Followers

Monday, March 12, 2012

Coretan Selepas Percubaan

12 March 2012.. Melaporkan diri sekali lagi di hadapan skrin 14 inci laptop ASUS K40IJ ku ini.. Terkenang semula kisah yang telah ku lalui sepanjang 5 hari ini.. Daripada khamis lepas sehinggalah harini.. Sekali lagi, memori indah terpahat dalam sanubari.. Sekalung penghargaan kepada mereka yang telah pun menceriakan hari2 sang pria ini.. Subhanallah, indahnya ukhuwah itu.. Jom kita selami apa yang telah aku lalui sejak awal2 bulan Mac ini..

Percubaan A-Level.. Awalnya nampak gampang, tetapi selepas sekian lama diri ini menghadapi peperiksaan tersebut, semakin berat kepala ini melihat soalan2 yang pelik2 yang berjaya merobek2 otak dan mata ku ini.. terkoyak sclera ku ini melihat soalan yang dihasilkan, lagi2 chemistry unit 5 yang berjaya membuatkan aku BLUR, sekali lagi nth dalam berapa puluh kali dah.. Hanya mampu berdoa agar diri ini dikurniakan smngt utk terus berjuang menghadapi peperiksaan A-Level yang bakal menjelang bulan Mei nanti.. Juga terus berdoa agar keputusan utk percubaan, juga utk A-Level nnt menyebelahi bukan sahaja aku, tetapi rakan2 seperjuangan yang lain.. InsyaAllah..

Tepat jam 10.40am, 8 Mac 2012, hatiku kembali tenang setelah pengawas peperiksaan mengutip kertas2 soalan drpd meja kami yang sedang berjuang.. Allah, tamat sudah percubaan, Alhamdulillah.. Lega hati ini setelah pengawas peperiksaan berkata, "you may dismiss".. Walaupun tidak pasti bagaimanakah gerangan markah yang akan diperoleh, pasrah dan redha sahajalah ye.. Itu yang paling mampu aku lakukan buat masa kini. Setelah tamat peperiksaan, aku segera pulang ke bilik utk mengambil racket, lantas menyahut seruan gymnasium yang memanggil2 merindui diri ini yang sering berkunjung bermain badminton bersama rakan2 yang lain.. Setiap titikan peluh yang jatuh membasahi gelanggang, terasa amat bermakna dan berjya mengukir perasaan puas hati setelah sekian lama "berpuasa" daripada bermain badminton.. Lega hati ini dapat mendengar bunyi bulu tangkis dipukul.. Juga lega hati ini dapat tergolek2 atas lantai bagi membalas pukulan kencang MUHAMMAD SHAHRULZAMAN yang sering kali gagal dibalas.. Itulah jaguh badminton kami.. Bolehlah juga dikatakan sebagai COACH kami yang lain.. Tidak lama kemudian, seorang sahabat yang digelar APEK menelefon.. Owh yea, dirinya sudah pun tamat A-LEVEL dan kembali ke INTEC pada hari tersebut utk mendptkan resultnya..

- JAP, TERASA PENAT BWAT AYAT SKEMA-

Aku pun tunggulah APEK jap depan ofis.. Xlama pastu, dia kuar dengan jeritan yg sgt kuat.. Subhanallah, dahsyat btol APEK ni, 15 point dengan straight A*.. Mantap, serious, sgt mantap.. Aku menjd sgt kagum dengan dirinya.. Seorang Melayu juga Islam yg membuktikan bahawa semua layak memperoleh keputusan sebgitu selagi ad usaha dan tawakal.. Alhamdulillah, tahniah kepada dirinya.. Selepas itu, APEK menemani aku ke JPJ, buat lesen FULL.. Haha, setelah 2 tahun, akhirnya tamat tempoh P aku.. Say TAHNIAH kat aku, haha.. Pasni klu ad yg nk blikan kete ke pe ke, bleh lah ek.. bgtau je, aku rela terima ngan hati yg terbuka..

Dengan berlesankan lesen PENUH, aku, APEK dan MAD ke SUNWAY bagi meraikan kejayaan APEK.. Credit to APEK yg membelanja kami BUFFET di CHICKEN HARTZ.. Then sekali lagi tq so much sbb blnja mkn ICE CREAM kat HAAGEN.. haha, heaven dpt mkn HAAGEN tu.. Lama dh xmasuk dlm perut.. Pas puas makan, blk CEMARA pack brg sume, maka bermulalah kisah percutian aku.. Here we go..


Khamis malam, aku pulang ke KL dengan kwn2 aku yg lain.. Setelah bersiap, aku ke HENTIAN DUTA utk berangkat ke PENGKALAN HULU, rumah FAWZUL AZRI, rakan sekelas aku.. Rumahnya sejuk seperti yang telah digambarkan.. Keesokan harinya, aku, FAWZUL, MAD dan AISAR ke Kuala Kangsar sperti yang telah dirancang.. Niat di hati utk menemani AISAR ke sekolah lamanya, MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (MCKK).. Sekolah ini sebenarnya pernah menjadi sekolah harapan ku, tetapi tidak kesampaian apabila STAR yang ditawarkan kepada aku.. Tidak mengapalah, dpt jln2 kat skolah ini pun ckup terasa puasnya.. Trima kasih kepada AISAR kerana mempelawa aku bg menemani dirinya ke skolah itu.. Aku sgt menghargainya..

Inilah masjid yg menjd tempat persinggah utk solat Jumaat.. Nth apa nama masjidnya.. Setelah solat, kami berempat ke rumah kawan AISAR.. Kemudian kami ke IPOH sebelum aku dan MAD pulang ke KL.. Kisah seterusnya akan ku coretkan dlm post yg strusnya.. Sekian sahaja buat masa kini.. Salam permisi.. :-)

I

2 comments:

alief_kaizer said...

salam wan aka pria, bestnye travel, dr utara ke selatan, best aku baca, best lagi yg merasainya sendiri kan pun adoi :)

Shazwan Sazali said...

haha.. tau xpe.. xpelah, next time ko plak.. ronda2 satu malaysia.. :-)