Aku kembali menyoal diriku, knp hati ini terasa kosong? Aku juga menjadi hairan, kerana seblum ini, setiap kali perasaan ini timbul, hati aku mudah terbawa2.. namun kini, hati aku msih tguh, seakan-akan tiada apa yg berlaku, wlupun aku tahu, suara hati memberitahu bahawa diri aku kosg seketika..
Aku cemburu melihat rakan-rakanku yg sentiasa cube menghampiri Allah yang esa.. Aku berasa sungguh kerdil kerana msih lagi jauh berbnding mereka yg sntiasa berusaha.. Wajarkah aku berasa cemburu?
Aku kagum melihat kehebatan rakan-rakanku dalam apa jua bidg yg mereka ceburi.. Ada antara mereka yg aku relakan kehebatan mereka.. Namun ad pula yg aku cemburui, sehingga membuatkan aku sntiasa mencari jalan utk setanding dgn mereka.. Adakah ini perasaan yg elok?
Aku persoalkan diri aku.. Siapakah aku sbnrnya? atau siapa pula aku di mata rakan-rakan ku? aku ingin tahu, di manakah posisi aku buat mereka? adakah hny rakan sementara, atau rakan sejati buat menemani perjuangan di jalan ilahi? Sudah cukup kuatkah aku? sudah layakkah aku? setanding kah aku dgn yg lain? atau sekadar jemputan sementara buat mereka?
aku teliti kisah para sahabat baginda Rasulullah S.A.W.. Tenang aku membaca kisah persahabatan antara mereka, persahabatan yg sewajarnya diteladani.. mampukah aku merasakan perkara yg sama? sejujurnya, aku mengharapkn kisah yg sama.. Namun, yg mampu aku lakukan hnylh trus menghrp, kerana aku pasti, Allah tidak akan memutuskan hrpn hambaNya yg terus berhrp..
Setiap yg hadir dlm hidup kita, kepunyaan Allah berkuasa.. Bila-bila masa, nikmat yg dikecapi akan ditarik.. Persoalan aku, adakah apa yg aku rasa selama ini, adalah nikmat yg selama ini aku nanti, atau hny cubaan dr ilahi? aku bgaikan rasa kehadiran ku ini tidak bermakna, kerana aku tidak dpt rasakan apa2, wlupun aku ingin mengecapi perasaan itu.. Ya Allah, tnjukkanlah aku kebenaran..
Kosg seketika.. Aku seru namaMu ya Allah.. Isikan lah ruang2 hati ini dgn jwpn yg aku tagih drMu.. Jikalau jwpn itu seperti apa yg aku hrpkn, maka syukur kepadaMu ya Allah.. Namun jika jwpn itu tidak lah sprti yg aku minta, aku sedar, bahawa itulah yg terbaik buat ku, kerana Engkau maha mengetahui.. Yg aku pinta, satu jwpn buat segala teka teki yg melanda.. Pernah atau masih wujudkah "istilah" itu buat aku? Wallahualam..
No comments:
Post a Comment