Followers

Follow by Email

Friday, October 19, 2012

Yang Selalu Terlepas Pandang


Assalamualaikum Warahmatullah..

Salam pertemuan sekali lagi kepada para pembaca. Sudah hampir dua bulan penulis berada di bumi Jakarta, dan Alhamdulillah, semuanya sudah stabil di sini. Penulis sudah selesa dengan keadaan di rumah, juga keadaan di kampus. Penulis juga akan bersama-sama dengan ahli PKPMI (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia) yang lain dalam menjayakan Jakarta Bogor Mini Games. Selesa, tenang, namun something is missing.  Kemanisan ukhuwah yang penulis rasai dulu sangat sukar untuk punya pengganti. Semuanya indah ketika di Cemara dulu.

Faham

Ada orang mudah melafazkan kata, sukar melakukan tindakan. Ada orang senang mengungkap kata-kata janji, tetapi untuk melaksanakan, jauh sekali. Ada orang pandai bermain ayat, membuatkan sekeliling berasa terpujuk, namun ayat yang diungkap tidak disertakan dengan tindakan. Penulis kagum kalau ada orang yang kurang berkata-kata, tetapi lebih banyak bertindak. Action speaks louder than words. “Aku sayangkan ukhuwah ini”, “Percayalah kau kawan aku yang paling baik”, “Tak pernah aku jumpa kawan macam kau”, kata-kata yang sering kita dengar. Tetapi sejauh mana kita faham akan ungkapan kita ini? Apabila kawan sedang kesepian, adakah kita di sisinya? Apabila sahabat sedang kesedihan, sudikah kita menghulurkan bahu? Sukar kita untuk mencari sahabat yang memahami. Lebih ramai yang bersikap mementingkan diri sendiri, melakukan perkara yang disukai sahaja. Sebagai contoh, Ali gemar bermain futsal. Satu hari, Ali telah bercadang untuk bermain futsal namun sahabat baiknya sedang punya masalah. Adakah dirinya sanggup membatalkan niat untuk melakukan perbuatan yang disukainya itu? Sayang, ramai yang tidak memahami sahabat mereka. Lebih gemar melakukan apa yang disukai, dalam masa yang sama, mengabaikan kawan yang memerlukan. Kadang kala, ada sahabat yang punya masalah tetapi sukar untuk menceritakan. Kalau benar kita sahabatnya, fahamilah jiwa mereka. Selami diri mereka. Buanglah sikap pentingkan diri. Bukan semua orang seperti kita, kalau benar kita hendak bersahabat, harus pandai blend in, jangan mengharap untuk orang sentiasa mengikuti kita.

Janji

Kita sebagai muslim sedar akan tanggungjawab kita sebagai manusia. Beribadah kepada Allah selain bertindak sebagai khalifah. Penulis tertarik dengan khutbah jumaat siang tadi. Kata khatib, kandungan hadis dan Al-Quran, hampir 80% menceritakan hubungan sesama manusia. Betapa kita perlu juga menjaga hubungan dengan manusia selain daripada hubungan dengan Allah. Penulis nak sentuh berkenaan janji. Usah  berjanji kalau tidak mampu untuk tepati. Bagi sesetengah orang, walaupun janji tidak ditepati, mereka tidak kisah atau begitu peduli. Namun ada sesetengah orang pula, janji, kecil bagaimanapun, tetap janji dan jika tidak ditepati, mereka akan peduli. Kalau kita jenis yang tidak kisah sesuatu janji itu tidak ditepati, jangan kita samakan diri kita dengan orang lain. Berfikirlah sebegini, kalau dah janji, haruslah ditunaikan, melainkan keadaan memang tidak mengizinkan. Walaupun janji yang kecil. “Abu, nanti aku temankan kau pergi kedai.” Namun, selepas beberapa minit, “Abu, aku penatlah, tak jadi lah ek, kau pergi sendiri boleh?” Walaupun perkara kecil, janji tetap janji. Tunaikanlah, fikirlah akan perasaan orang lain.

Renungan

“Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”.
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Kata Ulama tidak beriman seseorang itu ialah tidak sempurna iman seseorang itu. Di dalam kitab hadith 40 an-Nawawi yang di syarah oleh Imam Mahyuddin Yahya bin Syarif an-Nawawi bahawa mengasihi saudara ini termasuklah yang kafir dan muslim. Kewajiban kita mengasihi saudara kita yang bukan muslim supaya mereka diberi hidayah oleh Allah untuk menerima dan memasuki agama Islam.

Kalau dengan bukan muslim pun, kita punya kewajiban yang perlu dijaga, apatah lagi yang muslim, apatah lagi yang telah kita suapkan dengan kata-kata janji, yang telah kita hulurkan harapan. Penulis rindukan sahabat penulis yang jauh daripada penulis. Penulis tidak pernah jumpa sahabat seperti mereka. Betol kata orang, apabila depan mata, kita tak nampak, apabila dah tiada, barulah kita terasa kehilangan. Bagi yang membaca, hargailah sahabat yang ada. Kalau ada sahabat di kiri dan kanan, tataplah mereka, fikirlah, sanggupkah kita mengecewakan mereka, sanggupkah kita melukakan mereka? Jika tidak, ambillah tahu pasal mereka, hargailah mereka sementara waktu masih ada.  Ada seorang sahabat penulis pernah berpesan, “sometimes, the person who you hope the least will be the one who bring you into their arms when you are in need”. Kalau ada sahabat yang tetiba macam diam, macam lain macam tu, pergilah tanyakan khabar. Janganlah buat tidak tahu seolah-olah mereka tidak wujud. EMPATI, hayati, mengerti dan fahami perasaan orang lain.

Sekian sahaja daripada penulis. Sekadar perkongsian buat mereka yang menyayangi sahabat mereka di luar sana, insyaAllah.

Assalamualaikum.



3 comments:

nazzrin ismail said...

Salam.
Penulisan yg bermakna. Biasalah manis disimpam pahit dikenang. Dalam persahabatan ini kadang kala ada yg mengerti dan ada kalanya pula tidak memahami. Bijakan diri kita menguasai keadaan sebegini... Biasalah untuk mendapatkan semula jalan cerita spt dulu bukanlah perkara yg mudah ttp itulh kenyataan. penulisan penulis memberi satu ruang utk buat pembaca lain berfikir dan memikirkanya. Semoga tabah melalui episod seterusnya.

sazmosa said...

Hidup tak macam ceriter hindustan...happy ending filem laris...touching ending filem tak laku...pengalaman menjadi guru maha besar...redha dan jgn buat ape yg kita tak suka orang buat.Insyallah insan baik akan mendapat rakan yang baik...take care nak

sazmosa said...

Hidup tak macam ceriter hindustan...happy ending filem laris...touching ending filem tak laku...pengalaman menjadi guru maha besar...redha dan jgn buat ape yg kita tak suka orang buat.Insyallah insan baik akan mendapat rakan yang baik...take care nak