Followers

Follow by Email

Sunday, April 1, 2012

Jepang

Perjuangan diteruskan ke bumi sakura.. Perkenalan yg pernah didahului dengan ucapan salam kini memasuki fasa perpisahan bagi meneruskan perjalanan masing2.. Tiada kata yang dpt mengungkap kesedihan yang terukir, namun terpksa akur kerana setiap pertemuan itu pasti ad perpisahan..

8 jam yang lalu, rakan-rakan KTJ INTEC berlepas ke jepun bagi menggapai cita-cita mereka menjd jurutera yg berjaya.. Membawa nama bangsa, agama dan negara, mereka cuba utk mengukir nama di persada dunia agar menjd insan yg mampu mengubah dunia ke arah yg lbh sejahtera.. Tatkala melambaikan tgn tanda perpisahan, fkiran melayang jauh mengenangkan memori yang telah terpahat dalam jiwa.. Bermula dengan iPROKHAS di Asahan, Melaka, tempat di mana semuanya bermula.. Disusuli pula dengan agenda atau jalan cerita dakwah bagi membawa nama Islam ke hati setiap insan yang ada.. AJTH, THE GIFT.. Juga kenangan-kenangan lain yg menyatukan ukhuwah yg sedia terjalin.. Cantik aturan ALLAH SWT.. Pertemuan yang mendtgkan pelbagai kebaikan, insyaAllah, moga mejadi benteng kekuatan di alam yang kekal abadi..

Tiada kata secantik bahasa.. Terima kasih buat semua yang telah menceriakan hari-hari yg berlalu.. Penulisan kali ini ditujukan khas buat rakan-rakan KTJ yang telah berkorban dalam perjuangan sahabat di jalanNya.. Kepada DIA, sepuluh jari memohon maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah bicara, tiada niat di hati untuk mengecilkan atau melukakan hati di sana.. Segala nasihat, kata-kata semangat akan terpahat dalam jiwa, moga menjadi insan yang lebih kuat menghadapi ujianNya.. Terkilan kerana coretan pertemuan hny sementara, namun berhrp agar coretan ini berterusan selagi Allah mengizinkan.. Syukran, Alhamdulillah kerana dikurniakan kekuatan melalui ANDA.. Tabahlah menghadapi ujian di sana, saya di sini mendoakan agar segala urusan dipermudahkan, insyaAllah..

Persahabatan yg terukir, bercambah menjadi bunga yang mekar, namun apabila musimnya tiba, bunga-bunga gugur ke bumi, tanda sujud kepada Allah yang mencipta.. Namun gugur tidak bermakna selamanya, kerana akan tiba pula masanya, bunga-bunga ini akan kembali menguntum, menghiasi dunia yang penuh fatamorgana.. Assalamualaikum wrt.. :'-)

1 comment:

julia pasrah ariffin said...

insyaAllah :) terima kasih wan...moga terus kuat juga di sana,meneruskan tanggungjawab untuk agama dan sebagai hambaNya :)