Followers

Thursday, December 27, 2012

Recap


2012 sudah hampir melabuhkan tirainya. Terasa baru semalam masuk INTEC, sekarang sudah pun ada di Indonesia. Too many things happened this year, pahit manis, all of them change my life. Owh yea, the world is still breathing, so sorry to those believers for spreading the rumours saying that this year will be the end of the world. Allah, He is the only one who knows when and how the dooms day would be. No one can predict, no one can conclude, just put in your heart that the end of the world is around the corner so that all of us will do our best in achieving our tasks of being here in the world. BERIBADAHLAH KEPADA ALLAH and LAKSANAKAN TUGAS KITA AS KHALIFAH! Tak kisah lah cantik mana pun someone, handsome mana pun someone, at the end, iman dan taqwa yang Allah ambil kira.

“Itulah Syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertaqwa.”
(Maryam: 63)

Itu intro sahaja, lets recap what happened this year!

The 1st 6 Months

2 months of holiday, penulis kembali ke INTEC untuk memulakan semester terakhir di pusat persediaan tersebut. Pada masa itu, penulis cuma berfikir bahawa this year is the year, A-Level. Selepas hampir 2 tahun di sana, akhirnya perjuangan sebagai pelajar INTEC hampir berakhir. Sangat cepat masa berlalu. Yang tak menariknya, dengar khabar Edexcel nak naikkan standard exam sebab dapat complain standard tak mencapai tahap sebenar. Yang menarik pula, result sem 3 teruk. Haha, tak lah menarik, cumanya ia menjadi pemangkin untuk penulis lebih berusaha untuk A-Level. Alhamdulillah, trial penulis dapat keputusan yang diinginkan. Fikir penulis ketika itu, this could be a good sign. Dalam hati sudah mula pasang niat nak ke india, tempat asal yang telah ditentukan penaja. Sewaktu A-Level yang sebenar, penulis diberitahu oleh guru penulis yang mengajar di sekolah dulu bahawa ada sebuah pertandingan bahasa cina bagi non-chinese students di UM.  Penulis ambil risiko, exam pun exam lah, who knows ada rezeki. Bertemankan AISAR AHMAD dan ABANG NASHRIQ, penulis gagahkan diri, berbaju melayu meluncur laju dengan WLB 1911 from shah alam ke UM seawal 7 pagi.

TQ AISAR SEBAB KORBANKAN MASA……

Alhamdulillah, rezeki penulis mewakili Malaysia ke China selepas menjuarai pertandingan tersebut. Gembira tak terhingga. Cuma pada waktu itu, hati penulis menjadi tidak sedap. Allah beri rezeki yang melimpah ruah kepada penulis. Maybe akan ada ujian yang menyusul?

The 2nd 6 Months

2 tahun sudah penulis di INTEC. Tamat lah pengajian penulis di INTEC, habislah juga A-Level, maka MERDEKA penulis sekali lagi selepas SPM tempoh hari. Kali ini, penulis berasa sangat sedih. Penulis sedar dengan tamatnya pengajian di INTEC, maka akan berjauhan lah penulis dengan sahabat-sahabat penulis yang selama ini menyokong penulis, memberi semangat kepada penulis. Pertemuan itu permulaan bagi perpisahan. Menangis penulis tatkala berpisah. Haha, sehingga kini, penulis masih teringatkan mereka. Owh yea, seminggu selepas A-Level, penulis berangkat ke China bagi menyertai pertandingan bahasa cina. Alhamdulillah, penulis melepaskan diri untuk top 30. Walau bagaimanapun, penulis hanya berjaya ke top 15, gagal untuk mara ke pusingan akhir, mungkin itu sahaja rezeki penulis. Namun, banyak yang telah penulis belajar. Pengalaman yang tidak boleh dibeli.

Bercuti di Bandung dan Jakarta bersama sahabat penulis adalah percutian yang sangat tidak boleh dilupakan. Sedang penulis gembira dengan semua yang penulis ada, result A-Level diumumkan. Keputusan yang penulis peroleh meletakkan penulis di Indonesia. Awalnya, Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya hati penulis, tetapi lama kelamaan, penulis mula belajar erti menerima. Mungkin semua ini ketentuan ilahi yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat penulis.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.”
(al-Baqarah:216)

And NOW, here I am, sitting in front of my laptop right in the middle of Jakarta. Not exactly in the middle, but somewhere around the area. Settled down, but only God knows how I miss Malaysia, how I miss all of my friends. My friends in Malaysia, in India, in Ireland, in USA or no matter where you guys are, you guys are the best. Still counting and waiting for the time for us to meet again. Even it wont be the same as before, but, our friendship will not change, ever. AIMAN FIRDAUS told me, Allah separates us so that we appreciate our friendship more, if we keep seeing each other, we might not feel the sweetness of meeting your friend after been apart for a while. Yea, it kinda make sense.

Cant wait for February to come. Going back to Malaysia!

Last Words


There are thousand of ups and downs this year. They change my life, but it wont change me in person. I just hope I could become better from everything which has happened, learning from my mistakes in the past and try to move on, become someone better. I might have a lot of weaknesses, but these weaknesses are responsible of how good I am going to be. InsyaAllah, may Allah ease our path.
Happy new year guys, may 2013 brings something good for every1. That’s all for now, for 2012. See you guys next year.

[LISTENING TO GLEE – SOME NIGHTS]


Monday, December 3, 2012

Penyakit


Assalamualaikum.

Bersua sekali lagi bersama para pembaca. Selepas dah ‘jaga janda’, penulis rasa penulis hendak menulis sesuatu dari kaca mata penulis sendiri. Suatu luahan rasa yang sudah lama penulis simpan, namun akhirnya penulis rasa perlunya penulis utarakan demi kepentingan agama Islam sendiri. Semua sedia maklum, 60% daripada rakyat Malaysia terdiri daripada orang Melayu. Menurut perlembagaan fasal 16 (2), semua Melayu itu haruslah beragama Islam. Mana-mana bangsa Melayu yang tidak beragama Islam bukan sahaja dikira murtad, malah melanggar perlembagaan negara. Hukuman berdasarkan undang-undang boleh sahaja dikenakan kepada Melayu yang keluar Islam walaupun hukum hudud masih BELUM dilaksanakan di Malaysia.

Perpecahan
Penulis sudahpun menyatakan di atas bahawa 60% penduduk Malaysia adalah berbangsa Melayu. Jika menurut perlembagaan pula, boleh dikatakan 60% juga beragama Islam. Mungkin terdapat segelintir yang murtad, maka peratusan itu kemungkinan lebih rendah, namun rendahnya peratusan itu tidaklah sehingga Islam jatuh sebagai minority. Masih lagi majority. Selebihnya, yang bukan beragama Islam. Namun, walaupun Islam lebih ramai, 60% ini tidaklah bersatu seperti yang 40% itu. Tidak keterlaluan kalau penulis kata, 60% itu berpecah menjadi dua puak, timbang tara 30% dan 30%. Kenapa berpecah? 1 faktor yang cukup besar, IDEOLOGI POLITIK.

Hakikat
Maka sekarang penduduk Malaysia terpecah kepada tiga. 40% bukan Islam, 30% Islam U, dan lagi 30% Islam P. Malah berpecah lagi umat Islam kepada peratusan kecil Islam K. 3 pecahan. Walaupun Islam secara amnya majority di Malaysia, tetapi jika diteliti, dengan perpecahan yang berlaku, kita adalah minority dan logiknya, majoritylah yang akan memegang tampuk kuasa. If not now, 1 day, soon, ianya akan berlaku. Islam sudah MINORITI di MALAYSIA. Itulah hakikatnya. Why? Bermati-matian saudara kita melawan tentera Israel di GAZA, kita pula bermati-matian bertikam lidah mencaci sesama sendiri mengikut ideology masing-masing. Apa ni??!!

Usrah
Jenuh penulis memikirkan kenapa perkara sebegini boleh terjadi. Kalau hendak bertanyakan pendapat pun, penulis tidak akan mendapatkan jawapan sebenar. Yang P duk salahkan yang U, yang U duk salahkan yang P. Akhirnya, segala persoalan tidak terjawab. Penulis cuma nak utarakan apa yang penulis rasakan. Sepanjang penulis bergelar mahasiswa, pelbagai gerakan atau usrah yang telah penulis saksikan. Pelbagai jemaah, pelbagai mazhab. Masing-masing dengan cara penyampaian yang tersendiri. Asalnya penulis hanya bertindak sebagai pemerhati, tetapi pada satu hari, penulis diajak untuk turut serta dengan satu kelompok usrah. Memandangkan ilmu agama penulis tidaklah tinggi mana, maka penulis bersetuju tanpa memikirkan jemaah apa yang bakal penulis naungi. Setelah lama kelamaan penulis dalam usrah, banyak istilah yang telah diguna pakai. Ukhwah, keluarga, bulatan gembira, pokoknya, semua menggambarkan simpulan atau ikatan sesama ahli. UKHWAH, itu yang utama dalam usrah penulis.

Sebab dan Alasan
Penulis terus memerhati. UKHWAH yang menjadi tema utama dalam kebanyak usrah tidaklah sebenar-benarnya dipraktikkan. Dalam satu kelompok, mereka dipecah-pecahkan lagi. Selepas mengenal hati budi, ditukar-tukarkan pula mengikut kelompok yang sesuai, atau dalam kata lain, sepemahaman. Apabila ditanya, ahli disusun mengikut fikrah kata mereka. Kalau benar sebab utamanya untuk ISLAM, kenapa harus ditukar-tukar mengikut pemahaman? Analogi, penulis atau negara Malaysia amnya mengikut mazhab Syafie. Namun jika ke tanah suci, cara solat di sana berbeza kerana berbeza mazhab. Tiada masalah untuk kita mengikuti cara solat di tanah suci, kerana secara dasarnya, solat itu menyerahkan diri kepada Allah. Berbalik kepada usrah, kenapa perlu disusun mengikut ideologi masing-masing kalau benar usrah diadakan untuk menegakkan Islam? Sepatutnya, semuanya adalah sama, kalau niat utama kerana Islam dan bukan sebab lain. UKHWAH yang dicanangkan sebenarnya hanya akan mendatangkan perpecahan sesama ahli usrah sekiranya kelompok usrah itu dibeza-bezakan. Apatah lagi kalau penyampaian dalam usrah itu berbeza-beza. Worse kalau ada yang membezakan usrah mengikut parti politik. Ni usrah U, tu usrah P. Pembentukan individu sendiri sudah salah caranya, bagaimana hendak membentuk sebuah kerajaan ISLAM?

Apa Nak Jadi
Wallahualam. Kecewa melihat perkara yang tidak berkesudahan ini. Terpekik terlolong memperjuangkan Islam, menyahut bantuan untuk saudara seIslam di Gaza, tetapi di Malaysia, hanya kerana berbeza ideologi politik, hilang dasar Islam. Laungan “Allahuakbar” berubah menjadi cacian, maki hamun. Tak percaya? Lihat sahaja komen-komen di Youtube. Penulis nak quote pun tak berani. Malu dengan bangsa sendiri, yang membawa nama Islam. Islam itu biarlah menyeluruh. Bukan solat waktu dijaga, puasa sunat setiap minggu, bangun Tahajud hampur setiap malam, tapi hubungan dengan manusia lain diabaikan. YOHOO, hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia, dua-dua kena jaga. Around 70% kandungan hadis dan Al-Quran adalah berkenaan hubungan dengan manusia. So, jaga lah baik-baik. Allah maha pengampun, manusia? Belum tentu.

 “Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana-mana pun mereka berada (tanpa kemuliaan dan keamanan) kecuali (mereka berada) dengan tali (agama) daripada Allah dan tali (perdamaian) dengan manusia”.
(Ali ‘Imran : 112)

Akhir Kata
Nak usrah, silakan, benda baik, tujuan baik, in shaa Allah, hasilnya baik. Tetapi kalau tujuannya tersasar, renung semula. Niatkan kerana agama Allah, nescaya kita akan peroleh ketenangan jiwa. Kumpul bekalan ke akhirat, sebab kita tidak akan tahu, bagaimana keadaan mati kita. Yang berjanggut, berserban, jangan disangka akan ke syurga, yang selekeh, yang bajunya compang camping, jangan disangka tempatnya di neraka. Itu semua kuasa Allah. Manusia tiada hak untuk mengadili. Wallahualam. Sekadar pendapat.
Assalamualaikum


Tuesday, November 13, 2012

JAGA JANDA


Assalamualaikum semua, penulis kembali setelah sekian lama menyepi. Tidaklah sekian mana pun, tapi hampir sebulan jugalah penulis tinggalkan ruangan blog ini. Sibuk dengan aktiviti di Jakarta. Ini pun baru sahaja selesai dengan WEST JAVA MALAYSIAN GAMES 2012. Jakarta tuan rumah, maka KUJ dan PKPMI-CJ (Kelab Umno Jakarta dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia – Cawangan Jakarta) antara yang sibuk mengelilingi kota Jakarta pada 10 dan 11 November yang lalu. Back to topic. Ok, penulisan kali ini berkenaan dengan KEUNIKAN yang mungkin tidak terdapat di tempat lain, tetapi ada di Jakarta. Sekali pandang akan buat kita tertanya-tanya, tetapi selepas dah faham, maka ada yang buat kita gelak, kadang kala terpaksa pula dengan POKERFACE. Apakah itu?

JAGA JANDA

Sebenarnya masa itu dalam perjalanan menuju pulang ke Jakarta dari Bandung. Melawat sahabat-sahabat yang sedang menuntut di UNPAD (Universitas Padjadjaran). Ketika dalam bas, orangnya terlalu ramai, walaupun bas itu adalah bas ekspres. Kalau di Malaysia, kita kena beli tiket dahulu, tapi kalau di sini, system itu tidak ada. Bas akan kutip sesiapa sahaja yang tahan bas itu walaupun berada di highway. Dahsyat tak dahsyat. Plus, selagi bas itu tidak penuh, selagi itu diisi macam sardine. Bayangkan, penulis terpaksa berdiri dari Bandung ke Jakarta yang perjalanannya mengambil masa 2 jam 30 minit. Sedang penulis berdiri menahan kaki yang tengah lenguh, tiba-tiba penulis terpandang sesuatu. Sebuah papan tanda kecil yang disangkutkan di belakang sebuah lori, perkataan “JAGA JANDA” terpapar di papan tersebut. Tertanya-tanya penulis, apakah sebenarnya JAGA JANDA itu? Selepas diamati, barulah penulis faham JAGA JANDA itu adalah JAGA JARAK ANDA. SEE! This is what other countries don’t have. Singkatan kata yang “over” sampai kadang-kadang susah nak diterima akal.

BUTEKI


“Seorang anak BALITA datang bertemu dokter di sebuah PUSKESMAS yang jauh di desa…” Jenuh penulis amati apakah maksud perkataan-perkataan tersebut tatkala berlangsungnya PBL di kampus. Selepas habis membaca kasus, penulis bertanya kepada dosen (lecturer) maksud perkataan-perkataan tersebut. Dosen tersenyum lalu menjawab, “BALITA itu BAWAH LIMA TAHUN, PUSKESMAS itu PUSAT KESEHATAN MASYARAKAT…” Haha, kalau nak diikutkan hati, nak penulis gelak dalam kelas itu, tapi takut orang kata kita tak hormat bahasa orang sini pula, jadinya penulis diamkan aja. Bukan itu sahaja, penulis terbaca perkataan-perkataan ini di dalam modul – BUMIL dan BUTEKI. Sekali lagi, sifat ingin tahu membuak-buak. BUTEKI? BUMIL? What the heck are these? Selepas bertanya dengan pelajar tempatan, barulah penulis faham. BUMIL itu IBU HAMIL, BUTEKI pula IBU yang MENETEKI. Tak faham? Haha. Perlahan-perlahan, baca lah berulang kali.  Tiba-tiba penulis teringat akan seorang sahabat penulis yang ada di RCSI, Ireland. Pernah kami ke Jakarta dahulu selepas tamat A-Level. Sedang kami sibuk menggelakkan istilah-istilah yang dipendekkan ini, kami terlintas di hadapan sebuah taman burung atau di sini dikenali sebagai DUNIA BURUNG. Tidak terlintas di fikiran, tetapi kalaulah diringkaskan perkataan DUNIA BURUNG ini, rasanya jadi apa ya? Haha.. Tekalah-tekalah!!

Hari tu penulis dengan kawan-kawan tidur di DUBES. Ha, cuba teka DUBES tu apa? Hehe..

MARIA ELENA

Antara Vlogger favourite penulis. Penulis sangat suka menonton semua video MARIA ELENA. Video yang kelakar, but full of messages. Kalau sesiapa yang view videos Maria from the positive sides, serious banyak yang boleh diambil sebagai pengajaran. Tengah penulis menelaah video-video Maria baru-baru ni, penulis terjumpa yang ini.



KAN? Penulis nak quote ayat dia. To all of you who have haters, you have to realize why you have haters first, there is probably something wrong with you or probably they are just trolling. You don’t have to take it seriously, don’t take it personally, but you can learn something from them, because sometimes they have valid points, they do. We just have to break down all that ego and listen, and really grab what they are trying to say, because its true most of the time.”

WOOOOO! Applause to MARIA! Yea, it’s true. Sometimes, out of nowhere, there will be someone or a bunch of people who really can’t accept us just the way we are. Penulis kadang-kadang rimas, pelik, tertanya-tanya pun ada. Tapi lepas fikir-fikir, buatlah baik macam mana pun, akan ada orang yang tidak suka. Itulah manusia. Macam apa yang Maria kata, kalau ada yang kita boleh belajar daripada mereka, take the chance, put down the ego. Kalau apa yang dorang sembangkan tu melalut semata-mata, ignore, don’t waste our time dealing with those kind of people. They are slowing us down, they want to see us crumble! Wake up wake up, push them aside, and let the path in front of you leads you to whoever or whatever you wanna be. Just always remember, everything happen with reasons. Allah kata jadi, maka jadilah, and Allah knows whats best for us. (Yang kadang-kadang kita ingat baik untuk kita, tapi sebenarnya tidak, and begitu juga sebaliknya.)

I do have haters as well. Terima je kehadiran mereka, because mereka lah secara tidak langsung mengubah kita menjadi lebih baik.

Jangan ingat haters tu jenis yang jahat, yang suka bawa mulut je. Tengok kiri kanan, kadang-kadang yang baik pun ada niat lain. HUSNUZON! BETUL! Tapi put a firewall inside of you, so that if anything happens, you are well prepared. Don’t trust people so easily, trust urself more, trust in Allah, because He is the only one who will not let you down, EVER.

AKHIR KATA

Itu sahaja buat pembaca untuk kali ini. Renungkanlah, mana baik dan mana yang buruk. Kadang kala kita tidak sedar akan kesilapan kita, cuba lah insafi diri, rendahkanlah diri anda, janganlah terlalu ego, merasakan diri kita yang terbaik.

Sahabat penulis bercerita kepada penulis. Ada seseorang yang dijanjikan syurga bukan kerana amalannya, tetapi kerana Allah kasihankannya. Maka dia berkata, tidak cukupkan aku beribadah selama ini? Maka dijawab pertanyaannya, ibadahmu, walaupun sepanjang kehidupanmu, tidak akan cukup besar jika dibandingkan dengan nikmat mata yang Allah beri.

MATA yang KECIL itu pun, terlalu besar jika dibandingkan dengan ibadah kita sepanjang hidup. Besar tak besar pemberian Allah. Allah lah yang paling hebat. Kalau ibadah sepanjang hidup pun tak standing dengan nikmat sebiji MATA, apatah lagi ibadah nak tak nak yang kebanyakan kita amalkan? Ye idak?
ASSALAMUALAIKUM semua.. J

Friday, October 19, 2012

Yang Selalu Terlepas Pandang


Assalamualaikum Warahmatullah..

Salam pertemuan sekali lagi kepada para pembaca. Sudah hampir dua bulan penulis berada di bumi Jakarta, dan Alhamdulillah, semuanya sudah stabil di sini. Penulis sudah selesa dengan keadaan di rumah, juga keadaan di kampus. Penulis juga akan bersama-sama dengan ahli PKPMI (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia) yang lain dalam menjayakan Jakarta Bogor Mini Games. Selesa, tenang, namun something is missing.  Kemanisan ukhuwah yang penulis rasai dulu sangat sukar untuk punya pengganti. Semuanya indah ketika di Cemara dulu.

Faham

Ada orang mudah melafazkan kata, sukar melakukan tindakan. Ada orang senang mengungkap kata-kata janji, tetapi untuk melaksanakan, jauh sekali. Ada orang pandai bermain ayat, membuatkan sekeliling berasa terpujuk, namun ayat yang diungkap tidak disertakan dengan tindakan. Penulis kagum kalau ada orang yang kurang berkata-kata, tetapi lebih banyak bertindak. Action speaks louder than words. “Aku sayangkan ukhuwah ini”, “Percayalah kau kawan aku yang paling baik”, “Tak pernah aku jumpa kawan macam kau”, kata-kata yang sering kita dengar. Tetapi sejauh mana kita faham akan ungkapan kita ini? Apabila kawan sedang kesepian, adakah kita di sisinya? Apabila sahabat sedang kesedihan, sudikah kita menghulurkan bahu? Sukar kita untuk mencari sahabat yang memahami. Lebih ramai yang bersikap mementingkan diri sendiri, melakukan perkara yang disukai sahaja. Sebagai contoh, Ali gemar bermain futsal. Satu hari, Ali telah bercadang untuk bermain futsal namun sahabat baiknya sedang punya masalah. Adakah dirinya sanggup membatalkan niat untuk melakukan perbuatan yang disukainya itu? Sayang, ramai yang tidak memahami sahabat mereka. Lebih gemar melakukan apa yang disukai, dalam masa yang sama, mengabaikan kawan yang memerlukan. Kadang kala, ada sahabat yang punya masalah tetapi sukar untuk menceritakan. Kalau benar kita sahabatnya, fahamilah jiwa mereka. Selami diri mereka. Buanglah sikap pentingkan diri. Bukan semua orang seperti kita, kalau benar kita hendak bersahabat, harus pandai blend in, jangan mengharap untuk orang sentiasa mengikuti kita.

Janji

Kita sebagai muslim sedar akan tanggungjawab kita sebagai manusia. Beribadah kepada Allah selain bertindak sebagai khalifah. Penulis tertarik dengan khutbah jumaat siang tadi. Kata khatib, kandungan hadis dan Al-Quran, hampir 80% menceritakan hubungan sesama manusia. Betapa kita perlu juga menjaga hubungan dengan manusia selain daripada hubungan dengan Allah. Penulis nak sentuh berkenaan janji. Usah  berjanji kalau tidak mampu untuk tepati. Bagi sesetengah orang, walaupun janji tidak ditepati, mereka tidak kisah atau begitu peduli. Namun ada sesetengah orang pula, janji, kecil bagaimanapun, tetap janji dan jika tidak ditepati, mereka akan peduli. Kalau kita jenis yang tidak kisah sesuatu janji itu tidak ditepati, jangan kita samakan diri kita dengan orang lain. Berfikirlah sebegini, kalau dah janji, haruslah ditunaikan, melainkan keadaan memang tidak mengizinkan. Walaupun janji yang kecil. “Abu, nanti aku temankan kau pergi kedai.” Namun, selepas beberapa minit, “Abu, aku penatlah, tak jadi lah ek, kau pergi sendiri boleh?” Walaupun perkara kecil, janji tetap janji. Tunaikanlah, fikirlah akan perasaan orang lain.

Renungan

“Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”.
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Kata Ulama tidak beriman seseorang itu ialah tidak sempurna iman seseorang itu. Di dalam kitab hadith 40 an-Nawawi yang di syarah oleh Imam Mahyuddin Yahya bin Syarif an-Nawawi bahawa mengasihi saudara ini termasuklah yang kafir dan muslim. Kewajiban kita mengasihi saudara kita yang bukan muslim supaya mereka diberi hidayah oleh Allah untuk menerima dan memasuki agama Islam.

Kalau dengan bukan muslim pun, kita punya kewajiban yang perlu dijaga, apatah lagi yang muslim, apatah lagi yang telah kita suapkan dengan kata-kata janji, yang telah kita hulurkan harapan. Penulis rindukan sahabat penulis yang jauh daripada penulis. Penulis tidak pernah jumpa sahabat seperti mereka. Betol kata orang, apabila depan mata, kita tak nampak, apabila dah tiada, barulah kita terasa kehilangan. Bagi yang membaca, hargailah sahabat yang ada. Kalau ada sahabat di kiri dan kanan, tataplah mereka, fikirlah, sanggupkah kita mengecewakan mereka, sanggupkah kita melukakan mereka? Jika tidak, ambillah tahu pasal mereka, hargailah mereka sementara waktu masih ada.  Ada seorang sahabat penulis pernah berpesan, “sometimes, the person who you hope the least will be the one who bring you into their arms when you are in need”. Kalau ada sahabat yang tetiba macam diam, macam lain macam tu, pergilah tanyakan khabar. Janganlah buat tidak tahu seolah-olah mereka tidak wujud. EMPATI, hayati, mengerti dan fahami perasaan orang lain.

Sekian sahaja daripada penulis. Sekadar perkongsian buat mereka yang menyayangi sahabat mereka di luar sana, insyaAllah.

Assalamualaikum.



Sunday, October 14, 2012

Syukurlah


Assalamualaikum. 2 entri untuk malam ini. 1 entri berkenaan kehidupan penulis, 1 lagi berkenaan apa yang penulis peroleh minggu lalu yang penulis rasa harus penulis berkongsi dengan semua pembaca.
Sedikit sebanyak, penulisan ini telah membuat penulis tersentak seketika.

INSPEKSI DIRI

“Sungguh sangat beruntung seorang yang masuk Islam kemudian mendapatkan rezeki yang secukupnya dan Allah menganugerahkan kepadanya sifat qana’ah (merasa cukup dan puas) dengan rezeki yang Allah berikan kepadanya”
Hadis Riwayat Muslim

Apakah itu qana’ah? Qana’ah adalah perasaan redha dan berasa cukup dengan pembahagian rezeki yang telah Allah SWT berikan kepada kita. Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat ketujuh bermaksud, “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah pedih.”

Indahnya janji Allah. Sekiranya kita bersyukur, rezeki kita akan bertambah, namun sebaliknya, jika kita tidak bersyukur, nescaya kita akan memperoleh azabNya. Bersyukurlah kerana kita tidak akan mengalami sebarang kerugian. Walau bagaimanapun, ini bukan alasan untuk kita menjadi malas, sentiasa berasa puas dengan apa yang kita ada. Berusahalah ke arah kemajuan, kerana tanpa kemajuan, Islam akan ditindas. Tanpa kejayaan, umat Islam akan dipandang hina.

BAGAIMANA NAK TANAM?
Untuk memperoleh sifat qana’ah dalam diri, sentiasalah berdoa kepada Allah.







"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang salih".

Sentiasa juga beringat bahawa segala sesuatu itu adalah milik Allah termasuklah sifat qana’ah, kekayaan, kejayaan, kesihatan mahupun kecantikan. Selain itu, lihatlah kepada orang-orang yang lebih malang daripada kita, yang tidak bernasib baik seperti kita, yang jauh lebih susah keadaanya.
Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.”

PERINGATAN AKHIR

Elakkan membandingkan diri dengan mereka yang lebih atas daripada kita kerana itu akan melahirkan sifat iri dan menjadikan kita alpa, lupa akan nikmat-nikmat yang telah dikurniakan Allah kepada kita. Tanamlah sifat qana’ah dalam diri. Berusaha untuk ada, namun tidak gusar jika tiada. Sesungguhnya kekayaan yang sebenar adalah kekayaan dalam jiwa.

What Is Left Inside


Assalamualaikum and hello readers. Let’s write something in English shall we? Or let’s just mix everything around like what other Malaysians always do. That’s why we have Manglish isn’t it? This is our right to use what we own. So that everyone can read and understand well. There are a few reasons why I use English in this writing.

1.       So that I will still master this language no matter where I am standing now.

2.       By using English, I seldom can express my feeling well. If I am happy, people will not notice much from my writing. If I am sad, same thing happens. I don’t want readers to make conclusion on my feeling while reading this entry, let me, myself know what kind of mood I am using while posting this entry.

3.       I’m so missing English. What will happen to my English after finishing my study here? Owh no, have to plan well or take classes right after finishing my degree later.

Here we go.

LIFE NOW
1 month and 2 weeks since I’ve been here. Settling down just well. Coping with situation here is more difficult than I thought but everything is still under control. Meet a lot of new people and seniors. They are really kind and have been helping a lot since the 1st day I reach Jakarta. Life in UKRIDA is a lil bit different compared to my life in INTEC (referring to campus life – study, facilities and everything related). UKRIDA is almost like school where we should wear uniform, and then local students are under the age of 18. The way how students here think and act is different as well. They have different thought on certain situation. Plus, they are more outspoken and brave to speak in front of others. They dare to make mistake and ask silly questions, but for them, silly questions could lead to good answers. They are pros and cons of being a student in UKRIDA. I mean, everywhere is the same. No matter where you are studying at, there must be pros and cons. Place is not a matter to be discussed, but how we live in that place is what really matters. Being a human, a normal human (superhero or hard-hearted human are excluded), we need people around us to build us up. No one can live by their own. Behind every great man stands a woman. Ever heard about this phrase before? Let’s not focus on the word ‘woman’ and focus on the phrase as a whole. We need each other to climb up the mountain.

The question now is, do I have companions who can walk with me to the finishing line?

Sometimes, I do feel that I’m walking alone, only accompanied by shadows which make me feel safe, but less secured. Let’s think deeply into this statement. Understand well.

BECOMING ME
I have my own potential, everyone does. Everyone has their own ability to do something for the world, the only different is when and how. In Malaysia, there are a lot ways for me to show who I really am, what I can commit, what can I do for the people. Here in Indonesia, maybe it is still too early to show who I really am. Sometimes, since people don’t know me much yet, they look down on me, especially when I talk on religious stuff. I know I’m not a Hafiz, not even from an Islamic school or society, but I do know a few things about Islam, I do know what is the purpose of me being created to this world. Just because I don’t wear Kopiah or Songkok 24/7, doesn’t mean my point of view should be neglected. Give me a chance to speak. Give me a chance to show my potential. I know what I am capable of.

What I need is a chance.

HOPE
Ive been told by a lot of people to stop posting things which can make me feel sad. Seriously, I’m not that sad, but I do feel disappointed. It’s different. Why? Because I put too much hope. Too much hope on my dreams, too much hope on others. In the end, hope remains hope. Some people gave me a lot of promises, but they didn’t fulfill them. What I really want is a friend who can hold my hand and together facing all obstacles before reaching the finishing line, a medical certificate, becoming a doctor. But where are they? My mom used to tell me, don’t expect people to act exactly like what we wanted or what have we expected. When we hope on them too much, the more disappointed we will be if they do not perform exactly what they have said. For those out there who make empty promises, thank you for giving me such a good lesson. What I learnt is, no one will look up on us unless we ourselves do and my favourite quote is – friends come and go, and only true friends stay. Good friends are like stars, looking upon you, shining above you, can’t be touch but will always around when you need them.

I know you guys are out there, but please don’t hide, I need you guys now.

AVERMENT
I am not sad. I just need to have someone to share my thoughts, to share my feelings and to share my world with. Every people need someone to stand. We could never walk alone to achieve success. We could never be on our own in different part of the world. We need each other. Ukhuwah, and what I need from ukhuwah is the sweetness which I can taste. That is the part that I am missing now. If I am the one who is making mistake, don’t run away, tell me what have gone wrong.

Don’t neglect me even though there are thousands of great people who are better than me out there. I’m not as good as some of us, I realize that. I’m not good in indoor soccer, not so professional to talk about religion, but don’t neglect me. Teach me. Guide me.

There is something from me to share with you, readers:

Five benefits of accepting people as they are.
1.   It avoids resentment and dissension.  Who likes being told what to do and how to be?  Not me.  Do you?   Isn’t it really the same as being told that we are not “good enough?”

2.  It brings closeness.   When people know that you truly accept them, trust develops, they open up more to you, and a closer bond develops.   In particular, it improves relationships with our children, our loved one, and family members.

3.  You experience greater personal growth.   When you accept others, your focus changes from them to you, which allows you to work on fostering your unique skills and talents as well as improving your shortcomings.

4.  It enables you to let go of control and enjoy the many rewards that occur when you do.

5.  You have more peace and serenity in your life from the above benefits.

What I ask is, please avoid ‘double standard’. I thought we are supposed to be together in this journey.

That’s all for now. SERIOUSLY, NOT SAD AT ALL. Just to point out what is left inside.

Thank you and Assalamualaikum.

Tuesday, October 9, 2012

USAH SOK TAHU DONG!


Dalam hidup ini, kita bertemu dengan pelbagai jenis manusia. Ulama’ telah mengklasifikasikan manusia kepada empat jenis iaitu:

1.      Orang yang tahu, dan dia tahu bahawa dia tahu; Itulah orang yang berilmu – ikutilah mereka.

2.      Orang yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu; Itulah orang yang lalai – berilah mereka peringatan.

3.      Orang yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu; Itulah orang yang jahil – ajarlah mereka.

4.     Orang yang tidak tahu, dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu; Itulah orang yang degil - tinggalkan mereka.

Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
(Al-Baqarah 2:121)

Untuk post kali ini, penulis rasa tak perlulah penulis mengarang panjang. Penulis hanya nak menegur diri sendiri juga mengingatkan mereka yang berada di luar sana agar tidak selalu merasakan diri itu selalu betul. Manusia tiada yang sempurna, kalau tidak tahu, maka akuilah bahawa memang kita tidak tahu lantas perbaharui diri. Bagi mereka yang sudah tahu, berkongsilah. Ilmu yang bermanfaat itu insyaAllah membawa pahala buat bekalan ke akhirat kelak insyaAllah.

Ramai dalam dunia ini berasakan bahawa diri mereka lah yang terbaik, yang tahu segalanya. Peribahasa pun ada mengatakan, ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk, USAH SOK TAHU kata rakyat Indonesia. Percayalah, kalau rasa diri itu baik, di luar sana ramai yang lebih baik. Kalau rasa diri itu malang pula, percayalah, lebih ramai yang malang di luar sana. Sebagai manusia, pasti punya banyak kelemahan. Tiada yang sempurna. Belajarlah menerima kelebihan orang lain, janganlah sering merasakan kita terbaik dalam setiap perkara.

Satu lagi pesanan penulis, jangan mudah mengambil kesempatan ke atas orang lain. Contoh, Ali telah melakukan sesuatu tugasan dengan baik. Abu sebagai rakan setugas tidak melakukan apa, tetapi menumpang nama seolah-olah dial ah yang melakukan semuanya. Walaupun mungkin Ali ikhlas, namun sebagai seorang manusia yang harus punya sikap manusiawi, fikirkanlah keringat yang telah Ali lakukan. Jikalau kita sebagai Abu, sanggupkah kita mengambil kesempatan atas usaha orang lain? Lembu punya susu, sapi yang dapat nama. Semoga Allah memberkati usaha mereka yang seperti Ali.

Itu sahajalah pesanan penulis buat entri kali ini. Semoga menjadi iktibar buat kita semua. InsyaAllah. Assalamualaikum



Thursday, October 4, 2012

SEBULAN DI JAKARTA



Assalamualaikum wrt. Apa khabar sekali lagi? Harapnya semua dalam keadaan baik, insyaAllah. Sebelum bermula kalam kali ini, penulis mahu berkongsi satu ayat dalam al-Quran yang begitu mendalam maknanya buat penulis.

Dan di antara manusia ada sebahagian yang berkata: “Kami beriman kepada Allah,” tetapi apabila dia disakiti (kerana dia beriman) kepada Allah, dia menganggap dugaan manusia itu sebagai seksaan Allah. Dan jika datang pertolongan daripada Tuhanmu, nescaya mereka akan berkata: “Sesungguhnya Kami bersama-sama kamu.” Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam dada manusia?
(Al-‘Ankabut:10)

Setiap manusia akan didatangi dugaan atau cabaran yang berbeza-beza selagi bergelar hamba kepada Allah SWT. Bukankah semakin beriman seseorang itu, semakin tinggi dugaan kepadanya? Jangan sesekali salahkan takdir atas apa yang telah terjadi, ambillah pengajaran dan cuba perbaiki diri. Setiap yang Allah turunkan itu pasti ada hikmahnya. If tidak hari ini, tidak esok, lambat laun kita akan tahu apa sebabnya ujian itu diturunkan kepada kita. Pandanglah ujian itu dari sudut pandang yang berbeza, nescaya kita akan lebih dekat kepadaNya. InsyaAllah.

(Jujur, penulis terasa apabila membaca ayat ini. Penulis pun sedang sedaya upaya mengubah persepsi penulis tentang ujian yang menimpa penulis.)

PINDAH

Sedar atau tidak, sudah sebulan penulis berpijak di bumi Jakarta. Slowly, penulis sudah berasa selesa dengan keadaan di sini. Semuanya berjalan dengan baik sekali. Penulis telah pun berjumpa dan berkenalan dengan beberapa orang senior yang penulis rasa sangat beruntung sekali mengenali diri mereka. Ukhuwah yang terjalin begitu manis sekali. Abang-abang dan kakak-kakak lah yang telah banyak membantu penulis sepanjang penulis berada di sini.

Setelah berusaha beberapa kali mencari, akhirnya penulis telah menemui sebuah kontrakan atau rumah sewa yang lumayan selesa di Jalan Menteng, Tanjung Duren, Jakarta Barat. Kontrakan ini hanya 5 minit dari UKRIDA. Alhamdulillah, keadaan di rumah ini selesa sekali. Rumah ini mempunyai tiga tingkat, dengan penghuninya berjumlah 10 orang kesemuanya. Pada hari pertama penulis berpindah ke rumah baru, KAK MISZ serta beberapa kakak senior selaku jiran baru penulis lah yang telah bersusah payah menolong penulis menyediakan jamuan ringan untuk majlis tahlil. Credit to Abang Luqman juga yang telah turut sama membantu. Terima kasih kepada semua yang telah menolong, termasuk kepada mereka yang hadir. Bab kata seorang abang senior ni, semoga rumah ini hidup dan dilindungi dengan kalimah-kalimah Allah. InsyaAllah.

Anyway, cuaca panas sangat. Aircond please! (dh beli dah, yey! :p)
  
SAHABAT BER10

Hah, ini tujuan sebenar penulis menulis coretan kali ini. Sahabat bersepuluh. Apa khabar mereka ya? HAFIZI, AIMAN, SOL, AISAR, SYAM, AIZUL. Yang lain seperti APAI, AMAN dan MAD ada di Jakarta dengan penulis. Makcik penulis pernah berkata, friends come and go, and only true friends stay.  Wow, dalam tidak ayat tersebut? Jujur, penulis sangat merindui mereka. As time pass by, keadaan berubah bit by bit. Keadaan di JAKARTA tidaklah seperti di CEMARA dahulu. Nak feeling jap pagi-pagi ini. Jom penulis bawa pembaca ke kenangan penulis bersama mereka yang sangat penulis rindui.

1.       Badminton
Ini adalah antara kenangan yang paling penulis rindui. Teringat zaman CEMARA dulu, melunjur laju WLB 1911 itu ke INTEC selepas asar membawa penumpang yang mencecah angka 6 atau 7 yang kepingin sangat bermain badminton. Hampir setiap hari kami ke INTEC. Dengan HAFIZI ABD RAZAK bersama baju KOOGAnya, dengan AISAR AHMAD dengan baju BARCELONAnya, dengan AIMAN FIRDAUS dengan baju HARIMAU MALAYAnya, juga yang lain. Allah, manis sungguh waktu-waktu tersebut.

2.       RAFI/AWWAL/KENINGAU
Tiga tempat favourite sewaktu di Shah Alam. Berpusing-pusing, bingung nak makan di mana. Akhir sekali, tiga tempat ini lah yang menjadi kunjungan. Baru teringat, pakcik RAFI ada janji nak belanja CHICKEN CHOP, katanya raya, penulis dah ada di JAKARTA dah pun. Ini yang nak tuntut ni. Anyway, bukan tiga tempat ini yang dirindui, tetapi makan bersama mereka, itulah yang penulis kenangkan.

3.       KOPI TEH
Oops, KOPI TEH! Hehe, AMAN lah taukenya. Setiap malam selepas habis study untuk A-LEVEL, bertenggek lah kesemuanya di bilik 8512 (kalau tak silap) untuk minum kopi atau teh atau singkatannya, KOTEH (sounds wrong, tapi itulah singkatan yang telah dicipta oleh salah seorang daripada kami). Aman, tukang buatnya, setia melayan client yang sungguh demand. Credit to AISAR yang telah beberapa kali menyediakan stok biskut. Juga kepada yang lain. WAH, RINDU SANGAT waktu ni.

4.       ALA-ALA ANJING
Single HAFIZI. Sungguh famous dirinya dengan lagu tersebut. Hanya dirinya mampu mengalun lagu ini dengan baik sekali. Tahniah HAFIZI. Hehe.

KENANGAN

Ada banyak sebenarnya kenangan penulis bersama mereka, sehingga tidak tertulis kesemuanya. Tetapi yang paling penulis rindui adalah waktu-waktu kami bersama. Pillow talk misalnya. Sewaktu penulis ada masalah, ada lah yang menemani tu, ada jugalah yang tukang mengingatkan penulis untuk always be strong. Merekalah yang menggerakkan penulis. Ini penulis nak buat quote sendiri, tidak berdiri seorang manusia itu tanpa tulang belakang. Dalam hal ini, merekalah tulang belakang penulis. Penulis sudah perlu berdikari, menjadi lebih kuat kerana ‘tulang belakang’ penulis sudah tidak seperti dahulu lagi. Semuanya sudah membawa haluan masing-masing untuk mengejar cita-cita yang telah lama diidamkan. Kadang-kala di Jakarta, walaupun baru sebulan, penulis akan punya masalah. Tidak seperti dahulu, penulis rasa penulis perlu simpan sendiri, nak luahkan, tetapi tidak tahu bagaimana. InsyaAllah, penulis berharap ini akan mematangkan penulis. Semoga satu hari nanti, selepas semuanya selesai, ber10 ini akan kembali bersua, insyaAllah, kalau tidak di dunia, di akhirat kelak insyaAllah.

Jujur, telah banyak yang penulis belajar daripada mereka.

“Wan, kau jangan fikirkan sangat pasal apa yang berlaku, let go, ringankan fikiran kau, banyak lagi yang perlu kau fikirkan. Kau jangan risaukan aku, aku akan ada kat sini”

“Jaga diri kau elok-elok kat tempat orang wan, sebab satu hari nanti, kita akan kembali jumpa. Siapkan diri kau untuk masa tu”

“Terima kasih wan, banyak yang kau dah ajar aku, yang kau dah ajar kiteorang pasal friendship, how we should appreciate people.”

“Tak pernah aku jumpa orang macam kau wan.”

“Kat mana pun kau belajar, ingat, kiteorang tidak akan pergi mana, kalau tak kat dunia, insyaAllah, doalah kita akan jumpa kat akhirat nanti ok?”

“JANGAN LUPAKAN AKU WOI, SAHABAT SELAMANYA!”

Antara kata mereka yang tidak akan penulis lupa. Biar bergenang air mata, penulis rasa penulis sangat lega sebab air mata ini lah menjadi bukti betapa penulis sayangkan ukhuwah yang telah terjalin. Moga Allah memberkati ukhuwah ini, Dia jugalah yang telah member semua ini kepada penulis. Alhamdulillah.

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai..
(Ali-Imran: 103)

PUAN HAYATI dan ENCIK SAZALI

Ha ada pesanan khas kepada insan yang telah membawa penulis ke dunia ini, bonda dan ayahanda penulis. Doakan penulis di sini ya, jujur, tersangat rindu akan keadaan di rumah. Cumanya, penulis tidak boleh tewas dengan perasaan ini, penulis akan berjuang sehabis baik untuk kembali membanggakan ibu bapa penulis, insyaAllah. Untuk melihat kedua ibu bapa penulis tersenyum melihat kejayaan penulis, merupakan perkara yang paling penulis idamkan sekarang ini. Penulis baik-baik sahaja di bumi Jakarta, janganlah mak dan babah risau sangat. Kalau ada apa-apa, penulis akan sms. Ok?

Itu sahaja penulisan kali ini. Semoga bersua kembali. InsyaAllah.
Assalamualaikum.

Tuesday, September 25, 2012

NASHRIQ ISMAIL


Sebenarnya lama dah terfikir untuk mengarang penulisan kali ini. Namun smpai bila nak bertangguh? Say NO NO to procrastination. Say NO NO to malas juga. Bak kata Tun Dr. Mahathir, dunia moden satu perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Yes, its true. If you wanna win, you have to fight, there is no chance for you to grab everything while sitting on the bench. Impossible lah kan? Ok, enough with craps. Let’s talk about the person that I want to highlight for this post, NASHRIQ ISMAIL.

Macam Mana Boleh Jumpa?

Penulis bersekolah menengah di SMK ZON R1 WANGSA MAJU sejak tingkatan 1 sampailah tingkatan 5. Offerlah STAR pun, melekat juga kat sekolah itu. Sayang sekolah ni. Hehe. Semasa form 1, mata penulis suka memandang sekeliling. Almaklumlah, kejutan budaya juga sebab dulu sekolah rendah, sekeliling kaum cina, sekolah cina kan. Apabila dah masuk SMK, sekolah melayu pulak. Macam-macam perangai ada. Yang makan atas meja ada, yang mundar-mandir keluar masuk bilik guru ada, yang asyik ke toilet ada, macam-macam karenah. Namun sekali, terlihat seorang pengawas pusat sumber baju coklat sibuk asyik duduk kat library tu. Dalam hati, mamat ni tak ada rumah ke? So sekali tu, sajalah pergi dengar taklimat pasal interview PSS, mamat ni yang bagi talk. OWH, KETUA PSS rupanya. Sebab time tu dia garang habis, batal terus niat jd PSS, terus jadi pengawas. (Hati memang nak jadi pengawas sebenarnya, hehe..)

Jumpa dah, kenal bila?

Pertandingan bahas peringkat sekolah. Semasa form 1, memang tak tahu apa sebenanrnya bahas tu. Yelah, sekolah rendah join bercerita, syarahan, mana ada bahas-bahas ini. Tapi hati tetap nk mencuba. Masa 1st round, serious meraban je. Orang kata rezeki, berjaya masuk 2nd round. Masa 2nd round, penulis tewas. Mata tertangkap sekali lagi dengan mamat ketua PSS ni. Lah, bahas jugak ke? Bila dia start bahas je, terus, WOW, mantap betol mamat ni bercakap. Tanya cikgu, barulah tahu rupa-rupanya mamat tu pembahas sekolah. No wonder lah kan. Dipendekkan cerita, dia dah f5 semasa penulis f1. Selalunya f5 dah tak boleh nak wakil untuk sekolah, so penulis ditarik jadi team bahas sekolah. Di sinilah kami mula kenal, mamat ni lah yang guide penulis sampai penulis tahu setiap peraturan dalam debat ni.

Penulis jadi pendebat sekolah sejak f2 sampailah f5. Setiap tahun, mesti mamat ni ada menemani. Tak pernah lah dia miss. Kalau dia miss pun sebab ada kuliah atau exam. Coach yang setia, siap temankan team penulis pergi library KL untuk cari bahan. Mantap tak coach penulis? Haha.. Banyak kejayaan penulis dalam bahas ini, kemuncaknya semasa f5, penulis jadi pembahas terbaik keseluruhan, dengan sekolah penulis jadi naib johan. Secara keseluruhan, penulis berjaya merangkul gelaran pembahas terbaik sbnyk 10 kali sejak f2. Jujur, mamat ni banyak membantu. Sokongan yang tak pernah putus-putus.

Tamat Persekolahan

Pejam celik mata, 5 tahun sudah berlalu di sekolah menengah. Habis je SPM, geng penulis ke pulau pinang untuk berjimba. Semestinya kami mengajak mamat ni sekali sebab dia pun geng kami jugak. Mana boleh tak ajak. Sepanjang perjalanan dalam kereta api, kami lah yang paling bising, sampai tak habis-habis ditegur pekerja tren tu. Serious, have fun sangat percutian di penang.

Selepas masing-masing mendapat tawaran ke U untuk sambung pengajian, kami semakin jarang berjumpa. Tetapi penulis dengan mamat ini selalu bersama, maklumlah rumah dekat. Kalau penulis tiada di rumah dan ada di kolej, dijenguknya mamat ini di kolej. Awalnya segan nak temui penulis, katanya tak biasa dengan kawan-kawan kolej penulis, namun lama kelamaan, sudahlah, segan ke mana, malu ke mana. Sampai prank birthday penulis pun dipakat bersama-sama kawan-kawan penulis di kolej.

Penulis senang melihat keakraban kawan-kawan penulis kesemuanya.

Sokongan

Macam penulis kata di atas, penulis sentiasa menerima sokongan daripada dia. Masuklah pertandingan apa pun, dia pasti ada. Dia menemani penulis ke UM bagi menyertai pertanding bahasa Cina peringkat U. Alhamdulillah, penulis peroleh Johan dan mewakili negara ke China. Sewaktu di airport, dia menyerahkan sesuatu kepada penulis. ALBUM GAMBAR! Yang di dalamnya terkumpul beberapa keping gambar penulis sewaktu kecil, gambar keluarga juga gambar kwan2 penulis yang menyampaikan ucapan GOODLUCK kepada penulis. Semuanya usaha sang mamat ini. Mahu tak terharu. Tapi saying, pendrive yang diberi kepada penulis hilang pula. Haha, sorry!

Sewaktu A-level punya result dikeluarkan, dia pun nangis sebab penulis nangis. Haha, tapi mamat ni hatinya memang mudah tersentuh, lagi-lagi kalau terlihat orang lain menangis. Sensentap sikit jiwanya. Hehe. Alhamdulillah, dia terus member penulis semangat kepada penulis yang ketika itu sangatlah kecewa dengan apa yang sudah terjadi.

Sebelum penulis ke Indonesia, dia ke KLIA juga, bersama kad ucapan dan hadiah buat penulis.

Pesanan Khas

Memang penulis sudah jauh dan tidak akan berada di Malaysia buat sementara waktu, namun penulis yakin mamat ini seorang yang setia dan tidak mudah lupa pada kawan-kawannya. Kalau nak tahu, penulis jarang jumpa orang yang sangat menghargai orang lain. Tetapi mamat ini terbukti salah seorang manusia jarang yang masih hidup di dunia ini. Kadang-kala penulis berasa bersalah kerana tidak mampu untuk jadi seperti dulu di mana kami selalu saja berbual. Tetapi penulis yakin, mamat ini faham akan situasi. Penulis mendoakan agar mamat ini juga akan mengecapi kejayaan seperti apa yang diharapkan. Penulis tahu akan impiannya, maka penulis doakan agar impian itu tercapai, insyaAllah..

Satu lagi pesanan. Cepat-cepat kahwin! Hehe..

Ini lah salah satu kurniaan hebat buat penulis daripada Allah. Semoga ikatan yang terjalin kekal sehingga ke akhirat kelak. InsyaAllah. Kepada ABG NASHRIQ ISMAIL, datanglah sini, bak kata ABG NASHRIQ juga, 2 jam je pun kan? :-)