Followers

Follow by Email

Sunday, April 22, 2012

Kisah Persahabatan

Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu yang berselisih dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat. (Hujurat: 10)

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu darinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk. (Ali-‘Imran: 103)

“Hari ini hari terakhir semester empat, selepas solat jumaat, apa kata kalau kita ke pusat boling?”

Mior mengajak rakan-rakannya yang lain tatkala azan Zohor berkumandang. Suhaimi, rakan baik Mior sekadar membalas ajakan tersebut dengan satu senyuman. Suhaimi tidak beberapa gemar utk bermain boling, apatah lagi pada keesokan hari dirinya akan menghadapi peperiksaan akhir Pengajian Islam. Dalam hatinya terfikir untuk mengisi waktu petang dengan mengulang kaji pelajaran berbanding ke tempat lain atau melakukan perkara lain.

Hujan membasahi bumi tatkala matahari menyepi. Mior merenung ke luar jendela dengan harapan agar hujan segera berhenti. Farid, seorang lagi rakan Mior bersuara, “kata tadi nak main boling, jom lah, waktu pun dah pkul 3 dh ni.” Mior terus membisu sambil menjeleng ke arah Farid, seolah2 memberi isyarat utk berhenti mengomel. “Kan hujan kat luar tu, tggu lah hujan berhenti dahulu,” sahut Suhaimi yang suaranya tidak beberapa jelas kedengaran dek ditenggelami hentakan air hujan yang mencurah-curah jatuh ke bumi Allah.

“Kau tidak mahu turut serta, Mi?” Tanya Farid yg mahukan Suhaimi menyertai mereka wlupun sedar bahawa Suhaimi jelas akn menolak pelawaan tersebut. “Tidak mengapalah Farid, aku nk ulang kaji agama sekejap ni, petang nanti pun dah berhajat nak ke pusat akuatik, dah lama mengidam nk berenang,” kata Suhaimi sambil ketawa kecil. Mior masih terus merenung ke luar, seakan-akan orang bercinta menantikan ketibaan kekasih yang sudah lama terpisah.

Waktu sudah pun pukul 5 petang. Matahari baru sahaja menyinar semula, melimpahkan cahaya pemberian Ilahi demi menceriakan hati-hati penghuni bumi yang lama menanti. Kekecewaan jelas terukir di raut wajah Mior yang tidak berkesempatan utk ke pusat boling. Sebagai rakan baik, bagi menggembirakan Mior, Suhaimi mengajaknya trut serta ke pusat akuatik. Tanpa sebarang bantahan, Mior trus bersetuju. Setibanya di pusat akuatik, tiada langsung wajah kekecewaan terukir pada wajah Mior. Hatinya melonjak-lonjak kegembiraan seperti kanak-kanak yang baru sahaja diberi alat permainan. Belum lagi sempat Suhaimi mengajaknya, Mior telah pun terjun ke dalam kolam renang dengan perasaan yang sungguh ceria.

“Eh, Mior, sudahlah, dah nak maghrib dah ni, lain kali kita sambung semula ya?” Ajak Suhaimi sambil memerhatikan jam dinding di sebelah kolam renang. Mior, walaupun keletihan, masih sempat berenang beberapa meter sebelum mengambil keputusan utk akur dengan ajakan rakan baiknya itu. Sesudah solat maghrib, Suhaimi mengajak Mior utk makan malam di sebuah gerai yang terkenal dengan masakannya yang enak serta harganya yang murah. Mior berstju, lantas laju menunggang motosikal menuju ke arah destinasi. Suhaimi bersama rakan-rakan yang lain pula menaiki kereta Wira milik Suhaimi sendiri, meluncur ke tempat yang dicadangkan.

“ABC satu, mee kungfu satu ya,” pesan Suhaimi yang tiba lebih awal ke gerai yang dimaksudkan. Sedang mereka bergurau senda, ketawa terbahak-bahak membingitkan suasana, Suhaimi menerima sebuah panggilan daripada nombor yang tidak diketahui.

“Assalamualaikum. Ye, ni siapa?”

“Waalaikumsalam, Mi, ni aku, Mior. Aku dengan Farid ni…”

“Ha, kenapa Mior? Ada apa2 yang terjadi ke? Ni nombor siapa ni?”

“Mi, aku accident lah. Teruk juga. Terlanggar sebuah motor lain dekat simpang tadi. Sekarang aku ada dekat tepi tasik. Bleh tolong jemput aku?”

Trus Suhaimi memecut laju menuju ke tempat yang Mior jelaskan. Hati Suhaimi berdegup laju, seolah-olah meminta dirinya utk cepat tiba ke tempat kemalangan. Dirinya sgt rsau akan Mior dan Farid kerana mereka sahabat karib yg amat menyayanyi antara satu sama lain. Setibanya di tempat kejadian, tanpa bnyk berkata, Suhaimi segara memapah Farid dan Mior ke dalam kereta, lalu segera ke hospital berkenaan. Pilu hati Suhaimi melihat keadaan rakannya yang cedera teruk akibat kemalangan tersebut. Air mata bergenang pada matanya, namun disorokkan agar tidak kelihatan.

Sebagai seorang sahabat, Suhaimi cuba utk melakukan yang terbaik buat Mior. Disapukan ubat pada luka, disuapkan makan, dimandikan serta diambilkan wuduk utk menunaikan kewajiban. Tidak pernah ada istilah putus asa atau niat meminta balasan, segala usaha Suhaimi adalah ikhlas buat memudahkan urusan sahabatnya yang cedera teruk. Sekali sekala, dirinya terasa tidak berguna, gagal dalm menjadi sahabat yang baik kerana tidak menjaga Mior dengan baik sehingga terlibat dalam kemalangan. Namun, Ahmad, teman sebilik Suhaimi kerap memberi semangat dan nasihat kepada Suhaimi agar tidak terlalu menyalahkan diri sendiri.

“Tidak mengapalah Mior, semuanya ada hikmah, insyaAllah,” pujuk Suhaimi menenangkan Mior yang mengerang kesakitan. Jelas terpampang di raut wajah Mior bahawa dirinya sedang marah. “Aku xnak sushkan ko Mi, xpyh lah buat semua ni, aku bleh bwat sndiri.” Kata Mior yang sekali sekala membuatkan Suhaimi berasa sedih kerana tidak berupaya melakukan apa-apa. Sygnya Suhaimi kepada sahabatnya itu, Allah sahaja yg tahu. Dalam keadaan sperti ini, Suhaimi merasakan dirinya kerdil, tidak mampu melakukan apa-apa dalam membantu Mior, malah merasakan dirinya menyusahkan Mior.

Semua perkara Suhaimi kerjakan, pasti Mior akan didahulukan. Namun Mior, seorang lelaki yang cekal tidak mahu menyusahkan Suhaimi, maka disruhnya Suhaimi berhenti menolongnya. Suhaimi yang tidak tahu apa yang patut dilakukan, hanya menurut apa yang Mior ungkapkan. Cuma sekali sekala, ada suara-suara yang menyatakan bahawa Suhaimi seorang sahabat yang tidak prihatin kerana tidak cuba membantu Mior sedaya upaya. Menitis air mata Suhaimi membasahi pipi kerana tidak tahu apa yang sewajarnya dilakukan.

Sedang Suhaimi berjalan pulang ke asrama, dirinya tiba-tiba terjatuh dek denyutan di kepala yang sangat menyakitkan. Dirinya dikejarkan ke hospital oleh orang awam yang kebetulan melihat kejadian tersbut. Setibanya di hospital, doktor mengesahkan bahawa Suhaimi menghidap penyakit kanser yang kronik. Tiada apa yang mampu dilakukan, melainkan tawakal dan trus berdoa kepada Allah. Suhaimi meminta keluarganya merahsiakan hal ini drpd Mior kerana tidak mahu menambah beban yang sedang Mior hadapi, sehinggalah pada hari itu.. Hari di mana Suhaimi menghembuskan nafas yang terakhir..

“Sahabat baikku, Mior. Aku memohon maaf kepada kau kerana gagal menjadi sahabat yang terbaik buat diri kau. Aku cuba sedaya yang mampu, namun kehadiran diriku kdg2 menyusahkan. Aku cuma mahu yang terbaik buat kau, Mior. Sewaktu engkau kemalangan, aku ad hulurkan sejumlah wang kepada keluarga kau agar mereka dapt gunakan seandainya diri kau bertambah parah. Aku sedar yang diri aku xkn bertahan lama. Maafkan aku kerana tidak berterus trg berkenaan penyakit ku ini. Siang malam aku doakan agar kau cepat sembuh. Aku sygkan kau, Mior. Maafkan aku jika gagal dalam ukhuwah ini. Izinkan pemergian aku. Mohon doakan aku pula agar ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Jika diizinkan, insyaAllah, bersua kita sekali lagi di dunia yang kekal selamanya. Mior, kau lah sahabat terbaik aku. Halalkan makan minum, buat yang terbaik utk peperiksaan akhir nanti. Kirim salam pada semua. Sentiasa ingat, walaupun aku sudah tiada, namun hati aku msih tetap utk kau ya sahabat. Engkaulah antara kurniaan ilahi yang terhebat buat aku. Bersykur aku diberikan sahabat seprti kau, Mior. Namun, pertemuan pasti ada perpisahan. Apakan daya, Allah lebih mengetahui. Truskan kecekalan kau Mior, truslah berjuang di jalan Allah. Assalamualaikum, wahai sahabat terbaikku..”

Mior yang asalnya cekal, menitiskan air mata selepas membaca nota yang diserahkan kepadanya oleh ibu Suhaimi. Walaupun kehadiran Suhaimi hanya tinggal kenangan, namun jiwanya masih trus kekal, mengharapkan sahabat terbaiknya itu berjaya dunia akhirat, kerana itulah sebaik-baik ukhwah. InsyaAllah.

2 comments:

alief_kaizer said...

sahabat dunia akhirat insyallah ~

nazzrin ismail said...

Salam..
Nice story, tersentuh membacanya..
:)