Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda, "Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, ia tidak bersyukur kepada Allah." (Riwayat al-Tarmizi)Daripada Anas r.a, Nabi S.A.W bersabda, "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Pesanan ringkas buat diri saya dan juga pembaca. Tidak salahkan mengucapkan lafaz kata terima kasih kepada mereka yg berbakti kepada kita? Walau sebesar zarah pun pertolongan mereka, ucapan terima kasih itu perlu sebagai tnda penghargaan kita kepada mereka. Hari ini hari kita, mana tahu, esok lusa, giliran mereka?Juga, kasihilah saudara kita. Buang jauh sikap pentingkan diri kerana kita hidup di dunia ini bermasyarakat. Jangan benci membenci, kerana asas agama Islam itu kasih dan sayang. Tidak bersatu umat Islam kini kerana kurangnya kasih, kurangnya keprihatinan sesama sendiri. Tidak mengapa utk tidak dikasihi, kerana apabila kita mengasihi saudara kita kerana Allah, maka makin dekat diri kita kepadaNya.Maka dengan kesempatan ini, sahabat, terima kasih atas segalanya.. Dan percayalah, uhibbuka fillah, insyaAllah..
Nota buat sahabat:
Ya Allah jagalah sahabatku, lindungilah ia dengan perlindunganMu, kuatkanlah pancang kakinya agar selalu teguh berada dijalanMu, kuatkanlah jasadnya dengan segala anugerahMu, kuatkan ruhnya dengan ruhMu, buat ia tersenyum, semangat dan istiqamah dijalanMu, ya Allah izinkanlah kami kelak bisa bertemu di syurgaMu.Nota akhir (lari tajuk sikit, hehe):"Cinta yang kucari adalah cinta Ilahi. Hati ini masih belum benar-benar mencintai Ilahi, aku tidak rela meretakkan cinta yang kusulam dengan cinta ajnabi. Carilah cintaNya yang hakiki, nescaya kau tidak kecewa dengan duniawi."
Followers
Tuesday, June 5, 2012
Nota Pagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment