Followers

Follow by Email

Wednesday, March 28, 2012

Mengapa Cemburu?

Cemburu.. Perilaku yang sering dipandang dari sudut yg negatif.. Jikalau kita lihat artikel atau paparan dlm akhbar, kebnykn kes bunuh melibatkan suami isteri berpunca daripada masalah cemburu.. Sama ada si suami cemburu akan isterinya yg mempunyai ramai kwn lelaki or vice versa.. Ini merupakan kesan kepada perasaan cemburu yg sering dikupas oleh msyrkat sekalian.. namun dlm penulisan kali ini, ingin sy menyentuh pula mengapa wujudnya perasaan cemburu, dan salah siapakah sehingga tertimbulnya perasaan ini?

Setiap manusia menginginkan sesuatu utk memuaskan dirinya.. Ad dlm kalangan kita mempunyai kesukaan yg mendalam sehingga menjd terlalu obses kepada perkara tersebut.. Setelah mendptkan apa yg selama ini diidamkn, maka akan wujud perasaan kasih dan syg kepada perkara tersebut, sehingga berasakan perkara tersebut adalah miliknya.. Sampailah suatu tahap, apabila seseorang itu berasakan perkara kepunyaannya itu kehilangan integriti, atau dlm kata lain, wujud satu pihak baru yg cuba utk mengambil perkara yg dipercayai kepunyaan dirinya, maka wujud perasaan cemburu, iaitu perasaan yg kurg sng kerana sesuatu kepunyaan dirinya terpaksa dikongsi bersama dengan org lain.. Utk memastikan perkara itu terus menjd miliknya, seseorang bisa bertindak luar kwalan, sehingga wujudnya kes-kes seperti membunuh dan sebagainya. Salah siapakah jikalau perkara ini berlaku?

Menjadi naluri semula jadi manusia utk mempunyai sifat cemburu.. Dalam hubungan sesama manusia, cemburu itu perlu bagi menunjukkan penghargaan kepada pihak yg terlibat dlm sesuatu perhubgan itu.. Perasaan cemburu boleh membuatkan kita sedar betapa pentingnya hubungan itu kepada kita.. Namun, cemburu ini perlu pada kadar yg bersesuaian.. Cemburu yg melampau boleh membuatkan pihak yg lain berasa rimas, sehingga boleh merosakkan sesuatu hubungan.. Jikalau ad pihak yg menyuarakan perasaan cemburu mereka, maka kita sewajarnya bertindak agar perasaan cemburu itu tidak berkembang menjd skala yg lbh besar.. Ini bagi menjaga hati semua pihak dan bagi mengelakkan perkara yg tidak dingini terjadi.. Selain itu, kita perlu juga bertindak agar mereka yg berasa cemburu itu sedar bahawa kita juga menghargai kehadiran mereka.. Lakukanlah sesuatu agar cemburu itu boleh mengindahkan lagi hubgan yg terjalin, bukan mengeruhkan lagi keadaan.. Org cemburu, kerana telah wujudnya perasaan kasih dan syg.. Jikalau kita mengambil sikap acuh tidak acuh, maka syg itu akn berubah, sama ada menjd pudar, atau menjd semakin ekstrem sehingga boleh terjadinya perkara di luar jangkaan kita..

Perlu sedar, manusia punyai pelbagai jenis perasaan atas kurniaan ALLAH SWT.. Manusia boleh menangis, boleh ketawa, boleh sedih, boleh cemburu, semuanya atas kurniaan dan izin Tuhan yang satu.. Ada kalanya perasaan-perasaan ini menjd penyeri kehidupan, namun kdg kala Allah menguji kita dengan perasaan-perasaan ini supaya kita boleh mendekatkan diri denganNya.. Tidak salah utk mempunyai sifat cemburu, namun haruslah berpada-pada serta tidak lari drpd jalan Allah SWT.. Cemburu boleh mewujudkan perasaan nikmat dlm ukhuwah yg terjalin.. Syg lah yg menimbulkan perasaan cemburu itu.. Tiada cemburu, tiadalah syg.. Ini sekadar perkongsian penulis buat coretan kali ini.. Agar semua daripada kita boleh mengambil iktibar utk dibwa dlm kehidupan seharian kita.. Wallahualam, assalamualaikum wrt :-)

4 comments:

afiqah humaira said...

Awwww...mahu x terharu sape2 yg termsok dlm cter nie...

Shazwan Sazali said...

Knp nk terharu plak pikah? huhu

StyloIslam said...

terharu sbb org cemburu sbb die syg sbnrnye..hehehe

Shazwan Sazali said...

Wah, stylo islam comment!