sana diisi dgn sesi berkenalan yg lbh mendalam.. Aku mula menceritakan serba sdkit berkenaan diriku kpdnya, begitu juga dirinya.. Kami berbual sehingga tidak sedar waktu sudah pun pukul 3, 4 pagi.. dari waktu itu, aku mula merasakan bahawa pertemuan yang telah Allah susunkan ini ada sambungannya.. Sepanjang MDS, aku mula mengenali dirinya dgn lbh dekat, malah kami menjd lbh rpat..

Sesudah MDS, kami berpindah dari Kolej Cendana ke Kolej Cemara (kolej senior) bagi memulakan pembelajaran semester 3.. Pada satu pagi, aku dan MUHAMMAD SHAHRULZAMAN ke pejbat utk mendptkan kunci rumah masing2.. asalnya, kami tidak merancang utk serumah bersama, msing2 aku kira sudah punyai rancangan lain.. Namun, sewaktu di pejabat, KAK ZU yang bertugas pada waktu itu tidak membenarkan kami mengambil rumah yg berasingan kerana kami dtg bersama.. Selepas berbincang, kami bersetuju utk menetap di rumah yang sama, meninggalkan 2 lagi katil kosg.. aku segera menelefon AISAR AHMAD juga sahabat yang aku khabarkan di atas utk mengisi ruang2 tersebut.. mereka berstuju.. rumah di Kolej Cemara punyai 2 bilik, satu rumah punyai 2 bilik dan setiap bilik punyai 2 katil.. Aku, Muhammad, Aisar dan juga sahabat yang seorang ini ber ‘LAT TALI LAT’, lantas ditakdirkan aku berkongsi bilik dgn sahabat seorang ini, manakala Muhammad juga Aisar pula sebilik.. Aku msih lagi ‘blur’ pada waktu itu, kerana things did not go as what has been planned.. tetapi tidak mengapa fikirku, kerana boleh aku berkenalan pula dgn rakan yg lain, instead of having the same room with the same housemates yg aku ada di Cendana dulu..

Asalnya aku berasa kekok.. Pengenalan kami mgkn terlalu mengejut.. Sahabat ini, bersama Muhammad dan Aisar sudah berkenalan sejak semester 1, namun aku msih lagi baru dlm kalangan mereka.. kdg kala, aku berasa terasing.. Aku cuba utk blend ini, jujur, amat sukar pada awalnya.. Lama kelamaan, terjalin ikatan mesra antara kami ber4.. Ke mana sahaja kami bersama.. Aku mula merasai nikmat pertemuan yang telah Allah tentukan antara kami.. Sepnjg aku di Cemara, bnyk peristiwa pahit manis yg terjd.. Prnah aku menangis, pernah aku mrh, prnh juga aku kecewa.. Gelak tawa itu tidak perlu disebut kerana hmpir setiap hari kami bergelak sakan.. Setiap perasaan itu dikongsi bersama, lagi2 bersama sahabat aku yang seorang ini memandang dirinya sebilik dgn aku.. setelah lama berkongsi bilik, jikalau aku punya masalah, tidak perlu aku mengungkapnya dgn kata2 pun, sahabat ku ini sudah bisa mengetahui.. pelbagai peristiwa yang telah kami lalui bersama.. sewaktu aku menangis, sahabat ini jugalah yg menenangkan aku.. sewaktu aku mrh, dirinya jugalah yang menenangkn aku.. sewaktu aku ketawa, dirinya juga ketawa bersama.. kami berkongsi rhsia dan sbgnya.. Dia jugalah yg merencanakan kejutan hari jadi ke-20 aku.. dr awal kejutan, shinggalah akhirnya.. segalanya perancangannya bersama seorang lagi kenalan rapat aku, umpama abg, NASHRIQ ISMAIL.. Bygkn, pertemuan yg aku sgkakn biasa di Sekolah Sri Garden, berterusan sehingga kami seblik.. Pernah aku terfkir, cantik sungguh susunan Allah.. Allah tahu apa yang baik buat hambaNya, maka diaturNya utk aku kembali bersua bersama sahabat ini selepas pertemuan pertama itu.. Ditemukan pula di INTEC, malah diletakkan pula kami seblik selama setahun.. Betul, indah aturan Allah SWT buat aku..

Segala peristiwa dan kenangan kami bersama membuatkan terjalinnya satu ikatan yang sgt erat antara aku dan sahabat ini.. Memandangkan rumahnya juga di KL, sering kali jikalau aku ingin meluahkan sesuatu, akn aku ke rumahnya utk berkongsi cerita.. Dialah tempat aku berceloteh.. Dialah pembakar semangat aku.. Dialah yg mendukung segala usaha aku.. Dialah juga pemberi kata2 nasihat kepada aku.. dan dia jugalah punca kejayaan aku dalam beberapa perkara, antaranya kejayaan aku memperoleh johan utk pertandingan BC shingga membolehkan aku mewakili Malaysia ke China.. Dia sudah pun menjd part of hidup aku.. Walau bagaimanapun, perpisahan antara kami semakin hampir.. Jikalau elok keputusan peperiksaan kami, insyaAllah dirinya akan ke Ireland manakala aku pula akan ke India.. Jauh jarak antara kami nnt.. Namun, itu semua ketentuan ilahi.. aku tidak berdaya utk melawan takdir, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.. sukar utk aku menerima perpisahan yg bakal berlaku, namun hny doa2 yg mampu aku pnjatkan agar ukhuwah ini kekal sehingga ke akhirat.. jujur, penulisan kali ini besertakan air mata, mengenangkan kehilangan yg bakal aku rasakan.. namun apakan daya, perpisahan itu pasti berlaku.. Allah sudah merencanakan sesuatu buat aku, maka aku redha, insyaAllah.. yang buatkan aku terfkir, lihatlah jalan cerita antara kami.. Pertemuan biasa sejak tingkatan 4, kini, dirinyalah pendukung aku.. yang menggerakkan aku.. yg tidak putus2 menyokong aku dr belakang..

Aku mendoakan yang terbaik buat dirinya.. AHMAD AIMAN FIRDAUS BIN AZIZAN, seorang sahabat yang sgt hebat, yg sgt aku kagumi.. Aku bersyukur diketemukan kepadanya.. Aku berhrp perpisahan ini bukanlah titik noktah buat kami, tetapi satu batu loncatan utk kami gapai nikmat ukhuwah yang telah Allah kurniakan kepada kami.. Aku tidak akn melupakan sahabat ini, insyaAllah sampai bila pun.. Terlalu bnyk memori yang tercipta antara kami.. Tnpa kurniaan Allah ini, tidak mgkn aku seprti skrg.. Terima kasih sahabat, kehadiranmu sgt bermkna buat hamba Allah yang bernama MUHAMAD SHAZWAN SAZALI ini.. Uhibbuka fillah.. aku doakan yang terbaik buat sahabat ini, semoga dirinya memperoleh kejayaan dunia n akhirat, insyaAllah.. Goodluck di Ireland, dun ever forget this, 0.2375..
Ku biar kalam berbicara 
Menghurai maksudnya di jiwa 
Agar mudah ku mengerti 
Segala yang terjadi 
Sudah suratan Ilahi 

Ku biarkan pena menulis 
Meluahkan hasrat di hati 
Moga terubat segala 
Keresahan di jiwa 
Tak pernah ku ingini 

Aku telah pun sedaya 
Tak melukai hatimu 
Mungkin sudah suratan hidupku 
Kasih yang lama terjalin 
Berderai bagaikan kaca 
Oh teman, maafkanlah diriku 

Oh Tuhan 
Tunjukkan ku jalan 
Untuk menempuhi dugaan ini 
Teman, maafkan jika ku melukaimu 
Moga ikatan ukhwah yang dibina 
Ke akhirnya 

Aku tidak kan berdaya 
Menahan hibanya rasa 
Kau pergi meninggalkan diriku 
Redhalah apa terjadi 
Usahlah kau kesali 
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi


7 comments:

Solihin Mahadi said...

yang penting SASER namamu teratas...

Shazwan Sazali said...

haha.. nnt aku kaburkan blkg tu.. censored..

nazzrin ismail said...

Shazwan,
Tiada kata secantik bahasa, Tiada nada semersik irama.
Air dicincang tidakkan putus, Nilai sahabatnya tiada galang ganti. :)

muhamad aman embok halid said...

nasib baik tak panjang lagi ko tulis..kalau tak dengan aku2 sekali nangis..i can feel your sincerity..

Shazwan Sazali said...

haha.. cukup lah.. ad lagi sambungan nnt, insyaAllah

shahnonsalleh said...

that sweet...memang kome berdua nampak rapat sangat... =)

Shazwan Sazali said...

Allah je tahu betapa syukurnye ad sahabat mcm die..