Masih relevan lagi kah SANG MERAH? Itulah soalan yang sering diajukan kepada aku oleh mreka yang berarenakan SANG HIJAU.. Aku tahu tulisan kali ini bakal menimbulkan kontroversi, namun ku kumpulkan seluruh kekuatan aku utk menggarap luahan rasa yg aku rse perlu utk dismpaikan kepada pembaca agar isi hati ini difahami dan dikongsi bersama.. Bukan niat utk mencerca, apatah lagi menghina, namun tulisan kali ini hanyalah satu perkongsian pendpt seorang pelajar muda yang meminati bidang ini yang cuba utk mengutarakan cebisan idea buat tatapan semua..
Isu yang timbul apabila potilik negara dibacarakan.. Ad pihak yg berkata, politik dan agama tidak boleh disatukan, namun bagi aku, Islam merupakan ad-din, suatu cara hidup yg merangkumi setiap aspek kehidupan.. Melalui Al-Quran dan Sunnah, kita pimpin cara hidup kita agar syurga hasilnya kelak, insyaAllah.. Maka sebenarnya, politik dan agama tidak boleh dipisahkan kerana Rasulullah juga berpolitik pada zaman pentadbiran baginda.. Politik itu boleh, cumanya politik kotor itu yang prlu dielakkan.. Merujuk kepada isu yang sering diketengahkan.. Hudud.. Sebelum aku mula berbicara, sepuluh jari disusun jika ad terkasar atau tersilap kata, juga mohon utk diperbetulkan utk kebaikan bersama.. Mengenai perkara ini, asalnya apabila SANG HIJAU berbicara, aku menjd trtny2, mengapa SANG MERAH tidak mahu melaksanakan hukum Allah yg wajib dilaksanakan ini? Sukarkah bagi SANG MERAH utk menerima ketetapan yang telah ditentukanNya? Sungguh berani SANG MERAH dalam penolakan hukum ini, hukum yg jelas wajib dan tidak boleh disangkal lagi.. Kemudiannya, satu per satu petunjuk diberi olehNya.. Pertama, penjelasan USTAZ FATHUL BARI, berkenaan perkara yg perlu diselesaikan sblum hudud itu boleh dilaksanakan.. Dalam keadaan sekarang, dengan keadaan masyarakat Malaysia masih belum faham apakah hudud itu sbnrnya, maka SANG MERAH mahupun SANG HIJAU perlu memberi penjelasan secara total agar tiada penolakan atau pemberontakan yg akan berlaku tatkala hudud hendak dilaksanakan nnt.. Kemudiannya, lompong2 yg ad sekarang perlu ditutp, masalah sosial misalnya, zina, khalwat dan sebagainya harus ditangani dengan usaha yg maksimum.. Bukankah Islam mementingkan usaha daripada hasil? Jikalau terus melaksanakan hudud, tapi perkara2 seperti ini dibiarkan, apalah kebaikannya? Masyarakat Malaysia yg tidak faham pula akan terus menentang hukum ini.. Maka, di mana kebaikannya? Perlaksaan itu perlu, cumanya dlm proses perlaksaan itu, segala methodology perlu diamati satu per satu.. Perancangan itu amat penting.. Berkenaan hal ini, ada juga PEMIMPIN SANG MERAH yang bangkit mengatakan bahawa hukum hudud tiada dalam Al-QURAN.. Aslnya aku kurg faham.. Namun selepas brtnykan kepada yang lebih arif, ya, hukum hudud mmg tiada disebut dlm AL-QURAN secara khusus.. Tetapi Allah menceritakan secara umum.. Islam mementingan hukuman yang adil.. dan HUDUD itu amat sesuai dlm menangani masalah yang manusia sendiri tidak mampu hendak diselesaikan.. Namun syarat utk perlaksaan HUDUD itu sgt sukar, kurg syarat, maka lain hukumannya.. SAKSI YANG ADIL misalnya, utk zaman kini, manusia mana lagi yg boleh bertindak adil dlm menjatuhkan hukuman kepada manusia lain? Syarat ini sahaja sudah sukar, belum lagi syarat yang lain.. Maka HUDUD bukan sesuatu yg sng2 boleh dilaksanakan.. JELAS, hudud bukan lah isu yang dipermainkan, baik SANG MERAH, mahupun SANG HIJAU.. Juga kepada SANG HIJAU, jikalau benar hendak perjuangkan hudud, laksanakanlah di negeri sndiri terlbih dahulu. Kerajaan negeri berkuasa terhadap pentadbiran Islam di negeri sendiri sprti yg trmktub dlm perlmbgaan.. Bukankah dengan tindakan itu, boleh memberi teladan kepada pihak lain? Jikalau dengan alasan cmpur tangan SANG MERAH, maka SANG HIJAU terus menyerah dan saling menuding jari, maka pergunakan kesempatan yg ad utk trus berjuang, bukan hny menanam tebu di tepi bibir, bercakap seribu, tindakan entah siapa tahu..
MELAYU perjuangan SANG MERAH.. ISLAM perjuangan SANG HIJAU.. Aslnya aku pelik, mengapa sukar utk SANG MERAH menukar perjuangan mereka drpd hny MELAYU kepada ISLAM yg jelas lebih luas n lebih perlu diutamakan? Selepas difkir2kn semula, bukankan ini hny penggunaan bahasa yang boleh membuatkan kita terkeliru? Bukankah majoriti (dalam keadaan skrg) MELAYU = ISLAM? Maka jika SANG MERAH perjuangkan MELAYU, maka sama seperti mereka perjuangkan ISLAM.. Ad pula yg bertny, bagaimana pula bangsa lain yang ISLAM? Adnya KOMPONEN2 lain yg memperjuangkan nasib mereka yg duduk sebumbung dengan SANG MERAH, berpayungkan NERACA BIRU.. Maka apa yg perlu dirisaukan? INDIA MUSLIM sebagai contoh, mereka mempunyai KOMPONEN sendiri yang memperjuangkan mereka.. Dalam kata lain, SANG MERAH dan RAKAN2NYA, sama2 berjuang utk ISLAM bagi kaum msing2.. MASIH ISLAM itu diperjuangkan.. Utk SANG HIJAU pula, mereka perjuangkan ISLAM, namun rakan mereka ada yg tidak.. Pendpt saya, jikalau benar ISLAM itu yg diperjuangkan, kenapa tidak semua yg perjuangkan ISLAM itu disatukan? Persoalan yang mempunyai jawapan yg cukup jelas, kerana politik di Malaysia tidak meletakkan ISLAM sebagai keutamaan, itulah puncanya.. Maka bukan sahaja SANG MERAH yg ptt diperslhkan, tetapi SEMUA, termsuk SANG HIJAU dan diri kita sndiri turut perlu muhasabah dan renungi perjuangan msing2..
Semua pihak yang tidak sukakan SANG MERAH dan NERACA BIRU akn trus mencari alasan bagi menjtuhkan mereka.. Namun apabila ditny kepada penyokong2 politik ini, apa salah sbnrnya SANG MERAH dan NERACA BIRU smpaikan semua membenci mereka, jawapan yg diberi hny satu dua alasan, lgsg tidak memuaskan.. Katanya, SANG MERAH tidak mengamalkan ISLAM dan sbgnya.. Jikalau benar begitu, adakah SANG HIJAU sudah pun mengamalkan ISLAM secara total di negeri sendiri? Jikalau sudah, spttnya tiada lagi masalah2 sosial seperti zina dan sbgnya, namun mengapa kadar tertinggi mereka yg ditangkap ZINA/KHALWAT adalah di negeri yang berstatuskan HIJAU? Persoalan yang tiada penghujungnya kerana msing2 ingin mencari salah msing2.. Kemudiannya, yang boleh dilihat, SANG MERAH sering menjadi kritikan kpd SANG HIJAU dan rakan2nya wlu apa sahaja yang dilakukan SANG MERAH.. Putrajaya misalnya.. Dahulu semuanya kata satu pembziran, namun kini, itu yg menjd perebutan.. Fokusnya di sini bukan utk menghentam mana2 pihak, tetapi penegasan utk bersuara dalam nada yg lebih realistik.. Mengapa pmbgkg di AMERIKA SYARIKAT kelihatan berjaya? Kerana mereka hny membgkg tindakan kerajaan yg merugikan semua.. Maka dengan itu, tindakan pmbgkn sbnrnya mengharmonikan kepimpinan kerajaan.. Tapi di Malaysia, jelas setiap yg dilakukan adalah salah.. Malah pemberian bantuan kpd rakyat pun dipolitikkan.. Mana penyudahnya wahai manusia..?
Bnyk lagi isu yang boleh dibincangkan.. Namun masa tidak mengizin.. Setakat ini, itulah sahaja yg boleh aku bentangkan.. Bukan utk memberontak, tapi menginginkn keharmonian bagi kebaikan umat Islam itu sendiri.. Tidak lah sy membelakangi mereka yang bukan Islam, kerana mereka juga tanggungjwb kita yg memegang tugas sbg khalifah.. Jika diberi peluang, akan sy bawa suara kecil sy ini ke ruang yg lbh besar agar didengari dan trus menjd perhatian pihak2 berkuasa utk bertindak.. Sekian sahaja utk skrg, mohon utk terus menggarap.. :-)
Bnyk lagi isu yang boleh dibincangkan.. Namun masa tidak mengizin.. Setakat ini, itulah sahaja yg boleh aku bentangkan.. Bukan utk memberontak, tapi menginginkn keharmonian bagi kebaikan umat Islam itu sendiri.. Tidak lah sy membelakangi mereka yang bukan Islam, kerana mereka juga tanggungjwb kita yg memegang tugas sbg khalifah.. Jika diberi peluang, akan sy bawa suara kecil sy ini ke ruang yg lbh besar agar didengari dan trus menjd perhatian pihak2 berkuasa utk bertindak.. Sekian sahaja utk skrg, mohon utk terus menggarap.. :-)
No comments:
Post a Comment