Mata
aku terus memerhati. Melihat gelagat dua sahabat ini. Kadang kala hati menjadi
iri dengan kehebatan mereka. Kehebatan yang lahir dari kesadaran mereka.
Berusaha untuk kembali dengan keimanan yang tinggi, mengisi jiwa dengan bekalan
untuk dibawa ke dunia sana.
Hubungan
mereka dengan Allah, di mata aku, cukup hebat.
Abu
mengimamkan aku pada malam itu.
“Abu,
kalau solat nanti, baca laju sikit tau, dah tak larat dah ni,” kata aku yang
sering aku lafazkan sebelum solat. Namun malam itu berbeza. Mendengar bacaannya
tiba-tiba mengusik jiwa. Hati aku seolah-olah berbisik kepada aku, “Luangkanlah
masa untuk Allah, kita mahu Allah sentiasa mendampingi kita, tapi kenapa kita
sering tergesa-gesa tatkala meminta kepadaNya?”
Tidak
banyak berkata-kata, aku lebih banyak mendiamkan diri pada malam itu. Merenung,
sejauh mana keikhlasan aku, kesungguhan aku beribadah kepadaNya. Namun seperti
biasa, hanya seketika. Aku sering lupa, sering alpa.
Jam
12 malam.
Aku
tersedar diri aku sedang terbang, melintasi sebuah kawasan di bumi Allah. Aku
tidak lagi berpijak di bumiNya. Kata-kata aku tidak kedengaran orang di
sekeliling. Jenuh aku berteriak, tetapi teriakan aku tidak berbalas.
Hati
aku berdegup kencang, mata aku melilau. Alhamdulillah, mainan tidur rupanya.
Namun, hati terlalu takut untuk terus lelap, lalu aku menghampiri Ali yang
tidur berdekatan lalu mengejutnya. Mungkin Ali terlalu penat, maka aku
merebahkan tubuh aku di sebelahnya. Hati kembali tenang. Tiba-tiba, Ali
meletakkan tangannya di atas kepala aku, membuatkan aku rasa “selamat”.
Uhibbuka
Fillah……
Malam
berganti. Waktu menunjukkan sepertiga malam. Aku masih belum mampu melelapkan
mata. Sedang aku cuba melabuhkan sekujur tubuh ini, betapa mata ini begitu
ingin dilelapkan, nafasku tersangkut-sangkut. Aku bangun, dan cuba berbaring
semula, tetapi keadaan masih sama. Sekali lagi, aku cuba mengejut mereka,
tetapi hati tidak kesampaian. Melihat Ali dan Abu, tidur bersebelahan dengan
nyenyak membuat aku rasa serba salah untuk menggangu.
Aku
menghubungi sahabat aku di India. Walaupun jauh, mungkin dia bisa membantu,
dengan kata-kata. “Kejut dieorang, kau semput ni, bahaya, jangan main-main,”
tegur Firdaus. Aku tersenyum. Memori kembali meresap ke dalam minda. Terkenang
saat di kolej dulu. Dulu dia ada, sekarang jarak memisahkan, tetapi pesanan
yang sama tetap aku terima. Terima kasih sahabat. J
Aku
masih tidak bisa tidur. Aku merenung Abu dan Ali dari tempat tidur ku. Melihat
mereka tidur bersebelahan. Hati menginginkan salah seorang daripada mereka
untuk bangun dari tidur, tetapi keakraban mereka walaupun sewaktu tidur,
membuat aku hanya mampu memerhati. Nafas ini masih tersangkut-sangkut. Ya
Allah, mungkin Kau cuba menyampaikan sesuatu kepadaKu.
Hidup
aku di negara orang membutuhkan kesabaran yang tinggi. Kekuatan, bukan sahaja
fizikal, malah mental dan rohani amat aku tagihkan. Allah menyampaikan kekuatan
daripadaNya melalui sahabat-sahabat aku.
Tetapi
mereka ada kehidupan mereka sendiri, fikir aku. Jadi, aku tidak mahu
membebankan mereka. Aku tidak mahu menyusahkan Ali dan Abu. Maka, aku terus
mendiamkan diri......
-Bersambung-
No comments:
Post a Comment