Waktu berputar laju,
Seolah-olah mengejar sesuatu,
Sesuatu yang tiada hala tuju..
Terlihat seorang dewasa di hujung penjuru
Bersendirian, diam, sepi terbujur kaku..
Siapakah gerangan si dia tidak berbaju?
Jeritan tanpa suara menggamit suasana,
keheningan malam masih sama, namun keadaannya jauh berbeza..
Dahulu terasa kesepian, ditinggalkan tanpa segan silu..
Namun tidak pernah jiwa tersedar..
Allah yang satu sentiasa menunggu..
Rintihan hambaNya yang jelas semakin lama semakin sayu,
Sombong, bongkak meninggalkan Dia yang satu..
Namun Allah tidak pernah jemu
Satu per satu kita dijamu,
Subhanallah, berpenghujungkah segala tindak laku itu?
Marah, kecewa, geram menyaksikan kemahuan tidak terlaksana..
Titisan air mata jatuh ke bumi, pilu,
Jiwa meronta, meracau tidak keruan..
Sehinggakan mereka menjadi mangsa..
Mereka tidak berdosa, malah tidak pernah mengerti..
Hanya kita yang sering bermimpi di siang hari..
Sedarlah, tidak semua yang kita impikan bakal terjadi,
Kerana Allah lebih mengerti..
Maka kembalilah kepada Dia wahai umat ummati..
Hanya Dia Maha Mengetahui segala apa yang terjadi
Usahlah bersedih usahlah menangis..
Syukuri nikmat walaupun secebis..
Jikalau hati terasa diguris,
Pejamkan mata, tenangkan jiwa..
Kerana Allah sentiasa ada..
(Nukilan Shazwan Sazali)
No comments:
Post a Comment