Penulis
tertarik dengan manifesto Pakatan Harapan Rakyat menjelang PRU-13.
“Harga
minyak turun”. Inilah perkara pertama yang mereka gariskan buat menarik hati
rakyat untuk mengundi mereka.
Penulis
senyum seorang diri. Daripada dulu, manifesto ini menjadi favourite mereka.
Sejak PRU-12 lagi. Nampaknya, mereka ini pantang menyerah.
Mahal
sangatkah harga minyak di Malaysia? Penulis menjadi sangat tertanya-tanya.
"Wan,
harga minyak dekat India dekat rm6 lebih, thats why dekat sana banyak guna
minyak diesel.."
"Mak
ai, mahalnya harga minyak di Indonesia. Seliter sampai rp9000 lebih, agak-agak
dalam rm3 lebih kut!"
Minggu
lalu penulis ke Singapura. Menjeling juga mata ini ke arah stesen minyak di
sana. Seliter sekitar $2, lebih kurang rm5.00. Di Thailand, harga minyak pula
rm4 lebih seliter. Filipina, rm5.54 seliter. Nampaknya, harga minyak di Malaysia
sangat rendah. Tetapi, penulis tetap tidak berpuas hati, sebab nanti ada yang
berkata, ini semua media arus perdana, sokong kerajaan. Maka, penulis terus
mencari sumber.
Ada
suara yang berkata, media tidak adil apabila membanding Malaysia dengan
negara-negara yang bukan pengeluar minyak. Singapura, Filipina, pengeluaran
minyak mereka tidak setinggi Malaysia. Mereka berkata, the fuel price could go
lower as we are oil-producing country.
Ok,
kali ini, jom kita bedah kes!
Malaysia
merupakan pengeluar minyak ke-27 di dunia, menghasilkan 693,700 bbl minyak
dalam sehari. Harga minyak $0.61 seliter untuk RON95. Argentina, pengeluar
minyak ke-26 dunia, menghasilkan 796,300 bbl minyak dalam sehari, harga minyak
$0.92 seliter untuk RON95. Mesir, pengeluar minyak ke-28 dunia, menghasilkan
680,500 bbl minyak dalam sehari. Harga minyak $0.975 seliter untuk RON95. Aik, kenapa Malaysia lagi murah?
Arab
Saudi menghasilkan 11,150,000 bbl minyak per hari. Kuwait menghasilkan
2,682,000 bbl minyak per hari. Qatar menghasilkan 1,631,000 bbl minyak per hari.
Sedangkan Malaysia menghasilkan hanya 693,700 bbl minyak per hari. Ada pihak
membandingkan harga minyak Malaysia dengan negara-negara ini, sudah tentulah
mereka lebih murah, lihat sahaja jumlah minyak yang mereka keluarkan. Jadi,
perbandingan siapa yang lebih tidak adil?
Kita
bedah kes lagi untuk pengetahuan kepada semua. Indonesia dan India, harga
minyak mereka jauh lebih mahal walaupun kedua-dua negara ini masing-masing menghasilkan
982,900 bbl minyak dan 897,300 bbl minyak per hari, lebih banyak daripada
Malaysia.
United
Kingdom, menghasilkan 1,099,000
bbl minyak per hari, lebih tinggi pengeluaran mereka berbanding Malaysia, namun
harga minyak mereka $2.28 seliter untuk RON95.
Brazil, menghasilkan 2,633,000 bbl minyak per hari, harga minyak mereka $1.35
seliter untuk RON95. Sekali lagi, Malaysia menghasilkan 693,700 bbl minyak
dalam sehari. Harga minyak $0.61 seliter untuk RON95. Murah tak murah?
Ok,
dah pening ek? Last tau.
Canada,
pengeluar minyak ke-6 terbesar dunia, menghasilkan 3,592,000 bbl minyak sehari, harga minyak mereka $1.18
seliter untuk RON95. Aduhai, lagi mahal juga. Malaysia pengeluar minyak ke-27
dunia pun, harga minyak jauh lebih murah, lebih kurang 50% berbanding Canada.
“Jikalau
kita mahu berubah dan berusaha menjadi lebih baik, kita mesti membandingkan
dengan pelajar yang setara atau lebih pandai daripada kita.” – kata-kata yang
dipetik daripada blog pro-pembangkang.
Penulis
dah pun membandingkan negara yang lebih maju dan negara yang kurang maju.
Penulis
lihat sendiri. Kawan penulis lihat sendiri. Kami saksi kepada harga minyak luar
yang lebih mahal berbanding Malaysia termasuk negara pengeluar minyak sendiri.
Fakta
bukan daripada media Malaysia. Harap maklum. :-)
Didiklah
diri untuk bersyukur, hujan emas di negeri orang, hujan batu negeri sendiri.
Peringatan buat penulis juga.
p/s: Malaysia spends US$14 billion subsidising gasoline, diesel and gas each year. Removing fuel subsidies has been on the global agenda. however, all SE Asian countries have high average subsidisation rate, except for Singapore with zero rate and Cambodia with negligible one. Three of them (Indonesia, Thailand and Malaysia) are in the world’s top 20 largest fuel subsidisers in dollar terms. Malaysia is the second-cheapest Asian nation for fuel (10th globally). This facts are taken from UK Foreign and Commonwealth Office.
Assalamualaikum.