Followers

Follow by Email

Sunday, March 25, 2012

How?

Banyak persoalan yg berlegar sejak akhir2 ini.. persoalan yg sukar utk dijawab, seolah-olah tidak berjwapan dan tiada penghujungnya.. aku mnjd buntu, bagaimana kita hendak pastikan dialah orgnye? baik dlm soal jdoh, mahupun dlm soal bersahabat? jdoh.. mungkin msih terlalu awl utk aku bgkitkan soal ini.. Namun, apabila tiba masanya, soal ini akan bermain di fkiran kita.. bgaimanakah cara utk kita mengenal pasti itu lah orgnye yg akn setia sehidup semati dgn kita? Wallahualam, solat istikharah akan menjwb soalan tersebut.. Namun, dlm proses kita mencari, pelbagai ranjau akan kita hadapi.. tidakkah begitu?

Pos kali ini akan aku sentuh berkenaan persahabatan, sekali lagi.. Org slalu kate, kita kene bijak memlih kwn.. tersalah pilih, maka hanyut lah kita ke lembah syaitan yg hina.. Pernah seorang sahabat aku berkongsi ilmu bahawa, 70% perbuatan kita adalah di bwh pengaruh rakan sebaya.. Margin yg begitu besar dlm penentuan hidup sesorang individu.. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Arab, jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wangi dan jika berkawan dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya. Rakan yang baik boleh dianalogikan seperti bunga ros yang sentiasa mekar dan harum baunya. Menurut Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah, orang yang cemerlang dan hebat dalam pergaulan bermula daripada cetusan aura apabila dikelilingi rakan-rakan yang hebat. Maka, tertny2 aku, adakah aku memilih rakan yg btul, yg mampu mmbwa aku dkat kepadaNya, yg mampu sama2 berjuang dgn aku, yg mampu membuat aku ketawa bersama, menangis bersama, yg akn membwa ikatan ukhwah ini bersama ke firdaus Allah yg satu?

Setelah diamati, Alhamdulillah, kebanyakan rakan-rakanku adalah mereka yg berjiwa mulia, yg sering berusaha utk mendekatkan diri kepada Allah.. Mereka mengajak aku ke masjid surau utk solat berjemaah, perkara yg sering kita abaikan.. 27 kali ganda baiknya berjemaah berbanding solat bersendirian.. Aku rse tiada masalah dgn sekalian rakan-rakanku di sekeliling.. Masing2 punyai kelebihan yg membuat aku bersa kagum dgn mereka.. Biaselah, manusia tidak lepas drpd kekurangan, namun dgn adanya rakan-rakan, maka msing2 melengkapi diri masing2.. CUMA, dalam rmai2, kdg kala aku terfkir, bagaimanakah perasaan mereka terhadap aku? adkah mereka suka dgn cara pembawaan diri aku? bolehkah mereka terima perwatakan aku?

Ingin aku menceritakan berkenaan seorang sahabat aku ini.. Syukur ke hadrat ilahi kerana mengurniakan sahabat ini ke dalam hidup aku.. Melengkapi diri aku yg serba kekurangan, dirinya sering menegur aku jikalau ada kesilapan yg aku lakukan.. Dirinya juga sedia menerima teguran drpd aku, dlm usaha membaiki diri dan persediaan menghadapi dunia selepas ini yg kekal abadi.. Tetapi aku pula yg tertny2, adakah benar dirinya utk aku? Mksd aku, bolehkah dirinya menerima aku seadanya? Aku khuatir dgn bersahabat dgn aku, nikmat ukhuwah ini tidak dapat diamati sedalam2nya berbanding jikalau dirinya bersahabat dgn rakan yg lain.. aku amati tingkah lakunya ketika bersama dgn rakan yg lain.. Gembira.. Keceriaan terukir di wajahnya.. Aku trtny lagi, mampukah aku melakukan perkara yg sama? kdg kala aku rse tidak berdaya, maka aku merasakan lebih baik utk aku berkorban.. Love is knowing when to let go isnt it? Namun aku menyerahkan kepadanya utk melakukan sebrang keputusan.. aku jua redha akan ketentuan ilahi kerana setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya.. InsyaAllah..

Maafkan diri aku yg serba kekurangan.. Jikalau perlu utk aku ubah, akn aku ubah sedaya upaya aku, supaya ukhuwah yg terjalin ini mampu membwa aku dan sahabatku bertemu denganNya satu hari nnt.. Namun perubahan itu bukan sesuatu yg mudah, aku sedar ianya sush.. Terpulang kpd sahabatku ini utk menilai diriku dalam persahabatan yg sudah terjalin mesra ini.. jikalau ada rakan yg lebih baik, maka aku akan doakan yg terbaik utk dirinya.. Aku tidak boleh pentingkan diri aku.. Dlm persahabatan, pengorbanan itu perlu.. Walau apa pun, aku berusaha utk sering berada utk sahabatku jikalau aku diperlukan.. Ill be here.. InsyaAllah.. Jikalau soalan diajukan kepadaku, jawapan aku mudah, aku gmbira bersahabat dgnnya.. Aku yakin, persahabatan inilah yg aku inginkan selama ini..

YA ALLAH, kurniakanlah petunjukMu.. Redhakanlah persahabatan ini, jauhkan lh persahabatn ini drpd bisikan syaitan yg cemburu akan terbinanya ukhuwah yg bertujuan utk bergerak di jalanMu ya Allah.... :-) Hanya itu yg ku pinta dalam ukhuwah ini..

2 comments:

afiqah humaira said...

insyaAllah, AMIN..sabar wan ea..erti hidup itu untuk memberi:)..pastinya pemberian yg ikhlas itu yg pling bermkna.:)

Shazwan Sazali said...

insyaAllah.. Makasih pikah :-)