Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancangUsah bertanya mengapa akuMengucap salam terakhir kepada muKerna waktu berputaranBimbang tak berkesempatanMelahirkan kerinduan terhadapmuDemi sebuah kenyataanYang amat menyakitkanAku yang tidak berdayaHanya berserah padaNyaSalam akhirSalam yang teristimewaKepadaNya ku memohon keampunanMelaluiNya ku beri kemaafanKepadamuAndainya aku punya waktuMasih ku ingin mengulangi semulaSaat indah bersama muSayang tak berkesempatanAbadikan saja salam ku di ingatanSalam ku yang terakhir
Masa xpernah berhenti berputar.. Masa silih berganti.. Sedar atau tidak, dua tahun di INTEC telah pun smpai ke penghujungnya.. Tarikh keramat 4 Julai 2010, waktu di mana aku menjejakkan kaki ke INTEC buat pertama kali hanya tinggal sejarah.. Dan kini, 25 Jun 2012, aku pulang ke rumah membawa seribu satu memori terindah yg telah aku peroleh sepanjang 4 semester di INTEC.. Subhanallah, mcm2 yg aku belajar, mcm2 yg aku terima.. Sungguh manis kenangan itu.. Alhamdulillah, kehidupan di INTEC sedikit sbnyk telah mendekatkan aku kepada Allah.. Dek kerana tenaga pengajar juga para teman, aku seolah2 menerima 'wake up call'.. terlalu bnyk utk aku simpulkan melalui tulisan, tetapi akn ku cuba ukir kata2 menggambarkan betapa indahnya pengalaman yg ditimba selama bergelar mahasiswa INTEC..
Tenaga pengajar.. Allah, hebat sungguh mereka.. Tidak pernah berhenti mengajar para pelajar walaupun pelbagai ragam telah ditonjolkan.. Kepada semua yg telah mengajar saya, terima kasih daun keladi, sesungguhnya kata2 terima kasih ini tidak mampu membalas segala jasa yang telah dicurahkan.. Saya memohon agar para pensyarah mendoakan yang terbaik buat saya dan rakan2 dalam perjalanan menuju ke arah insan yang bergelar doktor satu hari kelak, insyaAllah...
Sahabat.. Ramai yang telah aku kenal.. Pelbagai jiwa, pelbagai rupa, pelbagai ragam, iyalah, warna kulit pun berbeza2kan.. Housemate di Cendana, subhanallah, hebat2 kesemuanya.. Mereka telah mendekatkan aku kepada Allah, syukur Alhamdulillah, dengan adanya mereka, aku mula kenal erti Islam sebenar.. aku juga kenal erti pengorbanan dalam persahabatan.. Akan aku kenang semua gelak tawa di bilik kerana aku tahu itu sume tidak akan berulang kembali.. Mun, Ain, Che Pah, Syad n Kirin, terima kasih utk kenangan itu.. Housemate di Cemara.. Hmm, perlunya sedikit huraian berkenaan seorang2 daripada mereka:
1. Aisar
Salah sangkaan ku selama ini.. Pada semester 3, aku sgkakan aku tidak boleh 'ngam' dgn bdk sorg ni.. Iyalah, org pun kata, xknl maka xcinta.. Aku cuba mengelakkan diri drpd bersgka buruk dgn dia, maka aku cuba mendkatkn diri dgn dia.. lama kelamaan, aku sdar siapa aisar sbnrnye.. Spnjg persediaan A-level, aku bnyk menghbskan masa dgn dia.. Satu per satu sifat berkenaan aisar yang aku mula tahu.. Rupa2nya, aisar punyai jiwa yg sgt lembut, cuma tidak digmbrkan.. mudah tersentuh.. dia juga seorang yg sgt tetap dgn pendiriannya.. Klu xnk, ckp xnk.. Ini yang cuba aku terapkan dlm diri aku.. Aku bnyk bljr drpd dia, supaya menjd seorng yg lbh kuat.. Aku sgt selesa dgnnya selepas kenal siapa dia sbnrnye.. Memandangkn dirinya anak bongsu, aku pula anak sulong, aku berasakan seolah2 abg kepadanya.. Walaupun sebaya.. hehe.. Dats explain y aku xkish utk buat apa2 utk dirinya, selagi bukan dosa.. Aku kisah dan pedulikannya.. n aku tahu, he is one and only of his type n xd pengganti.. Aisar, if u read this, remmbr what i told u.. ALWAYS remember ok?
2. Aiman
Baru sahaja mengucapkan kata2 selamat tggal kepadanya tadi di stesen bus.. Allah, mencurah air mata aku tatkala kami berpelukan.. Teman sebilik ku, rakan sebelah katil aku.. maka bnyk sgt kenangan aku ngan dia.. bersembang sehingga tidak tidur, ke hulu ke hilir bersamanya, bersepak terajang, subhanallah, dalam tempoh aku berkenalan dgnnya, terikat satu tali persahabatan yg sgt erat.. Aku tidak tahu bagaimana nk digambarkan dlm tulisan, tetapi Aiman seorang yg sgt berbeza.. Sgt sgt berbeza.. Dia sentiasa rajin melayan karenah aku.. Bila aku nangis, dia akan sntiasa ada.. Bila aku sedih, dialah yg menemani.. Bila aku ketawa, dia turut sama ketawa.. aku berasa sungguh 'live' tatkala dgn aiman.. DIalah juga yg mnjd master plan utk hari jadi aku.. jd sewajarnya aku menangis tatkala kata2 perpisahan dilafazkan.. msih lagi aku menitiskan air mata menulis tulisan ini, kerana aku tahu n sedar, aiman xkn ad pengganti.. sedih aku mengimbau kembali saat2 aku bersamanya.. namun apakan daya, perpisahan pasti menyusul.. aku berharap, persahabatan ini kekal, insyaAllah ke firdaus, sesuai dgn nama pnjgnya.. Aiman, tq so much utk semua.. Aku xtahu nk kata apa.. Kenangan kau dgn aku terlalu bnyk.. akn aku kenang semuanya.. akn aku simpan semuanya man.. maaf klu prnh tersinggung.. :'-(
3. Mad
Seorang lagi yang menjd tempat bebelan aku.. Aku rasa dlm kalangan housemate2 aku, dialah yg plg byk yg aku buat dosa.. Mrh xbertempat, down xbertempat.. Aku tidak tahu, tetapi kdg kala aku terlalu menghrp dlm persahabatn yg telah terjalin ini.. aku bnyk menyusahkan diri mad, smpaikan aku tidak tahu reaksi sperti apa perlu aku lakukan.. kdg2 kala terlbih, kdg kala terkurg.. aku cuba jd yg terbaik utk sahabat seorang ini, tetapi apakan daya, kdg kala aku rse aku tdak mampu, tidak seperti apa yg dihrpknnya.. Maafkan aku utk itu.. Aku tidak lah sepandai, selucu, sehebat yg lain, namun aku cuba yg terbaik dlm pershbtn ini.. Mad seorang rakan yg baik, cuma kdg kala kami tidak sefahaman, mgkn dua2 anak sulong kowt, jadi 'kepala hantu' sikit berbanding yg lain.. InsyaAllah akan bersama ke manipal.. Jika dizinkanNya, bersua lagi di sana, bersamalah meniti kehidupan sbg pelajar medic..
Hafizi, Amman, Sol, Apai, Mek dgn Aizul, kalian pun bnyk mengjr sy erti persahabatan.. Akn sgt merindui kalian. Seorang2 dgn potensi masing2, terlalu sukar utk jumpa pengganti mereka.. Bilalah lagi akan diizinkan Allah utk kita bersua.. Sedih tatkala memikirkan soal ini.. Kenangan yang terpalit - makan bersama, gelak tawa bersama, berjalan bersama, tidur berhimpit, semuanya terlalu indah n bermakna buat aku.. Kepada classmates, fawzul, pika, azri, khairul, hakim juga yg len, terima kasih juga atas hilai tawa di dalam kelas.. tnpa kalian, kelam kelas itu..
Ya Allah, terima kasih atas kurniaan Engkau kepada aku.. Biasiswa juga kenangan di INTEC.. Sahabat2 yang telah Kau kirimkan kepada aku bukan calang2 org, mereka hebat2 belaka.. Beruntung dan bersyukur aku atas pemberian Engkau ini ya Allah.. Engkau menemukan kami, jua memisahkan kami.. Namun aku berhrp, perpisahan ini hny di dunia, dan persahabatan yg telah terjalin akan menjd semakin utuh dr semasa ke semasa.. Aku juga berhrp agar persahabatan ini mampu membwa kami bersama ke JannahMu ya Allah.. Kau berkatilah persahabatan ini.. Tiada apa yg mampu aku lakukan selain berdoa.. Terima kasih ya Allah, aku bersyukur sgt2 atas pemberianMu ini, pemberian yang paling berhrga, persahabtan kernaMu ya Allah.. Aku sygkan mereka keranaMu ya Allah.. Tabahkanlah hati aku dlm menmpuhi saat2 perpisahan ini.. Tidak tertnggung diri ini ya Allah... MAAFKAN JIKA ADA TERKURG DI SANA SINI WAHAI SAHABAT, jika tidak di dunia, insyaAllah di akhirat.. UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA.. UHIBBUKUM FILLAH.. Assalamualaikum..
3 comments:
salam.. insya Allah wan..semoga ukhuwah ini sentiasa terjalin sehingga ke jannatul firdaus,.. AMIN.. :)
salam.. be.. sori jugak be kalau selalu jadi punca ko down.. huu.. insya Allah.. semoga ukhuwah ini sampai ke jannatul firdaus k.. Amin.. :)
insyaAllah be.. aku slalu doa yg kita semua akn berjiran di sana kelak.. amin..
Post a Comment