Penulis kembali menyusun bait2 kata selepas beberapa hari menyepi. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana terus memberi kudrat dan tenaga bagi merasai segala nikmat alam yang telah tersedia buat kita semua. Ujian demi ujian diberi kepada penulis dalam meniti tujuan hidup seorang manusia. Ujian yang kadang kala terasa berat utk ditanggung menyebabkan diri berasa betapa besarnya kuasa Allah yang satu. Namun tidak akan Allah menguji hambaNya dengan ujian yang tidak tertanggung. Syukur kepadaNya kerana diberi kepadaku peneman dalam menghadapi segala dugaan dan liku-liku kehidupan ini. Menyentuh perihal ujian Allah yang satu ini iaitu percubaan A-Level yang berlangsung beberapa minggu yang lepas. Banyak penambahbaikan yang perlu dilaksanakan jikalau 15 menjadi sasarn.. Keputusan percubaan setakat ini hanya pada paras sederhana, atau dlm kata lain, kurg memberangsangkan bagi penulis yang mengharapkan keputusan yang lebih elok. Namun rintihan dan keluh kesah yang sering menyusul seblum ini, perlulah ditukar kepada azam dan semngt utk terus berusaha ke arah mencapai sasaran yang telah pun ditetapkan. InsyaAllah, akan penulis menyusun beberapa strategi dan modus operandi bagi merealisasikan perkara ini. Buat masa ini, penulis masih lagi berharap baki-baki kertas yang masih belum diperoleh keputusannya, akan membwa khabar yang lebih indah berbanding kertas-kertas yg telah pun penulis terima.
Sekalung penghargaan kepada RAKAN SEPERJUANGAN penulis dari KUCHING yang sering melontarkan kata-kata nasihat kepada penulis dalam meniti ranjau kehidupan. Sepanjang cuti yang lepas, beberapa nasihat telah pun dirinya berikan kepada penulis, membuatkan diri penulis berasa lebih kuat berbanding sebelumnya. Alhamdulillah, mungkin sudah tiba masanya utk penulis mencongak ke hadapan dalam membina mutu dan kualiti seorang modal insan yang cemerlang dalam diri penulis. Anjakan paradigma, itu yang perlu dipraktikkan agar penulis tidak lagi seperti sebelum ini yang sering tersergah dgn perkara-perkara kecil sehinggakan langkah penulis menjadi perlahan dan terhenti, lantas melemahkan diri penulis. Ini tidak wajar berlaku kerana perbuatan tersebut mencerminkan kelemahan penulis yang jelas perlu diubah agar tanggungjawab penulis sebagai khalifah mampu dilaksanakan.
Persahabatan. Mungkin sudah berulang kali penulis menyentuh perkara ini. Tiada apa lagi utk penulis ungkapkan sebenarnya. Cuma, penulis kdg kala berasa diri penulis masih lagi mencari rentak sebenar dalam menongkah erti persahabatan sebenar, yang berlandaskan Islam yang syumul. Jiwa penulis mungkin utuh dalam perihal yang lain, namun apabila soal persahabtan dibangkitkan, penulis akui, bnyk yg perlu penulis baiki. Keliru kadang kala dengan hati yang sering berbisik. Apabila akal dan hati tidak bergerak seiring, maka syaitan mula meniupkan kata-kata kehancuran bagi melihat ukhuwah yang terjalin goyah dan punah. Beberapa hari yg lepas, fkiran penulis menjd kosg. Yang bgusnya, penulis tidak lagi berasa sedih dengan ujian-ujian yang Allah beri, syukur atas kekuatan yang mula lahir dan terbit dalam diri. Yang tidak bgusnya pula, penulis berasa bongkak.. terasa bahawa penulis mampu utk bergerak sendiri tanpa memerlukan sahabat di sisi penulis.. namun syukur, hati msih lagi tertaut, meminta diri utk mengingati anugerah yang telah pun Allah kurniakan. Lantas terngiang2 di benak penulis akan kisah Saidina Ali dan Saidina Abu Bakar yang pernah penulis sentuh dalam kiriman pos yang lalu. Penulis tidak perlu berubah sperti ini, yng perlu hny persefahaman yang lbh mudah diterima, lebih terbuka, juga penerimaan secara total terhadap sahabat penulis. Penulis sering berdoa agar ukhuwah penulis bersama sahabat yg sudah terjalin ini diredhai dan dijauhi drpd hasutan syaitan, lantas mampu utk dibawa ke jannah kelak, insyaAllah, itulah yg sebaik2nya, yg perlu penulis terapkan dalam menikmati kurniaan ilahi ini. InsyaAllah. Syukur kepadaNya atas anugerah ini, setelah sekian lama menanti, akhirnya dikurniakan juga kepada penulis ukhuwah ini. Penulis tidak tahu apakah jenis ujian yg akan penulis terima selepas ini, namun penulis berhrp agar diri penulis mampu terus berfkir scara rasional serta berpaksikn erti persahabat sbnr dlm sbrg tindakan penulis.
Kepada Fawzul dan Pika.. Penulisan kali ini juga ingin penulis sentuh berkenaan dua org sahabat ini. Syukur kepada Allah SWT kerana memberi kesempatan kepada menulis mengenali kedua-dua org sahabat ini. Fawzul, bijak dan geliga pemikirannya. Pika, terkenal dengan jenakanya yang mencuit hati. 10 jari disusun memohon maaf jikalau penulis tidak benar-benar menghayati pengenalan ini. Diri penulis juga seorang manusia biase yang sering melakukan kesilapan. Kelekaan penulis mgkn membuatkan saudara berdua terkecil hati dan sebagainya, namun tidak pernah penulis berniat utk melakukan perkra sedemikian. InsyaAllah, mana-mana kesilapan yang penulis lakukan sebelum ini akan penulis baiki sebaik mgkn agar perjuangan duniawi ini akan diteroka bersama buat bekalan ke akhirat sana.
Sekian sahaja garapan buat kali ini. Kepada mereka yang penulis khususkan dlm penulisan kali ini, hrp memaafkan segala kesilapan penulis yang pernah penulis lakukan. Kepada mereka yang penulis sentuh secara tidak lgsg, hrp sentiasa menasihati dan menegur diri penulis yang kdg kala alpa dalam membwa diri penulis sebagai manusia yg srba kekurgn ini. Semoga Allah merahmati kalian, insyaAllah. Doakan kebaikan bersama, agar Allah kurniakan hidayahNya kepada kita utk persediaan meniti akhirat yang kekal. Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment