Followers

Saturday, March 30, 2013

OWH MY SMART PHONE!


“Chong, jom lepak jom, aku rasa dah lama kita tak jumpa, ada banyak benda nak diborakkan ni,”

“Boleh je, pukul berapa tu man?”

“Dalam masa sejam, aku tunggu kau kat Coffee Bean KLCC, amacam? Ok?”

“Beres man…”

-Di Coffee Bean KLCC-

“Wah, lawa phone baru kau man, baru beli ke?”

“Haha, mana ada lawa. Biasa-biasa je. Abang aku baru naik pangkat, ada rezeki sikit, dia belikanlah aku Samsung S4 baru ni,”

Wow, pakai S4 kau, kelas gilerrrr…

Menjadi norma masyarakat kini, semakin ramai yang menggunakan smart phone. Kalau dahulu, Nokia Butterfly pun sudah menjadi kebanggaan, kini masing-masing berlumba untuk memiliki teknologi yang terus berkembang. Kenapa smart phone? Biasalah, dengan Android, IOS dan sebagainya, semuanya hanya pada jari. Facebook, Twitter semakin tidak lekang dari setiap pemilik smart phone. Dunia kini semakin dekat dengan adanya smart phone. Walaupun penulis berada jauh dari keluarga dan rakan-rakan yang lain, tidak langsung menjadi masalah selepas adanya smart phone, Whatsapp, Skype sentiasa mendekatkan penulis dengan orang yang tersayang.

Sayang seribu kali sayang, masalah baru pula yang timbul.

“Man, kau kata nak borak, tapi aku tengok kau asyik dengan phone kau je?”

“Jap ek Chong, ni ha, ada kawan aku update status twitter, dah lama aku tak jumpa dia, jap aku tweet dia balik, jap ek,”

-10 minit kemudian-

“Kau buat apa lagi tu man?”

“Owh tak, dah lama aku tak datang KLCC ni, so aku tangkap gambar tadi, ingat nak upload jap kat instagram, jangan lupa like tau,”

-10 minit kemudian-

“Tak kan tak habis upload lagi man?”

“Dah habis dah Chong, tak, aku nak update blog aku jap, aku kan ketua satu organization ni, kalau tak update nanti, orang bising,”



See, this is what we face now. People say, with all these technologies, they will bring us closer to those who stay very far away from us. Yea, that’s absolutely true, no doubt with that. But does it bring us closer to our family and friends right beside us?


Kita terlalu khusyuk dengan mainan teknologi ini sehingga kadang-kala kita terlupa akan sahabat kita yang berhampiran. Seolah-olah that gadget of yours is much more important than them.

Kalau tengah hang out, you are the master planner, and during your day out with your friends, sahabat-sahabat lain sibuk ajak borak and you keep playing whatever is inside your phone, as if game dalam phone tu akan expired kalau tak main.

Ok, ok, bayangkan macam ni. You have not meet your best friend for months or years, yet when you meet up each other, he or she keeps playing with his or her phone until he or she abandoned, ignored you as if you were not there. How will you feel?

Disrespect. Penghormatan diberi lebih kepada our gadget instead of the beloved one.

Bahagikan masa. Don’t let your phone or tab or note or whatever you might have, menjauhkan jarak anda bersama mereka yang sudah dekat. When you are with them, eating time, watching movie, hanging out, try to not to spend your time too much on your phone, keep your phone away, trust me, you will have time to spare on your phone later, before tidur ke, waktu alone ke, so tak lah rasa lonely sangat kan?

I’ve posted this before, but it seems now is a better time for me to post it again for everyone to watch. Just take the positive part of it. You can make the difference. RESPECT PEOPLE. If you really love your family, your friends around you, keep your gadget away when you are with them. Trust me, kalau sebegini, yang jauh seperti di Ireland, yang dekat macam yang serumah, akan semakin dekat. Your facebook, your twitter, your blogspot, wordpress, instagram, bla bla bla, will wait, PERCAYALAH, they won’t run away.



Ok, Assalamualaikum. Selamat mengambil iktibar (termasuk penulis sendiri). :-)

Monday, March 18, 2013

Kisah Mereka (Part 2)


Mata aku terus memerhati. Melihat gelagat dua sahabat ini. Kadang kala hati menjadi iri dengan kehebatan mereka. Kehebatan yang lahir dari kesadaran mereka. Berusaha untuk kembali dengan keimanan yang tinggi, mengisi jiwa dengan bekalan untuk dibawa ke dunia sana.

Hubungan mereka dengan Allah, di mata aku, cukup hebat.

Abu mengimamkan aku pada malam itu.

“Abu, kalau solat nanti, baca laju sikit tau, dah tak larat dah ni,” kata aku yang sering aku lafazkan sebelum solat. Namun malam itu berbeza. Mendengar bacaannya tiba-tiba mengusik jiwa. Hati aku seolah-olah berbisik kepada aku, “Luangkanlah masa untuk Allah, kita mahu Allah sentiasa mendampingi kita, tapi kenapa kita sering tergesa-gesa tatkala meminta kepadaNya?”

Tidak banyak berkata-kata, aku lebih banyak mendiamkan diri pada malam itu. Merenung, sejauh mana keikhlasan aku, kesungguhan aku beribadah kepadaNya. Namun seperti biasa, hanya seketika. Aku sering lupa, sering alpa.

Jam 12 malam.

Aku tersedar diri aku sedang terbang, melintasi sebuah kawasan di bumi Allah. Aku tidak lagi berpijak di bumiNya. Kata-kata aku tidak kedengaran orang di sekeliling. Jenuh aku berteriak, tetapi teriakan aku tidak berbalas.

Hati aku berdegup kencang, mata aku melilau. Alhamdulillah, mainan tidur rupanya. Namun, hati terlalu takut untuk terus lelap, lalu aku menghampiri Ali yang tidur berdekatan lalu mengejutnya. Mungkin Ali terlalu penat, maka aku merebahkan tubuh aku di sebelahnya. Hati kembali tenang. Tiba-tiba, Ali meletakkan tangannya di atas kepala aku, membuatkan aku rasa “selamat”.

Uhibbuka Fillah……

Malam berganti. Waktu menunjukkan sepertiga malam. Aku masih belum mampu melelapkan mata. Sedang aku cuba melabuhkan sekujur tubuh ini, betapa mata ini begitu ingin dilelapkan, nafasku tersangkut-sangkut. Aku bangun, dan cuba berbaring semula, tetapi keadaan masih sama. Sekali lagi, aku cuba mengejut mereka, tetapi hati tidak kesampaian. Melihat Ali dan Abu, tidur bersebelahan dengan nyenyak membuat aku rasa serba salah untuk menggangu.

Aku menghubungi sahabat aku di India. Walaupun jauh, mungkin dia bisa membantu, dengan kata-kata. “Kejut dieorang, kau semput ni, bahaya, jangan main-main,” tegur Firdaus. Aku tersenyum. Memori kembali meresap ke dalam minda. Terkenang saat di kolej dulu. Dulu dia ada, sekarang jarak memisahkan, tetapi pesanan yang sama tetap aku terima. Terima kasih sahabat. J

Aku masih tidak bisa tidur. Aku merenung Abu dan Ali dari tempat tidur ku. Melihat mereka tidur bersebelahan. Hati menginginkan salah seorang daripada mereka untuk bangun dari tidur, tetapi keakraban mereka walaupun sewaktu tidur, membuat aku hanya mampu memerhati. Nafas ini masih tersangkut-sangkut. Ya Allah, mungkin Kau cuba menyampaikan sesuatu kepadaKu.

Hidup aku di negara orang membutuhkan kesabaran yang tinggi. Kekuatan, bukan sahaja fizikal, malah mental dan rohani amat aku tagihkan. Allah menyampaikan kekuatan daripadaNya melalui sahabat-sahabat aku.

Tetapi mereka ada kehidupan mereka sendiri, fikir aku. Jadi, aku tidak mahu membebankan mereka. Aku tidak mahu menyusahkan Ali dan Abu. Maka, aku terus mendiamkan diri......


-Bersambung-

Saturday, March 16, 2013

Kisah Mereka (Part 1)


Jam tiga.

Allahuakbar Allahuakbar~

Kuat suara Abang Luqman mendendangkan azan. Aku terus merenung ke luar jendela, merenung jauh hingga ke awan biru. Hati meronta-ronta, menjerit kemalasan. Fikir aku, “Aduh, baru hendak tidur, dah masuk waktu pula,”

Lailahaillallah~

Tubuh aku masih kekal di atas katil. Bunyi percikan air menghempas lantai kedengaran dari luar kamar. Sahabat-sahabatku begitu rajin menunaikan solat. Mereka jarang melambatkan waktu. Malah, ada yang tidak pernah lewat. Walaupun sekali.

Aku gagahkan juga hati ini untuk bangun, walau dengan perasaan malas yang kuat memaksa diri untuk terus berpeleseran di atas katil. Setiap langkah kaki ini seolah-olah menjadi berat, seperti ditarik oleh adik-adikku sewaktu di rumah. Rindu pula keadaan di Malaysia. Sedang kaki ini berjalan menuju ke anak tangga, setitik demi setitik air mulai mencurah ke bumi.

Hujan. Awan menangis lagi. Angin meniup seolah-olah memujuk. 

Aku melihat ke luar rumah, mata ke terus memandang ke langit. “Pintu lagi terbuka, doa senang makbul ni,” monolog ku sendirian.

Selesai salam, aku menolehkan kepala ku ke kanan dan kiri. Terkumat-kamit semuanya memohon doa kepada Yang Esa. Tiba-tiba, mataku tertangkap oleh seorang figura hebat yang selalu menjadi kebanggaan ku. Tangannya dirapatkan, matanya terpejam meminta sesuatu daripada Allah. Aku terus memerhati.

Tiba-tiba, air matanya menitis. “Eh, kenapa dia nangis ya?” Termanguku seketika. Aku merapatkan diri dengannya tetapi kehadiranku mungkin tidak disedari. Mata aku terus menatap titisan air yang terus keluar dari kelopak matanya. Aku menjadi tertanya-tanya. Bingung. “Mungkin dia ada masalah kut,” aku menjawab soalan yang aku ukirkan sendiri.

Kaki bersarungkan selipar jepun, berseluarkan seluar coklat. Aku pulang dan terus melepaskan diri aku ke atas katil semula. Lega rasanya. Penat yang ada seakan-akan hilang, masalah yang bergelumang di benak seperti lesap di awangan. Sahabat aku masuk dan turut merebahkan penggungnya bersebelahan denganku.

“Wan, kau nampak Ali kat masjid tadi?”

“Ha, nampak, kenapa dia? Menangis aku tengok tadi. Dia ada masalah ke?”

“Tak adalah. Tadi dengan aku, dia ok je. Kagum aku dengan dia. Begitu senang menangis depan Allah.”

Aku terdiam. Lidah seakan tidak mampu berkata-kata. Terfikir aku sejenak akan apa yang dikatakan oleh Abu sebentar tadi. Ali menangis depan Allah. Ali menangis, merayu kepada Allah. Dalam doa. Dalam ibadahnya kepada yang esa. Aku? Nak ke masjid pun malas. Apatah lagi melelehkan air mata di depanNya.
Hebat si Ali. Hebat juga di Abu. Kedua-duanya begitu berusaha mendekatkan diri dengan Maha Berkuasa. Seolah-olah, esok tiada lagi buat mereka. Aku kagum melihat mereka. Tatkala pulang selesai solat, Al-Quran tujuan pertama mereka. Aku? Kalau tidak handphone, computer. Bukan itu yang akan menjadi saksi aku nanti, tetapi kenapa aku tidak pernah sedar?

Ali. Bacaannya merdu, hafalannya lancar. Abu? Terus gigih mengkaji, tekun meneroka ilmu Islam. Kini, mata aku tetap merenung Ali yang baru sahaja pulang dari masjid. Karakternya di luar, seperti kami, seperti yang lain, orang kata, gila-gila ayam. Tetapi dengan Tuhan? Aku malu dengan mereka. Aku segan setiap kali perbualan kami berisikan dakwah, kerana aku tahu, aku tidak standing mereka. Aku bangga punya sahabat seperti mereka. Namun, kenapa tidak terdetik hati ini untuk menjadi seperti mereka?

-Bersambung-

Thursday, March 14, 2013

Short Message For Today

Ikhlas.

"Buat apa aku berkawan dengan dia, tak pernah sedar pun kewujudan aku, tak nak aku terhegeh-hegeh dekat dia," ujar si A.

"Sedih ada, marah pun ada, punyalah aku pedulikan dia, tapi time aku, dia buat tak tahu je," ujar sang B.

Penulis pasti, ramai daripada kita yang mengalami perkara yang sama. Siapa kata cinta dengan kekasih je yang bertepuk sebelah tangan? Rasanya dengan kawan-kawan, para sahabat keadaan yang sama pasti berlaku, malah lebih parah. Cuma kita lebih perasan cinta sebelah tangan sesama kekasih, kerana itu lebih dititikberatkan. Lumrah manusia.

Pernah atau tidak kita merasakan kehadiran kita dalam hidup sahabat kita hanya sekadar singgahan? Pernah atau tidak kita merasakan yang kita dah cuba paling baik dalam persahabatan kita, tapi tidak diendahkan? Pernah atau tidak, kita merasakan seolah-olah diri kita diabai? Pernah atau tidak kita merasakan kehadiran diri kita tidak sepenting yang lain, seolah-olah kita tidak diperlukan?

Pasti pernah. Kalau tidak, anda sangat beruntung. Bersyukurlah kepada Allah. Bagi yang pernah, juga harus bersyukur kerana sesungguhnya Allah sedang menguji kita. Menguji keihklasan kita, sejauh mana kita bersungguh dalam persahabatan kita. Jika benar kita ikhlas, bersahabat kerana Allah, nescaya kita akan dicemburui oleh para penghuni langit di kemudian hari. Segolongan manusia yang berkasih sayang kerana Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan, muka-muka mereka ada cahaya dan mereka berada di atas cahaya. Hebat tak hebat?

Belajarlah memberi lebih daripada menerima. Penulis tahu, pasti rasa sakit dalam diri apabila usaha kita dalam persahabatan seolah-olah dipandang enteng, tidak laku di mata sahabat yang kita harapkan, namun belajarlah ikhlas dalam persahabatan. Kita tidak mudah mengubah persepsi manusia, maka janganlah berharap pada manusia setinggi harapan kita kepada Allah. Allah tidak akan padamkan harapan hamba yang sabar dengan ujianNya.

Sekadar peringatan buat semua. Biarlah usaha mereka tidak sekuat kita, yang penting, niat kita sebenar-benarnya kerana Allah. Assalamualaikum.



















Friday, March 1, 2013

Kronologi Kehidupan



"Abang Shazwan, tadikan ada pelajar merokok kat tandas, bila kita orang tegur, dia maki kita orang balik.."

"Sekarang saya menjemput pengawas yang bertugas untuk bacaan doa.." Terkenang memori di sekolah. Sewaktu di sekolah, lebih-lebih lagi sekiranya kerja sekolah bertimbun, hati ini sering meronta-ronta, bilalah nak habis sekolah ni?

But sekarang, hati meronta-ronta ingin pulang ke zaman persekolahan. It was very sweet indeed isn't it?

Pengalaman yang diperoleh sewaktu sekolah menengah, lebih-lebih lagi sewaktu menyandang jawatan KP was really precious.

Life goes on. July 2009, penulis diterima ke INTEC, alhamdulillah di bawah tajaan JPA. Setiba di INTEC, penulis berasa sangat terkejut. Almaklumlah, penulis bukannya berasal dari asramah penuh, maka selama ini, penulis hanya bersama dalam kalangan warga KL.

Now, satu Malaysia, from bandar from desa, semuanya berkumpul di situ.

Minggle around with a bunch of geniuses really freaked me out. However, I met a lot of superbly great people. They are responsible of who I really am now. They helped me to get to know more about Islam. They accepted me for who I really am.

And I met these 10 wonderful people.

Who are they?

They are those people who are willing to correct you when you are wrong. They are those people who accept you for who you really are. They are those people who make you feel calm when you're nervous. They are those people who make you happy when you feel sad. In one word, they make your life meaningful.

We plan, but Allah decides. He knows the best for all of us. When a-level result was out, i was never expecting us to seperate this way. Some of us who were supposed to go to ireland, were changed to India. Some of us are now in Indonesia. Bersepah-sepah.

Teringat pada tanggal 16/8/2012 itu, bagaimana sekeping kertas keputusan mengubah perjalanan hidup masing-masing.

"Wan, jom kita duduk kat pondok, tenangkan diri, semua yang terjadi ini pasti ada hikmahnya wan.." kata-kata seorang sahabat yang datang memujuk. Air mata tak berhenti mengalir. Datang lagi seorang sahabat memeluk erat. Waktu itu waktu zohor. Keadaan di pusat islam INTEC amat suram hari itu. Hari cerah, tapi tidak langsung membantu hati yang terkejut, kecewa akan apa yang berlaku.

"Jangan pernah lupakan aku ye. Sahabat selamanya.." Pesanan terakhir sebelum penulis memulakan langkah baru ke Jakarta. Hati sebak, melihat dari bawah sahabat-sahabat yang lain melambai tanda perpisahan. Entah bila kita akan berjumpa, berkumpul semula. Walau bagaimanapun, hati ini gagah menahan sebak di dada.

Pertemuan itu permulaan untuk perpisahan. Kini penulis di Indonesia. Keadaan terlalu berbeza berbanding di INTEC. Yang pasti mereka sudah tiada. Jauh merentas lautan. "Good friends are always with you where ever you are, just like stars, very far away, but can always be seen" my mom keeps telling me this.

At least I still have Muhamad, Aman and Apai.

Plus, there are many new friends to make. Although it is still very new, ice is ready to break.

Now, umur penulis dah mencecah 21. Sudah mula suara-suara yang bertanya, dah ada yang punya ke?

Sahabat penulis ramai yang sudah memikirkan soal tunang. Kahwin. Kenduri. Walimatulurus. Penulis? Calon pun masih belum ada. Lagipun, banyak lagi kelemahan yang perlu penulis perbaiki.

Kahwin ini satu tanggungjawab. Ingat kata-kata seorang guru sewaktu di sekolah dulu, "Kahwin ni, nak menggedik-gedik waktu awal-awal sahaja. Nak kahwin jangan fikir part gedik tu je, tanggungjawab, amanah tu perlu dipikul sehabis baik. Kahwin, bukan sesuatu dalam jangka masa pendek, kita nak kekal hingga ke syurga"

Tanggungjawab. Amanah. Nak sara keluarga baru, penulis perlu persiapan terlebih dahulu. Persiapan diri dalam segenap sudut. Penulis mahu ianya kekal, bukan sekadar melepaskan batok di tangga.

Tak lama lagi, adalah sahabat penulis yang akan mendirikan rumah tangga. Yang pasti, keadaan pasti akan tidak sama. No more "weyh, jom mamak", no more " rindu badminton lah, jom jom", no more "jom sydney!".. Boleh, bukan tak boleh, but it wont be the same.

Penulis faham, until one stage, semua orang akan bermula memikirkan hal ini. Penulis faham. Makanya, penulis mendoakan yang terbaik buat mereka. Sekiranya sudah sampai jodoh mereka, penulis doakan kebahagiaan mereka kekal hingga ke jannah firdaus.

Penulis sendiri?

Wallahualam.. Penulis berserah kepada yang esa. Lihatlah kronologi, daripada seorang budak sekolah, sehinggalah kini. Walaupun baru sahaja 21, orang kata darah masih panas, tapi penulis harus sentiasa bersedia. Anytime, anywhere, nyawa boleh ditarik. Pergi buat selamanya.

Mengambil kesempatan ini, kepada sahabat yang membaca, penulis mendoakan yang terbaik buat semua. Kepada keluarga, thank you for always there for me. Jatuh bangun, berdiri duduknya penulis, mereka sentiasa di sisi, tidak putus-putus dengan sokongan.

Thank you guys. No matter where I am, insyaAllah i will always love all of you. Tanpa kalian, siapalah penulis. Begitulah coretan kali ini. Maaf kalau ada salah di mana-mana.

Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah, yang buruk itu juga daripada Allah dan disandarkan kepada saya. Assalamualaikum.