Setiap perkara yang aku lakukan bersebab.. Hidup di bumi Allah ini hanya sementara, maka izinkan aku mengisi setiap saat dengan perjuangan ke arah membina ukhuwah yang utuh demi kesejahteraan di akhirat kelak.. Setiap pertemuan itu mempunyai seribu satu cerita, namun akan aku simpulkan kesemua kisah menjadi sebuah sinopsis indah yang bakal menjadi memori terindah tatkala perpisahan menyinggah.. Berilah aku peluang mencuba selagi nyawa dikandung badan.. Kerana tatkala malaikat diutus mencabut nyawa dari jasad ini, terputuslah hubungan manusia dengan dunia kecuali sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang selalu mendoakan.. Izinkan aku bersedekah, menyemai benih2 subur dalam ukhuwah ini.. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment