Followers

Wednesday, January 25, 2012

Suratan atau Kebetulan? (tak ada kaitan pun sebenarnya, hehe)

25 Januari 2012.. Sudah aku berjanji dgn nenek aku utk membawanya ke bank utk uruskan soal pencen.. Lantas pada pkul 10 pagi, aku menemaninya ke bank muamalat di wangsa melawati sebelum kemudiannya ke rumah pakcik aku di sentul.. Rumah tersebut seperti biasa kosg dan tidak berpenghuni.. Pakcik aku kini berada di Indonesia atas urusan kerja.. Sudah hampir 1 tahun lebih pakcik di sana.. Dengar cerita selepas ini akan dipindahkn pula ke india utk bekerja di sana.. Haha, pakcik aku adalah antara idola aku, sungguh tekun dan dedikasi dalam bekerja.. Melihat diriya selaku Pengurus Bahagian Marketing melakukan tugas, no wonder asyik diminta bertugas di luar negara.. Bangga aku dengan dirinya.. Aku ke rumah pakcik di sentul atas permintaan nenek aku juga yg gemar ke sana sekali sekali utk melihat keadaan rumah agar terjaga dan bersih seperti biasa.. Sementara nenek mengemas rumah tersebut, aku ke rumah AIMAN FIRDAUS utk menjemputnya bagi menemani aku mencari buku A-LEVEL yg sudah 6 hari masih tidak ketemu..

Rindu aku pada sahabat ini walaupun baru 5 hari tidak berjumpa.. hehe.. Sesudah menjemputnya di SRI PETALING, kami berdua memulakan modus operandi mencari buku yg selama ini sekadar jelmaan bayangan.,. huhu.. Khabarnya kami boleh menemukan buku ini di SEKSYEN 14 PETALING JAYA, di sebuah kedai yg diberi nama UNIVERSITY BOOK STORE..
( Tq FAD for the info, hehe).. Perlu difahami, PETALING JAYA merupakan kawasan yg sgt luas.. lantas kami memerlukan hampir sejam setgh dlm mencari kedai tersbut.. sesat sini sana, nth ke mana2 telah aku dan aiman singgah siang td.. Sempat juga lah kami berbual di dalam kereta.. Gelak ketawa yg tidak pernah lari setiap kali bersua.. Menjadi igauan buat kami kerana jalan yg sama kami tempuh hampir 5 kali banyaknya.. Tapi dunia ini kecil, secara tidak sengaja, terlihat papan tanda ke arah SEKSYEN 14.. Haha, Alhamdulillah selepas sekian lama mencari, akhirnya jalan yg "lurus" telah terhidang di hadapan kami..

Info yg diberi fad wlupun agak kelakar tp berkesan juga dlm membantu aku dan aiman mencari kedai tersebut.. Fad kate "ala, kedai die kecik je.. aku xingt kat ne, tp kiri kanan die ad bank n die kat seksyen 14.. kedai tu kat 2nd floor n ko kene naik tgga.." itulah info yg fad beri.. hehe.. Xpe fad, aku jumpa juga kedai tuh! hehe.. Akhirnya, selepas 6 hari mencari, aku berjaya mencari buku yg selama ini aku idam2kn.. Haha.. Xlah idam mana pun, tp utk keperluan A-LEVEL EXAM.. Melihat harganya yg menjangkau rm100 sebuah, aku melihat wallet yg hny pnuh dgn resit dan kertas2 lama.. Sadis dan penuh kekecewaan.. Air mataku hampir menitis rebah ke bumi, (hahaha, bleh x? x2, gurau je).. Aku melihat aiman yg sudah pun memperoleh duit biasiswanya, dgn penuh hrpn agar ad sumbangan ikhlas yg akan dihulurkan.. Haha.. kesian pulak kat dia, so guna jelah duit sendiri yg nyawa-nyawa ikan.. Tiada BANK ISLAM berhampiran, lalu inilah masanya utk aku menggunakan kad VISA aku dgn bangganya.. haha..

(gaya aku kepada aiman semasa di cashier :-p)

Hbs pembelian buku, aku menemani Aiman ke UM utk berjumpa dgn adiknya.. Selepas itu, aku menghantarnya pulang sebelum aku ke rumah pakcik ku semula utk menjemput nenek dan adikku.. Cume apa yg aku rasa kali ini, Aiman merupakan seorang sahabat yg sgt baik.. Walaupun die bukanlah penggemar membalas msg aku, hehe, tp die sering bertnykn khabar aku, dan die jua lah yg ad di sisi aku bila aku memerlukannya.. kdg2 di CEMARA, die sanggup stay up semata2 ingin mendgr rintihan aku. Sekarang pula, wlupun dlm waktu cuti, die sudi menemani aku mencari buku a-level yg telah membuat kami berpusing2 selama sejam setgh.. Dia akan ke IRELAND insyaAllah, dan aku pula akn ke INDIA.. Masing2 akan membwa haluan msing2 tidak lama lagi.. Akan aku merindui sahabat ini, yg telah bnyk mendengar rintihan dan keluh resah aku, di smping menceriakan hari2 kelamku selama perkenalan kami.. Sejujurnya, aku xinginkan perpisahan dgnnya selepas A-LEVEL, tp perjuangan hidup perlu diteruskan.. Aku juga yakin, persahabatan ini akan berkekalan dgn keredhaan ALLAH SWT, insyaAllah.. Semoga ukhuwah yg terjalin kekal ke firdaus, sesuai dgn namanya.. InsyaAllah.. :-) TQ AIMAN FIRDAUS, JAZAKALLAH..

No comments: