Followers

Wednesday, March 28, 2012

Mengapa Cemburu?

Cemburu.. Perilaku yang sering dipandang dari sudut yg negatif.. Jikalau kita lihat artikel atau paparan dlm akhbar, kebnykn kes bunuh melibatkan suami isteri berpunca daripada masalah cemburu.. Sama ada si suami cemburu akan isterinya yg mempunyai ramai kwn lelaki or vice versa.. Ini merupakan kesan kepada perasaan cemburu yg sering dikupas oleh msyrkat sekalian.. namun dlm penulisan kali ini, ingin sy menyentuh pula mengapa wujudnya perasaan cemburu, dan salah siapakah sehingga tertimbulnya perasaan ini?

Setiap manusia menginginkan sesuatu utk memuaskan dirinya.. Ad dlm kalangan kita mempunyai kesukaan yg mendalam sehingga menjd terlalu obses kepada perkara tersebut.. Setelah mendptkan apa yg selama ini diidamkn, maka akan wujud perasaan kasih dan syg kepada perkara tersebut, sehingga berasakan perkara tersebut adalah miliknya.. Sampailah suatu tahap, apabila seseorang itu berasakan perkara kepunyaannya itu kehilangan integriti, atau dlm kata lain, wujud satu pihak baru yg cuba utk mengambil perkara yg dipercayai kepunyaan dirinya, maka wujud perasaan cemburu, iaitu perasaan yg kurg sng kerana sesuatu kepunyaan dirinya terpaksa dikongsi bersama dengan org lain.. Utk memastikan perkara itu terus menjd miliknya, seseorang bisa bertindak luar kwalan, sehingga wujudnya kes-kes seperti membunuh dan sebagainya. Salah siapakah jikalau perkara ini berlaku?

Menjadi naluri semula jadi manusia utk mempunyai sifat cemburu.. Dalam hubungan sesama manusia, cemburu itu perlu bagi menunjukkan penghargaan kepada pihak yg terlibat dlm sesuatu perhubgan itu.. Perasaan cemburu boleh membuatkan kita sedar betapa pentingnya hubungan itu kepada kita.. Namun, cemburu ini perlu pada kadar yg bersesuaian.. Cemburu yg melampau boleh membuatkan pihak yg lain berasa rimas, sehingga boleh merosakkan sesuatu hubungan.. Jikalau ad pihak yg menyuarakan perasaan cemburu mereka, maka kita sewajarnya bertindak agar perasaan cemburu itu tidak berkembang menjd skala yg lbh besar.. Ini bagi menjaga hati semua pihak dan bagi mengelakkan perkara yg tidak dingini terjadi.. Selain itu, kita perlu juga bertindak agar mereka yg berasa cemburu itu sedar bahawa kita juga menghargai kehadiran mereka.. Lakukanlah sesuatu agar cemburu itu boleh mengindahkan lagi hubgan yg terjalin, bukan mengeruhkan lagi keadaan.. Org cemburu, kerana telah wujudnya perasaan kasih dan syg.. Jikalau kita mengambil sikap acuh tidak acuh, maka syg itu akn berubah, sama ada menjd pudar, atau menjd semakin ekstrem sehingga boleh terjadinya perkara di luar jangkaan kita..

Perlu sedar, manusia punyai pelbagai jenis perasaan atas kurniaan ALLAH SWT.. Manusia boleh menangis, boleh ketawa, boleh sedih, boleh cemburu, semuanya atas kurniaan dan izin Tuhan yang satu.. Ada kalanya perasaan-perasaan ini menjd penyeri kehidupan, namun kdg kala Allah menguji kita dengan perasaan-perasaan ini supaya kita boleh mendekatkan diri denganNya.. Tidak salah utk mempunyai sifat cemburu, namun haruslah berpada-pada serta tidak lari drpd jalan Allah SWT.. Cemburu boleh mewujudkan perasaan nikmat dlm ukhuwah yg terjalin.. Syg lah yg menimbulkan perasaan cemburu itu.. Tiada cemburu, tiadalah syg.. Ini sekadar perkongsian penulis buat coretan kali ini.. Agar semua daripada kita boleh mengambil iktibar utk dibwa dlm kehidupan seharian kita.. Wallahualam, assalamualaikum wrt :-)

Sunday, March 25, 2012

Number One For Me

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed

Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day

And now I finally understand
Your famous line
About the day I'd face in time
'Cause now I've got a child of mine
And even though I was so bad
I've learned so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kid the way you do

You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me
There's no one in this world that can take your place
Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me

You know you are the number one for me (x3)

[Dear PUAN NORHAYATI BINTI ABD. KADIR, the song is for you.. Sincerely for u mom.. :'-) ]

How?

Banyak persoalan yg berlegar sejak akhir2 ini.. persoalan yg sukar utk dijawab, seolah-olah tidak berjwapan dan tiada penghujungnya.. aku mnjd buntu, bagaimana kita hendak pastikan dialah orgnye? baik dlm soal jdoh, mahupun dlm soal bersahabat? jdoh.. mungkin msih terlalu awl utk aku bgkitkan soal ini.. Namun, apabila tiba masanya, soal ini akan bermain di fkiran kita.. bgaimanakah cara utk kita mengenal pasti itu lah orgnye yg akn setia sehidup semati dgn kita? Wallahualam, solat istikharah akan menjwb soalan tersebut.. Namun, dlm proses kita mencari, pelbagai ranjau akan kita hadapi.. tidakkah begitu?

Pos kali ini akan aku sentuh berkenaan persahabatan, sekali lagi.. Org slalu kate, kita kene bijak memlih kwn.. tersalah pilih, maka hanyut lah kita ke lembah syaitan yg hina.. Pernah seorang sahabat aku berkongsi ilmu bahawa, 70% perbuatan kita adalah di bwh pengaruh rakan sebaya.. Margin yg begitu besar dlm penentuan hidup sesorang individu.. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Arab, jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wangi dan jika berkawan dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya. Rakan yang baik boleh dianalogikan seperti bunga ros yang sentiasa mekar dan harum baunya. Menurut Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah, orang yang cemerlang dan hebat dalam pergaulan bermula daripada cetusan aura apabila dikelilingi rakan-rakan yang hebat. Maka, tertny2 aku, adakah aku memilih rakan yg btul, yg mampu mmbwa aku dkat kepadaNya, yg mampu sama2 berjuang dgn aku, yg mampu membuat aku ketawa bersama, menangis bersama, yg akn membwa ikatan ukhwah ini bersama ke firdaus Allah yg satu?

Setelah diamati, Alhamdulillah, kebanyakan rakan-rakanku adalah mereka yg berjiwa mulia, yg sering berusaha utk mendekatkan diri kepada Allah.. Mereka mengajak aku ke masjid surau utk solat berjemaah, perkara yg sering kita abaikan.. 27 kali ganda baiknya berjemaah berbanding solat bersendirian.. Aku rse tiada masalah dgn sekalian rakan-rakanku di sekeliling.. Masing2 punyai kelebihan yg membuat aku bersa kagum dgn mereka.. Biaselah, manusia tidak lepas drpd kekurangan, namun dgn adanya rakan-rakan, maka msing2 melengkapi diri masing2.. CUMA, dalam rmai2, kdg kala aku terfkir, bagaimanakah perasaan mereka terhadap aku? adkah mereka suka dgn cara pembawaan diri aku? bolehkah mereka terima perwatakan aku?

Ingin aku menceritakan berkenaan seorang sahabat aku ini.. Syukur ke hadrat ilahi kerana mengurniakan sahabat ini ke dalam hidup aku.. Melengkapi diri aku yg serba kekurangan, dirinya sering menegur aku jikalau ada kesilapan yg aku lakukan.. Dirinya juga sedia menerima teguran drpd aku, dlm usaha membaiki diri dan persediaan menghadapi dunia selepas ini yg kekal abadi.. Tetapi aku pula yg tertny2, adakah benar dirinya utk aku? Mksd aku, bolehkah dirinya menerima aku seadanya? Aku khuatir dgn bersahabat dgn aku, nikmat ukhuwah ini tidak dapat diamati sedalam2nya berbanding jikalau dirinya bersahabat dgn rakan yg lain.. aku amati tingkah lakunya ketika bersama dgn rakan yg lain.. Gembira.. Keceriaan terukir di wajahnya.. Aku trtny lagi, mampukah aku melakukan perkara yg sama? kdg kala aku rse tidak berdaya, maka aku merasakan lebih baik utk aku berkorban.. Love is knowing when to let go isnt it? Namun aku menyerahkan kepadanya utk melakukan sebrang keputusan.. aku jua redha akan ketentuan ilahi kerana setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya.. InsyaAllah..

Maafkan diri aku yg serba kekurangan.. Jikalau perlu utk aku ubah, akn aku ubah sedaya upaya aku, supaya ukhuwah yg terjalin ini mampu membwa aku dan sahabatku bertemu denganNya satu hari nnt.. Namun perubahan itu bukan sesuatu yg mudah, aku sedar ianya sush.. Terpulang kpd sahabatku ini utk menilai diriku dalam persahabatan yg sudah terjalin mesra ini.. jikalau ada rakan yg lebih baik, maka aku akan doakan yg terbaik utk dirinya.. Aku tidak boleh pentingkan diri aku.. Dlm persahabatan, pengorbanan itu perlu.. Walau apa pun, aku berusaha utk sering berada utk sahabatku jikalau aku diperlukan.. Ill be here.. InsyaAllah.. Jikalau soalan diajukan kepadaku, jawapan aku mudah, aku gmbira bersahabat dgnnya.. Aku yakin, persahabatan inilah yg aku inginkan selama ini..

YA ALLAH, kurniakanlah petunjukMu.. Redhakanlah persahabatan ini, jauhkan lh persahabatn ini drpd bisikan syaitan yg cemburu akan terbinanya ukhuwah yg bertujuan utk bergerak di jalanMu ya Allah.... :-) Hanya itu yg ku pinta dalam ukhuwah ini..

Thursday, March 22, 2012

Renungan Sejenak

Penulis kembali menyusun bait2 kata selepas beberapa hari menyepi. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana terus memberi kudrat dan tenaga bagi merasai segala nikmat alam yang telah tersedia buat kita semua. Ujian demi ujian diberi kepada penulis dalam meniti tujuan hidup seorang manusia. Ujian yang kadang kala terasa berat utk ditanggung menyebabkan diri berasa betapa besarnya kuasa Allah yang satu. Namun tidak akan Allah menguji hambaNya dengan ujian yang tidak tertanggung. Syukur kepadaNya kerana diberi kepadaku peneman dalam menghadapi segala dugaan dan liku-liku kehidupan ini. Menyentuh perihal ujian Allah yang satu ini iaitu percubaan A-Level yang berlangsung beberapa minggu yang lepas. Banyak penambahbaikan yang perlu dilaksanakan jikalau 15 menjadi sasarn.. Keputusan percubaan setakat ini hanya pada paras sederhana, atau dlm kata lain, kurg memberangsangkan bagi penulis yang mengharapkan keputusan yang lebih elok. Namun rintihan dan keluh kesah yang sering menyusul seblum ini, perlulah ditukar kepada azam dan semngt utk terus berusaha ke arah mencapai sasaran yang telah pun ditetapkan. InsyaAllah, akan penulis menyusun beberapa strategi dan modus operandi bagi merealisasikan perkara ini. Buat masa ini, penulis masih lagi berharap baki-baki kertas yang masih belum diperoleh keputusannya, akan membwa khabar yang lebih indah berbanding kertas-kertas yg telah pun penulis terima.

Sekalung penghargaan kepada RAKAN SEPERJUANGAN penulis dari KUCHING yang sering melontarkan kata-kata nasihat kepada penulis dalam meniti ranjau kehidupan. Sepanjang cuti yang lepas, beberapa nasihat telah pun dirinya berikan kepada penulis, membuatkan diri penulis berasa lebih kuat berbanding sebelumnya. Alhamdulillah, mungkin sudah tiba masanya utk penulis mencongak ke hadapan dalam membina mutu dan kualiti seorang modal insan yang cemerlang dalam diri penulis. Anjakan paradigma, itu yang perlu dipraktikkan agar penulis tidak lagi seperti sebelum ini yang sering tersergah dgn perkara-perkara kecil sehinggakan langkah penulis menjadi perlahan dan terhenti, lantas melemahkan diri penulis. Ini tidak wajar berlaku kerana perbuatan tersebut mencerminkan kelemahan penulis yang jelas perlu diubah agar tanggungjawab penulis sebagai khalifah mampu dilaksanakan.

Persahabatan. Mungkin sudah berulang kali penulis menyentuh perkara ini. Tiada apa lagi utk penulis ungkapkan sebenarnya. Cuma, penulis kdg kala berasa diri penulis masih lagi mencari rentak sebenar dalam menongkah erti persahabatan sebenar, yang berlandaskan Islam yang syumul. Jiwa penulis mungkin utuh dalam perihal yang lain, namun apabila soal persahabtan dibangkitkan, penulis akui, bnyk yg perlu penulis baiki. Keliru kadang kala dengan hati yang sering berbisik. Apabila akal dan hati tidak bergerak seiring, maka syaitan mula meniupkan kata-kata kehancuran bagi melihat ukhuwah yang terjalin goyah dan punah. Beberapa hari yg lepas, fkiran penulis menjd kosg. Yang bgusnya, penulis tidak lagi berasa sedih dengan ujian-ujian yang Allah beri, syukur atas kekuatan yang mula lahir dan terbit dalam diri. Yang tidak bgusnya pula, penulis berasa bongkak.. terasa bahawa penulis mampu utk bergerak sendiri tanpa memerlukan sahabat di sisi penulis.. namun syukur, hati msih lagi tertaut, meminta diri utk mengingati anugerah yang telah pun Allah kurniakan. Lantas terngiang2 di benak penulis akan kisah Saidina Ali dan Saidina Abu Bakar yang pernah penulis sentuh dalam kiriman pos yang lalu. Penulis tidak perlu berubah sperti ini, yng perlu hny persefahaman yang lbh mudah diterima, lebih terbuka, juga penerimaan secara total terhadap sahabat penulis. Penulis sering berdoa agar ukhuwah penulis bersama sahabat yg sudah terjalin ini diredhai dan dijauhi drpd hasutan syaitan, lantas mampu utk dibawa ke jannah kelak, insyaAllah, itulah yg sebaik2nya, yg perlu penulis terapkan dalam menikmati kurniaan ilahi ini. InsyaAllah. Syukur kepadaNya atas anugerah ini, setelah sekian lama menanti, akhirnya dikurniakan juga kepada penulis ukhuwah ini. Penulis tidak tahu apakah jenis ujian yg akan penulis terima selepas ini, namun penulis berhrp agar diri penulis mampu terus berfkir scara rasional serta berpaksikn erti persahabat sbnr dlm sbrg tindakan penulis.

Kepada Fawzul dan Pika.. Penulisan kali ini juga ingin penulis sentuh berkenaan dua org sahabat ini. Syukur kepada Allah SWT kerana memberi kesempatan kepada menulis mengenali kedua-dua org sahabat ini. Fawzul, bijak dan geliga pemikirannya. Pika, terkenal dengan jenakanya yang mencuit hati. 10 jari disusun memohon maaf jikalau penulis tidak benar-benar menghayati pengenalan ini. Diri penulis juga seorang manusia biase yang sering melakukan kesilapan. Kelekaan penulis mgkn membuatkan saudara berdua terkecil hati dan sebagainya, namun tidak pernah penulis berniat utk melakukan perkra sedemikian. InsyaAllah, mana-mana kesilapan yang penulis lakukan sebelum ini akan penulis baiki sebaik mgkn agar perjuangan duniawi ini akan diteroka bersama buat bekalan ke akhirat sana.

Sekian sahaja garapan buat kali ini. Kepada mereka yang penulis khususkan dlm penulisan kali ini, hrp memaafkan segala kesilapan penulis yang pernah penulis lakukan. Kepada mereka yang penulis sentuh secara tidak lgsg, hrp sentiasa menasihati dan menegur diri penulis yang kdg kala alpa dalam membwa diri penulis sebagai manusia yg srba kekurgn ini. Semoga Allah merahmati kalian, insyaAllah. Doakan kebaikan bersama, agar Allah kurniakan hidayahNya kepada kita utk persediaan meniti akhirat yang kekal. Assalamualaikum..

Sunday, March 18, 2012

A new beginning


Im back to Cemara.. What a nice week of holiday i have back then.. But lets forget about dat n focus on the main target - 15 points for A-LEVEL.. I know its hard, but i'll try to push myself while praying to Allah, hoping for the best of me and my friends as well.. Besides that, im hoping to have a better life after this, to be stronger and better than before.. Still need time to change, to develop myself, but if its for good, i'll try my best to have it a go.. Pray for me.. Seriously, i dont want to be the previous Shazwan anymore.. The Shazwan that i knew from the 3rd and early of 4th semester was weak.. InsyaAllah, i'll try to change bit by bit and become the Shazwan from secondary school again, who was strong and never bother about small matter which can kill him from inside - or even better.. :-)

Saturday, March 17, 2012

Bicara Malam

Waktu berputar laju,
Seolah-olah mengejar sesuatu,
Sesuatu yang tiada hala tuju..
Terlihat seorang dewasa di hujung penjuru
Bersendirian, diam, sepi terbujur kaku..
Siapakah gerangan si dia tidak berbaju?

Jeritan tanpa suara menggamit suasana,
keheningan malam masih sama, namun keadaannya jauh berbeza..
Dahulu terasa kesepian, ditinggalkan tanpa segan silu..
Namun tidak pernah jiwa tersedar..
Allah yang satu sentiasa menunggu..
Rintihan hambaNya yang jelas semakin lama semakin sayu,
Sombong, bongkak meninggalkan Dia yang satu..
Namun Allah tidak pernah jemu
Satu per satu kita dijamu,
Subhanallah, berpenghujungkah segala tindak laku itu?

Marah, kecewa, geram menyaksikan kemahuan tidak terlaksana..
Titisan air mata jatuh ke bumi, pilu,
Jiwa meronta, meracau tidak keruan..
Sehinggakan mereka menjadi mangsa..
Mereka tidak berdosa, malah tidak pernah mengerti..
Hanya kita yang sering bermimpi di siang hari..
Sedarlah, tidak semua yang kita impikan bakal terjadi,
Kerana Allah lebih mengerti..
Maka kembalilah kepada Dia wahai umat ummati..
Hanya Dia Maha Mengetahui segala apa yang terjadi

Usahlah bersedih usahlah menangis..
Syukuri nikmat walaupun secebis..
Jikalau hati terasa diguris,
Pejamkan mata, tenangkan jiwa..
Kerana Allah sentiasa ada..

(Nukilan Shazwan Sazali)

Friday, March 16, 2012

WATCH THIS!!



Have you ever experienced this? I have.. Just think for a while.. have we ever thought, by doing dat, some of our friends will feel neglected?
-  CREDIT TO MARIA ELENA-

Quoted FROM MY AUNT..

Thursday, March 15, 2012

Nukilan Shazwan Sazali :-)


Saat hujan membasahi bumi,
Angin meniup sayup, membelai setiap jiwa insan yang menghuni,
Aku kembali sedar akan kehadiran aku di sini,
Sendirian mengenang kembali segala memori..
Sahabat, masihkah kamu di situ?

Jiwa seorang remaja yang kacau,
Meronta-ronta menginginkan segala mimpi terlaksana,
Jeritan batin jauh di sudut hati, namun tak siapa yang mengerti,
Asalnya aku leka, alpa,
Namun kunjungan suara yang tiba seakan2 meminta,
Mengharapkan anjakan, menagihkan perubahan,
Bagi mengecapi setiap nikmat ukhuwah,
Yang telah Dia kurniakan
Bagi menemani perjuangan seorang insan bernama manusia..

Teman, rakan, sahabat,
Istilah yang sering digunakan,
Bagi mengungkap keindahan ukhuwah yang terjalin..
Syukur ke hadratMu Sang Pencipta,
Yang mengurniakan kemanisan ini dalam hidupku,
Untuk aku kembali kepadaMu
Mengenangkan besarnya rahmat yang Engkau berikan kepada hamba-hambaMu
Tiada apa yang ku pinta,
Melainkan keredhaanMu, cahaya yang menyinari jalanku
Ke arah Firdaus yang satu..
Pintaku Ya Allah, lindungilah hambaMu ini
Yang sering tidak berdaya, yang sentiasa menagih petunjuk kebenaranMu

Hanya satu yang ku pinta,
bukan emas, juga bukan permata,
hanya persahabatan hakiki berteraskan agamaMu
untuk dibawa ke dunia di sebelah sana..
Ya Allah, aku syukur kepadaMu..
Atas kurniaan sebesar ini,
Lindungilah kami, sayangilah kami..
Dengarkan lah suara rintihan ini,
Daripada hamba bernama Shazwan Sazali..

(TERjiwang jap, hehe)

Wednesday, March 14, 2012

Lelaki dan Lelaki


I just finished reading the book as my heart felt so sad n my eye bag was filling with tears.. Nice masterpiece Tony Parssons had there.. He is the author. N when i was reading the book, i felt that he was writing with his heart, not only with his brain.. Mayb part of the story was from his past, his own experience.. Let me share some of my thoughts of the book with all of you..

Buku ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Harry dan juga anaknya bernama Pat (that explain the title of the book - Man and Boy).. Aslnya, Harry punyai keluarga yg bahagia, juga kerjaya tetap yg membuatkn dirinya berasa hampir sempurna.. Cuma pada suatu mlm, dirinye berasa sungguh tertekan dgn kerjayanya yg pnuh dgn masalah sehingga dirinya terlanjur dgn seorang perempuan, Siobhan, di tempat kerja.. Perbuatannya ini diketahui oleh isterinya.. Maka tnpa sebrang perbincngn, isterinya meninggalkannya, lantas memulakan hidup baru sbg seorang wanita berkerjaya di Tokyo, Jepun.. Gina, isterinya, ingin turut membwa Pat ke Jepun, namun setelah berbincg, Pat dibenarkn utk menetap bersama Harry sehinggalah Gina mempunyai kehidupan yang stabil..

Harry berdepan dgn pelbagai konflik selepas itu.. Dirinya dipecat majikan, bapanya sakit, Pat yang terlalu kecil utk mengenal erti perpisahan dengan ibunya, serta kehadiran seorang wanita baru dlm hidupnya.. Selepas bergelut utk memperoleh kehidupan yg stabil, Gina kembali, bersama seorang lelaki lain utk menuntut hak penjagaan anak.. Bapanya pula semakin tenat, dan meninggal dunia di saat dirinya sgt memerlukan bapanya.. Setelah beberapa lama, Harry menyoal ibunya, bagaimana ibunya boleh begitu tenang wlupun bapanya sudah tiada.. Ibunya menjawab, "love is knowing when to let go.." Harry mengambil keputusan utk tidak berebut dalam soal penjagaan anak kerana berasa anaknya lebih sesuai dan gembira jika bersama Gina.. Jikalau Harry benar2 menyayangi anaknya, dia akn mengambil keputusan berdsrkn yg terbaik utk anaknya, bukan demi kepentingan dirinya sahaja, n he did.. Wanita yg bru muncul dlm hidupnya pula, Cyd, turut mengalami masalah dan konflik apabila terpksa brhdpn dgn kelakuan bekas suaminya yg ganas dan suka bertindak keras ke ats dirinya..

I cant tell everything about the book here, nanti kene saman.. Anyway, buku ni sgt best n worth bli n bce.. I would surely recommend buku ini kepada mereka yg minatkan fiction.. Anyway, just came bck from watching THE WOMAN IN BLACK kat TGV WANGSA WALK.. SUPERB lakonan DANIAL RADCLIFFE.. The movie? ok lah.. drpd 10, 7 markah diberi.. Nk tau psl movie ni? g tgk sendiri.. Anyway, berbaloi, lg2 yg minat pelakon cite ni.. hehe.. Ok, dats all for now.. Assalamualaikum.. :-)

Tuesday, March 13, 2012

Standing In The Eyes Of The World



Kenangan sewaktu MALAM KOPLN INTEC 2010..

Kidzania KL



Assalamualaikum.. Kisah kali ini berkisarkan pengalaman aku ke Kidzania KL, sebuah lagi taman tema yg bru dibuka di Kuala Lumpur, secara khusus, di CURVE NX, Damansara.. Pernah dahulu sewaktu di Jakarta, aku terlihat taman tema ini di sana.. Tidak pernah terlintas utk mengunjungi tempat tersebut, namun setelah Kidzania menapak di sini, maka apa salahnya minimba ilmu dan pengalaman baru.. Sebenarnya, ini sume ide makcik aku yg berkunjung ke KL dr LUMUT, Perak.. Alang2 musim cuti sekolah, maka aku pergi bersama adik2 aku, juga dengan adik2 sedara aku..


Setibanya di sana seawal 10.30 pagi, pengunjung sudah pun rmai yg tiba.. Beraturnya panjang, namun nk xnk, beratur lh juga.. Tiketnya mahal juga... Kanak2 RM55, manakala rm35 utk dewasa.. Ha, pelik kn, jarang nmpk dewasa lagi murh.. ha, sbb tempat ini mmg khusus direka utk kanak2.. This is the place where kids turnn into adults.. While adults? kat sni mmg xtau nk bwat pe.. Tgk2 jelah keadaan sekeliling.. The place is very nice, well-decorated.. N the space is quite big.. Ckuplah utk tampung beribu pelawat yg berkunjung tiba..



Sewaktu aku di sana, kebetulan WANITA HARI INI sedang membuat liputan di sana, maka tempatnya menjd a bit crowded.. I was quiet shocked dgn keadaan kat Kidzania.. Die mcm sebuah bndar yg semuanya ad. Bank, penjara, hospital, police station, post office, theater, konti radio, hotel, n bnyk lagi lah. but semua ni digerakkan oleh kanak2.. kids work here, n they earn money melalui kerja2 tuh, bkn dlm ringgit lh, but dgn mata wang KIDZOS.. Nk buat semua bnda mmg xdan lh, hav to queue (as usual), so buat yg mne sempat jelah..







At first, adik2 aku ke SUPREME COURT.. Kat sne, dorg act as judge, registrar, lawyer, witnesses sume lah, yg perlu ad kat sebuah mahkamah.. So msing diberi tunjuk ajr mcm mne a court should work, before dorg plak yg "bekerja".. Owh yea, i saw my junior, n she was the one yg memberi tnjuk ajr psl ape yg spttnye berlaku kat court.. Terkejut die nampak aku kat situ, haha.. Anyway, nice job u hav there, n for sure, u must love kids a lot to work there.. Ape2 pun, sgt best tgk how kids "rule" the world, happy n ceria je sume.. hehe..


Then, adik2 aku ke kedai jewellery, di mana dorg dibenarkn utk membuat gelang sendiri.. Suke sakan lh dorg kn.. After that, pergi pula ke TV STATION, di mana kanak2 diberi kesempatan utk run a tv show.. Masa aku smpai, dorg tgh shoot utk BULETIN UTAMA.. so my sis n adik2 sedara become pembaca berita n pengacara tv.. hehe.. tgk dorg bce skrip, kelakar btol.. terbyg sekali lagi klu BULETIN UTAMA pkul 8 malam tu dikendalikan oleh kanak2.. haha.. COOLIO kowt..






For me to tell everything we did there mmg memerlukan mse yg sgt pnjg.. Apa lagi yg ad kat sne, org sakit dikendalikn oleh doktor kanak2, hotel terbakar, api dipadam oleh bomba kanak2, dj radio pula kanak2 yg handle.. EVERYTHING, kanak2 yg handle.. Owh yea, ad juga disco kanak2, dun worry, safe drpd segala unsur yg bkn2.. But the lighting, the atmosphere, mmg mcm disco lah kn.. Where musics are put out loud.. Kids dance on the dance floor.. Comel tgk bebudak ni.. hehe..



Dats all i think for now.. Njoy all the pictures.. N if u hav sisters or brothers, i would like to recommend this place.. They will hav fun, dun worry.. As for adults, ad lah lounge klu dh penat nk rehat2.. its a plce for us to rest, for them to work.. giv it a try, u wont be regret.. Terfkir juga klu tempat mcm ni utk dewasa plak, siapa2 yg ad mimpi atau angan2 yg xtercapai, contoh nk jd hos tv tp xd kesempatan, theres a place for u to live ur dream.. msti best kn? haha.. the world is progressing, msti ad org yg akn bwat gak one day.. Alrite then, so long and see ya really soon :-)






Monday, March 12, 2012

Kopiah Kuning??


Sewaktu minggu peperiksaan percubaan, terfkir aku utk menemani AISAR AHMAD ke KUALA KANGSAR sesudah hbs peperiksaan.. Kemudian aku juga terfkir utk ke RUMAD MAD buat julung2 kalinya.. Aku menyuarakan keinginn ini kepada sahabat terbaik ku itu.. Tidak ku sangka, hny selepas beberapa minit aku memberitahu dirinya, ibunya sudah pun mengetahui hal tersebut n bersedia menerima kehadiran aku ke KLUANG.. Haha, segan aku jdnya.. Terasa mcm menyusahkn pula.. Tetpi memikirkn yang aku tidak pernah bertandang ke teratak MAD, jadi aku ambil keputusan utk menemaninya pulang ke KLUANG..

Setibanya aku di KLUANG, bapa MAD, pakcik SHAHRULZAMAN dtg menjemput.. Setibanya aku di rumahnya, aku terasa seakan2 berjumpa dengan keluargaku sendri.. drpd MAK TOK, smpailah ke adik2nya, semua sgt menerima kehadiran aku sbg tetamu.. Mereka juga sgt peramah, mudah utk aku memulakan sbrg perbualan.. Awalnya menjd segan, melihat saudara2 mad semuanya ad di rumah, namun aku membiasakn diri, kerana aku berasa seolah2 aku pun dlm kalangan mereka disebbkan sifat mereka yg mudah menerima.. Aku mnjd selesa dlm klgn keluarga itu.. Tambahan pula, tidak putus2 aku dijamukan dengan mknn.. haha, hilang trus diet aku.. Sgt berterima kasih kepada MAKCIK yg telah bnyk menyusahkan diri.. Terasa menyusahkan apabila memasakkan nasi lemak seawal subuh.. Tiada apa yg mampu dibalas melainkan doa dan ucapan terima kasih yg tidak terhingga.. Malam pertama aku di rumah MAD, aku diajak ke MASJID JAMEK TAMAN KASIH kerana ad ceramah Maulud Nabi.. Sungguh menarik ceramah yg diberi oleh Ustaz Mahyuddin from UTM Skudai.. Kelakar dan sgt sempoi..


Keesokan paginya, aku dibawa bersiar di sebuah bukit (nth xtau pe nama bukit tuh) sebelah rumah MAD.. From top, dpt tgk hmpir the whole kluang.. sgt cntik lukisan Allah.. Gunung jauh yg diselubungi kabus bak terapung2 di atas air.. Cantik, dgn angin meniup pipi, lembut dan sayup.. Terasa sgt tenang apabila berada di atas bukit itu..


Sepanjang tempoh bersiar2 itu, aku mendekatkn diri dengan keluarga MAD, khususnya adik2nya.. Peramah sungguh mereka.. Aku berbual dgn mereka agr mereka tidak berasa segan dengan kehadiran aku.. Awalnya mgkn msih janggal buat mereka, tp lama2, mereka berasa selasa.. Adik mad yg plg kecik tu bleh lagi meminta aku memimpin tgnnya sewaktu trun tgga.. Haha, adik beradik semua serupa, hati baik, peramah orgnya.. Sesudah sarapan, ibu MAD memberitahu aku bahawa mereka ingin membwa aku sama pulang ke kampung.. Memandangkan aku pun tidak ke mana, maka aku menerima pelawaan tersbut.. Maka aku ke simpang renggam, kampung MAD sebelah ibu.. Pun besar keluarganya.. Terasa seronok kerana mereka trut boleh menerima kehadiran aku, seorang asing yg baru pertama kali menjejakkan kaki ke rumah mereka..


Malam kedua aku di Kluang, aku diajak oleh MAD utk berjalan2 di kwsn sekitar Kluang.. Kali ini, seorang lagi sahabat aku, AMAN trut serta.. kami ke rumah teman lama mad.. Maknya kwn mad sgt peramah orgnya.. Terkejut aku apabila makcik sudah pun mengenali aku sebelum aku sempat utk memperkenalkan diri.. Tertny2 juga, bagaimana makcik ni tahu siapakah gerangannya aku? Rupanya aku dikenali melalui blog aku dan juga facebook.. Bgus lah makcik ni, up to date with the modern technology.. After berbual buat seketika, AMAN membawa kami ke rumahnya di FELDA KAHANG BARAT.. Aku terasa sgt sronok kerana dibawa berjalan oleh mereka berdua.. Haha, cumenye xd rezeki lah nk msuk rumah Aman, jam wktu tu pun dh hmpir 12 mlm, terasa mengganggu plak ke rumah org wktu2 sebegitu. Kami singgah ke satu warong, berbual2 smbil menyaksikan MU vs WEST BROM dan ALL ENGLAND pny badminton championship.. seperti biasa, MEE GORENG singgah msuk perut.. :p



Keesokan harinya, aku dibawa pula ke Gunung Berlumut, utk mandi manda.. Bersungguh MAK TOK dan maknya MAD utk membawa aku ke sana.. Haha, lama sudah tidak aku mencelupkan badan ku ini ke dalam sungai.. Mana nk jumpa pun kat KL ni.. Sungai Klang? Haha.. Kuraplah jawabnye.. Setelah hmpir dua tiga jam aku di sana, maka waktu tidak mengizinkan aku utk trus berada di sana.. Waktu pulang ke KL sudah pun tiba, selepas zohor, MAD menghantar aku ke stesen bus.. Maka tamatlah percutian aku di Kluang.. :-)



Haha, saudara Muhammad Shahrulzaman.. Sahabat terbaikku, insyaALLAH ke jannah dengan izinNya, membwa bersama ukhuwah yg sudah terjalin.. Aku bersykur ke hdarat ilahi dikurniakan sahabat sebegini.. Walaupun laluannya penuh berliku, namun segala ujian yg Allah beri diharap mampu utk memantapkan lagi ukhuwah ini.. Aku semakin sedar bahawa bnyk kesilapan telah aku lakukan spnjg menjd sahabat kepda Muhammad, namun akn ku menggunakan cuti semnggu ini utk kembali muhasabah dan membetulkan mana2 yg perlu.. InsyaAllah.. Aku bertrima kasih kepada dirinya juga keluarganya kerana sudi menerima kunjungan aku dgn hati yg terbuka.. Tiada apa yg mampu aku balas melainkan ucapan terima kasih dan minta maaf jika ad salah n silap.. Walaupun sekejap, namun kunjungan aku ke rumah sahabat ini akan ku kenang hingga ke akhir hayat.. Tiada perkataan yg boleh aku gambarkan betapa gembira hati aku sepnjg aku berada di KLUANG juga betapa aku sygkan sahabat aku ini.. Sekali lagi, 10 jari disusun memohon maaf utk sebarang kesilapan, baik sewaktu aku di KLUANG, juga sepnjg ukhuwah ini terjalin.. Aku akn cuba yg terbaik dlm memastikan ukhuwah ini bercmbah baik menuju ke jalan yg diredhaiNya.. InsyaAllah.. MUHAMMAD, if u r reading this, tq so much for being such a good friend.. U r the best, remember that..

sekian sahaja garapan kali ini.. Semoga bersua kembali di waktu yg berbeza.. Salam coretan mesra.. :-)




Coretan Selepas Percubaan

12 March 2012.. Melaporkan diri sekali lagi di hadapan skrin 14 inci laptop ASUS K40IJ ku ini.. Terkenang semula kisah yang telah ku lalui sepanjang 5 hari ini.. Daripada khamis lepas sehinggalah harini.. Sekali lagi, memori indah terpahat dalam sanubari.. Sekalung penghargaan kepada mereka yang telah pun menceriakan hari2 sang pria ini.. Subhanallah, indahnya ukhuwah itu.. Jom kita selami apa yang telah aku lalui sejak awal2 bulan Mac ini..

Percubaan A-Level.. Awalnya nampak gampang, tetapi selepas sekian lama diri ini menghadapi peperiksaan tersebut, semakin berat kepala ini melihat soalan2 yang pelik2 yang berjaya merobek2 otak dan mata ku ini.. terkoyak sclera ku ini melihat soalan yang dihasilkan, lagi2 chemistry unit 5 yang berjaya membuatkan aku BLUR, sekali lagi nth dalam berapa puluh kali dah.. Hanya mampu berdoa agar diri ini dikurniakan smngt utk terus berjuang menghadapi peperiksaan A-Level yang bakal menjelang bulan Mei nanti.. Juga terus berdoa agar keputusan utk percubaan, juga utk A-Level nnt menyebelahi bukan sahaja aku, tetapi rakan2 seperjuangan yang lain.. InsyaAllah..

Tepat jam 10.40am, 8 Mac 2012, hatiku kembali tenang setelah pengawas peperiksaan mengutip kertas2 soalan drpd meja kami yang sedang berjuang.. Allah, tamat sudah percubaan, Alhamdulillah.. Lega hati ini setelah pengawas peperiksaan berkata, "you may dismiss".. Walaupun tidak pasti bagaimanakah gerangan markah yang akan diperoleh, pasrah dan redha sahajalah ye.. Itu yang paling mampu aku lakukan buat masa kini. Setelah tamat peperiksaan, aku segera pulang ke bilik utk mengambil racket, lantas menyahut seruan gymnasium yang memanggil2 merindui diri ini yang sering berkunjung bermain badminton bersama rakan2 yang lain.. Setiap titikan peluh yang jatuh membasahi gelanggang, terasa amat bermakna dan berjya mengukir perasaan puas hati setelah sekian lama "berpuasa" daripada bermain badminton.. Lega hati ini dapat mendengar bunyi bulu tangkis dipukul.. Juga lega hati ini dapat tergolek2 atas lantai bagi membalas pukulan kencang MUHAMMAD SHAHRULZAMAN yang sering kali gagal dibalas.. Itulah jaguh badminton kami.. Bolehlah juga dikatakan sebagai COACH kami yang lain.. Tidak lama kemudian, seorang sahabat yang digelar APEK menelefon.. Owh yea, dirinya sudah pun tamat A-LEVEL dan kembali ke INTEC pada hari tersebut utk mendptkan resultnya..

- JAP, TERASA PENAT BWAT AYAT SKEMA-

Aku pun tunggulah APEK jap depan ofis.. Xlama pastu, dia kuar dengan jeritan yg sgt kuat.. Subhanallah, dahsyat btol APEK ni, 15 point dengan straight A*.. Mantap, serious, sgt mantap.. Aku menjd sgt kagum dengan dirinya.. Seorang Melayu juga Islam yg membuktikan bahawa semua layak memperoleh keputusan sebgitu selagi ad usaha dan tawakal.. Alhamdulillah, tahniah kepada dirinya.. Selepas itu, APEK menemani aku ke JPJ, buat lesen FULL.. Haha, setelah 2 tahun, akhirnya tamat tempoh P aku.. Say TAHNIAH kat aku, haha.. Pasni klu ad yg nk blikan kete ke pe ke, bleh lah ek.. bgtau je, aku rela terima ngan hati yg terbuka..

Dengan berlesankan lesen PENUH, aku, APEK dan MAD ke SUNWAY bagi meraikan kejayaan APEK.. Credit to APEK yg membelanja kami BUFFET di CHICKEN HARTZ.. Then sekali lagi tq so much sbb blnja mkn ICE CREAM kat HAAGEN.. haha, heaven dpt mkn HAAGEN tu.. Lama dh xmasuk dlm perut.. Pas puas makan, blk CEMARA pack brg sume, maka bermulalah kisah percutian aku.. Here we go..


Khamis malam, aku pulang ke KL dengan kwn2 aku yg lain.. Setelah bersiap, aku ke HENTIAN DUTA utk berangkat ke PENGKALAN HULU, rumah FAWZUL AZRI, rakan sekelas aku.. Rumahnya sejuk seperti yang telah digambarkan.. Keesokan harinya, aku, FAWZUL, MAD dan AISAR ke Kuala Kangsar sperti yang telah dirancang.. Niat di hati utk menemani AISAR ke sekolah lamanya, MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (MCKK).. Sekolah ini sebenarnya pernah menjadi sekolah harapan ku, tetapi tidak kesampaian apabila STAR yang ditawarkan kepada aku.. Tidak mengapalah, dpt jln2 kat skolah ini pun ckup terasa puasnya.. Trima kasih kepada AISAR kerana mempelawa aku bg menemani dirinya ke skolah itu.. Aku sgt menghargainya..

Inilah masjid yg menjd tempat persinggah utk solat Jumaat.. Nth apa nama masjidnya.. Setelah solat, kami berempat ke rumah kawan AISAR.. Kemudian kami ke IPOH sebelum aku dan MAD pulang ke KL.. Kisah seterusnya akan ku coretkan dlm post yg strusnya.. Sekian sahaja buat masa kini.. Salam permisi.. :-)

I

Sunday, March 4, 2012

Perbezaan Komen Ustaz Azhar Dan Ustaz Fathul


KOMEN USTAZ FATHUL AD DI BAWAH.. BANDINGKAN KENYATAAN MEREKA.. ANDA TENTUKAN, SIAPA BERCAKAP LEBIH RASIONAL, YANG MANA PULA LEBIH JUDGEMENTAL.. WALLAHUALAM

Hudud - Ustaz Fathul Bari Komen Tun M

Friday, March 2, 2012

MERAH HIJAU



Masih relevan lagi kah SANG MERAH? Itulah soalan yang sering diajukan kepada aku oleh mreka yang berarenakan SANG HIJAU.. Aku tahu tulisan kali ini bakal menimbulkan kontroversi, namun ku kumpulkan seluruh kekuatan aku utk menggarap luahan rasa yg aku rse perlu utk dismpaikan kepada pembaca agar isi hati ini difahami dan dikongsi bersama.. Bukan niat utk mencerca, apatah lagi menghina, namun tulisan kali ini hanyalah satu perkongsian pendpt seorang pelajar muda yang meminati bidang ini yang cuba utk mengutarakan cebisan idea buat tatapan semua..

Isu yang timbul apabila potilik negara dibacarakan.. Ad pihak yg berkata, politik dan agama tidak boleh disatukan, namun bagi aku, Islam merupakan ad-din, suatu cara hidup yg merangkumi setiap aspek kehidupan.. Melalui Al-Quran dan Sunnah, kita pimpin cara hidup kita agar syurga hasilnya kelak, insyaAllah.. Maka sebenarnya, politik dan agama tidak boleh dipisahkan kerana Rasulullah juga berpolitik pada zaman pentadbiran baginda.. Politik itu boleh, cumanya politik kotor itu yang prlu dielakkan.. Merujuk kepada isu yang sering diketengahkan.. Hudud.. Sebelum aku mula berbicara, sepuluh jari disusun jika ad terkasar atau tersilap kata, juga mohon utk diperbetulkan utk kebaikan bersama.. Mengenai perkara ini, asalnya apabila SANG HIJAU berbicara, aku menjd trtny2, mengapa SANG MERAH tidak mahu melaksanakan hukum Allah yg wajib dilaksanakan ini? Sukarkah bagi SANG MERAH utk menerima ketetapan yang telah ditentukanNya? Sungguh berani SANG MERAH dalam penolakan hukum ini, hukum yg jelas wajib dan tidak boleh disangkal lagi.. Kemudiannya, satu per satu petunjuk diberi olehNya.. Pertama, penjelasan USTAZ FATHUL BARI, berkenaan perkara yg perlu diselesaikan sblum hudud itu boleh dilaksanakan.. Dalam keadaan sekarang, dengan keadaan masyarakat Malaysia masih belum faham apakah hudud itu sbnrnya, maka SANG MERAH mahupun SANG HIJAU perlu memberi penjelasan secara total agar tiada penolakan atau pemberontakan yg akan berlaku tatkala hudud hendak dilaksanakan nnt.. Kemudiannya, lompong2 yg ad sekarang perlu ditutp, masalah sosial misalnya, zina, khalwat dan sebagainya harus ditangani dengan usaha yg maksimum.. Bukankah Islam mementingkan usaha daripada hasil? Jikalau terus melaksanakan hudud, tapi perkara2 seperti ini dibiarkan, apalah kebaikannya? Masyarakat Malaysia yg tidak faham pula akan terus menentang hukum ini.. Maka, di mana kebaikannya? Perlaksaan itu perlu, cumanya dlm proses perlaksaan itu, segala methodology perlu diamati satu per satu.. Perancangan itu amat penting.. Berkenaan hal ini, ada juga PEMIMPIN SANG MERAH yang bangkit mengatakan bahawa hukum hudud tiada dalam Al-QURAN.. Aslnya aku kurg faham.. Namun selepas brtnykan kepada yang lebih arif, ya, hukum hudud mmg tiada disebut dlm AL-QURAN secara khusus.. Tetapi Allah menceritakan secara umum.. Islam mementingan hukuman yang adil.. dan HUDUD itu amat sesuai dlm menangani masalah yang manusia sendiri tidak mampu hendak diselesaikan.. Namun syarat utk perlaksaan HUDUD itu sgt sukar, kurg syarat, maka lain hukumannya.. SAKSI YANG ADIL misalnya, utk zaman kini, manusia mana lagi yg boleh bertindak adil dlm menjatuhkan hukuman kepada manusia lain? Syarat ini sahaja sudah sukar, belum lagi syarat yang lain.. Maka HUDUD bukan sesuatu yg sng2 boleh dilaksanakan.. JELAS, hudud bukan lah isu yang dipermainkan, baik SANG MERAH, mahupun SANG HIJAU.. Juga kepada SANG HIJAU, jikalau benar hendak perjuangkan hudud, laksanakanlah di negeri sndiri terlbih dahulu. Kerajaan negeri berkuasa terhadap pentadbiran Islam di negeri sendiri sprti yg trmktub dlm perlmbgaan.. Bukankah dengan tindakan itu, boleh memberi teladan kepada pihak lain? Jikalau dengan alasan cmpur tangan SANG MERAH, maka SANG HIJAU terus menyerah dan saling menuding jari, maka pergunakan kesempatan yg ad utk trus berjuang, bukan hny menanam tebu di tepi bibir, bercakap seribu, tindakan entah siapa tahu..

MELAYU perjuangan SANG MERAH.. ISLAM perjuangan SANG HIJAU.. Aslnya aku pelik, mengapa sukar utk SANG MERAH menukar perjuangan mereka drpd hny MELAYU kepada ISLAM yg jelas lebih luas n lebih perlu diutamakan? Selepas difkir2kn semula, bukankan ini hny penggunaan bahasa yang boleh membuatkan kita terkeliru? Bukankah majoriti (dalam keadaan skrg) MELAYU = ISLAM? Maka jika SANG MERAH perjuangkan MELAYU, maka sama seperti mereka perjuangkan ISLAM.. Ad pula yg bertny, bagaimana pula bangsa lain yang ISLAM? Adnya KOMPONEN2 lain yg memperjuangkan nasib mereka yg duduk sebumbung dengan SANG MERAH, berpayungkan NERACA BIRU.. Maka apa yg perlu dirisaukan? INDIA MUSLIM sebagai contoh, mereka mempunyai KOMPONEN sendiri yang memperjuangkan mereka.. Dalam kata lain, SANG MERAH dan RAKAN2NYA, sama2 berjuang utk ISLAM bagi kaum msing2.. MASIH ISLAM itu diperjuangkan.. Utk SANG HIJAU pula, mereka perjuangkan ISLAM, namun rakan mereka ada yg tidak.. Pendpt saya, jikalau benar ISLAM itu yg diperjuangkan, kenapa tidak semua yg perjuangkan ISLAM itu disatukan? Persoalan yang mempunyai jawapan yg cukup jelas, kerana politik di Malaysia tidak meletakkan ISLAM sebagai keutamaan, itulah puncanya.. Maka bukan sahaja SANG MERAH yg ptt diperslhkan, tetapi SEMUA, termsuk SANG HIJAU dan diri kita sndiri turut perlu muhasabah dan renungi perjuangan msing2..

Semua pihak yang tidak sukakan SANG MERAH dan NERACA BIRU akn trus mencari alasan bagi menjtuhkan mereka.. Namun apabila ditny kepada penyokong2 politik ini, apa salah sbnrnya SANG MERAH dan NERACA BIRU smpaikan semua membenci mereka, jawapan yg diberi hny satu dua alasan, lgsg tidak memuaskan.. Katanya, SANG MERAH tidak mengamalkan ISLAM dan sbgnya.. Jikalau benar begitu, adakah SANG HIJAU sudah pun mengamalkan ISLAM secara total di negeri sendiri? Jikalau sudah, spttnya tiada lagi masalah2 sosial seperti zina dan sbgnya, namun mengapa kadar tertinggi mereka yg ditangkap ZINA/KHALWAT adalah di negeri yang berstatuskan HIJAU? Persoalan yang tiada penghujungnya kerana msing2 ingin mencari salah msing2.. Kemudiannya, yang boleh dilihat, SANG MERAH sering menjadi kritikan kpd SANG HIJAU dan rakan2nya wlu apa sahaja yang dilakukan SANG MERAH.. Putrajaya misalnya.. Dahulu semuanya kata satu pembziran, namun kini, itu yg menjd perebutan.. Fokusnya di sini bukan utk menghentam mana2 pihak, tetapi penegasan utk bersuara dalam nada yg lebih realistik.. Mengapa pmbgkg di AMERIKA SYARIKAT kelihatan berjaya? Kerana mereka hny membgkg tindakan kerajaan yg merugikan semua.. Maka dengan itu, tindakan pmbgkn sbnrnya mengharmonikan kepimpinan kerajaan.. Tapi di Malaysia, jelas setiap yg dilakukan adalah salah.. Malah pemberian bantuan kpd rakyat pun dipolitikkan.. Mana penyudahnya wahai manusia..?

Bnyk lagi isu yang boleh dibincangkan.. Namun masa tidak mengizin.. Setakat ini, itulah sahaja yg boleh aku bentangkan.. Bukan utk memberontak, tapi menginginkn keharmonian bagi kebaikan umat Islam itu sendiri.. Tidak lah sy membelakangi mereka yang bukan Islam, kerana mereka juga tanggungjwb kita yg memegang tugas sbg khalifah.. Jika diberi peluang, akan sy bawa suara kecil sy ini ke ruang yg lbh besar agar didengari dan trus menjd perhatian pihak2 berkuasa utk bertindak.. Sekian sahaja utk skrg, mohon utk terus menggarap.. :-)

Antara Lagu Favourite

Impian dan Kenyataan



I still remmber when i was in f4, my school's counselor did ask me and my frens to do a career test.. I did, n yea, not once but more than that.. I tried 4 times if im not mistaken, and the results were the same... Yea, ART, SOCIAL and INVESTIGATION were the top three.. Sejak dahulu lagi, sejak arwah datuk sebelah mak masih lagi hidup, pesan dan harapannya adalah utk melihat cucu sulungnya ini menjd seorang doktor satu hari nnt.. As i grow up, i cant see myself in that field.. Even some of my frens yg claim kate my face xd lgsg muka doctor.. Ad yg sggup bet lagi klu2 i will enter medical field.. Jujur kate, terlintas di hati utk menjd seorang doktor, tp hati lbh berat ke arah seni muzik atau pengucapan awam seperti political science dan yg sewaktu dgnnya.. Jadi hasil ujian kerjaya tersebut jelas menunjukkan apa yg sering dipersoalkan dalam hati.. Bidang mana sebenarnya perlu diceburi?

SENI MUZIK.. Seriously, i love to sing like HELL LOT! mse skolah rendah, xpnh plak rse nk nyanyi.. but as my age grows older, i started to fall in love with music.. Smpai lah mse f2, i started to sing in front of the public.. My 1st performance was for prefects dinner.. Ke laut, serious, lgsg xd confident nk nyanyi mse tuh.. But i never stop.. I pushed myself and tersngkut kat nasyid sekolah.. So i performed for the second time utk majlis anugerah cemerlang.. N yes, i got the solo spot.. huhu.. N me n my team went for competition.. Eventually, we lost, but unexpectedly, for vocal, we got 2 points behind the champion.. So, it was surprising actually.. N i continue singing, entering competition here and there.. N the favourite part was during f4.. I went to Melaka n was asked to sing.. Nailed it, sgt puas hati.. Pastu pergi perkhemahan kat Penang, they gave us a task.. create lyrics which are related to the nature.. Me n my group create 1, n i sang the song.. nailed it again.. Basically, i love to tell story through songs.. How u touch people feeling with all the lyrics that came out from ur lips, from ur soul.. N how u beautify the lyrics with melancholic melody.. Making ppl touch, cry and even smile when they hear u singing, is a very pleasant feeling.. Rase puas bila dpt smpaikan msg lagu dan melodi lagi smpai dpt sentuh hati pendgr.. Thats how big my passion is kepada music.. Lagi2 dpt perform dpn parents, dpn family, dpn cikgu2, n see them smiling when u sing, ya ALLAH, perasaan tu xtergambar di hati.. Ad sekali tuh, performed after dpt anugerah plg besar utk diri ini, anugerah tokoh pelajar.. mse tuh, parents dijemput, n i sang lagu SALAM TERAKHIR by SUDIRMAN.. Sorry bah n ma for making both of u cried that day, but tq so much sbb xpnh halang utk jinak2 dgn nyanyi, tq for all the supports! Performed utk majlis2 di sekolah, di INTEC, di UITM induk, jemputan mana2 org kat luar sne, n yg plg besar is, I performed at i-city shah alam once with MONA LYSSA band, wlupun xlama dlm band tuh, but still they gave me plenty of experience.. Tq so much, even klu x cebur dlm bidg ni pun, i will not leave bidg seni suara, as music really create my life, yg menenami aku sewaktu aku dlm keadaan yg memerlukan..

SOCIAL.. Basically, sy seorng pemidato dan seorg pembahas.. Pnh lah dlu seorang penyajak, tp dh xd sgt dh org pggil utk deklamasi sjak.. Last mse f5 utk sajak peringkat negeri.. Sagu hati je pun, hehe, kemuncak is mse f1, ketiga peringkat negeri.. Sajak sejak sekolah rendah ag, n semua sejak dicipta oleh bonda ku sendiri.. hehe.. Bangga giler bila hujg sajak tuh dpt sebut "SAJAK NUKILAN, BONDA, NORHAYATI ABD KADIR".. semuanya sbb bondaku yg sorg ini.. Bertindak selaku GURU BM, ayahandaku SAZALI MOHD SALLEH pula membetulkan mana2 yg ptt.. maka terhasillah a masterpiece utk anakanda ini.. hehe.. Then jinak dlm pidato pula.. Naib johan negeri, itu lah puncak dlm bidg ini.. Try jugak msuk syarahan agama, tp xpnh2 hafal text, kecian ustazah2 kat skolah, yg asyik duk push je aku yg kene ketuk dlu ni.. hehe.. Lastly, bahas.. My fav part.. I started to enter bahas during the second year of secondary school.. Pencapaian, alhamdulillah 10 kali pembahas terbaik pusingan, plg puas, pembahas terbaik keseluruhan mse f5.. tp kalah mse final.. xpelah, skolah yg mng tu pun every year msuk kebangsaan, xd lah berhrp sgt, tp dgn jarak mrkh 18 je, kami kalah bermaruah.. :-) mse f4 plak, try jugak debate english.. Msuk smpai semi final, kalah dekat convent bukit nanas, itu pun sgt best.. Pnglmn xleh dilupakan.. They were superb, speaking english as if the language is in their blood n saliva.. n dorg cute jugak.. haha.. Dgn sume bidang pengucapan awam ni, aku mula terfkir utk berjinak2 dlm dunia politik.. Aku sgt meminati politics, n will update myself everytime ad issue yg timbul.. Politik dunia juga politik negara, sumenya amat aku minati.. kepimpinan tu perlu dlm bidg ini, maka aku latih diri aku dlm aspek kepimpinan sejak sekolah rndah, n aku pun mmg gemar utk memimpin.. Pengalaman sebagai ketua pengawas bnyk mengajar, lagi2 apabila didedahkan dgn cara pengurusan disiplin skolah2 lain, especially INTERNATIONAL SCHOOL OF KL.. Pernah lah jgk terfkir nk amek law, social science ke, xpun international relationship, tp fkir prospek kerjaya, mgkn bukn skrg, tp insyaAllah, satu hari nnt..

Dengan semua minat2 aku ni, xd sape pnh sgka yg aku akn cebur bidang medic sperti skrg ini.. Tp aku fkir, ketiga2 bidg ini tiada percggahan, dlm kate maths nya, no intersection point, malah semuanya parallel to one another.. Aku meminati muzik, aku meminati pengucapan awam, tidak bermakna aku harus melepaskan medic aku.. Plus, aku tau medic adalag hrpn keluargaku selama ini, aku rse aku mampu insyaAllah, cumenya sentiasa menghrp agar Allah terus mengurniakan kekuatan dlm menghdpi ujian dlm bidg ini..Plannya, akn ku hbskan bidg ini dan menjd seorang doktor insyaAllah.. Kemudiannya, selepas stabil hidup ini, akn aku mula ceburi bidg politik, menjd duta (berangan jap, hehe) dan sebagainya.. Utk bidg muzik, wlupun bukanlah utk jd penyanyi, tp buat penghibur hati tatkala duka tu bleh la.. Menyanyi utk keluarga, utk yg dekat di hati, tu xpelah.. hehe.. but still, aku bleh je nyanyi kn? hehe.. Kowt2 lah bleh nk menyebarkan erti islam sbnr supaya org tahu apa itu islam melalui nyanyian, apa slhnya kn? Nk bljr piano lah satu hri nnt, sgt2 teringin bljr alat muzik itu.. Skrg ni musim peperiksaan.. Percubaan sdg berlangsung.. 2 bulan lagi, A-LEVEL bkal menyinggah.. Mohon doa dri semua pembaca agar dikurniakan rezeki dan peluang utk trus bertakhta dlm bidg ini, juga insyaAllah berjaya utk berangkat ke india bg meneruskan percngn yg tersusun.. Moga Allah membenrkn niat di hati, juga berhrp agar sentiasa di landasannya, agar sentiasa mengingati apa sbnrnya tujuan aku dicipta di dunia ini.. itu je kowt utk kali ini, nk mandi jap, hehe, doakan kejayaan aku dan rakan2 ku yg lain ye, smoga islam trus bertakhta di bumi Allah ini, insyaAllah.. k, Assalamualaikum :-)