Followers

Follow by Email

Tuesday, October 9, 2012

USAH SOK TAHU DONG!


Dalam hidup ini, kita bertemu dengan pelbagai jenis manusia. Ulama’ telah mengklasifikasikan manusia kepada empat jenis iaitu:

1.      Orang yang tahu, dan dia tahu bahawa dia tahu; Itulah orang yang berilmu – ikutilah mereka.

2.      Orang yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu; Itulah orang yang lalai – berilah mereka peringatan.

3.      Orang yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu; Itulah orang yang jahil – ajarlah mereka.

4.     Orang yang tidak tahu, dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu; Itulah orang yang degil - tinggalkan mereka.

Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
(Al-Baqarah 2:121)

Untuk post kali ini, penulis rasa tak perlulah penulis mengarang panjang. Penulis hanya nak menegur diri sendiri juga mengingatkan mereka yang berada di luar sana agar tidak selalu merasakan diri itu selalu betul. Manusia tiada yang sempurna, kalau tidak tahu, maka akuilah bahawa memang kita tidak tahu lantas perbaharui diri. Bagi mereka yang sudah tahu, berkongsilah. Ilmu yang bermanfaat itu insyaAllah membawa pahala buat bekalan ke akhirat kelak insyaAllah.

Ramai dalam dunia ini berasakan bahawa diri mereka lah yang terbaik, yang tahu segalanya. Peribahasa pun ada mengatakan, ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk, USAH SOK TAHU kata rakyat Indonesia. Percayalah, kalau rasa diri itu baik, di luar sana ramai yang lebih baik. Kalau rasa diri itu malang pula, percayalah, lebih ramai yang malang di luar sana. Sebagai manusia, pasti punya banyak kelemahan. Tiada yang sempurna. Belajarlah menerima kelebihan orang lain, janganlah sering merasakan kita terbaik dalam setiap perkara.

Satu lagi pesanan penulis, jangan mudah mengambil kesempatan ke atas orang lain. Contoh, Ali telah melakukan sesuatu tugasan dengan baik. Abu sebagai rakan setugas tidak melakukan apa, tetapi menumpang nama seolah-olah dial ah yang melakukan semuanya. Walaupun mungkin Ali ikhlas, namun sebagai seorang manusia yang harus punya sikap manusiawi, fikirkanlah keringat yang telah Ali lakukan. Jikalau kita sebagai Abu, sanggupkah kita mengambil kesempatan atas usaha orang lain? Lembu punya susu, sapi yang dapat nama. Semoga Allah memberkati usaha mereka yang seperti Ali.

Itu sahajalah pesanan penulis buat entri kali ini. Semoga menjadi iktibar buat kita semua. InsyaAllah. Assalamualaikum



1 comment:

nazzrin ismail said...

Assalamualaikum :)
Entri yg sgt mendalam. :)